Wednesday, February 11, 2026

Cuti hujung tahun di hotel swiss garden, melaka

Assalamualaikum and hey, pretty people! 👋

Nak ucap happy new year pun serba salah,
sebab dah bulan februari 2026 dah pun. Hahah!

But nevertheless, this is the first entry for 2026.. yay!
Tu pun entry pasal cerita hujung tahun 2025.. ekkekee.
Specifically on 27-29dis.
Time tu ambik cuti panjang sikit. Hujung tahun kan.
I deserve a break la gitu.
So let's go to Melaka. Dekat.

Swiss garden, Melaka. Kemain peace di sana sini.



The whole room from my lense.




Bathroom siap ada bath tub.
Seronok la kanak-kanak itu.. (termasuk kanak-kanak 30 tahun ke atas ni HAHA)




Tak tau kenapa gambar terbalik.
Malas nak rotatekan balik. Sila la rotate kepala anda. Eh.







Serius tak tau cam ne nak pusingkan gambar.
Ni yang acik hangin ni 😂



Basically kitorg duduk kat hotel je and tak pergi mana pun, kecuali keluar makan.
Kalau keluar pi tengah bandar melaka, expected the jam.
So tak yah la bersesak kali ni. Next time je kita.

Dua beranak dok main game. babah kena melayankan si anaqi haha


On first night, kitorg cari ikan bakar.
Nak cari tempat baru.
So pergi kat satu resto ni.. nama dia kantin. Dekat je dengan hotel.
Naik grab.

Cerah je kedai dia.






Ni lah yang kitorg order. Ikan bakar, ketam salted egg.







yums!



Pemandangan kota melaka pada waktu malam. Luv!




Pagi esoknya, breakfast kat hotel.




Since this is melaka, ada laksa nyonya semua. Sedap!




American breakfast.




Pool dia pun boleh than besar.




Entah apa si anaqi suka sangat tu lolx.
Btw ni baru satu part kolam dia. Ada lagi belah sana dan sinun.




Diorg je la mandi. Ariana pinjam baju ai. Baju swim dia dah kecik.




2nd day breakfast kat hotel.
Repeat lagi laksa nyonya sebab boleh, and sebab sedap. Obvi. haha




Rotcan. Ni husb ambikkan. So kita makanlah walaupun diet dah ke laut.




Bubur wajib di mana-mana hotel.


ok nanti sambung lagi!

No comments: