Thursday, September 07, 2023

melawat muzium dan galeri seni bank negara malaysia (masuk percuma!)

assalamualaikum and hi! :)


sempena bulan ogos dan cuti sekolah hari tu,
PUSPANITA ofis kami ada buat lawatan ke muzium dan galeri seni BNM.
saya la tukang buat papernya.. mihmih.
selain daripada banyakk contest merdeka, kita selitkan satu aktiviti lawatan, untuk ahli dan anak-anak.

nama dia lawatan, jadi prep nak lawatan tu macam-macam la sikit.
nak booking bas, contact muzium, buat form untuk kumpul peserta, keluarkan duit untuk booking makan minum dan duit poket anak-anak.. macam-macam la.
alhamdulillah Allah permudahkan dan ada geng-geng PUSPANITA yang membantu *thanks, korang!*

kalau korang tengah cari-cari tempat untuk bawak anak-anak jalan-jalan KL (anak buah, anak tekak, anak tangga semua pun bolehh.. ahax),
boleh la consider muzium dan galeri seni BNM ni.
sangat informatif dan boleh belajar banyak tentang wang dan nilai wang.


breakfast kita belanja special.. chicken bizzkit (sort of like burger versi breakfast) texas chicken.
air milo kotak, beli kat lotus aje.


haa kalau program dengan acik wani, memang tiada nasi lemak ye.
sebab acik tak makan nasi lemak. bahaha
korang akan makan makanan-makanan sedap dan unik gitu *unik ke?? HAHAA*

bas ada 2 buah,
dan hari nak bertolak tu ditakdirkan ada raptai sambutan hari kebangsaan kat putrajayaaa.
jadinya berlari-larianlah kami nak keluar cepat ke KL, sebelum jalan ditutup.
kena reschedule balik masa bertolak hari tu.


bawak anak-anak, sebab lawatan ni untuk anak-anak sekali.
enjoy la diorang naik bas. haha. this is me and ariana.




anaqi duduk dengan kawan baik ofis dia; farhan. hahaa
farhan ni anak puan eca, kawan baik ofis mama 😂







disebabkan kitorang keluar cepat daripada jadual asal,
tetiba TERsampai awal la pulak kat KL. muzium pun belum bukak lagi.. hahaha.

so minta brother-brother pilot kita pi tugu negara dulu la, boleh bergambar2 kan.

luar pintu masuk tugu negara. ariana, anaqi, farhan.








pn eca dan wani.



lahh rupanya diorang tengah nak reno area tugu negara tu.
dah camne nak bergambarrr.
nampak pagar hoarding tu je. haha 

laluan ditutup. dapat la bergambar dengan 'buntut' tugu aje.
next time, may be. insyaAllah. oh, this is anaqi.



ariana.



me.


habis setengah jam kat tugu negara, kitorang gerak balik ke muzium.

bukti dah sampai 😂


macam mana kitorang plan lawatan untuk ahli yang ramai? (around 60 people).
mula-mula call la nombor muzium yang tertera kat website.
jangan lupa e-melkan maklumat lawatan.. tarikh, masa, bilangan pelawat.

untuk lawatan berkumpulan macam kitorang ni,
segala barangan kena tinggalkan kat dalam bas, tau.
hanya kamera, telefon dan wallet sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam.
even botol air kecik, beg kecik tergantung, tu semua tak boleh.

kalau lawatan sendiri-sendiri dengan family atau kawan-kawan contohnya, tak ramai,
beg-beg semua boleh la letak kat locker muzium. RM5 tak silap.
kalau ramai-ramai 1 group je yang tak boleh. 

muzium ni ada 3 tingkat. kami pecah 2 group sebab ramai.
1 group mula dari tingkat 3, satu group lagi mula dari tingkat G.
tingkat 3 ada galeri seni. ada mainan interaktif. tapi, pameran hasil seni lain DILARANG pegang. tengok boleh.






seni bayang.



ada satu bilik gelap ni, budak-budak boleh main bayang-bayang. macam kita zaman kecik-kecik dulu kan. asal rumah blackout je, mula la keluar burung, rama-rama, sang kancil.. segala binatang keluar 😂








since temanya 'bayang', ada la wayang kulit dan boneka kat atas ni.








beria dak-dak ni 😂




lepas tingkat 3, turun tingkat 2 pulak. then tingkat 1, last sekali G. gitu le. hihii




nah, belajar tentang sejarah duit. comel-comel duit zaman dulu. kecikkk je.
macam dak-dak ni la. kecik. kihkihh




ruangan interaktif dan informatif. ruangan yang bercerita tentang cara penghasilan wang.




mungkin ariana bermimik sedih sebab duit RM100 tu hanya CONTOH sahaja 😂😂




kalau korang zoom sikit *klik*, boleh nampak evolusi design wang ringgit kertas Malaysia.




ni dengan mee lee 💜




nampak tak kelibat budak-budak ni kat tangga?? ahahaa




banyak jugak area cantik untuk bergambar kat dalam muzium BNM ni.




tetiba masuk magazine! 😂




layankan je la ye. lolx




ni usahawan produk ke?? mengah holdings 😆




tetiba daripada majalah ekonomi, jadi majalah kpop. hahaa




ya, Allah! ada lagi diorang ni! 😂😋




disambung pula oleh pose anak-anak yang sukakan ultraman 💥




anaqi dan farhan.




nah tu diaaaa. tengah pasang jurus keberapa ntah tu agaknya.





kakaknya je la yang majalah korea sikit. dak2 tadi majalah jepun (sebab ultraman 😂)








kat sini boleh dengar info-info tentang ekonomi.




lembaran akhbar gergasi untuk spot bergambar. haha




gambar ni ariana yang snap.. sebab tu gambar dia tak de dalam ni. kikii. thanks, banano!


lasstt sekali barulah kitorang ke tingkat G.
kat G ni ada galeri kanak-kanak. tepi pintu masuk je, boleh nampak terowong yang banyak duit ni.
nice, boleh bergambar banyak-banyak.
tapi time ni dah nak masuk tengah hari, cuti sekolah pulak tu.
so pelawat memang ramaiiiii.

hahahaa tengok la anaqi tu 😆




someone candid me :]





kasi chan la acik wani nak bergambar dengan duit yang banyakk HAHAA








galeri kanak-kanak. banyak games berkaitan wang boleh main kat sini.








farhan dan anaqi.




ariana dan anaqi.




wuihh banyak not RM50!! 😱




sebelum balik, kita bergambar duluuu.




2nd pose. tqq kepada staff muzium yang tolong ambikkan gambar ^^






sempat la singgah kedai cenderahati muzium dan galeri seni BNM.
ariana belikan saya button badge ni daripada duit poket yang PUSPANITA bagi.
dia suruh saya pakai. fine. mama pun pakailah, tayang ke sana sini 😍

'the most terrer mom in malaysia'. i tanya ariana, 'terrer' ke, 'terror'?? 😂



balik tu, ahli-ahli rombongan nak singgah makan ikan bako.
kita layankan aje.

kuambil ikan cencaru bakar di gerai no. 3, sri melaka (ikan bakar jalan bellamy)
ikan gini dah RM15.




belikan dak-dak ni ais krim.




habis makan ikar bako, balik la kita. kesian anaqi, ngantuk sangat tu. ahahaa


sampai ofis, ambik packed food nasi ayam dengan air kotak ribena.
settle lawatan merdeka kita, alhamdulillah.

No comments: