Thursday, April 13, 2023

ramadan days

assalamualaikum and hi! :)

ohaha sambungan kisah bulan ni.
macam-macam nak cerita, tapi tak tercapai jari2 nak menaip semua 😂
so kita rangkum la semua gambar setakat yang ada.
masih ada a few photos and cerita queueing up.
ni ada masa free sikit, bolehlah post blog entry.

gambar kenangan team tadarus. ketua tak de time ni, lawatan rasanya.



gambar kenangan jugak, mala is leaving (ke johor).


bulan puasa ni ada tak makan kat luar lepas kat cyber haritu?
jawapannya ye ada. haha
cuma makan kat luar ni, awal-awal ramadan tak kerap sangat.
prefer memasak di rumah.
bazar pun tak jejak awal-awal ni.

kitorang ada la sekali berbuka puasa kat restoran gula & gulai dekat2 area rumah je.
dekat sungguh. haha. senang nak balik rumah lepas tu.


ada ikan siakap woots. ikan siakap 3 rasa dia sedapp.



tomyam pun ok.



kari ke gulai.. kambing 40 hari.



siakap goreng 3 rasa close up.



memang tak ramai orang. ada la 2 family, termasuk kitorang.
lepas2 azan maghrib tu baru datang satu lagi family lain. tenang je kitorang makan.
kira ramadan kali ni memang tenang sungguh la. hihi


sebenarnya may be orang fikir-fikir nak makan dan membeli di luar.
for me, satu sebab harga bahan, food semakin naik.
lepas tu anak-anak baru masuk sekolah. banyak dibelanjakan.
then nak prepare raya, kena menyimpan jugak.
jadinya orang ramai lebih berhati-hati dalam membeli.

ai pun prefer masak and makan kat rumah.
sebabnya, sah2 tak de MSG, atau garam gula berlebihan.
so tak de la dahaga lebih, sakit tekak, sakit perut la macam-macam. haha
cuma sesekali je kita keluar.
ada time tu nak jugak rehat gantung kuali daripada memasak.


haa ni masak sendiri. kari ketam nipah.
sy jual jugak ketam nipah ni.. 1kg, 3 ekor RM40 saja. mur kan. haha
ni tukang jual masak sendiri makan sendiri. memang sedapp.



shah alam's dining table.
berbuka puasa di rumah mama pada 1 april. tido sekali. haha



terawih di masjid ubudiyah seksyen 19 with mama.


masjid ubudiyah ni besar dan luas. alhamdulillah.
jemaah pun ramai. saf dia memanjang.
bila masuk, teringat arwah abah suka ke sini semasa hidupnya.
hari-hari suka ke sini. al-Fatihah untuk abah.

apapun sy prefer surau kecil kami di dengkil.
walau kecil, sejuk dan selesa. hihi


ziarah kubur abah. ni kat seksyen 21, shah alam.







tuah, anaqi, faliq. naik motor naik parking. haha



salah satu menu sahur kami. repeat goreng kwey teow.
mi shabu-shabu goreng. chicken fingers.



menu buka puasa di rumah.
singgang daging, ikan selar beso goreng. ikan rebus goreng tu beli daripada cc aina kat ofis.



ada sekali tu sesaja le try masak nasi beriani express, pakai perencah segera maggi.
eh jadi pulak. senang lagi. hahahaa (nasi je la lembut sangat. terlebih air kot)


al-kisahnya teringin makan sik beriani.
tapi tengok grab, mahalll.
so beli 1 je ayam beriani.
balik rumah, masak nasi sendiri.
goreng ayam berempah jugak.


ayam goreng berempah. serai dengan daun kari daripada pokok kat rumah.



papadom pun goreng sendiri. tu diaa menu special tapi tak dak sayur. haha



disebabkan bulan puasa ni rancak berniaga sesuka-suka (tak de untung besar pun, tapi seronok lebih. haha).. ni time gi hantar daging dendeng kat cik mah di KPKT. cik mah ex-JWP. ceria2 orangnya.



ada sekali tu jugak berbuka luar di restoran 4fingers, d'pulze cyber.
time ni babahnya tak de sebab berbuka di luar. so kitorang pun sama la.
sy pulak cuti puasa, tapi meneman la dak2 ni berbuka. so tak rushing la nak ke masjid/surau lepas tu.



nah tu diaa. tarik cheese tuuu. hahaha

 

setakat hari ni pengalaman berbuka puasa kami, alhamdulillah dalam kategori selesa dan seadanya.

contoh time makan kat d'pulze ni,
kitorang keluar lambat tau haha.
tapi Allah mudahkan perjalanan, lampu hijau di sepanjang perjalanan.
sampai-sampai parking, confirm2 penuh and orang queue cari parking.
tapi kitorang terus dijumpakan dengan parking tu.
betul-betul depan boom gate keluar and dekat dengan pintu mall, terus ke lif, terus ke 4fingers.
bila dapat kemudahan2 macam ni, memang bersyukur sangat.
kita ni macam serba kurang kan, tapi Allah selalu la tolong.
this is just part of the stories.
tapi nak kata syukur sangat tu la.

dah, nanti sambung lagi.
nak pi meeting. haha. byeee.

No comments: