Tuesday, August 03, 2021

raya aidiladha 2021

assalamualaikum and hi! :D

entry 'baling belakang' / throwback. hihi

nampaknya, tahun ni kita beraya haji di rumah sendiri lagiii.
covid masih berleluasa.
time2 ni, dengkil termasuk area PKPD (perintah kawalan pergerakan diperketatkan).
boleh kata, selangor & KL PKPD.
nak pergi mana pun tak boleh.
persiapan pun biasa2 je.
baju raya tak beli.
kita pakailah mana ada. yeah.

budak berdua. AAs. dipaksa jugak memakai baju raya, demi mendapatkan 'raya vibe'. hahah



dipaksa sekali lagi, kali ni untu buat fake laugh. huhihuhi




babahnya lah yang paling tak beraya dalam cerita ni. tengoklah baju beliau tu :P

 
tahun ni tak de meriah2 mana yeh.
lagipun masih baru2 lagi selepas pemergian ayah (FIL).
al-Fatihah untuk ayah, untuk abah & semua yang telah pergi ke negeri abadi.

tengah hari rasanya, ada la bervideo call dengan family. wihihi
buat pengubat rindu tak balik beraya gitu.

ok back to makanannnn.

demi menghidupkan jugak suasana raya tu,
hidangan raya tetap wujud ye. hehe

ni lah. tak banyak pun. cukup je untuk kitorang yang tak berapa berdozen ni :D


para penonton, sila amati gambar di atas :P
kita ada sate di situ.
sate haji samuri, dibeli mentah selepas balik dari ofis
(ye, ai pergi ofis lagi sehari sebelum raya. roadblock jem terukkkk).
beli mentah, kemudian kita air fry.
ketupat daun palas tu pulak, ada baki sepaket daripada raya aidilfitri tahun ni.
letak kat freezer.
so kita rebus & goreng je semuaaa.

lapar pulak tengok gambar ni. haha



sate dan ketupat palas.



apalah artinya raya kat malaysia tapi tak de rendang kan.
maka marilah masak rendang sikit!

eh masak banyak sebenarnya. 2 ekor. lolx



raya puasa haritu, masak rendang cili api je sebab siap cepat & tak berapa sihat kan time tu.
kali ni kita berpeluang masak rendang ayam mak lang balik. alhamdulillah.



terkenang-kenang rasa rendang ni yang awesome. lolx


tapi tu la,
masak 2 ekor ayam, pakai santan 2 kilo,
jadi memang ambik masa lama = ayam hancur.
tak mampu nak beratur panjang gila2 kat pasar semata-mata nak beli ayam kampung.
tu pun belum tentu ayam kampung ada, kalau nak beli sehari sebelum raya. haha
so bahan2 masak-memasak ni sy beli time odw balik dari ofis ke rumah petang tu je.
ayam bando je kite.


ni pulak singgang daging, request by husband.



singgang daging dalam periuk.

disebabkan tak ke pasar,
daging pun beli kat kedai tepi jalan je.
daging import. lolx



time ni pagi2 kita goreng ketupat palas.
ada kawan tanya; ketupat palas boleh goreng ke?
ye boleh. orang pata timur biasa goreng.
kadang tu bukak balutan daun, goreng terus ketupat dalam kuali.
rangup weh. sedap, insyaAllah.



ni rendang yang banyak2 tadi. nak bagi sikit ke jiran2.
(yang sama2 xdapat balik beraya macam kitorang. huaaa. good thing we have each other. hahaa)


ye la, mana nak rasa kemeriahan raya tu
melainkan dengan jiran2 senasib ni. kikiki
malam2 ada la dengar jiran2 main mercun. haa ada la suasana raya tu sikit.
nak dengar takbir raya pulak, bukak tv kuat2 time takbir. haruu.
#rayadikalapandemik

my plate of goodness. agitu. :'D
rendang hancur pun, hancurlah. haha. yang ponting sodap. den suko.



order jugak kuih strawberry swiss tart ni 2 balang.
ingat nak beli nutella swiss tart, tapi penjual tu jual yang strawberry je untuk raya haji.
biskut ni sedap weh.
rapuh je, cair di mulut.
kalau beli kat orang lain, belum tentu dapat biskut raya rapuh cair macam ni. pergh.



alhamdulillah. jiran bagi lemang.
setakat 2 kali beraya tahun ni, jiran2 memang baik bagi lemang. tenkiuuu.



kali ni, gambar lemang dengan rendang hancur-tapi-sedap. HAHAA


dah. itu saja coretan raya haji kali ini.
semoga raya kali ni membawa seribu pengertian tentang pengorbanan.
banyak yang kita korbankan, antaranya tak balik beraya lah.
teknologi sangat memainkan peranan time2 ni.
video call je dapat :D apapun alhamdulillah.

tahun ni sempatlah buat korban, kat kemboja.

niat di hati nak buat korban kat malaysia,
tapi duit tak cukup.
nanti kita nak try menabung la untuk tahun depan, kalau sampai umur. insyaAllah.

ni lembu korban sy, selamat dikorbankan. join korban kat ofis.



alhamdulillah. selesai tahun ini.


ok byeeee.

No comments: