assalamualaikum and hi! :)
selamat hari raya aidilfitri, korang!! *virtual salam, sebab skang tengah covid. lolx*
ampunkan salah silap ai pada bulan yang mulia iniii.
nah, tengok gambar rendang in progress dulu :P
|
rendang ayam nismilan sedang dimasak, sehari sebelum hari raya. |
raya tahun ini, serba sederhana.
memang tak ke mana.
bukan setakat sebab kesihatan diri tak mengizinkan,
tapi sebab tengah PKP 3.0 haa.. start 12 mei till 7 jun.
raya 13 mei.
tu pun ramai yang sayu, pilu sebab tak dapat balik kampung.
(ai pun sayu pilu tapi tak over sangat la, sebab mama ada datang ke dengkil sebelum PKP hari tu.. since sy tak sihat kan, and babahnya outstation. so sempat jumpa, alhamdulillah. tq ma! leviu!)
rentas daerah tak boleh, kunjung-mengunjung tak boleh.
tapi pergi mall boleh.. maka ada artikel and news yang cakap,
jangan jadikan mall tempat keluarga bertemu, hahaa
ada juga bijak pandai yang beraya ramai2 kat mall kan :'DD
apapun, harap turunlah kes covid bila ada PKP 3.0 ni.
korang pun jangan nak keluar beraya pulak.
stay at home diam2.
|
kelainan tahun ini.. rendang ayam hijau kuning nismilan. bukan kedah tau :D |
rasa.. sodap!
main buek yo, tengok beberapa youtube, lepas tu gabung2 resipi ikut suka hati.
alhamdulillah menjadi.
den pun masak tak banyak, setengah ekor ayam je.
biasanya every year akan masak rendang mak lang (cili kering).
tapi tahun ni kurang sihat.
raya pun berempat je. yang makan rendang, 2 orang je pulak tu (me and husb HAHA. budak2 ni mana makan sangat, kecuali kalau tak podeh).
so, masak rendang nismilan ni jimat masa dan tenaga.
tak ambik masa berjam-jam macam sebelum ni.
nanti PKP dah habis, insyaAllah kita masak rendang mak lang ye. rai tetap rai :P
|
2nd time masak kuah kacang from scratch. |
yang 1st time masak dulu2, tak berapa menjadi kuah kacangnya.
ni jumpa resipi kat youtube (jugak), eh menjadi resipinya.
tahun lepas, tak silap beli je yang instant. boh dalam kuali, boh air.
tahun ni terlebih rajin. masak pun dalam 500g kacang. sikit je.
cantik kejadian kuah kacangnya, alhamdulillah.
nanti2 kita share resipi dalam blog, insyaAllah kalau free.
|
ni pagi raya. dok menggoreng ketupat palas dan panaskan kuah kacang dalam periuk multi cooker. |
so basically:
sehari sebelum raya - masak rendang dan kuah kacang. malamnya, rebus/stim 2 jenis ketupat (nasi dan palas).
hari raya - panaskan semua lauk. goreng ketupat palas.
jadi tahun ni, tak berapa mengah mak ngah la buat kerja masak-memasak.
relax sikit.
|
lauk pagi raya pun simple je. tapi memang menu2 raya yang wajib la. eh, spot a nasi goreng ikan di situ :P |
walaupun nampak sikit,
jenuh jugak nak menghabiskan HAHA
yelah, yang makannya dua orang je.
lemang tu jiran kitorang bagi.
macam tau2 je kitorang tak de lemang. lolx
|
ni la rupa kejadian rendang nismilan idaman diri sendiri *tibaa* :'D |
|
dendeng ni sedap! husb beli kat budak ofis. repeat order ok. |
sebelum ni kalau nak raya, selalu beli dendeng daging mommy non (sedapp).
this year, try dendeng yang budak ofis husb jual pulak.
rasa dia setara sedap, harga lebih affordable.
tapi atas masing2 la nak beli mana kan.
|
ketupat palas ganu beli from budak ofis ai, lemang from jiran tetangga. haha dua2 sedap. |
|
ni pun dua2 sedap. kerjanya memuji masakan sendiri je. kahkahh. kuah kacang and nasi goreng ikan. |
|
overall lauk pauk first day of raya. |
|
kuih, kerepek raya pun ada 5 balang je tahun ni. yang paling laku, of course biskut bantal dengan nutella cheese tart. |
udah2 la tu gambar makanan :P
rasanya gambar makanan raya daku dan kamu,
lebih kurang sama je kan.
kalau tak lemang, rendang. tak rendang, lemang. iye dok :DD
ni ha, gambar raya family pulak.
TAHUN NI TAK BERAYA DI SIDE MANA2, SILA AMBIL MAK LONG. haha
jadi next year punya turn, kembali ke shah alam insyaAllah kalau sampai umurnya.
type siap2, sebab biasanya i ols akan merujuk turn beraya kat blog ni juga.
bahan bukti ni. hahaa
|
jumpa tripod lama. maka dapatlah bergambar raya decent macam ni :P |
kusyen senget-benget pun don't mind don't care. mah haha
kemasan raya?
ada la sapu and mop lantai.
tapi tu je la.
kita punya kudrat pun ala2 kelelahan lagi kan.
so bersihkan rumah mana mampu je.
tak ada la cat pagar, cat dinding, cat kereta ke. tak de ye. hahah
|
minilove satuuu. |
|
the love of my life, insyaAllah. |
|
oh tema tahun ni kelabu ye. anaqi ni anti-mainstream betul. hahaha |
|
acah2 bersalaman HAHA. mohon maaf salah silap ye, bang. |
|
dua budak-budak yang asyik bergaduh bila main game. lolx |
|
these are AAs. ariana and anaqi. |
|
pose ala2 tenung ke bawah. husb le ajar ni. acik mana tahun benda2 gini. haha |
|
tuan director pose sana sini. hihi |
|
over betul peluk, macam 50 tahun tak jumpa. hahah anaqi tu memang suka menyorok belakang sofa sana. kira hipster habis dah tu :P |
|
me and the kids. |
|
titian kasih. kahkah |
|
anyeonggg haseyooo. saranghaeee. yo yo an je. hahah |
|
upacara angkat budak2 berat. |
|
yeppa! alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang beransur baik pada hari raya ni. syukur, ya Allah. |
|
budak berat number two. |
|
3 tingkat. haha |
|
tata tutu daripada kami! |
OOTDs:
WANI E - baju tucz, tudung vietnam.
ISZ - baju melayu jakel (aaron aziz), sampin jakel.
ARIANA - baju kurung jakel tak ingat nama siapa, tudung nur jannah.
ANAQI - baju melayu jakel yusof iskandar, sampin spiderman.
No comments:
Post a Comment