apa khabar?
alhamdulillah dan tahniah kepada semua yang berjaya #stayAtHome setakat hari ni.
PKP dah masuk tahap 3; 15 sampai 28 april 2020, insyaAllah.
is it gonna to continue for months until raya?
wallahu a'lam.
but thinking about it,
it just gives me a sad feeling.
macam mana dengan ramadan,
no terawih at surau/masjid.
sebab time ramadan kita berlumba-lumba nak kejar ganjaran yang besar.
ramadan's been so special to me since years ago.
banyak peristiwa dalam hidup sy terjadi semasa ramadan.
hence it makes me a bit sensitive thinking about it :'(
lepas tu.
dengan family, kampung.
tak balik berayakah kita? huaa.
pre-raya stuff put aside,
meh cerita kisah-kisah semasa PKP.
minggu lepas, dapat arahan untuk datang ofis.
3 days ok.
isnin-rabu-jumaat (kena rekod sebab ai is pelupa kadang haha).
jumaat tu sebab giliran bertugas jaga bilik gerakan.
kerjanya menjawab phone calls berkaitan covid-19.
so kita jawab and bantu mana-mana yang boleh.
sempat pulak puan adzlin snap gambar ai yang overly serious jawab phone call. HAHA |
phone calls untuk hari tu tak la banyak mana, ada 4 je. lolx
tapi tetap kena stand by kot-kot ada orang memerlukan.
walaupun FAQ dan nombor-nombor telefon kecemasan banyak dalam fail,
kadang soalan yang ditanya tu tak de dalam FAQ pun.
dia lebih kepada nak selesaikan masalah.
contoh ada 1 kes, a mom called and said she needed to go to hospital for her baby's appointment.
so boleh tak dia bawa bapa baby sekali dalam 1 kereta?
jawapannya tak boleh, Kerajaan mengehadkan seorang 1 kereta.
so salah seorang je boleh pergi dan bawa bersama MyKad & buku temujanji hospital.
(jadi jangan la jump into conclusion kalau korang kat atas jalan and nampak seorang ibu bawa bayi dalam kereta. apa-apa biar polis kat road block tu yang tanya. kita husnuzon je).
tapi tak de sampai dapat kes aneh-aneh macam.. ada dengar cerita kawan kat bilik gerakan lain;
kes wife lari dari rumah (sebab gaduh kot), so husband dia nak buat aduan sebab si wife keluar lari balik kampung time PKP. ahahha macam-macam je la.
then ada kes majikan nak confirmkan kawasan disinfection sebab ada pekerja dia tak nak datang kerja, dengan alasan rumah dia ada aktiviti disinfection.
andd macam-macam lagilah.
so once in a while dapat pengalaman jaga bilik gerakan,
memang menarik la.
nampak tak ada laptop sebijik lagi terbuka tu.
tu sy bawa kerja sekali masuk bilik gerakan.
sebab isnin-rabu tu datang putrajaya sebab kerja.
isnin discussion, rabu meeting.
ofis pulak ada problem aircond (28 darjah celcius bak ang),
meeting rabu dengan KSU, pinjam bilik meeting kat perbadanan putrajaya.
dok laa fikir-fikir, awat bos-bos ai ni tak nak buat video conference.
awat semua nak meeting ramai-ramai ni.
sebagai urus setia, kita dah buat the best, mintak ahli-ahli mesyuarat duduk selang satu kerusi, etc.
and dah jugak tanya my boss kalau nak buat VC.
tak nak katanya.
hence, i just did my part.
my immediate boss dah bising-bising sebab kerap kena datang ofis.
dia gamble tinggalkan anak dia dua orang sekolah rendah kat rumah, sebab single mom.
dengar pun memang kesian.
my boss cakap dia tak mintak, tapi kalau ada kes positif kat ofis, baru semua orang nak sedar agaknya.
that's what she said.
anddd memang minggu ni sy kena datang ofis lagi sepatutnya.
isnin-selasa-rabu.
nampak.
rabu tu ada presentation kat YB menteri.
i kept thinking; benda ni boleh buat from home, benda ni even boleh consider buat lepas PKP (and planning part macam concept paper, kita buat la time PKP.. from HOME), and this is not essential services.
why o why nak kerap-kerap datang ofis.
kita pun tak larat dok nak menjawab dengan polis masa lalu road block,
sebab rumah lebih 10km dari ofis.
cakap pasal road block (selingan),
sebelum mai ofis last week tu, ada tanya kawan-kawan yang pernah keluar la.
how was it and road block area mana.
so ada kawan tu beritahu, kesian kat polis-polis yang jaga tengah panas.
dia cakap belilah air kat diorang or anything.
so korang, kalau ada lalu road block tu and balik dari pasaraya,
beli la apa-apa untuk mereka. air, makanan ringan ke. ok.
sambung cerita :D
hari ni isnin, tapi sy tak datang ofis.
kenapakah?
sebabnya sy kena kuarantin, yaww.
PKP tu memang la kena stay dalam rumah.
tapi ni memang kena kuarantin, doktor suruh.
sebabnyaaaa.
dah ada 1 kes kat ofis dan KKM tengah siasat lagi puncanya.
staff tu memang ada history ke sri petaling.
tapi dah lama kot.
so not sure dapat daripada mana. tengah siasat lagi tu.
get well soon to him.
geng ofis yang ada simptom demam, batuk, selsema,
semua kena pi saringan semalam kat drive through presint 6.
diorang kata KKM bagus la.
mesra, layan dengan baik supaya tak bagi nervous.. siap dapat kit hand sanitizer lagi.
kalau korang nak pergi check, boleh bawak pen sekali ye.
untuk isi borang.
result akan dapat in few days.
sy yang tak de simptom ni, dok rumah je kuarantin.
seingat sy pun, memang tak de kontak dengan staff yang positif tu sejak dia balik dari sri petaling
and sejak PKP memang tak pernah terjumpa mana-mana.
tapi tetaplah kita kuarantin sebab 1 ofis kan.
a good thing about this is;
boleh pun sebenarnya all these discussion and meeting being postponed.
KSU serta-merta keluar arahan, semua meeting under our division, semua postponed or cancelled.
agaknya my immediate boss sujud syukur dengar berita ni, haha
sebab dia dok cakap pasal benda ni sebelum ni.
my work pulak, dah hantar via e-mail semalam (sy kerja sabtu ahad ye. huah).
so boleh ye e-mail, VC semua ni.
tinggal nak tak nak je.
so yeah. selagi kita sihat, orang sekeliling sihat,
tak bermakna kita tak perlu ambik langkah berjaga-jaga atau pencegahan.
kena ambik, supaya kita tak terkena.
tak de la 3 kali seminggu kena datang ofis, bersemuka.
sebab sy kalau dah mai putrajaya,
memanglah sy singgah pasar, pasaraya sebab kat dengkil ni susah nak jumpa certain barang.
so bahagia la kejap dapat beli buah-buahan.. lolx
(tapi la ni dah nampak kedai air kelapa kat dengkil tu jual macam-macam buah. harga biasa la oren sebiji RM2, tapi bolehlah tu sebab buah cantik-cantik).
so tu la kita seminggu dua ni.
harap tak kena panggil masuk ofis lagi.
ingat ai tak stress ke.
ai bukan stress sebab kerja, tapi sebab orang.
honestly, tersepit condition.. haha.
my big big boss suh datang discuss,
my immediate boss bising sebab bahaya dll,
lepas tu my subord pulak respond dia susah nak datang ofis kalau kita minta datang cari fail, because dia dah berusia dan berisiko dll.
jadi bila kita je ada kat ofis, kekangan la nak buat meeting dll.
mana nak cari air, biskut, fail, dan seumpamanya?
(sebab banyak discussion/meeting, stok air pun dah nak habis. mana la boleh beli time-time PKP ni).
nak cari bilik meeting yang sejuk lagi, sebab aircond rosak.
hailaa.
susah kan nak sama ratakan kepuasan hati semua orang.
so the best thing is, stay at home je la.
Allah knows best.
and i thank Allah for whatever happened these past few days.
He gives sign to not going out too much often. kan.
time PKP ni banyak snap gambar masakan
(masak memang hari-hari, be it PKP or not. tapi snap gambar tu ikut mood HAHA. PKP ni banyak pulak gambarnya.)
nanti la kita upload entry pasal makanan ye.
k lah. till then.
stay safe everyone.
kalau tak de hal penting, kalau tak kerja essential,
bawak-bawak la dok rumah ye.
tau, yang biasa kerja tazabar nak mai ofis.
tapi tolonggg fikir sekali family yang tunggu kat rumah,
subordinates punya condition (lagi yang ada anak, camne nak pergi kerja tinggal anak kat rumah sendiri?)
tolong juga fikir komuniti sekitar.
dan sentiasa berdoa supaya Allah lindungi kita semua.
Aamiin Allahumma aamiin.
1 comment:
nice..
Post a Comment