Wednesday, March 11, 2020

virus berlemak: corona (covid-19)

assalamualaikum and hi!

setakat 6pm semalam,
malaysia dah mencatat 129 kes positif.
hopefully semua akan cepat sembuh tanpa sebarang komplikasi.
hopefully juga virus ni cepat-cepat meninggal dunia supaya semua orang boleh travel ke sana ke mari dengan selamat.



covid-19 adalah virus 'berlemak'.
sebab tu doktor-doktor suggest cuci tangan dengan SABUN.
maka akan gugurlah lemak-lemak virus tu nanti (dead).
hand sanitizer kalau tak pakai pun tak pe, yang penting basuh tangan dengan air dan sabun.
tapi kalau korang dah terbeli, pakai je lah.

yang nak travel jugak ke mana-mana negara luar, time-time ni (bukan setakat negara berisiko),
stay safe dan ambil langkah berjaga-jaga.
sebabnya negara-negara berisiko macam jepun, korea, itali, iran semua tu pun asalnya adalah 'negara-negara selamat'.
so mungkin negara yang selamat untuk kita travel hari ni,
tak lagi selamat pada hari esok.
sebab tu la sangat digalakkan untuk postpone travel tu.
alangkan yang bercuti dalam negara pun dah cancel hotel dan flight (ada colleague dah cancel. me too)
apakan lagi yang ke luar negara.
airport tu kan macam-macam jenis orang ada.
but still kalau keazaman nak melancong tu tinggi, berdoa banyak-banyak mohon perlindunganNya ok.
jangan dok pegang sana sini, pegang orang etc.
keep 1 meter distance okkkk.
(lepas tu bila dah balik semula ke malaysia, sila duduk diam-diam 2 minggu dan jauhkan contact dengan sesiapa)

tu je pesanan khidmat masyarakat :P
tataaaa.

No comments: