Thursday, March 07, 2019

projek rintis waktu bekerja flexi (WBF) | 01032019

assalamualaikum and hi!

hari ini dalam sejarah,
seharusnya direkodkan dalam blog ni. ahaha

starting bulan mac ni,
waktu bekerja berperingkat (WBB) bagi penjawat awam
sudah ditukar kepada waktu bekerja flexi (WBF).
ni kira projek rintis / pilot project.. means dilaksanakan dulu,
and tengok resultnya macam mana.
berjaya atau tak.

WBF ni kiranya ko boleh masuk ofis anytime between 7.30 to 8.30am,
dan balik selepas cukup 9 jam bekerja kat ofis (termasuk sejam waktu lunch hour).

so dah tak ada konsep;
WP1, WP2, WP3, WP4..
iaitu konsep masuk tepat2 sebelum 7.30, 8.00, 8.30 atau 9.00 pagi,
then alarm mesin punch card berbunyi.
tak de dah tu.
ko boleh masuk 8.17 pagi contohnya,
dan balik pada 5.17 petang ke atas.
how cool is that kan.

tapi ada dengar-dengar jugak
daripada yang sebelum ni pilih WP4 (masuk before 9am, balik after 6pm)
they opposed the concept of taking out 9am from the flexi time.
banyaknya kerana masalah rumah yang jauh dari ofis,
terpaksa bangun super awal mengadap jem etc.

in my humble opinion,
kesian tu memang kesian kat geng WP4.
yelah rumah jauh kan. ada la sebab tu kenapa ambik WP4.
tapi apabila ada yang start tak puas hati then blame geng WP1 tiba-tiba.
that was not nice at all.
siap buat tuduhan yang masuk awal ni keluar makan lama,
pergi membawang (i.e mengumpat) dan lain-lain.
fyi sy masuk ofis awal dan sy suka bangun awal, keluar rumah awal (no jam, no hassle),
cause i'm a morning person and i find that morning time is a super productive time.
sy tak dok lepak kafe pun pagi-pagi macam dakwaan kepada geng WP1.
in fact sy selalunya makan oat je pun kat ofis
atau tapau dan makan kat bilik ofis je sambil buat kerja. lolx
membawang is out of my book. i don't do that.
i don't even know how to respond when people are membawang about other people.
(i usually keep silent or buat-buat angguk je macam tu lolx)
kalau ada orang lain yang mencuri masa tu, sendiri la yang rugi.
and it doesn't necessarily happened among WP1.. WP apa pun kalau sikap macam tu,
tak dapek den nak nolong eh.

plus, if you come early (tak kisahlah WP1 ke WP2 ke, tapi jenis yang datang awal),
you can do lotsa things.
and pagi-pagi kalau bos cari sebelum ke meeting,
ko ada la kat tempat untuk assist.
bayangkan datang pukul 9.
meeting dah pukul 9,
then orangnya belum masuk ofis. how?
you guys will come early too, right? (for the meeting)
then terbuktilah yang datang awal tu bagus sebenarnya. hihi

and datang awal tak semestinya balik awal (which orang pandang serong pun kat yang balik 4.30pm.. kenapa, ha?)
konsep dia simple je.
kerja settle, balik.
tak settle, stay for a while.
tu je.
tak de berdosanya masuk awal and balik on time ni.
yang penting your work for the day is done.
lain la ko kerja tak mengira masa.
macam tentera, jaga kaunter yang tutup pukul 6, jaga mesyuarat kabinet, luar negara,
lain la.
tapi kalau kerja ofis,
biasalah tu kadang balik cepat, kadang balik lambat.
tolong la tukar perspektif tu.
lagipun kalau yang hari-hari pukul 6pm baru nak keluar ofis,
yang katanya rumah jauh,
pukul berapa pulak sampai rumah?
berapa lama je dapat spend masa dengan family..
sempat tak anak-anak makan?
sebabnya sy yang balik around 5pm ni pun,
budak-budak by 6pm dah kelaparan.
i was wondering,
yang sampai rumah jam 7pm ke atas,
baru nak masak.. (or beli luar je most of the time. berkhasiat tak?)
in between sebelum jam 7pm tu,
anak-anak tahan lapar or makan snacks je ke untuk alas perut? atau makan mi maggi?

what i'm trying to say,
yes kasut kita tak sama.
(rumah sy pun bukanlah super dekat pun dengan ofis. ada la dalam 20 minit. dekat tak dekat, jauh tak jauh lebih kurang).
tapi kalau kita ada pilihan untuk bangun dan keluar awal
supaya waktu balik tu dapat la spend more time on bersenam ke,
spend masa dengan family,
buat aktiviti yang kita suka,
it's better.
less stress and better.
bangun awal is good, what.
you can even focus on ur ibadah (for muslims).
so hentikanlah blame kawan-kawan WP1
disebabkan oleh kehendak WP4 yang nak masuk jam 9pg tak tercapai for this time being.
(means tak tercapai, tapi nak sejukkan hati, dok blame orang lain).
doa-doa la mungkin daripada result projek rintis ni
yang rumah jauh tu dapat kembali masuk jam 9pagi.
cuma kalau diberi pilihan,
sy lagi suka orang datang awal ke ofis instead of datang and balik lewat.

bak kata bekas pensyarah sy dulu,
"pukul 5 ni waktu kita dok kat padang, main bola.
bukan waktu pergi kuliah."
(kuliah dia jam 5pm sebab universiti dah bagi time macam tu HAHA)

maaf kalau ada yang terkecik hati, jantung atau pankreas. lolx
for the betterment of penjawat awam.
toodles!



1 comment:

Nurul said...

bagus tu...dah mula tukar waktu bekerja kepada flexi hours...sangat bagus lebih-lebih lagi untuk ibu-ibu yang bekerja...satu perubahan yang baru... syabas kepada pihak pengurusan.
at least sekarang, ibu-ibu kurang risau untuk balik lewat.