Tuesday, February 05, 2019

menginap di hotel awana genting highlands

assalamualaikum and hi!

happy CNY kepada yang menyambutnya hari ni!
dan happy holiday to all malaysians! :)

jumaat-ahad haritu kitorang bervacation kat genting highlands.
cuti sempena hari wilayah dan pertama kalinya dapat cuti pada 1 feb.. wah haha *gelak thunderous*
(biasanya 1 feb sy bertugas untuk hari istiadat kat istana. tapi tahun ni special sikit sebab ada Agong baharu.. jadi tarikh hari istiadat bertukar).

so sambung cerita genting kita.
kitorang satu family gerak dari rumah sekitar jam 11-12 tengah hari macam tu.
jalan kat KL pun clear.. tak jam.
singgah KL dulu.
then dekat jam 3 dah sampai kat awana.


kalau nampak tower tinggi ni.. haa dah sampai la tu kat awana genting highlands :)

satu je drawback kat sini;
iaitu parking bukan complimentary.
kena parking kat satu bangunan parking bertingkat berdepan-seberang jalan dengan hotel.
dekat je pun.. tapi kena charge tak silap dalam RM2 kot sejam.
ada juga parking valet kat depan hotel, kalau korang rajin nak bayar la. haha


horeyy dah sampai! ariana off mood lagi sebab baru bangun tidur. lolx


kitorang disambut dengan deco-deco naga.
sempena nak masuk chinese new year kan.
ada tanglung, buah limau.
memang terasa la vibe nak raya cina tu.



memandangkan kitorang pergi time-time orang lain pun tengah bercuti,
bilik deluxe semua dah habis.
yang ada club suite.
bolehlah daripada tak ada.
bilik club suite agak dekat dengan kaunter receptionist.
just ambik lif dekat-dekat dengan kaunter tu,
berbanding dulu seingatnya sy pernah stay kat bilik deluxe dia.
kena menapak sikit ke tower hotel.
masa booking sebelum tu pun ada mention dalam remarks;
nak bilik dekat dengan lif.
sebab bawak budak-budak kecik ni.
alhamdulillah dapat bilik yang dekat.

pemandangan dari pintu masuk club suite awana.

memandangkan sebelum ni sy dok search kat google dan tak ada post tentang club suite awana,
entry ni sy dedicate untuk yang nak tau info serba-sikit tentang bilik ni.
tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan, mostly.

dari segi saiz, biliknya agak luas dan terbahagi kepada ruangan tidur dan ruangan keluarga/tamu.
ada juga dapur dan bar disediakan (periuk kuali je tak de. sila bawak sendiri. haha)
sebab memang ada dapur induction yang berfungsi dalam bilik ni.

aircond ada, kipas pun ada.
balkoni ada grill dan berkunci, tapi kunci ada digantung kat tepi dapur.
so boleh bukak grill tu dan dapat lihat pemandangan taman dan padang golf yang menghijau.




dari segi in-room dining, ada disediakan untuk bilik club suite ni.
boleh order sehingga jam 10.00 malam.
kalau nak beli barang keperluan dan snek, atau air ke.. ada juga kedai serbaneka (2 kedai!) dan satu ATM maybank kat luar hotel.
kedai ni dekat dengan tempat menunggu shuttle bus (shuttle is free!).
just jalan beberapa langkah je dari ruang depan hotel.

kertas menu.



kertas menu muka sebelah. lolx

tv flat screen ada sebuah.
tv channels ok la boleh tahan.
ada channel tv3, kartun, movie.
dan lain-lain channel.




ada cermin super besar kat belakang sofa ni. nice!



ni la rupa bentuk dapurnya. yang cooking kettle kat sebelah peti sejuk tu, bawak sendiri. buat masak nasi goreng segera dengan megi bolehlah ni. haha.

haritu ada jugak bawak pek-pek makanan sharifah food dan instant noodles.
kacang dan snek-snek lain juga.
air minuman beli kat kedai serbaneka depan hotel ni je.. murah jugak, 2.7liter baru RM3++ (mengenangkan duduk kat genting, kira munasabah jugak la harga tu).


bilik air jugak agak besar, seperate antara ruangan sinki dan bilik shower.

tapi anehnya kat club suite ni tak ada bath tub.. haha.
kalau menginap di bilik deluxe, biasanya ada bath tub dan dapat katil besar 2 buah.





ruangan shower. shampoo bawak sendiri. sabun hotel punya :P



pemandangan dari dalam bilik air.



kat dalam bilik air ni sabun diletakkan di dalam bekas dispenser macam ni (tapi ada jugak sabun dan shampoo dalam botol kecik). kot la korang mandi tak cukup sabun kan. haa ni banyak!



kalau masih nak guna towel, tak perlu letakkan di atas lantai.



katil tempat beradu. katil ada sebuah saja, tapi luas dan selesa.



wardrobe. ada iron dan peti besi.



pemandangan bilik tidur yang bersambung dengan bilik air. bilik tidur ni tak de pintu bertutup pun.. just terbuka macam tu.



dari bilik tidur juga boleh nampak bahagian ruang tamu dan dapur di luar.



our hero and heroin :D



ada sekali tu order room service (hari sabtu) lepas balik dari 'site visit' kat genting belah atas.

time balik dari naik kereta kabel,
dah tak larat nak keluar ke mana-mana.
ariana pun dah tidur.
so kitorang order room service.
harga standard menu hotel.
nasi goreng RM25 sepinggan, sate RM20 setengah dozen (6 cucuk),
buah-buahan RM12 sepinggan.
tang cerita naik genting, GPO semua tu nanti kita cerita di next entries ye.

verdict makanan room service, ok.
tak wow, just ok sedap dimakan.
sate bersaiz agak kecil untuk harga RM20.
kuah sate agak berempah dan tetiba macam terasa ada rempah kari kat dalamnya. hihi
nasi goreng ok, just telur goreng macam burnt sikit.

breakfast is complementary for two.
tambah RM18 untuk ariana (budak-budak 4-12 tahun kena charge).
breakfast buffet spread boleh tahan.
tak super banyak, tapi tak jugak sikit.
seadanyalah.
biasanya akan ada 1 jenis noodles.. contohnya hari sabtu ada mi goreng. hari ahad ada mi saiz besar (tapi dia tulis situ kwey teow?)
lepas tu akan ada 1 hidangan nasi. sabtu nasi lemak, ahad nasi dagang.
then lain-lain tu macam biasa akan ada baked beans, potatoes, sosej/beef streak yang western2.
then ada juga khusus untuk vegetarians.. everyday akan ada paratha/roti canai dengan dhal.
buah 3 jenis. air jus pun variety. mesin air panas pun ada.
bubur ada 2 jenis. 1 bubur nasi kosong, 1 bubur berperisa contoh sayur/chicken.
oh! bread and pastries too. cereals, salads. and eggs.
kira banyaklah tu kan.


masa kitorang breakfast. si anaqi tak habis-habis dengan ultraman dia :P



kentang ni sedap gils! *majorlove*



disebabkan sedap, dalam bubur pun letak jugak kentang+carrot+bawang ni.



at the rajawali restaurant, awana genting highlands.



anaqi.



babah.

and how about the swimming pools?
(gym dan lain-lain sy tak dapat nak review sebab tak pergi. haha)
pools dia banyak jugak.. dan macam heated je sebab air suam selalu.
ada pool untuk dewasa, pool untuk budak-budak kecik macam anaqi,
and untuk budak-budak besar sikit (with slides tapi sampai 12 tahun je boleh naik).


tukang jaga/tengok budak-budak tu mandi. esp anaqi la.. dok sibuk nak pergi pool yang dalam.



kesejukan dah.. anaqi surrender dulu. haha. kakak dia masih over berjimba-jimba mandi-manda time ni :P

oh. untuk tuala mandi,
sekarang awana buat sistem kad.
1 bilik dapat 1 kad = 2 tuala mandi.
jangan hilangkan kad tu, nanti kena bayar denda RM100. lolx


view kawasan swimming pool di awana genting highlands. besar, heated dan best.



ariana was enjoying her swimming time.



i encouraged her to dive in.

sebab tengok kemain ligat budak ni berenang dengan pelampung dia.
jadi maknya ni berfikir.. ni kalau swim mesti jadi kot? haha
tengok-tengok boleh rupanya.
walaupun swim dekat-dekat, tapi bagus untuk permulaan dia belajar berenang sendiri.


diving.


lepas tu ada pulak slides.
ditambah dengan kombo 'ada geng'.
dia ni mana-mana pergi senang jumpa geng.
makin tak nak balik biliklah ariana, dok seronok main slide & swim.




time ni babah dengan anaqi dah balik bilik dulu. mama dia ni la dok melayan dia nak berlama-lama kat pool. haha

so begitulah kisah kitorang bercuti kat awana genting highlands.
video kat bawah ni, sums up kehidupan di hotel ni.. hahaha.
till then!
nanti bila kerajinan menjelma lagi, sy akan post tentang jalan-jalan area genting pulak.
kbaiii!!



No comments: