assalamualaikum.
here. listen to my ramblings today.
lolx
disebabkan malas nak upload gambar,
entry ni tak de gambar (alasan biasa) :'D
hari ni nak cerita pasal progress rumah.
those who didn't have a clue,
we bought a home and on reno work now.
we're still staying at kuarters putrajaya,
perhaps until the reno is done.
sy kepeningan disebabkan kontraktor ni.
may be they have a PR problem, miscom problem, assumption problem? well idk.
tapi kebanyakan kerja yang diorang buat,
semua main ikut suka diorang je.
apa yang kami request, diorang tak ikut pun.
we're not even a fussy client yang minta pelik-pelik
atau nak ubah struktur tiba-tiba ke apa.
tak ada.
tapi apa yang kita discussed di peringkat awal,
memang tak sama dengan apa yang diterima.
exhibit one. kitchen cabinet.
i specified the cabinet height;
so we can reach to our kitchen items/utensils easily.
tapi punya tinggi kabinet dia buat.
do we need to buy a stool now?
ruang kabinet bawah, tak smart storage langsung.
bayangkan ruang yang luas bawah stove.. diorang letak tray sudu garfu yang panjang.
sementara ruang lain kat tepi-tepi tu sempit betul, tak tahu la muat tak nak letak periuk kuali dan barang lain.
dish rack, pendek betul.
minta ubah balik, semua tak boleh, dengan alasan dah siap order pintu kabinet kat kilang.
tapi masa ubah design, diorang tak refer langsung dengan kami untuk persetujuan atau apa-apa.
menurut supplier kabinet, diorang ada design dalam pelan semua.
kontraktor pun tahu.
tapi kontraktor tak tunjuk pelan pada kami as their client.
terus main buat je.
baru-baru ni, table top quartz pun salah pasang design lain.
yang tu dah cabut balik.
kalau terima je, harus diorang extra charge sebab tukar dengan item yang lebih mahal.
exhibit two. pagar rumah.
lain gambar contoh yang husband hantar,
lain design pagar yang dipasang.
tetiba ada jaring-jaring kat atas pagar.
what da.
alasan kontraktor, tak perasan.
lepas tu minta maaf.
senang je kan.
lepas tu terus pasang tak inform kami.
tau-tau dah ada.
husband minta tutupkan jaring-jaring atas tu.
now tak tahu apa cerita.
tak tutup lagi tu.
exhibit three.
grille. haha yang ni i told husband awal-awal.
better pergi sana cepat tengok diorang pasang.
i have a hunch that they will do it again.
dan betul tepat jitu jangkaan saya :P
lain kitorang mintak, design lain yang sampai.
minta grille lurus (sebab kitorang nak yang simple, plus lurus ni senang bersihkan)..
tetiba sampai grille ada bentuk S.
tah apa-apa.
kontraktor rayu minta kami accept grille tu.
alasan dia, design ni lagi lawa.
the heck apa kata awak pasang je la grille ni kat rumah sendiri?!
time ni sy dah malas nak layan dan konsep redo je lah.
husband accept pemasangan, tapi bagi syarat diorang kena tolak 30% daripada harga grille sebab silap diorang.
exhibit four.
wardrobe.
mentang-mentang kami bagi kebebasan 'berkarya',
dibaginya wardrobe sempit saiz budak-budak.
handle pun gile kecil macam muat tangan budak-budak je pegang.
(handle dah minta tukar lain, tapi tak minta kelulusan kami, terus je beli).
kemasan? senget-benget.. laci pun sama dan kecil je ruangannya.
patut boleh dibesarkan ruang tu tapi diorang design macam letak seperator tengah, jadi la sempit.
how to store our garments macam tu?
bolehlah store, tapi i kept comparing dengan almari kat kuarters.
almari kuarters tak de la panjang mana pun, tapi dalamnya luas, banyak baju boleh letak.
kotak besar untuk simpan tudung-tudung pun boleh masuk situ.
but our wardrobe kat rumah baru ni? haihs sedih T_T
mungkin kontraktor ni satu bentuk ujian untuk kitorang.
ujian sabarunnah banyak-banyak.
husband kata dia pilih kontraktor melayu,
sebab nak tolong melayu.
i'm not being racist, pilihlah melayu cina india iban ke i don't mind;
asalkan kerja ok, tak bertangguh dan pelik-pelik.
ini apa yang kita discuss, semua jadi lain.
satu dua defect ok lagi, ni terlalu banyak defect.
mujurlah pasang tinted dengan orang lain.
express; hari pertama datang ukur waktu malam.
hari kedua dah siap pasang satu rumah.
tint berkualiti, harga pun munasabah.
sebab bagus, sy share sini contact dia:
tinted express HQ. 013-9339911.
so based on this experience,
my advice to all yang nak reno rumah,
dapatkan contact daripada kawan-kawan/kenalan yang pernah deal dengan kontraktor yang akan dipilih..
only go for kontraktor yang boleh dibawa berbincang, hasil kerja kemas dan tak bertangguh-tangguh.
JANGAN pilih kontraktor yang semua benda kita nak, dia tak boleh nak buat.
kalau kontraktor bagi kita turun site, tengok kerja-kerja yang diorang tengah buat, lagi bagus.
JANGAN SETAKAT TENGOK GAMBAR JE.
untuk kes kami ni, awal-awal diorang claim semua boleh buat.
last-last diorang biarkan pekerja dia bangla/indo/supplier datang buat/pasang tanpa diorang ada pun untuk monitor.
may be diorang ambik job banyak sangat, tak terlayan.
choice untuk design yang diorang ada pun tak banyak.
lepas tu pilihlah kontraktor yang dekat, so tak de extra charge untuk perjalanan.
since kami pun dah tersalah pilih kontraktor,
tak dapat nak buat apa la.
harap korang-korang kat luar sana yang belum lagi tu,
will make a right choice.
jangan lupa juga doa supaya dapat kontraktor yang ok.
sekianlah rambling sy pada hari ini.
lolx
No comments:
Post a Comment