selamat hari raya aidilfitri, guys & girls!
forgive me for all my wrongdoings.
mungkin salah satu wrongdoings tu adalah dah nak dekat sebulan tak blogging! lolx.
apakah wani.. apakah. :P
so here's a raya entry for this year.
raya tahun ini adalah giliran my side,
iaitu ikut kebiasaannya akan balik ke terengganu dulu.. kampung tok.
tapi tahun ni ada slightly change of plan.
memula tu mama abah macam tak jadi balik terengganu.
then tiba-tiba jadi balik, tapi raya kedua.
raya pertama kat shah alam kita.
mungkin condition abah yang tengah nak recover sakit tu tak sesuai nak tempuh jem lelama atas jalan berjam-jam.
seperti yang semua rakyat malaysia sedia maklum *haha*, jem atas jalan time-time raya ni semakin teruk tak tau kenapa.
(sebenarnya tau. rakyat makmur mampu beli kereta. and ramai berhijrah bekerja di bandar.)
so layankan je la jem tu kalau mampu.
ada yang siap kata, tak jem, tak suasana rayalah.
banyaklah kau.
if i'm given a choice, i'd rather going back to my hometown BEBAS JAM.
raya apa kalau kebas punggung kau duduk berjam-jam atas jalan.
yang naik motor lagi kesian. yang bawak budak kecik laaagi kesian.
haha. so enough about jam.
rendang ayam, menu wajib hari raya kita. |
macam biasa, every raya sy akan masak rendang ayam. kihkih
be it raya aidilfitri ke, raya haji ke.
tapi tahun ni peniaga ayam kampung pasar tani putrajaya balik raya awal pulak.
yang pasar presint 8 ayam kampung habis.
great.
last-last beli ayam biasa je.
sebab takut ayamnya hancur masa merendang,
half way kena bawak keluar ayam.. tunggu kuah pekat baru masukkan ayam balik.
hidangan raya di atas meja makan di shah alam. |
ain, my SIL jugak ada masak beriyani kambing, juga dengan ayam masak merah.
yumyum beriyani johor ni, sedap.
then ada sate dan kuah kacang juga.
lemang.
awin & azreen (kanan) datang beraya. |
mama, abah & sy. |
perasan tak ramai gile kot orang theme biru.
pergi jakel nak beli baju melayu biru, perasan banyak baju biru habis.
time tu sy terfikir, "ah sudah. tahun ni mesti ramai beli biru!" lolx
tapi asalnya tak de plan biru pun.
beli baju budak-budak dulu.
then ikut warna baju budak-budak.
macam biasa, baju beli yang dah siap je.
my first day punya baju raya beli kat bangi gateway.
blue instant shawl, soulmate by naelofar.
bukan brand conscious pun, tapi sebab tudung tu je yang kaler nampak macam matching. haha
nak keluar ke kedai time tu macam dah malas :D
budak bertiga ni. the cucus. |
bergambar dengan awin yang datang beraya. semua biru. haha |
ariana dengan atuk dan nenek. |
pagi tu macam panas sikit.
pi 7 eleven beli air sejuk.
the AAs sibuk suh babahnya cucukkan straw. |
budak-budak kepanasan. haha |
bergambar di luar. |
babah and anaqi. |
then hari yang sama juga,
petang macam tu kitorang balik banting pulak.
beraya kat banting.
esoknya raya kedua, before bertolak balik terengganu, sambung raya lagi rumah sedara-mara by laws yang berdekatan. belakang rumah tu je. hehe
kat rumah acik wok. |
acik wok memang dah sesiap masak breakfast.
ariana dengan syaza, cousinnya. amboi kemain pegang tangan. |
our journey to terengganu. |
tak kira sangat, tapi perjalanan dalam 7 jam ke macam tu.
jem kejap lepas tol gombak ke genting sempah.
bukan sebab orang ramai balik beraya,
tapi mostly sebab orang ramai naik ke genting.
lepas genting tu clear je.
then kitorang berenti banyak tempat.
suddenly sakit perut pulak masuk angin.
may be sebab pagi tu makan pedas gile, lepas-lepas tu dah tak makan.
then perut masuk angin.
sabarkan je la kat highway tu nak tunggu sampai R&R cari toilet. haha
last stop berhenti mandikan budak-budak sebab dah rembang petang.
kesian diorang belengas ke apa nanti.
then raya kat rumah tok.
pun tak lama mana.
raya ketiga dah gerak ke KTcity (kuala terengganu in my term. haha)
beraya kat KT.
bermalam 1 malam kat KT sebelum balik keesokan harinya.
jalan dari kampung nak ke KT pun jem. macam biasa. lolx
dekat 2 hours jam. kalau tak 20 minit je biasanya. huaa |
ni time beraya kat rumah tok nun. |
ada lagi gambar beraya..
tapi tak tau kenapa ada few gambar hilang pulak.
so tepek mana yang ada lah ye.
petang tu singgah ICT pok mang pulak.. belakang airport.
pok mang ni biasanya kalau time raya pun dia bukak.
udang celup tepung. |
sotong celup tepung. |
ikan pari habis. ada ikan kembung je. |
ketam celup tepung. |
then odw balik daripada makan ICT tu masa lalu jambatan sultan mahmud,
nampak macam kereta mama kat tepi jambatan tengah berhenti.
rupanya kena langgar belakang. sikit je.
budak yang langgar tu honda jugak. HRV ke CRV tak ingat.
dia mengaku silap sebab mengantuk.
sebab time tu tengah jam teruk, kereta semua tengah stop.
so buat report kat balai polis trafik.
gambar kenangan depan balai polis haha. |
lepas tu kepenatan dah.
balik hotel, lepak-lepak je then tidur.
asalnya nak pergi beraya / pi batu burok.
tapi dah penat, tidur je lah.
esoknya tengah hari before balik to putrajaya,
singgah kedai payang beli stok keropok.
jem jugak.
dah la diorang tutup 2 pintu masuk parking. penuh kot.
nasib baik ada parking belakang lot kedai yang seberang jalan kedai payang tu.
bayar RM3. lintas jalan je.
pukul 1++ petang macam tu gerak balik.
sampai putrajaya malam.
begitulah raya kitorang tahun ni. haha
the end.
2 comments:
menu tuuu, sedap sangattt.. :D
jemput baca bahaya impetigo pada kanak2 : http://nurulatiqah.com/impetigo/
thank you for dropping by, atiqah!
ada kelapangan nanti sy drop by blog awak ok. :)
Post a Comment