minggu ni weekend kita panjang sikit, sebab ada 3 hari.. huahaha.
seperti yang dikhabarkan sebelum ni, abah sy warded kat PPUKM.
ni tengah menunggu khamis ni untuk operation buang tumor kat kepala.
orang katil depan dah selamat dah operate, dah berhu-ha riang ria walaupun stapler keliling kepala.. hihi.
ye, sini kalau lepas operation tu nanti dia sambung balik pakai stapler.
tau tu sebab ni second time abah punya operation.
dulu pernah sekali operate kat tempat yang sama, berstapler jugaklah kita.
doa-doakan operation abah kali ni berjalan lancar ya.
we just take everything positively and cherish the moment.
photo kat hospital. |
kitorang-kitorang je sebab abah tak nak beritahu kat family dia.. means our aunticles *aunties & uncles*
dah habis operation kang baru nak diberitahu agaknya.. tak nak bagi orang risau.
atas ni gambar sabtu hari tu.
pagi pergi big bad wolf kejap (lain entry cerita),
petang tu pergi hospital.
sebab kalau cuti ni, waktu melawat dia panjang sikit.. dari 12.30 sampai 7.30 petang ke tak silap.
sabtu tu bawak rendang untuk abah dan bagi mama jugak untuk bawak balik makan.
sebab abah kan suka rendang.
sebelum operation ni tak de la pantang makan apa, so let's makan rendang. gitu. haha
semalam ahad pulak balik kampung husband kejap, sebab macam dah lama tak balik.
alang-alang cuti lama sikit ni kan.
lepak-lepak je kat banting, lepas tu petang balik putrajaya.
and hari ni isnin last day 'weekend' kita :D
husband gigih mengemas and me-5S-kan rumah.
siap divakum dan dimop. entah kemas apa lagi.
sy sibuk kat dapur, buat breakfast then bakar macaroni sekejap.
tak sekejap pun sebab ada selingan-selingan anaqi datang.
kejap nak main la nak minum la. so kita layankan je. lolx
macaroni bakar jyeah. |
asyik la dok adjust resipi macaroni ni tak jadi-jadi kastard dia.
nak kastard yang lembut, tapi tak lerai sangat.
selalu kastard sy jadi lerai.
kalau diikutkan resipi asal, memang tak lerai, tapi bau susunya terlebih pulak.
so everytime buat ni memang sambil mengadjust.
the taste is there, but the custardy texture need to be perfected.
hari tu buat ada jadi, tapi lupa salin sukatan dia.
acik is pelupa like that. hahaha
hari ni bawak jugak macaroni ni ke hospital.
bagi kat abah & mama makan.
hari ni pergi berdua je dengan ariana,
husband sibuk mengemas rumah kan.
so husband jaga anaqi sekali.
kitorang sampai awal sikit, sebab mama nak gerak lepas zohor katanya.
with ariana at the hospital. |
ariana ni memang macam-macam akalnya.
dia suka tarik-tarik curtain tu kan.. yang pemisah antara katil tu.
tadi dia tarik curtain kat katil atuknya,
terlekat dengan curtain orang sebelah kanan, tertariklah sekali dengan yang sebelah sana punya.
habis nampak satu keluarga orang tu tengah mengelilingi katil.. diorang semua pandang kat kitorang. wahaha
what a scene -_-"
lepas tu ralit main buka tutup kabinet kecik tepi katil atuknya.
nasib baik la atuk relax je nak oi.
pukul 3.30 petang macam tu kitorang gerak balik ke putrajaya.
malas dah nak masak dinner, singgah kedai je la tapau.
meanwhile husband and anaqi shopping kat alamanda rupanya.
lepas tu husband pun belikan dinner jugak.
dia belikan mc chicken baru tu.
maka kitorang ada dua dinner meals hari ni.
kenyang perut suka hati, gendang-gendut tali kecapi la nampaknya :DD
gambar anaqi bershopping yang di-whatsapp oleh husband tadi. |
nampak tu sardin cap king cup.
cap kegemaran husband sy. hahaha
kitorang berdua ni walaupun 'geng', tapi kegemaran kebanyakannya lain-lain, tak sama.
dia suka king cup, sy suka cap ayam. 8D
dia suka sweet, sy suka savoury.
dia suka tengok fantasy movies, sy tak.
unity in diversitylah kununnya. haha
anddd esok dah hari kerja.
tak ada perasaan 'MALASNYAAA'.. tak ada perasaan tu entah kenapa.
yang ada cumalah 'tak ada perasaan' esok nak kerja.
rasa biasa-biasa je.
cuma nak settlekan meeting dengan presentation bos kecik je before my abah's operation.
lepas tu hujung tahun nak cutiiii. yeppa!
aight sambung lagi nanti!
banyakkan berselawat sempena maulidur rasul hari ni! ^^
till then!
No comments:
Post a Comment