Tuesday, September 20, 2016

cuti raya haji yang panjang

3 hari apply cuti, tapi dapat bonus 9 hari cuti.
jadilah dia 'cuti raya haji yang panjang'.
haha. bukanlah semua hari pun raya haji kan.
ada raya haji dan hari malaysia. dan seminggu tu cuti sekolah.
maka berjujukanlah semorang pergi balik kampung atau bervacation.

raya haji tahun ni kita balik ke terengganu, kampung tok ai. xD

jam seperti biasa, telah bermula pada petang jumaat membawak ke hari sabtu.
sebab walaupun raya haji jatuh pada hari isnin,
semua nak balik awal kot.

kitorang balik ke terengganu; ahad petang dalam pukul 2.30pm.
traffic clear. kat karak clear.
agaknya sebab semua dah balik jumaat-sabtu tu.
sampai kampung pun dah malam.

so here are some of our raya haji photos:


mak pak pakai purple, the kids pakai biru.



kat tempat korban. dekat aje dengan rumah tok, jalan kaki kejap je sampai. 50 meter camtu kot.



ini makcik saya yang sulung. so namanya cik long. ahaks



this is cousin asya, makcik sorang lagi cik mah, pak su & tok yam ai yang comel :)



tetiba ariana dengan uncle harith dia sama karer lah baju!



mama, ariana, harith and i.



us three. ariana dengan uncle dan nenek dia time ni.

maaflah tahun ni tak ada gambar lembu.
sebabnya anaqi dah bising nak tidur.
so bawak dia balik, bagi minum, tidur.
memang tak dan nak tengok.

masakan, biasalah kita, tema hari raya. ahaks

cik mah cooked gulai ayam for nasi minyak.
nasi minyak cooked by cik su, kalau tak silap. together with the acar rampai.
ada juga nasi impit.
rendang ayam, i cooked 2 chickens from putrajaya and brought to kampung.
sampai-sampai tinggal nak panaskan aje.


gulai ayam 3 ekor. yums.



nasi impit plastik. haha



kuah kacang. sate je tak de. mungkin ada selepas itu. tapi 1st raya tak bakar sate.



my rendang ayam. my delish rendang ayam. bahaha

rendang ayam sy masak tu, rendang ayam rembau style.
alah rendang mak lang kan :D
(tapi hancur sikit sebab masak lama sangat)

mama sy (nenek) dan anaqi.



ariana bermain dengan uncles (my cous)



anaqi with my cous, asya and afiif.

then petang tu macam dah tak buat apa,
kitorang pi jalan kat KTcity kejap.
makan ICT (ikan celup tepung) kat belakang airport.
kedai ICT lain kebanyakannya tutup.
tapi kedai pok mang tetaplah buka, hatta raya haji sekalipun :D

hey hey! budak berdua tengah tidur, tiada dalam ini shot.



makan yang secukupnya; ikan pari, ikan kembung, ketam dan sotong.

lepas makan tu, ke pantai batu burok untuk jalan-jalan sesaja.
sambil cari pokemon pun ye. haha
turned out rupanya tempat pokemon rare banyak kat bandar, area kampung cina.
kat pantai ni pun ada, tapi yang biasa-biasa.

kat pantai ni untuk bawak ariana naik kereta pedati kuda.
dia kan suka naik horse. haha

dah kat area pantai ni. ramai jugak orang lepak-lepak. meriah.



we're at the beach!



us againnnnn.



harus. mesti. wajib. makan sate ikan! xD

then naik horse.
then balik rumah tok.
tidur-makan-whatsnot. haha


time kitorang balik dari terengganu ke putrajaya,
singgah ke rumah ayah angkat my husband time DPA dulu.
kat temerloh. ikan patin, yaw! *ai tak makan ikan patin tempoyak :P*
punyalah dijamunya makan. banyak gile kot.
kenyang kami. haha. alhamdulillah.

ni lah yang sempat ditangkap. yang penting ada cempedak goreng ye. ikan goreng garing pun ada!! yummmm

so menu nasi putih, ikan patin masak tempoyak, rendang daging, sayur campur taugeh, ikan goreng garing, ada 1 lauk dengan petai i forgot.. ikan bilis petai kot, mi hun goreng, keropok, cempedak goreng, buah pear dan air laici.
ya Allah, heavennya. ahaha

ariana pulak dah buat macam rumah sendiri.
nasib baik la pakcik dengan makcik relax aje melayan.

she saw a motorcycle. suka hati je naik! ni motor mini yang orang dewasa bawak tu. bukan motor mainan sebenarnya.



andddd she saw a buai! dia dok main dengan anak buah pakcik. dengan pakcik pakcik (atuk) sekali ariana ajak main buai.



time to go home. terima kasih terima kami datang :)

dengan cuti berbaki di putrajaya,
went spending time with the kids.

entry diakhiri dengan gambar anaqi tidur berpaut dagu di tingkap kereta.
hahahhaha anaqi ni mana-mana pun jadi port tidur dia!

:P

tau-tau dah tertidur. so like me. :'D


sekian.

No comments: