Thursday, July 28, 2016

beraya putrajaya dan makan-makan ofis

hey hey everybadi. lolx

cerita pasal raya ni memang lambat nak habisnya.
now sana sini raya, sana sini open house.

dalam banyak-banyak open house, ada satu open house kira besar-besaran jugaklah kat putrajaya ni.
iaitu rumah terbuka peringkat putrajaya.
ofis kitorang involvelah kiranya.
sebab menteri kitorang kan.

tahun ni pergi ke sana ngedate dengan mardia.
sebab ofis mardia sebelah je dengan venue open house, iaitu perbadanan putrajaya.


say hi to mardia yang scarf kuning tu! haiiiii *waving*

nampak kan, punya ramai umat manusia.
tahun ni lagi ramai daripada tahun lepas.
so memang nak kena datang awal.
kalau tak, mendapat ko queue kat gerai-gerai berlingkar-lingkar sampai ke belakang.

rezeki kot, datang-datang kat basement parking perbadanan yang dah sedia penuh, ada kereta keluar hoyehhh
terus ai is masuk side parking di kawasan sempit.
time-time macam ni ilmu parking kereta jurus ke-18 sangat sangat la membantu. ekeke

so meet up mardia kat tapak karnival. eh. tapak open house :P


antara gerai yang panjang dan banyak (empat kot!) barisan. gerai durian.

gerai durian ni ada dua.
tapi satu lagi tu duriannya tak banyak (walaupun isinya kuning-kuning!). so cepat habis.
tinggallah gerai yang orang berbaris empat barisan ni haha

disebabkan tahun lepas pun pernah datang open house putrajaya,
so dah tau strategi dia.
gerai yang paling cepat sold out adalah gerai ayam kenny rogers.
orait! queue kat situ dulu!
walaupun barisannya sampai ke tangga belakang nak ke masjid besi sana, sy gigih jugak beratur.
time tu mardia pulak tengah gigih beratur kat trak starbucks (yang jugak panjang melingkar!)
tapi queue kat gerai kenny bergerak cepat.
kejap je dah sampai depan.
nak mintak dua untuk mardia satu, tapi diorang tak bagi. sorang satu je. hihi
(kalau nak, kena beratur. tobat makcik) :P
then mardia masih lagi queue kat starbucks.
sy pun sambung queue ambik sate pulak, sebab time tu tak ramai lagi.
duduk tunggu mardia kat depan stage.


sambil tunggu mar, sambil snap gambar masyarakat. hahah



hasil buruan; sate dan ketupat.

ada sorang ni duduk sebelah sy,
so kitorang bertuka-tukar juadah.
dapatlah lemang, marukku dengan cookies.
sy pun bagi dia sate. sistem barter dengan orang tak dikenali ye. HAHA
redah saja.

then mardia sampai lepas queue starbucks.
kitorang lepak kat khemah area-area situ. tak ramai orang situ.
selesa la nak makan.
may be sebab lokasi tersorok so tak ramai perasan.


kami yang suka bergambar. :P

yelah, bukan selalu jumpa.
dah jumpa tu kenalah selfshot. haha




background mercu tanda perbadanan, gerbang besi.



inilah contoh barisan yang ada. tak ingat pulak yang ni beratur apa. kambing golek kot.

since sy tak berapa makan kambing golek, (makan boleh tak makan pun tak pe)
tengokkan queue macam tu sekali,
so skip kambing.
ambik makanan yang betul-betul worth it je untuk beratur.
contohnya apam balik, durian dan air kelapa.
nasi arab pun tak beratur sebab macam dah overload makan nasi arab kat ofis. (di kafe ofis ada kedai nasi arab yang sedap)


teman beraturku. sambil beratur sambil tangkap gambar. memang tak de kerja budak berdua ni. ahaha



beratur di bawah panas terik menuju ke arah durian! jyeah

sy siap bawak tupperware.
misi nak tapau sikit bawak balik untuk husband and ariana yang memang sukakan durian.
sy ada ajak husband datang, tapi dia ada dua meeting.
so tak pe, ai tapaukan untuk you. hehe


ni time tengah queue kat gerai apam balik. sebelah tu cendol songkok tinggi famous amos.

pakcik baju turquoise tu siap offer cendol 2 mangkuk kat mardia.
since sy tak makan ais sangat (berpantang ais lagi), sy pass kat orang depan kitorang.
untunglah mar sebab tak payah nak beratur kat cendol.
dan tak lama lepas tu cendol pun sold out.
memang baik la pak cik tu, moga dimurahkan rezeki.


hasil buruan; apam balik & cendol songkok tinggi.

last year apam balik ni rasa dia sedapppp gileeeeee. perfect punya apam balik.
tahun ni makan macam terlebih manis pulak.
tapi sy dapat extra apam balik.
tak mintak pun.
budak tu bagi.
nampak muka ni kebulur agaknya. hahaha


duriannnnnn.

berjaya ambik lebih dan tapau untuk keluarga di rumah nanti. haha
siap mintak nak yang isi kuning ye.
satu dapat yang isi kuning, satu dapat yang isi kuning cair.
tapi dua-dua lembut dan berlemak rasanya.
alhamdulillah tak sia-sia beratur kikiki



kenny rogers' pack. ada ayam seketul, gravy dan muffin vanilla. bawak balik jugak bagi ke husband.

then minum air kelapa yang dah nak dekat-dekat habis.
dapat la cedokan-cedokan terakhir.
air kelapa dia sedap sungguhhhhh. air kelapa pandan kot.

kenyang dan gembira.
balik open house tu singgah ofis mardia, dia ajak.
lepas tu baru balik semula ke ofis sy.

insyaAllah next time kalau buat lagi, akan pergi.


yang kat bawah ni pulak cerita lain.

ni ha gambar selingan jumaat lepas,
taska ariana & anaqi buat jamuan raya.
sy tak sempat datang, sebab kat ofis ada buat makan-makan bahagian jugak.
asalnya nak datang, ingatkan pukul 12.
message ibu diorang, katanya pukul 10 dah start.
so macam tak sempat.
bekalkan nuggets goreng, jajan mi-mi dan jelly untuk taska.
nuggets tu husband tolong gorengkan di subuh kala. tq, awak! ;)


kami-kami berbusana raya. aicewah. ayat majalah sangat :P

tadi kan ada habaq yang ada makan-makan bahagian kat ofis.
ada tempah makan, ada pot luck.
kebetulan sy ada menang kek pisang walnut hari tu.
so bawak keknya ke ofis. request tambah chocolate chip sekali. yum yum
ni lah dia sebahagian yang ada di atas meja bulat:




yang ni pulak kat meja panjang. variasi makanan pot luck oleh warga ofis.

yang dibawa macam laksa penang, nasi dagang, roti jala, rendangs, tauhu terbalik, brownies etc.
main dish yang ditempah was mi hun soto.


tempah kat kafe bawah, kedai pak usop.

ada juga sambutan hari jadi bulan jun dan julai.
sy terlibat sekali sebab bulan jun. haha
tq bos bagi hadiah :D

ma big boss. minggu depan tak de kat ofis dah, nak ke kursus jusa. all the best, puan!



kecak kecak! bunyi kamera wartawan yang menangkap gambar untuk dimuat naik ke insta. ahax



berkongsi pemotongan kek dengan ma bos jugak, encik khairol (jun). ada sorang lagi, aina (julai) tapi aina dari KL tak sempat sampai awal untuk potong-potong kek. sy tolong potongkanlah ye. hehe



kek ais krim. yumminess.



irda tengah tolong potongkan kek. keras kan keknya. sebab ais krim baru keluar peti kot. haha



the oh-so-sweet zahirah and ramizah. nama diorang ni macam dekat-dekat sama kan.



dan akhirnyaaa aina tiba dari KL! :P dapatlah hadiah birthday jugak daripada bos, tapi upacara serah hadiah secara duduk lah. hehe


ok habis cerita yang ini.
tunggu cerita lain pulak di lain kala.

bye bye!!

No comments: