haha baca tajuk pun dah tau pasal apa kan.
hari tu tak dapat nak tengok dilwale sebab kebanyakan tiket dah sold out di mana-mana jua.. ohok.
gila hindustan rupanya semua orang ni :P
lambat sikit pun lambatlah.
at last dapat jugak tengok dilwale sabtu lepas.
tiket beli awal.
hari rabu beli ok.
memang semangat habis. haha
tapi nasib baik beli awal.
sabtu tu bila check balik.. yang tinggal seats tepi dengan depan je.
kali ni pergi tengok kat tgv, sunway pyramid.
husband beli popcorn. |
punyalah lama tak pergi tgv sini.
siap dah ada kafe tgv yang jual burgers, meatballs bagai.
dahlah tak sempat nak lunch kan.
so beli la nuggets dengan fries kat situ.
harga mahal sikit la tapi. RM7 fries.
ni jugak first time kitorang try tengok wayang kat beanieplex @tgv.
beanieplex ni panggung yang kerusinya bukan kerusi biasa, tapi bean bags.
kat tgv je ada, tu pun selected tgvs. bukan semua tempat.
excited habis sebab sy memang pencinta bean bag *walaupun kat rumah satu bean bag pun tak ada hahaha*
bergambar kat depan pintu masuk beanieplex. boleh? haha |
harga tiket adalah RM50 sahaja for two.
dia semua memang couple/twin seats.
selain beanie, kat tgv ada jugak panggung special lain macam imax, indulge & luxe.
lain kali bolehlah try yang lain pulak kan.
kikiki
wani e tengah tunggu dilwale start. bestnya bestnyaaa!! |
macam man dilwale?
alah korang pun dah tengok kan,
of course lah sangat best ok!
ni sambil taip ni pun tengah tengok lagi yang downloaded version punya.. ahax.
sy perasan ada 2 scenes dalam movie ni yang menyerupai scene kat filem hollywood.
satu scene kereta berpusing kat tebing.
satu lagi scene veer (adik raj, watak shah rukh khan) keluarkan kad-kad besar untuk luahkan perasaan.
tak tau la sama ada kebetulan ataupun memang director influenced by hollywood movies :)
yang tak tengok lagi bolehlah tengok nanti bila free.
sy tak de nak letak spoiler sini. haha
cuma nak cakap, shah rukh dengan kajol semakin hot.
makin berusia makin hot. haa.
pemandangan di dalam beanieplex. semua bean bags je. |
kerusi tak sebanyak macam dalam panggung biasa.
sebab bean bags besar-besar kan.
verdict menonton di beanieplex?
sangat selesa, macam menonton kat rumah!
even lagi selesa lah sebab kat rumah sy tak de bean bag! haha
teman menonton wayang sy. |
selfshot gembira satu! ;) |
terima kasih kepada nenek yang tolong jagakan ariana & anaqi sementara kitorang tengok dilwale.
jasamu dikenang sepanjang zaman. ahax
dah lepas habis tengok tu,
pergi shopping baju ariana & anaqi.
then balik rumah.
tamat :D
No comments:
Post a Comment