hari ni baru nak start balik ganti puasa.
ada enam hari lagi weh! (minus hari ni tinggal lima! yeppa!!)
berusaha untuk habiskan ganti puasa before due! chaiyok, wani!!
hari ni pergi temankan adik ipar sy ke ekspo selangkah ke uitm (open day) di uitm shah alam.
terbaca iklan kat newspaper.
abangnya (husband) tak ada, outstation.
so sy bawak si iqbal ni pergi sana. ajak my mom ikut sekali.
parkingnya.. huiyo jauh!
siap kena rentas stadium, panjat tangga macam kat OBS baru sampai ke dewan canselor.
10 markah untuk diri sendiri kerana berjaya mengharunginya! ekeke
ni ha gambar pengunjung-pengunjung tengah merentas stadium dari parking sana. naik pulak tu tangga batu caves. HAHA |
sampai-sampai tengok nak masuk ke dalam pun beratur panjang. memang sambutan menggalakkan! |
fyi ekspo ni diadakan hari ni dan esok (23 & 24 mac) serentak di kampus-kampus uitm seluruh negara.
so mana yang tak sempat check out hari ni, boleh la pergi esok.
my mom & iqbal. |
time beratur tu nampak lagi orang beratur kat dalam. i was like.. "huaa ramainya!!" |
di dalamnya ada booths untuk setiap fakulti. |
so kalau bakal student ni berminat nak ambik sesuatu jurusan,
boleh dapatkan maklumat lanjut kat booth fakulti yang dia minat tu.
meriah mak ngah. |
ni time tunggu kat bahagian consultation jurusan apa yang sesuai untuk kita. |
yoshh sebelum ke sini patut buat semakan syarat kelayakan online..
so boleh tau courses apa yang sesuai ikut minat and kelayakan kita.
dah sampai ekspo ni tinggal cari maklumat lanjut berkaitan kursus tu je.
so kitorang pergi kat bahagian kaunselor ni untuk dapatkan nasihat, bidang mana yang sesuai.
terkejut ai, ya Allah kenapa si iqbal ni mukanya kurus daripada muka ai!! *ujar si ex-kurus ini* |
ni time dengar taklimat daripada fakulti pengurusan hotel & pelancongan. |
sebenarnya setiap fakulti ada taklimat masing-masing..
tapi ada jadual dia lah. hari ni taklimat untuk fakulti kejuruteraan, hotel, bahasa.. etc.
esok fakulti-fakulti lain pulak.
bagus woih korang pergi ekspo ni
sebab boleh tau sesuatu course tu ada kat kampus mana.
so kalau rasa tak nak pergi jauh, boleh tengok la kursus mana yang ada di kampus berhampiran *boleh pulak macam tu HAHAHA*
tapi senang cakap, kursus diploma kebanyakannya memang kat luar shah alam.
shah alam ni ambik ramai budak degree.
tu pun ada yang degree kat kampus luar jugak. depends pada course.
lepas dengar taklimat, kitorang pergi kat booth dia untuk ambik brosur. |
so kepada adik-adik yang berminat nak masuk uitm,
boleh la pergi ke ekspo ni.
lepas tu balik rumah dah tau nak isi borang UPU tanpa ragu-ragu.
yang penting kalau nak ke uitm,
sila la isi first choice anda uitm.
mudah-mudahan dapat. amiin.
oklah tu je. jumpa lagi di lain kala. haha. tata!
No comments:
Post a Comment