ye, cuti hari wilayah kali ni kita ke genting ye, kawan-kawan.
some sort of family day/gathering dengan kawan-kawan PPPNT dari KTcity.
dah lebih kurang setahun jugak la tak ke genting.
ni baru pergi lagi.
last year sebab pergi first honey moon. kehkeh
kitorang naik kereta sekali dengan zaim & shahma *thanks tumpangkan kitorang!!*
naik-naik bukit je terus bukak tingkap. wahh nyamannya udara!! *pokok pine, lambang kawasan bukit tinggi. hihi* |
zaim & shahma kat depan, kitorang berhu-ha di belakang :D |
sampai-sampai je husband ai busy, you.
sebab dia yang arrange gathering ni. so busy check in semua bilik, arrange bilik-bilik etc.
lepas dah arrange bilik, makan laju-laju.. dia turun pergi stesen kereta kabel pulak.
sebab nak bawak rombongan dari KTcity yang naik bas & kereta kabel dari bawah ke atas.
(tak sia-sia husband belajar tourism sebelum ni. terserlah betul ketourist-guiden beliau. lolx)
tengah busy arrange bilik. |
lepas check in tu, kitorang makan kat marry brown kat hotel. sedap ayam goreng dia. yums. |
shahma, zaim and anak diorang, ziyad. *hi, ziyad!* |
then rest sampai malam,
lepas tu baru ramai-ramai keluar dinner kat KFC.
dapat melihat kegigihan husband sekali lagi membeli ayam bucket KFC untuk semua orang.
memang cemerlang la tourism management ni :)
orang len dah makan, husband tak makan lagi.. dia pastikan semua orang dapat makan / minum dulu.
lepas makan baru jalan-jalan kat indoor theme park.
husband dan yusof. |
husband and i, tengah tengok magic performance. |
ni ha, orang tengah buat magic. |
snap kat statue of liberty genting. haha |
ada booth yang jual art stuff jugak. coolio! xD |
ICT shah alam pun ada kat genting, ok. hahaha |
i love this photo. sebab ada eiffel tower. dan sebab ada husband sy ;) |
lepas tu tak habis dinner lagi.. kita supper pulak. haha
tapau mee wantan kat kawasan food court indoor theme park.
memang sini banyak chinese restaurant.
so kalau rasa susah nak cari kedai makan halal, makan kat fast food je senang.
tapi food&drinks kat genting memang mahal.
semua mahal.
yang mee wantan ni halal. sy tanya awal-awal dulu kat budak cashier tu. lolx
bawak balik bilik hotel.. makan. comel bekas dia. |
mee wantan panas, dimakan di bilik hotel yang sejuk *aircond tak de, tapi sejuk dia macam suhu aircond 24darjah* |
dalam bilik hotel tu dapat dengar bunyi angin dari luar.
kuat tau bunyi dia.
awal-awal tu ingatkan bunyi orang main roller coaster jerit-jerit kat luar.
sebijik ok bunyi macam orang menjerit main kat theme park!
tapi kejadah main pagi-pagi buta pukul 4-5 pagi kan.
rupanya bunyi angin. memang kuat.
good morning, genting! lawa kan view dia! |
kitorang bersnapping di depan cermin. lolx |
ni kat bilik transit beg.
lihatlah lagi kegigihan husbandku selaku pihak penganjur.
sebab hari esoknya tu kena check out pukul 12 tengah hari,
dia usahakan sebuah bilik untuk rombongan dari KTcity letakkan beg sementara diorang nak main kat theme park sampai petang.
so boleh check out and masih bermain-main di genting :)
breakfast sy pagi tu.. roti sekeping berharga RM4.20. hahahhhahaha ohok. *tersedak dengan harga yang mahal* |
breakfast set husband. |
makan breakfast semeja dengan sang & syiqin. |
dah lepas breakfast, kitorang pun gerak ramai-ramai ke outdoor theme park.
ada jugak kot yang ke indoor.
tapi time ni aktiviti masing-masing la. bebas.
fifa, syira & husband. baru nak gerak bermain. |
few peeps yang ikut rombongan. |
ehh tiba-tiba terjumpa pondok telefon dari london! haha. tapi tak sempat pulak bergambar dengan bas double decker. |
ehhh ada la gambar bas terselit kat belakang tu! HAHAHA. ni pemandangan kat theme park. |
fifa. belakang tu budak-budak lain. |
syira and i. |
kat pokok-pokok kaktus berwarna-warni. haha |
ye.
kali ni pergi tak main sangat pun.
tengok orang lain main je sambil tolong jagakan beg. hahaha *jadi jaga aku :P*
tapi masih had a lot of fun! xD
fun lah, sebab ada dia di sisi. ecehh. kitorang kat depan corkscrew (roller coaster). rembat kipas anak fauzan :P |
yoshh bukti sy peminat hot & roll! kikiki. hot & roll sini berharga 'genting'. RM8.70 ok! ohokkk tersedak lagi. air tropicana twister botol kecik tu je dah RM6. (tercekik terus). |
ye. tak naik ini (space shot). seumur hidup sy pernah naik sekali. haha |
lepas tu jalan-jalan kat dinosaurland. kat sini bolehlah merasa naik bot. haha |
dua orang over :P |
time ni tengah pusing-pusing naik 'kereta api ulat'. dia jalan slow je pusing-pusing satu theme park, termasuk indoor. ada la dalam 20 minit naik benda ni. |
rembat kipas anak fauzan lagi. HAHA |
wani di dalam kereta api ulat. |
ada gambar lain time husband main permainan kat theme park,
tapi semua dalam handphone dia.
so tak sempat nak transfer apa. ada gambar-gambar ni je la. haha
sebelum balik tu kitorang makan kat marry brown lagi.. makan nasi ayam. sedap! |
bye-bye, genting. jumpa lagi!! :) |
kitorang pun balik la ke shah alam.
ahli rombongan pulak terus bermain di theme park.. petang sikit diorang pun naik kereta kabel, turun bawah dan naik bas balik ke KTcity.
ada yang sambung cuti, jalan-jalan ke KL..
sekian cerita gathering kami :)
3 comments:
Dah berkurun agaknya aku dah tak g genting...
bayar untuk menjerit! waaaaa!!
raja^ let's ke genting! sejuk woah!!
syira^ ai je bayar untuk tak menjerit. ahahahaaa
Post a Comment