Monday, August 06, 2012

sila isi tajuk. fill in the blanks.

heyloo isnin!

hah baru sempat nak mengepost entry weekend yang baru lepas.

ni kali kedua berbuka puasa kat luar.
sebab jumaat tu husband balik sini, so balik ofis sy direct pergi alamanda untuk buka puasa. ramai jugaklah orang kat food court tu. asalnya husband nak makan kat pizza hut, tapi kalau tak book memang sah penuh time-time nak hujung minggu kan. johnny's pun sama penuh T_T


duduk kat area ni. time ni belum pukul 7.. pun dah penuh ok.



pemandangan side sana. pun penuh jugak.



husband ordered chicken chop. kawan dia, jalil pun ada join sekali. tapi gambar fish n' chip jalil broken *doink*, tak dapatlah nak post kat sini.. hihi



tengok, masih berpakaian ofis! lolx



hoohh akhirnya nampak fish n' chip tu dalam gambar ni!! yiehha!! *di kiri.. di kiri.. :P*



sy ordered nasi ayam penyet. tapi yang makan kat bangi hari tu lagi sedap. huahua.

lepas tu malam tu balik kampung husband kat banting.
esoknya diorang buat hantar-hantar juadah ke rumah sedara-mara sekampung. masak kari ayam. order sate. ada kuih jugak. so ni lah dia..

sate ayam 800 cucuk. ko bayangkan time tengah puasa kena packing benda ni.. baunya sangat mendroolingkan!! =P~




pakcik is tuang kuah sate.. haha



husband suh snap gambar ni.. nak membandingkan dia yang terrer ikat kuah sate macam kat kedai dengan sy yang ikat kuah sate macam kempiss je kan. HAHA



ni lah dia hasilnya.. letak dalam plastik, ikat and hantar dari rumah ke rumah.



30 plastik, siap! :)


oh. ni tak de kaitan dengan cerita di atas.
semalam tengok badminton lelaki (S) final. berkobar-kobar ok tengok. ni la pertama kali sy tengok sukan dengan penuh perasaan. ye. game yang sangat menyentuh perasaan. alah tak cakap pun mesti korang tau kan, perlawanan antara dato' lee chong wei menentang musuh tradisi beliau, lin dan *tak de dato' :P* yang semua orang bising-bising nak dapat ais krim baskin robbins free kalau malaysia dapat pingat emas tu kan.. haha. well the ice cream is not the thing. cumanya sy nak melahirkan rasa bangga. perlawanan yang super sengit! super hebat! dan tensed jugak. pingat perak, tapi entah kenapa, perasaan sebagai penonton tu adalah perasaan macam menang pingat emas. sebab DLCW memang main dengan sangat baik! we are so proud of you, DLCW!! *tears*

DLCW. mana tak terharu tengok..

tahniah, malaysia (atas sokongan yang tak berbelah bagi)!!

2 comments:

Anonymous said...

tahniah lah kepada beliau. tak kerana beliau tak merasa pingat malaysia olimpik kali ni! =)

wani ezryl * said...

tahniah sebab kesungguhan. rebut hati bukan sebab pingat, rebut hati sebab kerendahan hati! :)