ahha. dah nak habis dah entry pasal trip to sabah ni
*penonton menarik nafas lega* lolx. malam sebelum balik keesokan harinya, kami pergi jalan-jalan kat pasar depan hotel tu.. pasar filipin eh.
sy memang suka sangat dengan konsep pasar yang bukak sepanjang malam ni. petang diorang bukak, esok pagi-pagi subuh baru diorang berkemas balik. makanya tempat tu jadi happening gile sepanjang malam. dah lah tu, sayur dia segar nak mamP, buah dia murah nak mamP. seafood dia pun. pengsan ramai-ramai.
|
kami di pasar! *ohgee sy suka pasar!* |
|
pemandangan di kawasan tempat jual sayur-sayuran. |
|
ni kawasan kegemaran ai; seafood bakar!! |
|
mari ambik snapshot sikittt. |
|
kreokkk *perut* |
|
suasana meja panjang yang menjadi tempat pengunjung makan seafood bakar. |
|
kami ambik ikan, udang, sotong bakar. cicah dengan air asam and kicap cili. mencecer liur, weh. |
|
my husband and i. hambik kau, licin pinggan. |
|
couple yang belanja kami. faiz & sarah. teehee |
|
pastu siap tapau lagi, untuk breakfast keesokan paginya. gila tak gila :DD |
|
time nak balik tu (before ke airport), kami sekali lagi dibelanja oleh faiz. faiz ko memang superb la. bukan sebab dia belanja eh, tapi sebab hospitality yang dia and sarah bagi memang terbaikk :) haa berdasarkan gambar, cuba teka kami di mana?? khanna. khanna :DD |
|
hahaha nampak daun pisang tu pun dah tau kat mana. kat restoran makanan india okeh. coolness, sebab ni first time sy makan di restoran india. dah lama teringin. |
|
ni la pemandangan di atas daun pisang sy ^^ |
|
kari kepala ikan.. yang kepalanya sy tak makan *ye sy tak makan kepala ikan! haha* tapi isinya sy makan la :) |
|
peria goreng. dipotong nipis-nipis kemudian digoreng. sedapnya kooo macam makan jajan je rasa. haha |
|
ni bukti sy makan di situ. hah! :P |
|
lasst sekali dapat air teh india mari. pekat tehnya. |
jadi, sekali lagi sy nak ucapkan terima kasih bagi pihak sy & husband kepada sahabat-sahabat kami yang menyambut kedatangan kami di KK dengan sangat awesome; faiz & sarah.. walaupun sekejap je kami di sabah, tapi sy ada rasa sikit homesick HAHA
*tetiba ko nak over-over homesick lepas balik melancong ni.. sah-sah ko homesick dengan seafood bakar tu kann kan kann. PIANGG!!* hahaha tau tak pe :P
it was a nice experience.. had so much fun. and it was great too sebab experienced semua ni dengan the beloved husband :) so yeah. that's that of our honeymoon trip. kalau ada masa boleh pergi lagi kan kan :D till then. xoxo!
8 comments:
faiz kata sama2...kitorang dtg kl wani dgn is pulak yg kena belanja aahahaha :p - sarah ^^v
wani, seafood kat pasar malam tu absolutely great. Memang rasa nak pengsan je tengok.
sarah^ haha insyaAllah.. kalau datang shah alam holler je nanti sy bwk mkn. kalau kat putrajaya, kena reckee dulu sebab baru nak menjinakkan diri dgn putrajaya :PP kalau dtg terengganu pulak, sila calling2 is ;)
shu^ kann. dah lah harga berpatutan. kenapa pasar macam ni tak de kat KL.. :P
wani, aku nak datang shah alam! hahahaha
teh tarikkk macam sedap! :D
raja, jemput datang! ada makanan-makanan menarik di sini!! :D
shakey, ha a teh pekat pure dari india. haha
Sis satu masalah sis ni x bgtau nama restoran india and restoran seafood tu. camne org lain nak p try??
dik, kat pasar filipina tu mmg xde nama kedai. pergi je sana and pilih mana2 tempat ikan bakar. sepanjang2 tu ada, rasa lebih kurang sama semuanya haha.
restoran indian food tu, alamak x aware nama kedai pun sebab kawan yg bawak makan sana and kitorang rushing lepas makan terus berkejar ke airport. sorry xdpt sertakan detailed info.
Post a Comment