Tuesday, February 21, 2012

foodsie


hola! bersiaran kita lagi, kali ni di IDFR kuala lumpur. minggu ni kita belajar pasal hubungan antarabangsaa je (bak kata penceramah tadi, "kenapa wanita negara kita ramai yang suka kat lelaki nigeri*a?" hah jawab sendiri). PANGG!! itu bukanlah hubungan antarabangsa yang dimaksudkan!! hoho. it's more to maintaining a good relation with other countries around the nation.

tapi slot yang paling best hari ni mestilah slot pasal terrorism oleh mr thomas yang macam kelakar dan informatif dan selalu tunjuk video kereta meletup haha. macam tak cukup time je. patut slot ni tambah lagi jadi 2 slot. best, ok.


morning break di IDFR pagi tadi.. seronoklah duduk sini boleh makan macam kat hotel.. hihi


ok habis dah cerita pasal IDFR.

tingtingting! mari kita makan steamboat!

haritu craving nak makan johnny's kan.. so ahad yang lepas lepas qiamullail tu, kitorang dapat outing *weehoo!* jadi sebelum balik shah alam, kitorang singgah OU kjp makan kat johnny's *muka gembira ria tak terkata*


azra yang ikut ngedate makan steamboat :)



kitorang ambik set steamboat untuk seorang je haha. sebab kalau order set 2 orang, sah tak habis. banyak ok. kalau makan 3 orang, barulah boleh ambik set untuk 2 orang pulak. dapat? :P



azra tak makan tomyam sangat sebab pedas (dia gastrik), so kitorang order steamboat sup ayam. lalala



lepas tu ambik set jimat *memang jimat, beb!* set ni ada nasi goreng 15 pilihan, air, tomyam dengan ais krim. tomyam tu yang sy nak sebenarnya sebab sup steamboat tak de tomyam kan. kalau order semangkuk besar, banyak pulak nak makan seorang. so set jimat ni memang tercipta untuk wani ezryl.. ahaha. harga ok la, satu set dalam 8 ringgit lebih. oh, ini adalah nasi goreng spicy. sangat sedap.



inilah tomyam soup pekat yang delish!! mangkuk kecik, tapi cukup je sebab ai rembat sekali mangkuk azra :P




nasi goreng halia, azra punya. sori gambar tak crisp. sy pun tak puas hati sangat dengan kamera hp nii *i need a new camera i guess?*/td>



last but not least, ais krim daripada set jimat tadi. time ni perut dah bloating sebab super kenyang. ish tak baik ko wani makan sampai nak pengsan macam tu :P tapi nanti membazir pulak kan. maka marilah kita habiskannya! xD



lepas tu ada winter food fair ke apa. dia jual makanan-makanan comel dari jepun. tapi tak tau la halal ke tak. ada je yang sy baca ingredients dia tulis perisa babs. jangan makan, ok!! tapi biskut ni macam comel. nak beli tak berani. tangkap gambar je la ye :)



syurga ramen!! xD again, silakan jangan beli. tengok je boleh. haha



ni pulak bukan makanan winter jepun. ni telur kicap super sedap yang dimasak oleh my mom, requested by me :) thx, ma!

walaupun sekejap je balik rumah, but sy dah sangat bersyukur dapat balik. keluar cari baju wedding, tapi tak jumpalagi. sigh sigh. ai ni dah lah asyik tak dapat nak keluar, bizi wizi, assignments menimbun. bila lahhh dapat cari lagi ni. *takpe, wani. when there's a will, there's a way!* :D

okie dokie. esok nak kena bangun awal lagi. take care all.

No comments: