hoyehh!
akhirnya laptop sy berjaya diformat-semula & dah dapat transfer photos balik! ikiki.
nak buat entry ni dah lama, tapi postponed sebab tak dapat transfer gambar kan :P
awal julai haritu, buat chocolate moist cake untuk birthday faliq. ni kira first time la buat, curi resipi kat internet (internet = perpustakaan masakini hoahaha). gigih buat, gigih jugaklah tangkap gambar :DD now here goes.

ahha! BAHAN 1.
BAHAN 1 ni akan dimasak dalam periuk kejap lagi.
BAHAN 1 :
100 gm serbuk koko (sy pakai van houten)
1 tin susu cair
200 gm butter
250 gm susu pekat

BAHAN 2 (bahan-bahan kering)
BAHAN 2 :
180 gm gula pasir halus (gula kastor)
150 gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

cangg!! equipments yang diperlukan; penimbang & mixer. lolx

ok. masukkan BAHAN 1 tadi semua ke dalam periuk.

api perlahan.

kacau tapi tak payah tunggu sampai menggelegak. sampai sebati je.

then siapkan 4 biji telur untuk dipukul dengan mixer.

pukul sampai berbuih macam ni ^^

BAHAN 1 dalam periuk tadi dah siap cair semua.

telur pun dah pukul sampai kembang.

campurkan BAHAN 1 dalam periuk tadi dengan telur yang dipukul.

then satukan telur & BAHAN 1 dengan mixer.

masukkan pulak BAHAN 2. mix sampai sebati.

siap-siapkan barang-barang untuk loyang.

kertas bakar. potong ikut bentuk loyang tu. pastu lapik supaya kek nanti tak melekat :)

sapu sikit butter di atas kertas bakar tadi.

yoshh bahan-bahan yang disatukan dengan mixer tadi, curahkan semuanya ke dalam loyang. yeah curahkan!! :DDD

beginilah rupa bentuknya selepas dicurahkan :P

siapkan pulak periuk untuk mengukus (nak bakar pun boleh)
make sure air menggelegak dulu, baru masukkan loyang kek tadi.

kukus around 1 jam 15 minit. 1 jam pun boleh.

cangg!! hasil. xD
memang tak alluring rupa bentuknya. maka marilah kita buat topping di atasnya pulak HAHA

membuat chocolate ganache : 1 cawan susu pekat, 1 cawan susu cair & 1 sudu besar serbuk koko.
masuk semua dalam periuk.

carpet yang setia menunggu di tepi. haha

kacau semuanya sampai sebati dengan api kecil.

untuk tulisan icing tu.. sy pakai whipped cream. pukul sampai kembang dengan mixer. tambah sikit pewarna. tapi sebab pewarna tak de kat rumah, sy pakai pewarna sirap ros.. bahaha

gahh! gile tak glamer hias kek. campung sana sini. rofl.
(tiada kelengkapan khas, harap maklum. pakai sudu je T_T)

ok dah siap! HAHA

another shot.

faliq potong kek awal dari tarikh asal sebab sy nak kena balik ke KT city dah :P
begitulah kisahnya sy membuat kek kali pertama.
oh. testimoni daripada tukang-tukang rasa, semua kata sedap. lolx. maka silakan cuba resipi ini ^^v tatah!!
1 comment:
Wah..mmg nampak sedap...Lepas ni boleh la tlg buatkan kek kat pu3...hehehe...
Post a Comment