Monday, December 22, 2025

Ariana tiba-tiba dah grad

Assalamualaikum and hey! :D

Ha, kamu-kamu jangan nak scoff ke, menyampah ke dan seumpamanya
bila bukak socmed masing-masing dan nampak anak-anak Asia semua tengah grad.
Walaupun di tadika, walaupun di sekolah rendah,
mereka berhak untuk grad! :P ko apa tauuu. hahaha~

So cakap pasal grad ni,
20 Disember 2025 haritu, budak-budak darjah 6 ni grad.
Like, wearing robes, mortar boards and stuff.

Sapa-sapa makpak yang berkelapangan, bolehlah join.
Saya cuma mampu menumpang kasih gambar yang maknya-cikgu share kat group Whatsapp.
Kitanya kena ke parlimen *ai kan pegawai parlimen berjaya skang. Muah hahaa*
Husb pulak pi site visit kampung angkat ofis dia kat Kuala Pilah.. member nak buat majlis penutup kampung angkat tak lama lagi.

So layankan je la, Ariana.. makpak you ni busy bee.
Busy2 pun, ai tetap kepochi nak tau perkembangan anak jugak ye. HAHAA

Nahlah gambar.
Blog entry ni mostly untuk kitorang tengok je nanti-nanti.
Rasanya netizens tak nak tengok la kot.
Kalau gambar ramai-ramai macam kat bawah ni pun,
Netizens hanya akan cari gambar anak diorang je 😂 *it's the truth.. admit it*


Ariana kat bunga matahari paling besar belah kiri.
Dia demam time ni. Kesian pulak. Tapi gigih nak pergi bergrad ye.




Tahniah, anak-anak! Dah berjaya tamatkan darjah 6!
Dah boleh kerja jadi influencer & instafamous! ikkiki~
(Nak kerja doktor, engineer, IT specialist.. kena pass univ dulu!)




Budak demam spotted. Korang kalau terrier, carilah. HAHAA
Kemain demam muka dia. Subtitle demam di situ :P











Dan lastly, ada gambar beramai-ramai photoshoot:
















Ok dah habisss gambar grad! *Thunderous claps*

Well, gambar banyak girls.
Tapi sy letak sebahagian je.
Bolehlah buat tengok-tengok je bila teringat.

Entry diakhiri dengan gambar kitorang berselendang organza.
Event apa? Maleh nak habaq. Hahaha

Toodles!





Apa tengok-tengok?? (Sy tak kata gitu. Sy santun orangnya. Kahkah)

 Bye sekali lagi!! ;)

Cemerlang gemilang terbilang

Assalamualaikum and hey! :D

hahaa tajuk kemain tajuk lagu patriotik ye.

Biasalah, musim-musim anugerah sekolah ni, kita sebagai asian parents yang tipikal
tentunya ingin mematrikan gambar-gambar kenangan sebaik mungkin :P

4 disember 2025, yoshh itulah tarikhnya.

Tapi haritu ai tak ambik cuti.
Minta pelepasan kejap kat bos.

Itu yang sampai pun dah lambat sikit,
sebab kitanya dari ofis.
Tau-tau seats banyak dah penuh.
Terpaksalah duduk kat seat tengah, di lautan manusia.
Nak mingle dengan orang pun tak de mood.. HAHAA
Nasib baik orang sebelah pun tak de ramah tamah sangat :DD


VIPs diarak masuk dengan bunga mangga.




Macam biasa, kita mulakan dengan ucapan-ucapan.
Ni perasmi, a.k.a parent kepada sekolah angkat; i.e CEO cyberview kot ni. Ke presiden. Lupa dah acik2. Tapi ucapan beliau sangat-sangat passionate ye.
Menceritakan zaman dulu beliau hidup susah dan sebagainya.
Ye, walaupun lama times up, ai tetap mendengar dengan khusyuk.




Ni pulak ucapan YDP PIBG kita.
Seorang PT*D jugak (dia PT*D, ai PT*DO. HAHAA)
Kita kenal gitu-gitu sebab dia kenal husb sy, isz.




Dan ni lah guru besar baharu budak-budak ni.
Guru besar lama baru je pencen.



So long story short,
Ariana naik ke pentas dengan ramai lagi kawan-kawan yang lain,
terima anugerah.
Matapelajaran terbaik Agama Islam.
Haa bangga acik, sebagai seorang Muslim, dia score matapelajaran terbabit :D

Tahniah ye, Ariana. Tahniah semua students!
Semoga grow up menjadi Muslim sejati. Cemerlang dunia akhirat. Aamiin.

Dah banyak lagi pending blog entries menanti.
Kita sudahi cerita kita dengan gambar je la.
Dipersilakan!! *Thunderous claps*





















👏

Byeeee!!!

Saturday, November 29, 2025

Anaqi the hot wheels champion

Assalamualaikum and hey! :D

Haha bukan sesaja overclaimed, tapi memang blog entry kali ni
nak menceritakan pengalaman anaqi first time masuk pertandingan hot wheels.

Tapi sesambil tu kita bagi selingan story-story lain.

Ni time jalan-jalan kat mytown.
Ada pameran tamashi nations pulakkk (pelbagai action figures, termasuk ultraman)


Ingat budak ni dah move on dengan Ultraman,
Rupanya belum sepenuhnya 😂😂
Gambar kat atas tu, anaqi tengah buat pose ultraman action figure.. untuk dapatkan free sticker.

Rupanya dia nak ikut pose ultraman kat belakang dia :P





Pada hari yang lain,
Kawan-kawan dia ada jugak datang ke rumah.. buat projek sekolah mostly.

Lepas tu salah seorang kawan baiknya, Farhan, ada datang sleepover.
So kita bagilah aktiviti sikit kat budak-budak ni.

Aktiviti mengecat manusia diorama.



Projek sekolah, piramid makanan.
L2R: Muhammad (jiran), naufal, Farhan, anaqi.



Naufal bawak pizza, diorang makan sama-sama.



Nahh ada jugak pose jawline budak-budak zaman skang. Lolx
(Netizens kata LOL ni acik2 millennials je pakai.. ye ke? Hahaha)



So hari sabtu, 11 Oktober haritu kita masukkan nama anaqi
untuk join pertandingan hot wheels race kat putrajaya.
Race berlangsung di tepi tasik wohhh.
Sempena hari sukan negara jugak.

Haritu sy ada sukan kat ofis.
So singgah ofis kejap, lepas tu bergegas ke lokasi race.

Asal nampak kereta hot wheels je, semua nak beli, huii.



Winners 1-2-3 pelbagai kategori. Teka mana satu kereta anaqi?



Tu kereta hot wheels anaqi yang kiriii sekali kaler purple.
Namanya 'driftsta'. Kereta champion tuuu kihkih



Reaksi terkejut lepas kereta dia menang.









Haa gambar ni buktinya. Johan yang paling kecik kat tengah tu :D



Congrats, anaqi! Menang RM250.





Bolehlah belanja mama lepas ni.
Mama kan selalu support hobi dia.. HAHAA.

That's all for now. Tata!!

October babies

assalamualaikum and hey! :)

Marilah kita sama-sama throwback October dengan penuh semangat keazaman (yang muncul sebulan sekali).. hahaha.

Kalau ikut ketidakrajinan (ketidaksempatan sebenarnya uhuk) diri ini,
tahun depan rasanya baru nak update.
But since october is a special month, kita update cerita birthday semua orang sekaligus! hahaha

Ni kita ke depan sikit, time birthday anaqi. Both anaqi and Ariana got their prezzies.



Anddd anaqi got a Poco phone as his prezzie this year!
Ariana dapat kamera yang boleh print gambar tu.
Since ni hari Sekolah, kita bukak hadiah masa bangun tidur je la. haha



Happy birthday, boy!!


Sebelum kita melompat ke birthday isz (husb),
Mari kita celebrate jugak a new edition, bundle of joy.
Ehh bukan anak sendiri, tapi anak sedaralah! Haha

Perkenalkan, naura zahira, harith & durra's 2nd child *thunderous claps*


Time melawat kat hospital SALAM.


Yang best tu, naura's birthday sama dengan birthday isz.. i.e 16 oct 2025.
bulan yang sama jugak dengan daddynya, harith.
Alhamdulillah.





So sempena birthday harith on 25 oct,
kita makan-makan kat rumah no. 24 je lah (rumah nek yah).













Onyoooooo.



Menu wajib birthday semua orang; serai seksyen 3, shah alam. HAHA


Congrats again, harith & durra!!


Nowww kita jump pulak ke celebration isz & anaqi.
Ingat saja la nak try kat tempat baharu.
So apa kata kita pi makan BBQ sambil celup kaki dalam sungai.

Makanya kitorang pun pergi la ke bbq lamb kemensah KL.
Kek bawak sendiri. Tema hot wheels.
Sebab anaqi tengah gilakan hot wheels skang.
Muslim Ultraman dia dah berlalu.. haha.

Sampai terbabas keknya ok.. laju sangat 😂



Ariana, anaqi, tuah. Happy birthday, anaqi! 🎂



Tuan blog and kiddos.



Satu family, minus harith durra naim naura.
Sebab durra masih lagi berpantang.
Happy birthday, isz!!






Bbq lamb kemensah.



Kek terbabas 😂



With birthday boy lagi seorang. Happiest birthday! 🥳



Suasana sungai.



Kat bawah ni sy letak semua menu bbq yang kitorang makan hari tu.
Memang Ken yang terlentang la orang kata :P
Portion dia banyak gile ye.
Perapan daging agak manis, but bearable.
Kalau comment for improvement, may be daging tu kurangkan marinate kicap2 tu.
Grill simple2 je.














 

Ok selesai la sudah kisah birthday-birthday kesayangans di bulan Oktober.

Tata!!