Thursday, October 15, 2015

recap hari-hari lepas & foodsie

hola!
hari selepas percutian singkat telah kembali! lolx
so harini semua orang masuk balik ke ofis untuk bekerja.

semalam ada orang datang buat demo mesin pembersihan rumah yang multi-function.
memang hebat sangatlah mesin tu.
dialah air purifier, dialah aroma therapy, dialah vakum, dialah pembersih tilam, cadar, dinding, langsir, kereta, karpet, semualah!
(lupa pulak nak tangkap gambar)
and mesin ni tak de filter apa, guna air je untuk perangkap habuk.
so tak yah maintenance bagai.
then hama habuk semua dikautnya. super clean air.
sebab katanya basuh baju, penyapu and vakum tu sebenarnya masih memerangkap habuk.
cuma menengokkan harga tu la yang tersedak sikit.
lepas diskaun adalah almost RM10k.
melihatkan priority kitorang time ni, memang tak dapatlah nak membeli walaupun ada bayaran ansuran tanpa faedah semua.
lainlah kalau ai ni JUSA duit banyak atau ada rumah mewah-mewah :P
walaupun mesin tu memang sangat bagus untuk kesihatan.
kesian pulak yang mendemo tu lebih sejam.
tapi sempatlah dia bersihkan katil, karpet dengan sebahagian langsir rumah kitorang. hihi
may be next time.

so!
macam biasa,
apalah ertinya blog yang dimakan sarang labah-labah kalau tak me-recap cerita yang lepas. ahax

tapi tak la kisah silam sangat :P
ni adalah baru-baru ni jugak.. time weekend.
rasa macam dah lama tak makan kat restoran mamak hakim seksyen 7, shah alam.
ayam goreng dia yang sedap tu lah.
so mari kita ke sana.


ayam goreng hakim (HFC)

tapi sayangnya time tu ayam dah sejuk *deng!*
awal sangat ke kitorang datang ha?
then pukul 10pagi macam tu baru dia angkat ayam baru dari dapur.
tu pun dah suam sikit nak menuju ke sejuk.
may be dia goreng lepas tu simpan kat dapur, tunggu ayam kat depan nak dekat habis baru dia top up.
tak panas la macam ni! haha
tak pe la makan je la.
siap ambik ayam 2x sebab nak makan jugak ayam suam batch kedua tu.

time ni la pulak boleh terindu kat ayam goreng restoran insaf jalan TAR.
huaaa sedapnyaaa.
bilakan dapat kupergi lagiii.


husband and his chicken. lolx. letak kuah madu. kuah madu manis ya amat. ampunn.


ai is ordered megi goreng je dengan ayam goreng. air barli. haha


then kepada makanan-makanan lain!!

yang kat bawah ni; ikan goreng berlada.
ingat nak buat kasar-kasar sikit cili and bawang dia.. (tapi kena tumbuk la pulak)
tapi sebab wani is pemalas sometimes *bahaha*,
so blend je la.. tu yang jadi tak berapa kasar tu.





simple je ni; cili kering, bawang merah, bawang putih, asam keping dengan bawang besar potong.


yang kat bawah ni pulak; nasi beriyani (johor) beli kat pasar tani/malam putrajaya.
harga RM8.
sedap ok.

papadom je tak beli. dia jual asing RM1. tapi sebab sy tak prefer papadom kotak-kotak.. so tak beli.


then ni dinner semalam.
kemalasan lagi (as usual.. ohok ohok)
buat tomyam ayam and nasi goreng kicap.
semua instant ok.
tomyam pakai mae pranom punya paste.
nasi goreng pakai adabi, hiris and ketuk bawang-bawang and cili api sikit.. pastu curah kicap. api besar. siap! :P
(tang tak berapa nak rajin tapi terpaksa merajinkan diri adalah untuk potong-potong segala sayur tu T_T)



and kat bawah ni pulak adalah english breakfast ku *aiceceh* yang dimasak hari tu.
roti telur epal katanya.
letak bawang merah cincang dengan epal.
sihat tak resipi ni. HAHAHA

the apple french toast ;)


so tu je lah.
ada lagi entry nak taip ni.
tapi sambung nanti. bye bye!

Tuesday, October 13, 2015

polly pocket

eh tetiba rindu pulak kat polly pocket.
siapa yang tak pernah main/nampak/pegang,
it's one of the 90s toys. xD

rumah super kecik yang boleh dimuatkan dalam poket!

memang suka gile benda ni.

even dah besar ni pun, kalau pi toys r us mesti check ada ke tidak polly pocket ni.
last-last bila google baru la tau yang production dah dihentikan sebab ada kes budak-budak tertelan bendalah ni.. sebab kecik sangat kan.
yang tinggal sekarang cumalah polly yang dah dimodified.. besar sikit.
tapi rumah yang boleh dimuatkan dalam poket ni dah tak ada :(

yang tinggal hanyalah kenangan.. aicewah.

gila punya collection!

so kalau suka sesuatu permainan tu,
simpanlah baik-baik.
in next 20 years may be benda tu dah tak ada and korang akan merinduinya.

:)
cheers.

flash news : harga tol naik dan yuran taska tak naik

selamat hari selasa semua.
esok dah maal hijrah, jangan lupa baca doa akhir tahun and awal tahun. :D

jarang cerita pasal isu semasa kan.
sebab adakah wani e ni sorang yang ignorant? ahahah
tak lah, cuma malas nak bincang sangat sebab kat newspaper, social media banyak dah.
but this time kita masukkan jugak lah perubahan kadar tol yang akan bermula tak lama lagi (15.10)







banyak jugak tu naik kadar tol.
sy tak de terkesan sangat sebab memang duduk dalam putrajaya, kerja kat putrajaya.
sama macam dulu kerja kat terengganu. tak de tol. rumah dekat dengan ofis.
tapi yang terkesan tu adalah siapa-siapa yang tinggal jauh dari ofis and hari-hari ulang-alik lalu tol.
kalau sebelum ni dok shah alam, kerja putrajaya.. lalu jugaklah ELITE highway tu.
everyday ulang-alik RM7+ jugaklah haha *menangis*
tapi ELITE tak naik kan.
mau pengsan berjemaah kalau naik. sebab memang dah sedia mahal.

bila tengokkan fb posts orang lain,
memang tensi habis semorang bila kadar tol naik.
siap ada yang tak nak keluar rumah, yang nak lalu jalan lain (jauh) etc etc.
tu belum cerita yang upkan gambar manifesto BN suatu masa dulu untuk kurangkan kadar tol. lolx
macam-macam.

KKR pun ada keluarkan press release (malas nak tepek) berkenaan isu ni.
katanya hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dan tidak melibatkan antara bandar.
one more, kadar tol bagi bas kekal untuk  galakkan penggunaan pengangkutan awam.

have no problem with public transportation,
cuma kalau kemudahan tu efisien, rasanya memang orang tak naik kereta dah.
commute dengan public transport je hari-hari.

sy dulu pun pengguna public transport tegar. haha
time student la.
tu sebab ada interconnection antara tempat yang sy nak pergi.
so senang.
then dah terbiasa naik public.
dah biasa jalan jauh nak ke bus stop.
dah biasa tunggu bas lama.
kalau bas tak de langsung (ni yang tak efisien tu!) kalau emergency, ambik cab.
abes dah tu kalau orang tak biasa?
maunya dia nak naik public transport.
maunya dia jalan jauh.
lagi-lagi bas yang katanya ramai warga asing (fobia ke apa ai tak tau manusia ini)
so may be LRT MRT monorail semua tu boleh membantu.
cumanya kena efisien and interconnected. tu je la.

so far putrajaya punya kemudahan bas memang tip top.
50sen je tiket.
siapa yang rajin menunggu bas tu bolehlah naik bas ke tempat kerja dalam putrajaya.
kesian yang rumah jauh tu la. yang drive lalu tol.
tak pasal-pasal emosi lebih sebab harga semuanya naik. tabahlah ye.

//

ok habis kisah kenaikan kadar tol!

now satu lagi isu yang heboh diperkatakan baru-baru ni. huahahaaa *disertai kesedihan tak bertepi --- kononnya* :P

tetiba ada orang up gambar ni;
kenaikan kadar yuran taska untuk bayi tahun 2016.
oleh persatuan tadika and taska tak silapnya.

mau semua ibu bapa tak melompat tengok kadar macam ni.
lebih ramai yang tak setuju la daripada setuju.

kalau nak compare sekarang,
taska ariana la sebagai contoh. swasta. standard putrajaya (even tempat lain ada lagi mahal sampai RM500 pun ada)
tapi yang ni kira average la ye.
tahun lepas yuran baby RM350 sebulan.
tahun ni naik RM450 untuk baby sampai before 2 tahun.
yang 2 tahun ke atas, RM350.
OT lepas pukul 6 petang, tak silap RM6 setengah jam.

kalau kat taska kerajaan kat ofis ni RM300 je seorang, tak kira baby atau toddler.
cuma tu la, queuenya panjang.
walaupun taska macam hotel dah nampak. lawaaaa *mata ada bentuk love love* :D

bayangkan la kalau yuran naik sampai RM600-RM1,000..
bagi parents yang hidupnya and gajinya sederhana saja,
duit gaji bulan-bulan buat bayar yuran anak je.
and if every year naik naik,
dah ntah bila ibu bapa tu nak meningkatkan taraf hidup and kuasa membeli diorang?
sama je la macam tu.
lepas tu ada pulak bagi komen 'membina';
"mak-mak berhenti kerja je, jaga anak kat rumah."
yang komen and bagi idea tu, SAHM la kot.
if only semudah yang dikata. haha
ai is tak de nak condemn SAHM, cuma harap dapat bagi cadangan yang lebih kritis pada masa akan datang ye.
awak dah selesa macam tu, awak harap semua orang sama macam awak.
tak ye.
yang kerja, yang jadi suri rumah, dua-dua ada tanggungjawab and peranan masing-masing. and priorities masing-masing.
kalau semua mudah and pilihan mudah, semua ibu-ibu pun nak quit their job and dok rumah jaga anak ok.
tapi may be ada tanggungan and expenses yang perlu difikirkan secara realistik.

lepas tu,
menteri PWKM dah keluar statement mengatakan TIADA KENAIKAN YURAN TASKA/TADIKA untuk bayi seperti yang dihebah-hebahkan.
yezza.
jangan nak jadi kapitalis naikkan semua fees atau harga sesuka hati ye.
kesian kat pengguna.

so parents semua bolehlah bertenang seketika. hahaha

oklah nanti sambung lagi.
toodles!

Sunday, October 11, 2015

my saturday

semalam pergi check up kat SALAM.
now every 2 weeks memang kena pi check up.
dah week 35.
EDD will be on november 15th.
tapi semalam doc cakap position baby dah 'masuk' sikit kat bawah.
patutlah kebelakangan ni rasa pressure sikit bawah.. sakit sikit la kadang-kadang tu. sebab pressure tu kan.
btw semalam sampai shah alam lambat
sebab berpusing-pusing dalam putrajaya tu..
ada hari sukan negara kan.
so most of the roads were closed.
ni kalau emergency, jalan banyak tutup susah jugak.
jauh nak pusing wooo.

so bila dah sampai SALAM tu giliran no. 12.
last 2 weeks no. 3 ok sebab sampai awal.
tunggu lama sikit la.
dalam 2 jam baru settle kat sana sebab ramai orang.
tapi jumpa doktornya kejap je..
check rekod lepas tu scan.
tak nampak muka baby sebab dia tutup dengan tangan.. haha
tengah tidur.


duduk menunggu sementara tu.


then ada tempat main untuk budak-budak kat corner tu kan.
ariana dok la main situ.
elok je dia main.
ada budak-budak lain jugak.
tapi ada la budak lelaki ni 3-4 tahun kot. dah besar sikit.
jenis yang tak nak share.
kalau dia nak main tu dia tak bagi budak lain main.
tapi bapak dia punya la baik, tegur anak dia.
ariana kalau orang tak bagi share, dia selamba je blah pi main benda lain pulak.
tak de la dia nak rebut sangat.
tapi kadang kalau tak puas hati, dia akan cakap "nooo.. noo.." siap angkat telunjuk lagi.
macam la budak-budak tu faham kan. hahaha


main sambil siap menopang dagu.

sy perasan si bariana ni kalau main jenis yang suka nak belajar sekali.
sambil main dia sebut huruf la mengira la.
bayangkan kalau dia minum susu tu pun,
kejap lepas minum dia keluarkan botol dari mulut dia.
dia tenung botol tu.
ingatkan apa la.
rupanya lepas tu dia mengira ruler yang kat botol susu tu!
ahahaha kelakar la dia ni.

tapi dia jugak yang paling tak dok diam kat hospital tu.
budak lain tengah main mainan tu kan.
ada time dia lompat-lompat (sendiri la, tak kacau orang)
pastu nak buat aksi terjun dari kerusi la.
babah dia la jadi mangsa kena menyambut. lolx
tu belum masuk babah dia menyakat dia.
punya la nyaring si ariana menjerit sebab tak puas hati. hahah

ni time elok main sama-sama.

around 11.30 pagi tu habis check up.
balik rumah nenek atuknya.
dekat je pun kan.. sepelaung dekat eh. haha
then ariana tidur.
kitorang keluar pi lunch lepas solat zohor, tak bawak ariana pun sebab tidur.
makan kat PKNS je, kat restoran FC.
kalau datang sini memang suka makan chicken chop dia la.
tak pun chicken burger dia. sedapp.
sejak kecik kot makan kat sini.


hampir penuh la meja-meja kat sini. ramai ok orang makan sini.

restoran FC ada buat make over kot..
ada wallpaper baru, tukar lampu semua.
nampak lagi terang la kedainya.


seperti biasa, chicken chop ai!

yang paling heaven of course coleslaw dia.
yang paling sedap di alam semesta.
tak percaya pi order sana. :D

husband order chicken lasagna.
lasagna ni kira menu baru jugak la, tapi tak berapa nak baru.
sebab zaman dulu tak de pun menu ni.
ni pun kira first time husband order.
sy rasa-rasa la jugak.
tak menepati citarasa la kot sebab masam tomato sangat.
husband yang hantu cheese tu pun cakap cheese dia tak banyak.
may be menu tempatan, jadi rasanya macam tu. ntah.
tapi next time memang tak order la lasagna kat sini.
yang sedap chicken chop, burger, ayam, kebab pun ada.
yang mee dengan laksa pun sy jarang try.


chicken lasagna.

kebetulan semalam and harini kat SACC convention centre ada karnival hartanah bumiputera.
buildingnya pun belakang PKNS je.
why not kita pi jenguk.
walaupun tau tak denya rumah yang berkenan nanti.
nama je hartanah bumiputera, tapi rumah harga sejuta.
kegilaan apakah ini.
yang harga 500k pun biasalah, kat nilai sana.
yang apartment lagi la.. seunit je dah RM$400++ per kaki persegi.

tapi sy rasa pemaju-pemaju ni dah sedar,
market demand lagi banyak nak rumah harga 400-500k yang landed.
macam sime darby semalam btau,
unit yang ada sekarang harga 600k ke atas.
tapi lepas ni diorang nak buat projek more to rumah 400-500k ni.
ha tau pun.
not sime darby la, tapi pemaju-pemaju lain pun.
korang buat rumah juta-juta ni buat apa.
siapa nak beli banyak-banyak tu.
REHDA pun dah habaq hari tu,
banyak rumah menggapai awan yang harga mahal ni tak laku.
same as rumah landed juta-juta.
tengok la majoriti pembeli siapa.
bukan setakat orang yang nak invest je,
tapi middle class income family yang baru nak start hidup berfamily.
mana la mampu nak beli rumah juta-juta.
and kebanyakan nak yang landed supaya anak-anak boleh main kat tanah.
ni tak, fikir nak untung je.

satu contoh is rumah ecoworld kat cyber.
rumah kecik je. stok teres 2 tingkat standard.
harga sejuta ke atas ye.
tak kisahlah la pemaju tu pemaju besar ke well known ke.
patut syarikat besar dapatlah cut cost sebab projek mega kan.
ni jual macam tu punya harga.
apa nak jadi.
good luck with the buyers, tu je la nak kata.


tak ramai orang time kitorang datang.


memang agak lengang la time tu,
even dah pukul 3 and VIP dah rasmi semua.
time tu VIP tu ada lagi tengah lawat-lawat booth.


suasana.

boleh banding kalau baby expo kat sini haritu..
nak jejak kaki pun tak dapat sebab kat luar pun dah berderet kereta jam.
may be hebahan tak banyak or bukan priority orang mencari rumah sekarang sebab ekonomi etc.
(atau orang boleh expect dah harga hartanah bila ada karnival-karnival hartanah macam ni)

then malam tu dating kejap kat subang parade.
tengok wayang aje..
sebelum tu dah makan kat rumah (beli kebab kat pasar malam) and solat maghrib semua.
ada la dalam 2 jam je ke subang.
tengok hotel transylvania 2.
best jugak lah. seronok tengok.
ariana tinggal kat rumah dengan atuk and nenek.

MBO ni kita ada kad member dia.
so dapatlah beli tiket kat lorong untuk VIP.. tak yah beratur.
kat situ terus beli kupon popcorn semua.
so sampai kaunter popcorn je terus ambik popcorn.
nak masuk dalam pun dia bagi laluan VIP tak yah naik tangga. lolx


dapatlah bergambar sekerat je sebab ada makcik dengan anak-anak dia berdiri kat tepi tu :P

kombo popcorn dia dapat air large ok.
risau je nak minum banyak-banyak takut nak terkench kat dalam wayang haha
sy memang tak boleh, minum sikit je mesti rasa nak ke toilet je sekarang ni.
jadi nak minum kena hati-hati. hahaha

kalau kat subang parade ni, cermin dia ada kat belah atas lif :P

then habis tengok wayang, terus balik rumah shah alam.
ingat nak singgah parkson ke mothercare tengok barang baby.
tapi time tu lagi 15 minit nak pukul 10.. kedai pun nak tutup and ada yang dah tutup pun.
jadi tak sempatlah kita.
balik sajalah.
tengok movie kat ultrabook, tidur.
lolx

Friday, October 09, 2015

rumahku sorgaku :D

cuba teka objek di bawah ni :




ye, itu ariana tengah tidur dari pandangan atas! hahaha

dia memang suka tidur pose landing tangan kat pipi. lolx



ni pun gambar random; ariana angkut pek tisu besar tu masuk bilik. gigih dia (double her size!)


yoshh akhinya weekend sudah kembali! yeppa!
jereb (jerebu) pun macam dah tak berapa nak nampak.
and akhirnya jugak husband kembali ke rumah selepas 2 minggu outstation hihi
masa first outstation seminggu tu ada la dia balik kejap sehari, lepas tu esoknya dia sambung outstation.
so total 2 minggu dia tak de.
nasib baiklah ada ariana dan kucing-kucing menemani. rofl.
tu pun malam-malam risau jugak sebab depa ni dok cerita rumah kat p15 sana kena pecah masuk pukul 4pagi.
hopefully tak de la kes kat tempat kitorang ni (walaupun dulu pernah ada).
sini pun ada guard jaga kat bawah,
and ada la dia ronda kat tingkat-tingkat ni.
semoga aman sejahtera. hehe

husband balik petang tadi.. awal jugak la.
lepas delegasi dia balik, dia pun balik.
sampai sini terus pi ambik ariana kat taska.. bawak pi makan ais krim kat mc d.
rindulah agaknya tu hihi

tak de apa nak cerita pun,
upload gambar yang ada tersimpan ni je ha.
tang-tang kerajinan masak (ataupun kemalasan..  tapi sebab lapar, terpaksa merajinkan diri jugak HAHA).. and tang-tang rajin nak snap gambar.
kadang makan je terus, malas nak snap.
musim pemalas kan ni. haha


nasi goreng merah, sebab pakai cili kering. tapi cilinya tak banyak so tak berapa nak merah.



sedap hoih ni. salah satu comfort food sy :)



ketam goreng dan sayur rebus. ariana makan bersuap-suap kalau dapat ketam ni. hahah



ni nasi kerabu beli kat p15.



ok nanti sambung sembang lagi. :DDD

Tuesday, October 06, 2015

jalan raya yang men-stressful-kan



everyday kalau lalu presint 15 hantar/ambik ariana kat taska, mesti nampak building ni kat tepi jalan.
dwiputra residence.
harga setengah juta seunit.
tau je la jalan kat p15 ni kalau peak hour dia macam mana.
yang dari bangi semua lalu situ untuk ke pejabat.
kalau keluar lambat sikit, alamatnya sesak berjemaah la ko kat sana.

ni dah dapat bayang kalau esok dwiputra residence ni siap,
tahap jam dia mesti menyakitkan hati.
ye lah jalan mana lagi diorang nak pakai selain main road tu.

alangkan yang kat lot-lot kedai presint diplomatik tu pun sedia ada jam sebab ramai pi mydin (kebanyakannya) and kedai-kedai lain.
depan mydin tu memang orang parking berlapis-lapis,
sebab parking terbuka kat belakang mydin dah diambil untuk buat pembangunan lot-lot kedai baru.
ha tu satu lagi.
parking tak de, tapi ada hati sambung projek buat lot-lot kedai baru. aaaaaaaaa.
sy bukan planner, tapi macam mana orang yang plan ni boleh buat kedai la, rumah apartment bertingkat-tingkat tanpa fikir tak de parking atau jalan akan jadi super sesak??
money?

sebab setahu sy,
kawasan p15 dinamakan presint diplomatik sebab menempatkan rumah-rumah untuk diplomat.
syarat pembangunan kat situ tak boleh ada bangunan yang tinggi sangat,
supaya pemandangan clear, tak terhalang oleh bangunan tinggi.
ni tiba-tiba ehh ada dwiputra pulak.
lepas tu kawasan kedai jadi bertambah tapi entah mana nak letak parking.
(fyi taska ariana kat dalam kawasan lot-lot kedai tu ye).
petang kalau ambik ariana, parking kat area taska dia tu penuh walaupun kawasan tu boleh kata lot kedai yang terpencil.
sebab even ada yang nak shopping kat mydin pun parking situ (dah, kat mydin tak de parking!).. then diorang berjalan kaki ke mydin.
susah sikit la parents nak bawak budak kecik melintas jalan semua jauh-jauh sebab parking penuh.
ni if kedai bertambah dan lot parking tak banyak, lagi teruklah agaknya jalan nak masuk ke taska tu.
huaaaaaaa.
sometimes development sucks big time kalau planning dia ntah macam mana.

sama je la kat mana-mana pun.
nak bina apartment, kondo.
tak de fikir jalan akan jadi semakin jam.
public transport pulak jauh.
yang dia tau, dia buat kondo, siap dengan parking semua cukup untuk residence.
yang menambah kenderaan kat jalan tu tak fikir pulak.
aaaaa geram.


ni on the way nak ambik ariana kat taska. nampak dwiputra ni je somehow rasa geram. ahahaaa boleh macam tu? :P

mana tak untung.
memang untung besar, wohh.
kalau bangunan tinggi, berblok-blok.
satu unit je dah setengah juta.
ko bina mencapai langit, bukan landed. memanglah untung besar.

ai is sakit hati sebab tak nak la jalan putrajaya ni jadi macam KL.
orang nak dok tenang-tenang sini.
tapi peak hour memang tak la.
sebab orang sini semua mostly kerja kerajaan, semua keluar kerja balik kerja serentak.
kalau keluar lambat sikit je, alamat jam teruklah.
so kena keluar awal.

lepas tu time peak hour ramai yang bawak gila-gila ntah apa dia kejar.
punch card kot. haha
especially pagi la.
kalau keluar awal memang tenang.
tapi kalau kita kat atas jalan dalam 10 minit before masa untuk punch card,
merasalah jumpa kereta-kereta gila ni. hahaha
*pening*

tu je la dapat mengadu nasib kat blog. lolx
ni la kesan pembangunan terlampau padat.
bukan kat sini je, rasanya kat bandar-bandar besar lain pun semuanya sama.
tabahlah.

bye!!

Sunday, October 04, 2015

october weekend!


happy jerebu day! wahah.
sejak semalam (sabtu) jerebu dah datang balik dengan hebatnya.
gambar kat atas ni gambar pagi tadi.
ya Allah, silent hill sangat.
siapa nak buat shooting filem zombie apocalypse.. bolehlah time-time ni. hahh.

hoorei semalam husband dah balik kejap dari outstation.
i said 'kejap' sebab hari ni dia sambung kerja balik, jadi LO kepada delegasi ASEAN pulak.
kebetulan oktober ni bulan sibuk dia.
dahlah birthday dia oktober kan.
tapi kalau nak diingat-ingatkan,
memang dari dulu lagi bulan oktober mesti dia sibuk.
even sebelum kahwin pun,
sy ingat lagi pernah sekali tu time birthday dia kot..
dia tak de. outstation jugak. lolx

so since dah seminggu dia tak balik,
kita masakkan his favourite ayam masak kicap..
sebagai menyambut kepulangan. hihih

the ayam masak kicap. panjang betul kulit kayu manis dia hoih. tu je yang ada kat kedai.


malam tu teman husband ke bandar baru bangi.
nak ke pet shop, sebab makanan kucing dah nak habis.
jerebu-jerebu pun kuredah jua.

jalan raya dengan udara yang berkeladak.

sampai kedai mi casa tu, ada la sekor kucing parsi warna hitam-putih ni dalam kedai.
besar gile kucingnya.
ariana takut kot sebab besar sangat.
punyalah menjerit dia nampak kucing tu, siap menangis-nangis.
padahal dia pencinta kucing. ahaha
ada jugak sy shoot video, tapi tak sampai hati nak letak :P
so letak gambar je la.
pilu betul muka dia. hahaha

dipanjat-panjatnya babah dia. super ketakutan.

ada tu dia tengah berdiri kat lorong rak-rak tu kan.
tetiba kucing tu lalu.
memang menjerit la dia.
terkejut, pastu menjerit, pastu lari pecut. haha


mengadu nasib kat babah dia.


then beli dinner burger ramly kat area kedai kucing tu jugak.
bungkus bawak balik.
redah jerebu lagi.

jalan pulang.

balik nak mengejar tengok america's next top model.
biasa episod baru dia buat hari khamis.
ni tetiba tukar pulak ke hari sabtu.
sampai rumah dah lewat setengah jam.
tengok la mana yang ada. nanti boleh tengok repeat punya kan.
astro kan rajin repeat-repeat ni. ahahah

then harini ahad memang tak ke mana la,
tengok jerebu samaa je 'mendung'.
tiap kali tengok jerebu je memang mengundang geram sebab haba wehh habaa
berpeluh-peluh dalam rumah ni ha.
rakyat jelata macam ai mana ada pasang aircond kat kuarters.
kalau hari biasa memang sejuk je kuarters ni.
belakang tu hutan kan.
ni tetiba panas.
tu yang hangin tu.

so pagi tadi goreng cucur ikan bilis dengan kentang.
cicah sos thai mae pranom baru beli.
sebab yang botol lama dah habis.
yang ni beli kat kedai runcit pasar P8.
memang murah kedai tu.
lenkali nak beli sos baiklah beli kat situ.
murah seringgit dua kot.


sedap makan panas-panasss. sejuk pun sama sedapnya. kahaha

since husband keluar bekerja kan,
malas la nak masak meriah-meriah ke apa.
lagipun penat weh nak rehat je sepanjang hari ni.
untuk lunch goreng ikan cencaru je dengan masak sup petola black pepper.

lunch!



ni ha sup petolanya. resipi mama sy. ganu mari. siap letak kepok keping. hihi

tu la hari ahad ku yang bermalas-malasan saja.
24/7 sweating dalam rumah. haha
entry diakhiri dengan gambar daging goreng kunyit yang dimasak kelmarin for dinner.
byebye!!

daging goreng kunyit super yummy.

Saturday, October 03, 2015

kucing-kucing

husband was not home for a week sebab pergi outstation sabah/sarawak.
sat lagi balik la tu, dah on the way dalam flight.
sementara dia tak de tu,
kucing-kucing sy yang ambik alih jaga.
now memang ramai umat kucing kat bilik tu.
bella, biskut and 5 of their kids.
kids katanya hahaha. kittens lah! :P

ai is geram dengan si kecik-kecik ni.
ada particular sekor ni.
tak de bagi nama pun,
tapi antara 5 ekor ni, dia la yang paling nyaring.
kalau angkat je nak bising.
ni kalau berlakon dalam cerita horror or thriller, tak boleh blah watak-watak bising macam ni.
mengundang watak jahat untuk tau lokasi kita. lolx

ye lah biasa kucing jenis-jenis ni mana nak bising sangat kan.
behave je.
ni tak. dia sekor la bising.

hari tu sempat la tangkap gambar/video diorang.
dah penat main-main lari sana sini, time to sleep.
comel betul, semua ambik port masing-masing and slow-slow tidur.




elok je bersusun kan.



yang ni terdampar sekor-sekor kat satu spot lain.



yang ni dah terkulai layu haha



si terkulai layu dari pandangan sisi depan :P



ni bapaknya, biskut. yang paling gems among the bunch.



maknya, bella. semakin kurus sebab menyusu kot.



ni sekor lagi on the way to la la land.


sebelum ni bella ada jugak anak 2 ekor.
3 ekor sebenarnya, tapi 1 dah mati masa lahir tu.
so 2 ekor tu dah dijual bila dah besar sikit.
they're in good hands.
tuan diorang pun selalu update kat fb.
ni kenit 5 ekor ni kalau dah besar memang akan jual jugak la.
larat kita nak jaga ramai-ramai dalam rumah kecik ni.
nanti kang bella pregnant lagi, tambah kittens lagi.
tapi sekor tu MIL nak. so may be akan bagi dia.

kadang rindu jugak kucing-kucing sy kat shah alam dulu..
especially carpet dengan biskot la.
dua-dua dah tak de.
lepas depa berdua tu, ada keju.
now keju pun dah berdikari kat luar tak dok rumah dah sebab kucing jantan kan.. suka keluar and tak boleh dok dalam nanti dia 'spray' merata. ahax
now kat rumah sana memang tak de dah kucing.
mana nak dapat kucing loyal macam carpet dengan biskot tu.
now tak de attached sangat dengan kucing-kucing macam dulu.
sebab tak sempat pun. husband je yang jaga selalunya. kucing dia pun haha
kalau attached sangat nanti nak let go sedih pulak.
so biarlah mereka kan. asalkan makan cukup berak bersih kihkih

till then!