Friday, March 13, 2015

persediaan gala nite

hari ni hari rehearsal untuk persembahan gala nite ofis.
so semua ramai-ramai pergi picc pagi tadi.
setiap bahagian kena buat 1 performance,
and kitorang buat sketsa mimik.
sketsa mimik is; pelakon kat atas pentas, tapi yang membaca dialognya are narrators kat bawah.
ai iz one of the narrators. kahkah

pergi rehearsal dengan masa yang terhad.
dapat pakai stage sekali je.
and lain tu rehearse sendiri kat dewan sebelah.
ye lah kan hari jumaat, semorang terkejar.
petang pulak tak de slot. petang diorang nak rehearse untuk MC dengan test test jemput VVIP pulak.
so untuk persembahan, pagi tu je la masa yang ada.

ada yang merakam video tadi.
bila tengok-tengok, kelakar la pulak sketsa tu.
menjadi depa depa ni berlakon. hahaha
tak sesia kita tulis skrip. ada la jugak punch line boleh pakai. *gelak berjujukan*

heard that persembahan pun ada hadiah jugak.
oh ofis ku ini memang kaya dengan hadiah.
tempat pertama RM2000 ok.
tapi kitorang tak de aim nak menang pun. just have fun.
sebab banyak lagi performance yang gile hebat.
siap ada bahagian yang import artis luar.
kitorang ni in-house artist je :'DDD
(and ada bahagian yang tak buat rehearsal kat situ pun sebab nak bagi surprise. harus la gempak tu dengan lampu lip lap semua)

yang paling artsy, sy nampak tadi kat depan dewan ada tempat selfie dengan background balloons warna-warni.
zomg comel sangat!
harus la malam karang ai pergi snap muka sendiri kat situ. bahahaa

hadiah cabutan bertuah pun ada.
siapalah agaknya yang bertuah tu ye.
motosikal, ipad air, iphone, tv, basikal, barang letrik dan macam-macam lagi.
sy cakap dah, ofis kitorang memang pemurah. haha

oklah tu je.
malam nanti sy snap gambar banyak-banyak.
dah namanya tema color block, mesti ramai yang pakai meriah-meriah.
haruslah tak ketinggalan untuk snap gambar! xD

kbai!!

ole-ole

husband baru sampai tadi, outstation dari penang.

selain daripada whatsapp gambar makan mee udang saiz XXL, beliau juga menghadiahkan sy :



tshirt penang street art that i requested. bihihi.
last time beli tshirt gambar budak-budak naik basikal.
yang ni naik motor pulak.

thanks heaps, you! :)

Thursday, March 12, 2015

sneak peek

esok malam ada gala nite ofis.. theme; color block.

here is a sneak peek of my color block attire.. lolx.


Monday, March 09, 2015

faliq's engagement

minggu sebelum ni memang hectic sikit la.
weekend yang baru lepas ni, kitorang satu famili gerak ke mersing, johor for faliq's engagement.
bagi yang tak tau, faliq is my brother. bahaha
tetiba nak bertunang dak ni,
so kita follow la konvoi ramai-ramai.
i sponsored the chocolate basket for hantaran.
beria letak coklat dalam fridge.
by the sama sampai sana, cair dah coklatnya. hihi
perjalanan jauh kot and tengah musim panas kan sekarang.
chocolate basket was arranged by husband.
dia memang terrer bab-bab menyusun and balut hadiah.
tapi sy terbeli banyak coklat.. tak muat masuk semua dalam bakul.
so yang lebih tu makan sendiri je la jawabnya. :D


yeah, way to go with the face, harith. lolx



uncles, aunties and cousins ramai yang join rombongan.

yang join rombongan kali ni;
cik su and fam, cik po and fam, ammar and fam.
yang lain tak dapat join sebab ada hal.
ni pun dah ramai la jugak.
asalnya memang nak berkecil-kecilan je kita. hihi
tapi tak sangka pulak tuan rumah jemput ramai.
rupanya sebab culture tempat tu, kalau dah jemput, kena jemput satu blok.
oklah ai no hal. lolx


terang benderang hari tu.



sy duduk melepak di sudut hujung dengan merek-mereka ni. xD



that's my mom, yang tudung purple.



ammar pun join and bawa baby; sarah dania.



cik po dan cik ija.. balik hari jugak sebab esoknya anaknya ada match bola sepak. penat tu ulang alik terus. thanks for coming!



kanan tu pak su, as jurucakap family.

pak su memang ramah mesra dan kelakar orangnya.
so memang sesuai sangat la jadi jurucakap.
siap cerita pasal pertemuan dia dengan cik su lagi kat tuan rumah. lolx


mi cousins.



time ni semua dah ada. kira majlis dah start dah.

sorrylah ai tak de kamera canggih.
smartphone ni je yang ada.. kira bolehlah kan.


sarung cincin. merisik and sekali bertunang. 2 rings.



dulang di pihak perempuan.



dulang (tak berapa nak dulang la hahaha) di pihak lelaki. coklat tu la yang sy sponsor.. kihkih

gambar close up hantaran ada kat hp mama.
so terimalah seadanya gambar kat atas ni sebab snap asal ada je. nak cepat. lolx

congrats to faliq and ain!
selamat bertunang and semoga dilancarkan perjalanan to the next step!!

sempoi bak hang dua orang ni.

Friday, March 06, 2015

last night's dinner : singgang ikan tongkol / aya terengganu style

having a terengganu blood in me *aicewah :D*,
sy memang berahi (suka) la ke (kat) lauk singgang ni.
i remember the delicious melicious *not malicious ha!* singgang that my mom cooked.
and of course my grandma's, aunts' when i balik kampung kat ganu sana.

husband on the other hand,
not a terengganu origin.
but he's a terengganuian at heart, even more than i am ;) *orang panggil terengganuian ke? ah taram aje lah. haha*

sebabnya kitorang kan pernah kerja kat KTcity.
so memang husband dah adapt bahasa and budaya kat sana.. walaupun kami dok berapa tahun je.

semalam tetiba teringat nak buat singgang.
to make it more terengganu, let's make it with ikan tongkol, or terengganuian call it ikan aya. or english peeps call it mackerel tuna or albacore tuna *yes i googled it, i'm not a walking dictionary! i am insan yang cetek vocab! lolx*


singgang ikan ayaaaaa. hoyeah!!

actually, i added myself the chillies sebab seingat sy, family sy masak singgang tak ada cili pun. kih kih

singgang is actually the most wonderful,
and i could say, makanan yang agak senang untuk dimasak.
sebab ko masuk je semua ingredients dalam pot, boil 'em, then tunggu la dia masak.
tak payah dok tunggu nak stir ke apa. jimat masa kan.
plus it's delicious.
orang dalam pantang (bersalin) pun boleh makan. just minus the kunyit. (something with demam kuning well i dunno, adat resam pantang orang tua kot).

INGREDIENTS :
(untuk seekor ikan aya bersaiz sedang)

pound these babies in the lesung batu altogether;

1 biji bawang merah saiz sedang.
1 ulas bawang putih.
1 inci lengkuas.
1 inci kunyit hidup. (kunyit mati atau kunyit pengsan tak boleh ye. wahaha gelak la gelak la. T_T)
(ketumbar hanya digunakan kalau korang masak singgang daging, untuk hilangkan bau dia)

dalam periuk,
masukkan semua semua tu dengan air secukupnya (penuh sampai hujung ikan tak timbul di udara.. ayat apakah?!),
asam keping 2,
garam sesedap rasa.
biasanya dalam 3 sudu kecik garam. bukan sudu teh tu tau! hypertension ko nanti. hahaha. sudu garam yang kecik tu. rasanya macam 3. hm. lupa dah. :P
cili api akar (yang besar sikit tu) dalam 3 biji.

nak pakai cili padi burung ke cili apa ke pakailah ikut kegemaran korang.
korang punya singgang kan.
korang punya suka la. kihkih


kemudian singgang ikan aya ku tadi ditemani oleh sotong grill oleh sang pemalas wani e :P


cangg!! memang besar sotong ni. ai beli 2 ekor je ni kat pasar.

orang pasar selalu gelakkan ai sebab beli bahan sikit sikit aje.
beli ikan satu jenis seekor. sotong 2 ekor. udang 7 ekor. contoh.
ye lah bukan ramai orang pun kat rumah nak makan.
2 orang je kot.
baiklah ai beli kerap-kerap untuk dapatkan bahan yang fresh.
daripada simpan stok 3 bulan dalam peti tu. sampai ikan pun dah merah mata dia terbojol-bojol. haha
(don't try this at home, kids. buy fresh ingredients!)


resipi sang pemalas adalah:

ko hiris-hiris je sotong tu. jangan hiris habis. sikit je.
then marinate la dikau dengan serbuk kunyit dan garlic seasoning. sedapppp.

lepas tu grill atas pemanggang ajaib.
habis cerita :DDD




sotong ni memang juicy and tender habis.
kalau kita cubit je memang senang putus dan bila kunyah tu lembuuut aje. wuahhh~
*di awang-awangan*
janganlah hari ni timbul zit tambahan kat muka ni. T_T


sebelum pergi, nah sekali lagi gambar singgang ikan tongkol.



babai!! *kata mereka berdua, siap wave lagi* :'DDD

pisang goreng cheese (dan sikit chocolate rice) woha!

hey, everyone!
what's up? xD
berapa lama sy dah biarkan blog ni bersawang? *check*
oo ok. dah dekat seminggu. hoho

sebenarnya deep down tu beria-ia nak blogging,
tapi since kat ofis sekarang ni pun beria block blogger website (even on lunch hour! doink),
and balik rumah je si ariana bariana beria tengok nursery rhymes dia, husband beria main games, sy beria tengok movies..
my laptop and netbook dua-dua pun tak available (retak & rosak),
maka itulah alasan konkrit sy kenapa tak dapat blogging dengan kerap. lolx

baiklah tuan puan makcik pakcik sekalian.
kali ni di dapur auntie wani e,
auntie will show you how to make a pisang goreng cheese *fuahaha auntie la sangat!*

hari selasa lepas goreng ni.
husband request nak pisang goreng cheese.
asalnya husband kirim pisang goreng kat pasar tani aje.
sy kan balik kerja hari selasa & jumaat biasa singgah pasar.
tapi tak jumpa pisang gorengnya.
so beli pisang, tepung and balik rumah buat sendiri je la kita. uhuk.
nasib baiklah kat rumah ada cheese.
kalau tak mana nak cari cheese kat pasar tu?
gerai susu segar??



INGREDIENTS :
4 ulas pisang (pakailah pisang apa pun yang korang suka, saiz sederhana. if pisang tanduk, adjust2 la sendiri. mah haha).
tepung pisang goreng adabi (wahaha express).
air. sikit garam. (untuk bancuh tepung)
butter 3 sudu besar.
susu pekat manis 3 sudu besar.
cheese sesuka hati.
chocolate rice for the kick.


HOW TO :
1. bancuh tepung ikut instruction kat belakang paket. :P

2. potong pisang into half (vertical or serong) dan celup pada adunan tepung. goreng dalam minyak yang penuh sampai keemasan. lepas tu emas tu ko boleh gadai. kahkah xlawak, wani. T_Tv

3. then in a non stick pan (or any pan you like, i don't mind), cairkan butter.

4. dah cair, tutup api dapur and tambah susu pekat manis. mix well. letak cheese sikit. mix well.

5. golekkan pisang-pisang tadi kat atas pan. then angkat.

6. tabur lagi cheese dan chocolate rice di atasnya. (memang makmur!)


and that's how we roll it! ;)

selamat mencoba! chobaannnn~


Saturday, February 28, 2015

degrade

now sy tengok makin menjadi-jadi pulak kat fb (selalunya page media yang banyak likers) dengan posts mengutuk perempuan.

perempuan selfshot kat social media =  kena kutuk
perempuan buat wallpost dia nak lelaki yang boleh tanggung make up cost dia = kena kutuk
perempuan cakap banyak dilabel as berleter = kena kutuk
perempuan kuat merajuk = kena kutuk
gambar-gambar perempuan pakai ketat-ketat / nampak breasts besar = kena kutuk dengan komen-komen lucah
perempuan dan cara drive kereta = pun kena kutuk


semua kena kutuk.
fine, mana yang salah tetap lah salah.
tapi lepas tu semua yang bijak sangat kat dalam fb tu (lelaki or perempuan, sama je yang tukang komen) start to make this assumptions yang perempuan semua macam tu.
hence berganda lagi kutukan dapat.

geramnya hoih baca komen orang-orang macam ni!


eeeee geramnya ai!!

tapi ada jugak yang masih reasonable.
ada juga golongan lelaki yang betul-betul intelligent ni back up.
contohnya kes perempuan suka selfshot kat fb/insta, dikatakan tak sesuai dibuat isteri. tak ada orang nak.
ada lelaki yang back up ok, katanya adakah benda macam tu dijadikan ciri mencari isteri? for real?
kita semua ada ibu, kakak, adik perempuan.
of how wise kita semua nak degrade perempuan yang selfshot gambar sendiri dengan statement macam tu?
i have lots of girl friends, yang dah kahwin, tapi suka selfshot.
ada je orang nak tu. dah kahwin ada anak lagi. kan.

secara tak sedar memang kebanyakan lelaki kat social media suka degrade perempuan.
(sometimes some women pun, did join them. kutuk berjemaah).
adakah kita masih di zaman jahiliah bila anak-anak perempuan dianggap tak elok / tak baik dsb?
being treated like they don't matter?

kadang yang pakai menjolok mata, make up tebal semua tu,
kalau nampak tak betul, nasihatlah dengan baik.
ni semua pakat kutuk and siap dengan ayat-ayat lucah.
ada jugak kutuk dengan gaya-gaya i'm holier than thou.
now siapa sebenarnya yang tak bertamadun ni?

tolonglah.
jangan anggap semua perempuan rendah nilainya.
then siap screenshot wallpost orang, or even buat graphic post, buat bahan untuk post kat page untuk dikomen dan dikutuk beramai-ramai. (tau je la kat fb tu lagi ramai tukang kutuk daripada yang tukang bagi komen membina).
kononnya nak semua orang ambik iktibar.
to the heck with ambik iktibar.
nak malukan dan degrade orang lain je sebenarnya kan?

bawak-bawaklah beringat.



thanks for reading! :)

tentang ultrabook dan buku

happy sabtu, peeps!

pagi-pagi ni terima satu berita tak berapa nak gembira;
cousin kepada husband had an accident malam semalam.
tak tau apa berlaku, but now dia tengah pembedahan sebab ada kaca di dalam mata.
hopefully semua ok and hopefully anak-anak dia pun ok.
terima kasih fb sebab kitorang dapat berita ni dan updates dengan cepat.
kita doakan semuanya selamat. aamin.

//

hari tu kan sy sibuk mencari ultrabook.
beria dah nak beli dell xps 13 sebab zomg temptingnya!
lepas tu terserempak pulak dengan ultrabook lain yang sama alluringnya. this beauty :

zomaigarddddddd *cakar dinding dengan kuku* :'DDD

acer aspire s7.
exterior dia memang lawa nak mamP!!
(sebagai seorang yang rupalistik, itu penting. cough cough)
love does blind people by the beauty. lolx

lepas tu sy buat spec comparison antara keduanya.
dan hasilnya...

xps 13 jugaklah yang menang! haha
dari segi ketahanan bateri, resolusi skrin etc.
adoyai tak jadi dah nak beli aspire s7 yang gorgeous itu.

masih di dalam list gwe. *wink*
next step sekarang adalah mencari kedai yang dapat jual dengan harga paaaling murah.
(bukan kedekut tapi smart buyer. kahaha)


ni pulak buku-buku yang sedang dibaca sekarang :

1. CATATAN MAT LUTHFI

sesiapa sukakan intelligent humour yang dipenuhi grafik menarik, ni lah bukunya untuk korang.

sila jangan salah faham kalau nampak buku dengan kartun/grafik. some people assume it's just for kids. nope. dive in and see for yourself. i take it as an art ;)



2. CINTA ADA DI SINI

wani e is a typical girl that reads lovey dovey malay novels??!
think again.
ye sy ni pembaca buku dari zaman sekolah rendah dan tadika lagi.
tapi sy tak baca semua lovey dovey malay novels ye.
sy pilih-pilih jugak mana yang best je untuk dibaca.

sebagai contoh, novel 'cinta ada di sini' by sha ibrahim.
memang ada kisah cinta dalam ni, tapi lebih fokus kepada kisah kekeluargaan.
of how watak utamanya kehilangan her mom and kena tinggal dengan bapaknya seorang billionaire dengan abang-abang kembarnya. (mak/bapak divorced and tinggal asing2)
masalahnya bapak dengan abang-abang dia macam buat dekk je kat dia and abang-abang dia tak suka dia datang ke situ. (walaupun masa kecik dulu diorang sangat kamceng)
of how watak utama ni memberontak naik motor besar bagai.
siap pandai break dance lagi. haha

tapi sorrylah buku tebal gila macam ni memang ambik masa sikit nak baca.
dah lama kot beli, tapi sampai sekarang baru half je habis baca.
sy ni jenis baca sikit sikittt sebab kebizian buat kerja lain. haha

can't wait to finish this.
bila baca, serupa tengok drama je. lolx




that's all for now.
thanks for reading! :)

Friday, February 27, 2015

a secret (hideout) eatery

aicewah, kemain tajuk.
tapi memang ye pun baru-baru ni husband ada bawak ke satu tempat makan yang best.
tempatnya warung biasa aje pun.
tapi menjadi tempat rahsia kitorang.
sini makanan sedap sangat, affordable (harga standard) dan suasana open.
kedai orang klate.
not going to characterized people,
tapi tak dinafikan yang orang klate masak sedap. ahax.

if ever korang pernah datang sini,
boleh tahan sedap kan? :D


husband ordered mi hun tomyam. pekat gile kot kuah tomyam dia. yummms.

husband cakap biarlah tempat ni jadi tempat secret.
tengoklah warung bunian (kat area kajang eh?)
walaupun tersorok, famous gile.
so semua orang berpusu-pusu nak datang makan.
penuh memanjang.
jadi bagilah peluang kitorang untuk makan dengan tenang tanpa trauma melihat rakyat putrajaya yang super ramai itu :P
itu pun lepas kitorang datang, ramai jugak yang datang and hampir penuh meja-meja.
tapi masih selesa untuk makan.


maggi celup sedap nak mamP.



sate ayam pun sedap nak mamP. lolx

sate tu harga standard 80sen secucuk.
tapi sebab sedap sangat, tak kisahlah 80sen pun. haha








nah peep sikit gambar warung dengan husband di depan. lolx. kot la korang terserempak kedai ni one day.


tata tutu!

jammed keluar parking

jalan nak keluar dari ofis ada satu je.
jalan sama yang dikongsi oleh our office, next door office dan pelawat (dari parking pelawat).

hari ni time nak keluar lunch hour,
telah menyaksikan jam yang over panjang sangat weh.

sempat la snap.

sambil tunggu line bergerak,
sempat lagi baca buku mat luthfi dalam kereta.
(i read the book A LOT on putrajaya's road. sebab lama menunggu traffic lights. bahaha).

hayatilah penyeksaanku tadi. ohokhokk
:B


ni baru keluar dari parking basement.. naik ke atas.



waiting.. .. zzz.



ni kat simpang ada lagi kereta-kereta lain nak keluar. jalan keluar adalah jauh lagi di depan. great.



harap in future development di mana-mana lah sekalipun,
tolong consider buat 2-3 jalan keluar / short cuts.
lolx

Tuesday, February 24, 2015

chobaan!

gelak guling.
beria pergi pasar tani balik ofis tadi.
dengan jammednya yang ridiculous.
pusing 3 kali baru jumpa parking.
ended up lepas park kereta..

..purse tertinggal kat ofis!

deng!!

ended up balik rumah masak sardin dengan telur.

lolx.