Thursday, January 22, 2015

bermain android game di dalam kereta

semalam ada accident kat putrajaya; lori langgar papan tanda.
menyebabkan lencongan jalan terpaksa dibuat and jam berleluasa kat area jalan nak ke alamanda dan presint 15.
biasanya sy balik ofis tak lalu pun jalan ni.
tapi semalam kena lalu sebab nak ambik ariana kat taska. lolx
husband lambat sikit baliknya, sebab dia cakap bos baru (baharu. new.) panggil meeting ke apantah.
meeting penting ke? dia cakap tak pun. biasalah bos baru katanya. HAHA


dekat sejam baru sampai taska. cooooooool. kalah balik shah alam.

so i told him "oo tu mesti jenis bos2 yang dah nak rembang petang, time orang siap-siap nak balik baru nak buat meeting."
come on la, bosses.
kalau perkara tu tak urgent dan boleh bincang esok pagi, please consider to bring the matters tomorrow.
kecuali kalau urgent sangat-sangat je.
you never know what your so-called meeting can affect other people.
macam kes sy jammed dekat sejam ni tak de apa hal sangat.
lambat ambik anak kat taska, stok susu dia dah habis, anak pun kelaparan. balik rumah pun lambat. malam baru sempat nak masak. apa ada hal.
bayangkan orang lain pulak dengan hal-hal lain yang lebih mendesak.

the other day.
ada kes seorang staff kerajaan nyaris kena rape sebab stay back sorang-sorang kat ofis.
itu satu lagi hal.
nak stay back sila la stay back ramai-ramai. selamat sikit.
or else, no stay back at all.
mungkin kerjanya urgent. tu yang dia terpaksa stay back.

but again, tu la nak kata.
our lives not only revolve around the workplace.
there's a place called home and people called family.
time kerja, kerja. time balik, balik.
kadang orang tu memang nak balik rumah.
tapi tetiba bos dia panggil discuss sampai ke tengah malam. macam mana tu?
occasional boleh la faham, tapi kalau frequent? (nasib baik la kitorang; me & husband ni tak de frequent. lolx)

teringat pulak zaman husband jaga biasiswa dulu.
memang sampai ke malam unit diorang stay back. hari-hari.
time tu sy pregnant, siap tidur kat lantai ofis tunggu husband sambil hantarkan dia makanan.
jangan kesian kat sy, sy dah tidur dah kat atas lantai tu.. haha.
kesian kat budak-budak unit dia la hari-hari macam tu je. balik rumah matahari dah hilang. esok bangun pagi masuk kerja balik.
either married or single, semua sama kesiannya.
yang married entah pukul berapa balik dapat jenguk family. ntah-ntah balik rumah family dah tidur.
yang single, kalau ada bf/gf jarang sangat la ko dapat interact with each other.
kalau yang single betul2 tak de bf/gf lagi la haru time bila nak keluar socialize entah.

moral of the story; time-smart!! LOL
(or kalau rasa kerja menimbun sangat & tak sesuai dengan kapasiti, tambahlah pekerja)


ahha ni view lif ofis yang baru di-renovate. cermin di mana-mana. segan kitorang tengok cermin hari-hari. wah haha

sebenarnya nak tunjuk lipstick tu AHAHA (not mine!)
siapalah yang semangat kiss dinding lif ni kan.
is this part of vandalism or an art expression? :P
kat lif kuarters kitorang, lif tu dalamnya baru cat.
tak sampai dua hari dah terkopek cat kat dinding.
siap ada conteng-conteng lagi.
bengong la budak-budak ni. kalau tak mengopek/menconteng lif, tak sah.
mana la lif tu nak merasa make over. tak pernahnya nak dapat. lolx

last but not least,
entry campur2 ni diakhiri dengan gambar nasi, ikan tenggiri goreng dan sayur kangkung goreng yang sy makan semalam. yumminess.
all hail sayur! :P



bye!

Tuesday, January 20, 2015

that song



hahah baru sempat nak post pasal AJL.
(AJL is some lagha thing i watched besides america's next top model. hahah!)

untuk lagu-lagu tahun 2014, dipertandingkan di anugerah juara lagu ke-29. *yeah semorang tau. sila skip part ni, wani. pangg!* :P
for this year (2014 punya lagu), as i told on my twitter,
i root for : 1.hafiz (matahari); 2.mojo (roman cinta); 3.joe flizzow ft sonaone (apa khabar).

sorrylah tak ada gambar hafiz dengan mojo kat stage.
google google tak jumpa! lolx

hafiz, sebab vokal dia awesome.
mojo, sebab lagu tu and aweera memang power! (ingatkan aweera yang perform. rupanya ketinggalan zaman sebab aweera dah tarik diri untuk final. dang!).
joe flizzow sebab sy memang minat too phat dari zaman study kot. *lagu 'just a friend' tu hafal rap dia lagi bahaha* lagu apa khabar ni pun sy hafal rap dia cuma tak complete. alah tak kisahlah.
i think juri pilih lagu 'apa khabar' sebab lirik dia meaningful for joe's friendship with malique.


congrats to them!

dan wujud jugak la meme-meme kelakar kat internet pasal AJL ni. *sila search kalau rajin*
contohnya meme joe&sonaone as upin & ipin. (jahat kan engkorang engkorang ni. lolx)
lepas tu dayang & bajunya seperti bentuk sotong (ni lagi kejam. haha).
apapun baju scha jugak yang cantik :DDD

for mojo, sy memang mengharapkan final ni dapat tengok aweera with mojo.
sebab vokal dia power woih. dan sangat-sangat compatible dengan lagu tu.
but caliph buskers boleh tahan jugak. (but still pada sy, tak boleh challenge aweera)
lepas ni tak de dah aweera dengan mojo. boo hoo.
(live moves on. lolx)

lepas tu time diorang umum pemenang tu boleh tak sy tidur dah HAHAHA
sy ni memang tak kisah hujan ribut ke kalau mengantuk tu tidur je. nak tunggu-tunggu kenapa pulak kan.
tapi in the middle joe tengah nyanyi tu sy terjaga dan "oh joe flizzow menang." macam tu. hihi
congrats kepada yang menang.
glad joe flizzow menang (lagu hip hop tak de la lagha mana kan. more to lyrics and meaning. baik liriknya baiklah maksudnya). hahah

kbye!


photo credit : google & the owners of the photos.

Sunday, January 18, 2015

siri photos makanan pertama 2015




ahaha siap ada siri photos makanan.
ye sebab sy selalu snapped cook sketches and letak dalam instagram.
nak post sikit-sikit dalam blog selalu tak sempat. so kita kumpulkan semua dulu, hari ni baru post. xD

btw, happy sunday, peeps!
mesti hari ahad banyak plan kan?
sama ada plan keluar berjalan-jalan ataupun plan melepak depan tv kat rumah pun dikira plan jugak. lolx
yang penting orang kat kuarters kitorang ni sayangkan rumah (observation).
sebab apa? sabtu ahad ke penuh je parking. depa suka duduk rumah.
kalau keluar pun sekejap-sekejap je lepas tu balik. haha
malam masih muda, but still parking kuarters dah penuh.
betapa hommienya orang-orang kat sini. :'D (cuti panjang je diorang balik kampung) hihihi

kitorang pulak since rumah parents dekat (tak tau la nak panggil kampung ke apa sebab dekat?! LOL),
balik 'kampung' adalah frequent jugak on weekend.
semalam ni baru balik kampung husband.
so hari ni kita dok 'kampung' kita aje la kat putrajaya ni. wahaha

so here goes siri photos makanan!!


chicken grill with homemade blackpepper+mushroom sauce, corn on the cob, asparagus and potato chips yang tak berapa nak chips. AHAHA

husband memulakan misi dietnya sekali lagi.
jadi time-time photo ni ditangkap memang manjang je masak grill-grill.
kadang husband masak sendiri jugak; kambing grill.
tapi biasanya dia masak kosong je letak garam + pepper, grill, makan.

homemade sauce ni saja try-try, inspired by resipi kat internet, lepas tu improvised sendiri.
as long as it's edible.. kihkih.





paratha cap 'kawan' yang sedap dan kari daging bersama kentang.



and again, masak chicken grill untuk husband. sekali la sy makan jugak. hehe. this time side dish mashed potato and blanched veggies.



tetiba hari tu teringin nak makan macaroni bakar resipi malaysia (a.k.a. kari instead of bolognese/tomato sauce).

sy suka macaroni bakar.
dia ada 2 jenis; yang western dengan yang malaysia.
this time masak malaysian version. hahaha
ntah, sy lagi suka malaysia punya sebab tak muak.
malaysian = bawang chopped, cili merah chopped, serbuk kari, ayam/daging cincang. tu inti dia. memang sedap!
nak lekatkan pulak; pukul telur, susu, sikit tepung gandum, garam dan serbuk lada sulah.
tuang dalam macaroni+inti.
tabur cheese atas. bakar.
lepas tu letak inti sikit (yang lebih) kat atas as topping. tabur bawang goreng. fuh!


potongan macaroni bakar.



nasi goreng ikan bilis (cili kering). or nasi goreng merah.



ikan siakap tiga rasa. beli nenas dalam tin je. kihkih



lagi chicken grill dengan stir fried veggies.



ni sebab teringin jugak ni. daging goreng kunyit. my mom's style. bawang besar kasi lebih. sedap buat gaul dengan nasi panas. jyeah!



first time try buat sup ayam+cendawan chinese style. few times buat. ariana memang suka ni.



ketam gorenggggg. yiehha.



yang ni garam, kunyit dengan sikit garlic seasoning. sebab malas nak menumbuk bawang putih dalam lesung HAHA



sup ayam yang kerap jugak dimasak sebab nak bagi ariana makan. dia kalau makan sup ayam ni memang berselera makan (apa aje yang dia tak selera. lolx!). and if masak sup ayam, sy dengan husband pun boleh makan sekali.



ikan selar kuning kecik goreng garingggg. my favourite! yums!



makan dengan kicap. air ribena jangan tinggal. win!



kerutub daging. yang ni masak tengah malam. supper la kot kiranya. (sebab time tu malam baru sampai rumah from shah alam and baru keluarkan daging. bercinta jugak la nak tunggu daging nyahbeku).



sup ayam kicap. untuk ariana dan diri sendiri makan jugak. husband pun.



ok kira dah habislah siri photos makanan yang ini.
gambar makanan lain ada dalam phone, tak transfer lagi.
geram dengan phone ni sebab memory card dia macam hilang begitu saja.
macam tak wujud. so now phone memory dah penuh since semua pun masuk dalam tu.
nanti la nak pergi kedai check.
100kali dah cuba keluarkan kad and masukkan balik, tetap tak jalan.

ok guys/girls. happy sunday!!

Friday, January 16, 2015

9 bad habits

gambar hiasan semata credits to google.

dah masuk gambar makanan mula-mula, haruslah nak bercerita tentang makanan. ahah
well not literally about food but the habits that come with eating the food itself.
sy dengan husband ni beza sikit.
dia punya penjagaan makan punyalah bagus.
(kesedaran wujud lepas tengok weight scale may be. heheh)
minyak banyak tak boleh, nasi banyak tak boleh (and the list goes on).
siap beli apple cider vinegar, beli lamb pastu grill sendiri, makan buah bila lapar etc.
i on the other hand, kurang kesedaran dan makan apa saja.. fuahaha *jangan contohi*
maksudnya; ayam goreng? checked! makanan bersantan? checked! nasi? checked! makan tengah malam? checked!
cumanya sy tak makan lemak, kulit, organ dan seangkatan dengannya.
teh kopi carbonated pun tak minum.
selalu jugak fikir, 'aku ni makan bukan-bukan ni entah berapa la kolesterol. gula pun entah berapa.'
tapi bila pergi check, normal pulak.
ok kira nasib baik la tu *kihkih*. doa banyak-banyak supaya tak de apa yang mudarat.


i stumbled upon this article lama pasal '9 bad habits that make you fat'.
(sebab sy perasan kat fb banyak betul jual produk kurus. maknanya ramai la orang yang concern tak nak fat kan? nah mai ai share kita baca ramai-ramai)
ko tak payah dah beli produk, ko jangan amalkan bad habits sudah.
lepas tu makanlah laksana raja. hahaha
sy tak de nak copy semua article dia, cuma nak ambik gist je.
here goes!



Bad Habit #1: Eating Low Fat Foods

"makanan low-fat memang kurang kalori, tapi biasanya fat tu akan diganti dengan gula and other chemicals yang lebih teruk daripada fat. A low-fat donut is still a donut!"

ataupun kita check la pastikan low fat meal tu tak ada sugar dsb.


Bad Habit #2: Skipping Meals

"SKIPPING MEALS MAKES YOU FAT. metabolisme akan menjunam bila kita skip makan. kajian menunjukkan, orang yang skip breakfast adalah 4.5 kali terdedah kepada obesiti."

sebabnya bila dah skip meal sana sini, nanti ada la time-time tak betul tetiba rasa lapar. time tu la kita akan hadap semua makanan tak peduli dah. time tu la berat naik. agree?


Bad Habit #3: Eating Too Quickly

"Kajian jugak menunjukkan, orang yang makan perlahan/kunyah banyak sebenarnya makan 1/3 lebih sedikit daripada yang makan laju-laju. Perut ambik masa 20 minit untuk beritahu otak yang ko dah kenyang. Jadi sepatutnya 1 meal ambik masa dalam 20 minit untuk dihabiskan."

even dalam islam pun disarankan kunyah 40 kali. tak ada la exact 40 kali tapi sebenarnya supaya makanan tu hancur dulu supaya senang perut nak hadam. kalau tak senang hadam, senang jugaklah lemak nak grow.


Bad Habit #4: Watching TV while you eat

"Kajian lagi menunjukkan kita akan makan 5-10 kali lebih bila menonton tv."

ahaha sebab luar sedar kot. tau-tau je popcorn dah habis :'D
sy selalu je makan depan tv. bad habit bad habit. lolx


Bad Habit #5: Taking Big Bites

"Orang yang makan dengan portion gigitan yang besar akan hasilkan 52% kalori lebih daripada orang yang gigit kecik-kecik dan kuyah lama-lama."

sy rasa #5 ni ada kaitan dengan yang #3 lah. hihi


Bad Habit #6: Having Overweight Friends

"Jika kawan atau pasangan suka makan, kita ada kemungkinan 57% untuk terlebih makan jugak."

ooo ini kiranya mempengaruhi satu sama lain la. true. sy ni contoh tukang pengaruh yang besar. tapi husband berjaya menangkis walaupun sy tanya dia "nak makan nasi tak?" "tak tak tak." 3 kali dia jawab 'tak', ok. ekeke.
actually tak de salahnya pun having overweight friends or spouse. yang salah tu kalau ada kawan yang selalu ajak makan setiap masa. mungkin tu maksudnya. lolx


Bad Habit #7: Avoiding the Scale

"Selalu timbang berat akan bantu kita track diet program yang kita nak buat."

yelah. macam sy pun timbang, tiba-tiba perasan naik lagi 1kg. sebab selama ni tak peduli pun. i'm not avoiding the scale, i just forgot that there's a scale in the house. lolx!
habit ni sesuai kepada yang betul-betul tengah plan nak diet. selalulah timbang untuk kemajuan sejagat.


Bad Habit #8: Eating “Filler Foods” at Restaurants

"Filler foods ni adalah makanan sampingan selain main course yang kita nak makan. Makanan percuma (complimentary), mashed potato yang ada dalam pinggan di sisi ayam bakar etc. Kadang boleh tambah sampai 500 kalori. Walhal filler je kot. Seringlah bertanya kepada waiter jika boleh tukarkan roti dengan sayur dan kentang/nasi dengan salad."

memang tabik kat husband. kalau dia beli plate set yang ada ayam lepas tu tetiba ada mashed potato kan; dia tak usik sangat pun mashed potato tu. dia bagi ariana makan! bahaha (now ariana la yang gemuk. haa now i gat it. rofl!)


Bad Habit #9: Not Seeking Health & Fitness Advice

"Mereka yang membaca berkaitan kesihatan seperti ini akan mulakan pemakanan yang baik dan lebih banyak bersenam. A little reading goes a long way!"

yoshh tak ada la nak kena baca buku setebal kamus dewan untuk dapatkan nasihat pemakanan atau kesihatan. just baca mana yang penting je supaya tak silap makan.



sometimes kita fikir apa yang kita makan or consume tu dah ok and dah sihat. rupanya tak!
sebagai contoh cheese.
kat malaysia ni silalah cakap makanan apa yang tak letak cheese.
semua benda nak ditaruk cheese sekarang ni!
pisang goreng cheese, kek cheese leleh, cheesekut, cakoi cheese (cakoi cheese pun ada!) etc.
for me kebanyakan dessert ni memang sumber-sumber fat. sebab dessert banyak ingredient manis kan.
back to cheese.
sy tanya ke durra haritu, dia bitau cheese boleh makan tapi once a week.
cheese adalah menggemukkan sebab salah satu ingredient dia adalah yis.
asalnya mesti kita ingat cheese=from susu=healthy.
tapi sebenarnya cheese ni kan adalah susu yang dah diproses.
yis tu ada dalam roti kan. pernah dengar tak makan roti sebenarnya lebih banyak kalori daripada makan nasi? so better makan nasi daripada makan roti berkeping-keping. sebab YIS itulah!
same as cheese.
jadi if sesapa nak diet, go on boleh je makan cheese tapi jangan la ko nak bercheese leleh setiap hari. kadang-kadang tak pe. wihihi
sekian cerita pasal 9 bad habits.
semoga dapat bantu sy dan semorang yang baca of how to avoid cara pemakanan yang salah.

till then! happy eating! (healthily, i mean! HAHA)

Thursday, January 15, 2015

going to aeon big for home stuff

bertabahlah dengan siri uploading 100 gambar anak oleh ibu yang obses. HAHAH not!
tak sampai 100 pun and this is not a photo-spam.
ulangan! ok tak payah ulang :P

well malam semalam kitorang ke alamanda.
tak pergi mana pun, just nak beli barang keperluan rumah.
sebelum AEON big penuh hari ni dengan kebanjiran penerima-penerima bonus,
eloklah kita redah AEON big time dia tengah kosong. fuahaha
lagipun memang banyak barang dah habis. kebetulan.
so let's!

ariana ni memang gigih nak tolak troli. sendiri tak nak duduk kat dalam!



busted! tengah tolak troli. :P

akibat ketaklaratan nak kejar, kita masukkan jugaklah dia ke dalam troli.
tak duduk diam jugak ok!
mau dipanjatnya troli itu. ok fine. panjatlah.
asalkan kamu happy. lolx

tengok tengok, kaki sebelah dah siap angkat!

lepas tu dia siap garang-garang kat sorang budak perempuan (sekolah rendah kot) yang berdiri kat kaunter sebelah. tengah tunggu mak dia membayar.
budak ni siap la nak hulur tangan nak salam, tapi ariana tepis ok.
dasar eksyen. lolx
terkebil-kebil budak tu tengok dengan adik dia.
but i told her "dia nak main sep-sep la tu." haha
and ariana started mumbling her own language to that little girl. sabarkan je la.


aiyoh dah nak keluar dah tu!



si tecik mi favorito.



pandangan penuh akal. ada la tu plan-plan dia tu. hahaha

dan seperti biasa,
trip ke alamanda tak sah kalau tak berakhir dengan naik 'CAR'.
sy rasa bisnes beli mesin kereta mainan ni untung la.
tiap kali je mesti ada budak naik.
tau-tau dah habis 4ringgit buat main kereta ni aje. haihs.
tak apa.
it's happiness that counts.
that happy look on your child's face when he/she jumps into that car. yeahh.

sibuk nak tengok masyarakat keliling. naik aje lah kereta tu. -_- pin pin pon ponn.



tengah cari clutch. bahaha



happy kemain. esok dah besar mama hantar bil ye. sekali pi alamanda 3-4 kali naik. darab 700. ok.



makan roti pemberian babahnya.



lasttt sekali baru sempat bergambar bertiga! yiehha!



say teaseeee! (not cheese. not mainstream. lolx)
dahlah.
babai! xD

lunchie

ni cerita lunch semalam.
hari ni tak kot kalau nak makan luar sebab tengah peak time bonus dengan br1m bram keluar ni mau lagi fully loaded kedai-kedai makan kat luar sana. ahax.
(sila elakkan kesesakan :DD)

btw korang plan nak shopping apa dengan bonus hari ini? aicewah. shopping katanya.

semalam ajak they all makan kat padi house.
dah lama pun nak mengajaknya, semalam baru sempat sebab masing-masing ada kan.
diorang ni banyak tolong bab-bab kerja. tip top belaka.
as a gratitude, ajak makan, apa lagi. makan adalah awesome! xD


nasib ada meja ok. ni satu meja kosong. semua penuh. gila kau padi house.

padi house ni memang terkenal dengan asyik-penuh-manjang-waktu-lunch-hour.
ingatkan tengah-tengah bulan ni ada la sikit kekosongan.
ada ok. satu meja je. kahkah. lain semua penuh. tahniah.

tu pun meja cukup-cukup empat kerusi.
macam tau-tau je. lolx

lai lai ai intro sama mereka :P

zahirah.



khursiah. memandang ke kejauhan. sy candid ni hahah



aleyne tengah makan nachos.



appetizer; cheese nachos. tapi cheese dia dah sejuk sikit. jadi membeku. ahahah



ni zahirah punya plate sampai dulu; deep fried chicken parmigiana. glamour ko, nama :P



mine; eggplant pasta with chicken sauce. sedap gils.



khursiah's; padi house chicken chop rice.



aleyne's; creamy mushroom chicken alfredo.

sekian kisah makan-makan lunch. lolx

selamat mendapat bonus, semua! (to gov servants only) :D
bye!

Monday, January 12, 2015

sunday funday

wahh dah isnin ke?? (tengok kalender)
ni dah kira minggu ketiga lah kan, and this is my 5th entry :D
HAPPY 3RD WEEK, GUYS/GIRLS!

semalam (ahad) kitorang berada di shah alam.

pagi tu ngedate breakfast dengan husband.
di bawah pokok rimbun depan CIAST. ahaha
makan nasi lemak kerang (tadak sambal) :P


pokok rimbun ni sejak dari zaman sekolah rendah lagi. coolio!



makan berbumbungkan pokok (dan langit!)

kitorang sampai sana pukul 10.
yelah settle kan dulu hal kat rumah.
mandikan ariana semua.
sampai-sampai nasib baik i got the last kerangs! wihihi. rejeki.
so pakcik tu kaut semua kerang taruk dalam pinggan ai.

ok lepas ni puasa kerang.
banyak dah makan toksik ni. hahah

cukup fokus beliau makan. jangan main-main. lolx

lepas tu dalam tengah hari kitorang ke SACC, tengok cat competition.
tak banyak sangat pun snap gambar kucing, sebab orang kerumun kan.
tapi this time penyertaannya tak sebanyak dulu.
tak tau la sebab kucingnya lambat sampai atau orang lain bz balik kampung, joined misi banjir etc.


competition kat ruang tengah SACC.



ni yang sempat snap. banyak sangkar dibalut plastik di bahagian yang mengadap pengunjung. macam ni.

may be owner balut plastik sebab tak nak pengunjung pegang-pegang or cucuk-cucuk kucing diorang.

mainecoon.



kita nak bawak dia tengok kucing, dia boleh pulak tido!

*tengok jam time tu*
oh pukul 12 lebih. patut pun.
itu memang masa genting ariana bariana tidur. HAHAH

tapi lepas-lepas tu dia bangun.
kejap je tidurnya, setengah jam macam tu.

tengoklah keliling orang kerumun!



the cats. semua lawaaaa.



hah time ni ariana dah bangun. sedang tengok kucing.



kucing bengal memang banyak.



mahal senyum. HAHAH



"miaom!" mungkin itu yang dikatanya sambil tunjuk-tunjuk ke arah sasaran.



tengok tu punya la susah nak senyum dalam photo.



semua orang seronok tengok kucing. (well who's not?) :)

lepas kat SACC tu kitorang ke serai, mama belanja lunch.
sampai-sampai diorang dah start makan dah.
kitorang ni tukang meramaikan majlis je, sebab still kenyang daripada nasi lemak pagi tadi.
walaupun begitu tetaplah makan dengan awesomenya. ahax

lauk-pauk. biasalah ikan udang ayam sotong kangkung tauhu. terung je tak de. hehe



mi familia.

alhamdulillah abah dah sihat walafiat lepas operation hari tu.
hasil ujian menunjukkan yang kat otak dia tu adalah cancerous.
so doktor tanya nak buat treatment ke tak.
(tau je la hospital punya treatment banyak side effect)
for me, tak payah la kalau lagi banyak side effect yang memudaratkan daripada membaikkan.
sy setuju abah goes for alternative treatment.
makan supplements and rawatan daripada ayat-ayat al-Quran.
memang ada yang sembuh selepas rawatan al-Quran. kita kena percaya dan yakin. that's the spirit.
apapun sy doakan abah cepat sembuh and cancer cells (if there is, sebab tumor haritu dah buang pun) yang ada akan suicide sendiri (yeah it happens, saya ada baca dalam buku. cancer cells boleh bunuh diri. haha)
kita doakan the best untuk abah. aight.

oklah nanti sambung lagi. tata tutu!!