Thursday, October 09, 2014

warded

happy thursday, peeps!!

entry ni sebagai rekod for the future.

my abah is being warded at KPJ shah alam since last night.
almost the same time last year (25 oct 2013) he's also being warded (in SALAM, then putrajaya hospital) because he fall down from a ladder while cutting off the tree branches.
and now he's at the hospital again *hee*
this time he did the CT scans and MRI. and he has a tiny tumor on his right brain. *hope it's harmless*
the doc said the brain tumor is secondary, means it may come from a root cause.. or the initial of everything. that's why they did the CT scan again.
i think they may found something there. i'll update later.
but everything affected his left side nerves (that's how we figured out something is not right),
at first we thought it was a mild stroke.
but from the check ups, it's not a stroke. his heart is definitely A ok.
then we know it's the tumor.
or may be tumors.. ada adik-beradik lain kat tempat lain selain kat brain who knows, i hope it's not.

i came visiting my abah today.
with husband and ariana.
mama and harith were always there. faliq was working.
abah looked ok, despite of his left side body feelin' cramped and he couldn't control the saliva on the left side of his mouth. *it's alright, there's a box of tissues all the time :)*
i cheered him up, talked with him and prayed everything gonna be fine.
i know he will be fine because Allah is always by his side.
my abah devoted his life to Him.
time sakit memang tak pernah tinggal solat.
time ok-ok everyday he went to the masjid. solat pakai kerusi pun gagah and gigih.
time bukak youtube asyik belajar pasal makrifatullah je. hee.
and he's a very kind and helpful person.
this may be His test for him. and we'll stay strong by his side through this journey.

ok nanti apa-apa i'll update.
ciao!

Tuesday, October 07, 2014

selamat hari raya aidiladha

heyyo.
hari ni dah hari raya aidiladha yang ketiga.
so how's your raya?

tahun ni turn balik ke kampung toks sy di terengganu.
as everyone concerns, perayaan aidiladha di pantai timur adalah supermeriah berbanding di tempat lain.
(rasanya sebab tu highway jam memanjang. ahaks)
hari ni akan singgah ke banting sekejap.

tahun ni tak ada baju raya baru pun.
pakai baju raya aidilfitri tahun lepas bahaha
sebab kat PKNS, alam sentral semua macam tak de sangat orang jual baju raya.
kalau tak memang nak beli sepasang yang murah.
memakai baju baru and bersih, sunat.
tapi tak pe, kira baju baru jugak ni. hihi


bawak balik rendang ayam kampung ke kampung tok. masak kat rumah putrajaya.


tahun ni tak buat korban,
tapi join tengok orang sembelih lembu.
tengok kemeriahan dia.
tempat sembelih pun dekat gile dengan rumah tok.
jalan kaki ke depan sikit je dah sampai.
toks dengan makcik-makcik ada la buat korban.


us with tok ki.



makcik, cousins and tok yam.



cousins; izrul, iddin, izzat.



lembu bijak and i.

bijak sebab siap mengadap kamera nak tangkap gambar haha.
orang cakap sekarang selfie dengan lembu. tak pun wefie dengan lembu pakai monopod.
ni bukan selfie, bukan jugak trend.
memang nak snap gambar aidiladha.
nothing to do with trend.
(kadang menyampah pun ada dengan 1.yang ikut sangat trending. 2.yang mengaku rare dan hipster tak nak buat apa orang lain buat/anti-trending. doink)
since amalan menangkap gambar ni dah zaman-berzaman sebenarnya. haha


my makciks and my brother, faliq. ni team black. hahaha



lembu pertama ditumbangkan. lembu bijak tadi (lembu kedua) tak snap sangat sebab terlindung.



siblings.

then dah tengah hari sikit baru la sempat nak snap gambar anak-beranak :DD

selfshot tiga beranak, all in blue with different tones.



selfshot h&w.

tu pun bukan tudung beraya..
tapi since dah ada, sarung je la. bahaha


tok ki, ariana & mama.



the four generations. :)

tamatlah sudah aidiladha tahun ni.
semoga berjumpa lagi aidiladha tahun depan ^^

Friday, October 03, 2014

minyak yang positif

wuhouu jumaat dah kita.
jumaat means; weekend & public hol raya haji!! teehee.

as the oil price hikes like there's no tomorrow,
and everyone's talking about it *including me*,
i was thinking about my usual oil tank fillin'.
biasanya kalau harga minyak naik dalam 20sen ni,
sekali isi tank penuh akan up RM10 daripada biasa.
means if sebelum ni RM60+ full tank,
lepas ni RM70+.
and it's true, husband cakap semalam dia isi minyak full tank kena RM70+.

while we may survive this for a while,
kadang terfikir jugak macam mana orang yang hidupnya supersusah.
yang kerja membanting tulang empat kerat.
yang ada anak-anak kecik ramai.
contohnya nelayan yang turun ke laut naik bot tu pun pakai minyak kan.
tak payah nelayan la, yang kerja gaji seribu lebih pun dah boleh fikir macam mana.
it's not all about the minyak.
sebab dia bersekali dengan naiknya kos sara hidup.
bersekali dengan kuasa membeli pengguna yang tak berapa nak powerful.
bersekali dengan kemungkinan berlakunya inflasi.

dalam whatsapp group kan everyone was giving their opinion.
then ada la my friend ni dia bengang dengan sorang lagi of our friend *you know who you are if you read this hehe*
yang memang tak de sensitiviti pasal ni.
kira tipikal punya jawapan yang kita pun kadang selalu dengar dan lihat kat tv.
"kalau harga naik, tak yah la komplen, kena usaha lebih cari pendapatan sampingan."
lebih kurang macam tu la.
agaknya orang-orang yang kerja mengejar duit ni macam tu je la sama je pemikiran dia.
duit duit duit.
agaknya tak terfikir dia ni ada orang yang kerja sampai ke malam cari duit but still sesak nak tanggung family.
tu pun kena consider, if dah kerja banyak-banyak tu, ada ke tidak masa nak spend dengan family?
sebab benda ni sikit tak sikit akan affect social life.
ko cari duit bagai nak rak, anak-anak terabai pun susah.
tapi kawan kami ni tak kisahlah kot, sebab dia single.
kita respect la pandangan dia sebab semua orang boleh bagi pandangan masing-masing.

it's just that,
memetik kata-kata sorang lagi kawan;
kita ni bukan nak compare dengan negara lain, kita nak taraf hidup yang lebih baik. tu je.
as days passed by,
sy tak nampak itu pun sangat.
gaji ye naik every year.
tapi kuasa membeli tetap rendah. barang apapun semua mahal and semua naik naik.
rumah apatah lagi.
dok kuarters je la ai nampaknya. together forever. *faint*
tu tak pelah, ada jugak tempat berteduh.
just harapan as a citizen,
semoga hasrat ke arah nak menjadi negara maju berpendapatan tinggi tu selari dengan taraf hidup yang lebih baik untuk semua.
100% semua tu mungkin mustahil, but at least everyone has a better life and not worsen.
nak tarik balik subsidi untuk perbelanjaan lain tu ok.
but better kaji semula la br1m bram.
gantikan dengan kad subsidi ke apa.
supaya yang betul-betul memerlukan dapat manfaat
(kalau betul nak sangat bantu orang susah).
improve public transportations.
well di putrajaya memang nampak dah ok.
kat tempat lain pulak kena improve. esp tempat yang forever jam.. HAHA.
budget 2015 pun dah nak dekat ni.

just my 2cents.

Monday, September 29, 2014

ahcheng laksa, sunway pyramid

ni cerita sabtu lepas.
lama tak pergi sunway pyramid kan,
jadi ajak husband pi dating sana :)
ariana ikut nenek & atuk dia hi-tea kat KL.

pergi sana biasalah,
jalan-jalan kat kedai browse barang-barang best,
tengok movie the purge anarchy,
makan. hehe

di asean avenue, sunway pyramid. tengok tu ada orang photobomb kat belakang! wachaa

the purge anarchy memang sangat best.
sy ni kan kaki tidur dalam panggung wayang.
yang ni tak tidur pun.
tak ada satu scene pun yang buat sy mengantuk.
even yang anarchy ni lagi best daripada the purge yang first dulu.
the first movie kan pasal the purge kat kawasan orang kaya.. dalam rumah.
second movie lebih kepada orang-orang yang kat luar.. the streets.

bagi yang tak pernah tengok the purge,
ceritanya adalah pasal US di zaman akan datang..
kerajaan US diambik alih oleh satu pemerintahan.
which every year akan ada satu hari ni,
di mana jenayah adalah dibenarkan untuk tempoh 24 jam.
so time tu ko nak buat apapun, buatlah.
nak bunuh orang, nak rompak, buatlah sesuka hati.
polis tentera hospital semua tak akan bertugas hari tu.
tapi sebenarnya ni taktik kerajaan nak hapuskan orang-orang miskin dan seangkatan dengannya.
so yang the purge anarchy ni cerita pasal this group of people yang berjumpa by fate.
mak dengan anaknya yang rumah tetiba kena serang dengan askar, so diorang lari ke jalanan.
couple dua orang yang on the way nak balik tapi kereta rosak tengah jalan.
and sorang lelaki yang memang sesaja keluar sebab nak pergi balas dendam and bunuh lelaki yang pernah bunuh anak lelaki dia.
kat luar time tu memang ramai la orang jahat, penjenayah yang sesaja bunuh-bunuh orang.. sebab legal kan.
so nak tau sama ada diorang ni survive atau tak,
sama-sama la tonton the purge anarchy.
serious tak menyesal tengok. memang best!


sampai di kedai itemize yang dipromo oleh nadia. hoyeah!!

fyi kedai-kedai fave sy adalah macam gift shop, stationeries shop, art shop, DIY shop, home depo, book store, toy store.. benda-benda macam tu.
kedai make up ke, fesyen baju bagai, hijabisduit won't do me any good. hehe
sy tak tertarik sangat dengan kedai baju tudung kecuali la time nak raya :DDD


konon nak ice skating tapi tak sempat hoih. tangkap gambar je la sempat.



tetiba nampak orang beratur kat kedai lacoste. diskaun 50% kau. brand fave abah ai ni. ikiki

tetiba sebelum tengok wayang tu crave nak makan assam laksa kauuu.
tapi tak sempat.
pi la tengok wayang dulu,
balik tengok wayang baru sempat cari kedai jual assam laksa.
terjumpalah dengan ahcheng laksa kat direktori makanan sunway pyramid.. buahaha.
memang tak sesia wani e tengok direktori tu.
assam laksa kat kedai ni memang superb!
located at asean avenue belah lorong belakang sekali.. silalah pergi! ;)

konsep layan diri. husband tengah soal siasat menu.. haha



rupa kedai dari depan. simple je. yet nice :)



tadaaaa. dia ada dua saiz. ni mangkuk regular harga RM7.90. mangkuk junior kecik sikit RM5.50 rasanya.

tengok!
meriah kan isi dia.
penuh isi ikan.
sedap mak aihhh.
husband punya assam laksa siap mintak extra ikan sardin.
selain tu ada jugak kari laksa then menu lain sy dah lupa hihi
cendol pun ada tapi hari tu sy teringin minum air longan. buah longan pun dia bagi banyak gile.


serius sedap!!

sebab super sedap, sy bagi 5 sudu untuk ahcheng laksa, sunway pyramid!!
*tepukan gemuruh*




ok kitorang makan dulu! tata!!


family dinner di pasta express

hola!
happy monday, peeps!!

gilalah, dah seminggu baru nak blog balik. buahaha.

ok kali ni entry pasal last week jugak sebenarnya.
sebab sy kan demam seminggu, memang kadang je la pun nak blog.
jadi sekarang untuk meraikan kesihatanku yang kian pulih,
mari kita blogging balik! hihi

ni time kitorang dinner kat pasta express.
silap datang la time hari gaji.
orang punya la ramai. haha
so makanan sampai lambat sikit.
lambat tu tak de la lambat mana.. cuma tak sepantas biasa.
orang yang kerja situ pun macam dah lain.
tak tau la sama ada tukar management,
atau pekerja lama yang muda-muda tu semua dah pergi sambung belajar.
(pandai-pandai je buat tekaan sendiri :P)

nah lah gambar kitorang and makanan :)

sy order hot chocolate, husband order iced white coffee.



family shot. gembiranya ariana, ewahh.



tadi muka gembira, now eksyen habis. mak pak dia pulak yang happy overload. xD



chicken grill.



cheese prawn bruschetta.

sangat banyak ok bruschetta dia..
ingatkan dua keping je.
sebab time tu sy tak lapar sangat.
tak de la nak pesan pasta atau ayam sebab takut tak habis.
rupanya roti keping ni pun banyak!! :DD
last-last tinggal 3, tapau bawak balik.


bruchetta upclose.



pesan onion rings jugak. bawah tu dia bagi fries.



ni pun tapau separuh.. makan tak habis. bukan tak sedap, tapi portion banyak. kenyang. hahahah


lepas tu balik rumah sambung baring sebab tengah demam.
hihi demam-demam pun sempat keluar makan kan.
(sebab tak larat la tu tak masak kat rumah) ^^

kbai!

Sunday, September 21, 2014

taman saujana hijau, putrajaya

hey hey semua!!
happy ahad! :)

ahad sy ok-ok aje, most of the time baring je kot sebab demam.
in fact dari rabu hari tu dah start tak sihat, tapi khamis sampai ahad ni straight demam flu.
semalam sabtu sempat la keluar kejap pergi baby expo sebab nak beli botol susu diskaun HAHA
tu pun dapat keluar time-time lepas makan ubat.. so ada tenaga nak keluar la.
kesan ubat habis, terkelepek balik.
ni dapat blogging cargas-cargas ni sebab baru makan ubat sejam lepas buahaha
ubat demam dah habis.
kalau petang karang still tak sihat, nampaknya kena pi klinik mintak ubat baru la.

so ni photos daripada weekend lepas.
putrajaya ni besar ok, tak habis explore pun lagi semua tempat.

ni salah satu tempat yang menarik kat putrajaya untuk joggers atau yang suka view lawa.
taman saujana hijau, located at precint 11.
kalau cari kat GPS memang tak jumpa.
just drive ke presint 11, lepas tu cari papan tanda warna brown yang tulis 'Taman Saujana Hijau'. ikut je la papan tanda tu.. insyaAllah jumpa.

since hari ni tak berapa sihat,
tak de perasaan nak letak captions kat semua gambar.. bahaha.
enjoy the photos and the lovely view! ;)





baju sukan kemain, tapi tak jogging pun sebab bawak ariana. agak exercise jugaklah dukung dia naik bukit :P



let's dance!! xD






ariana and babah. :)



tudung lima ringgit. haha



sempatlah goreng nasi sikit buat bekal makan kat sana. dengan air milo and sedikit keropok ikan terengganu. weehoo






mengorek dan mengkaji. HAHAHA

k doakan sy sihat laju-laju!!
hidung sumbat nak makan pun tak dapat nak bau haha
kbai!! xD

Tuesday, September 16, 2014

kisah gembira hari selasa

harap tak terlewat untuk wish semua;
SELAMAT HARI MALAYSIA!!

tak jumpa jalur gemilang kecik untuk lekat kat atas bumbung kereta,
so lekat sticker jalur gemilang je kat cermin tepi kereta.
bolehlah tu kan. hihi

btw hari ni kitorang menerima berita gembira.
iaitu kakak ipar ai dah selamat melahirkan baby girl weehee!!
reaksi family belah husband adalah.. "hah perempuan lagi." HAHA
ye sebab ni cucu keempat and semua cucu adalah perempuan :PP
mak mertua ok je, dia cakap "tak kisahlah perempuan asalkan sihat."
ye betul sihat tu penting.
tapi lepas-lepas tu dia menyambung, next sy pregnant pulak dapat anak lelaki.
besar pengharapan tu wahaha
but before me, biras sy tengah pregnant dah ni second child.
so semoga dapatlah anak lelaki seperti yang dicitakan nenek and atuknya :D
sy tak kisah asalkan sihat. *yoshh*

tengah hari tadi kitorang pun gerak ke banting untuk melawat kak nora yang dah deliver pagi tadi around 7a.m.
comel babynya, lahir dalam 2.58kg macam tu and on time EDD dia.
tapi kesianlah dia sorang-sorang kat situ,
memang biasa kalau hospital kerajaan, lepas bersalin nurse tinggalkan ko sorang je.
nak menyusu anak, pergi tandas semua, buatlah sendiri.
masa-masa macam ni keberadaan family members adalah sangat penting.
tapi kalau time malam tak boleh melawat, sy terfikir, kesian kat ibu-ibu yang baru bersalin ni.
dah la habis tenaga bersalin semua,
family tak dapat jaga malam,
semua kena buat sorang. :'/

lepas tu kak nora cerita nurse tu marah sebab dia tak pandai nak teran baby keluar.
i said normal la, first time beranak kot.
kalau orang tu tak pandai meneran, ajarlah dia.
ni nak marah time orang tu tengah sakit dah kenapaaa.
lonjong sikit kepala babynya, biasanya sebab teran lama and ditarik kepalanya.
but no worries new mommies, kepala baby akan kembali bulat macam biasa selepas beberapa ketika :)

lepas tu tengah hari nurse yang hantar makanan datang.
tanya nak kopi tak.
i was like.. hah, ibu bersalin nak menyusu anak kotttt mana boleh minum kopi!
kak nora tanya la, boleh ke minum?
nurse cakap tawakal je, kalau nak, ambik. (boleh pulak macam tu!!)
tengah hari tu depa bagi kopi dengan kuih apa ntah bergoreng.
aaaaaa ini ke menu untuk ibu berpantanggg.
kopi dengan makanan bergoreng. kau insane ke apa buat menu macam tu??
tepuk dahi berkali-kali. haha. tapi on serious side,
hospital kan dah expert bab-bab kesihatan ni.
patut tau sendiri la yang makanan macam tu tak elok untuk ibu yang berpantang.
at least bagi biskut ke roti ke ok jugak.
lepas tu nurse cakap tak de minum petang.
yang kopi dengan kuih tu je la untuk isi perut pun.
petang kelaparan la ko kalau family tak datang bawak makanan :'(
husband kak nora belum sampai lagi.
husband sy cakap la, suh call iwan (husband kak nora) mintak bawakkan this and that.
 nurse kat hospital kerajaan pun takkan bagi minum kat baby selagi baby tak minum susu ibu.
if susu ibu tu tak dapat keluar lagi, kelaparan la baby tu sampai esok.
niat nak bagi susu ibu tu bagus, tapi kesian kat baby.
tak pe lah. apa-apa je la, hospital oi.

tu pun tingkap terbuka je tak de langsir ke apa.
malam confirm nyamuk.
sy bukan nak whine ke apa tapi mengenangkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin kat situ.
orang yang berpantang ni macam-macam tak boleh.
even cuaca sejuk sangat pun tak boleh.
makan pun berpantang.
tapi if kat kerajaan memang banyak patients layan diri.
nurse akan datang time ubat or nak check status patient tu je.
but compared to hospital putrajaya, ok sikit la kot.
sy tak de experience bersalin kat hospital putrajaya, tapi pernah la kat sana masa abah sakit dulu.
may be sebab hospital baru so selesa sikit and makan pun tak de la bagi macam kat hospital banting tu kot.
but dengar cerita orang bersalin kat putrajaya,
diorang banyak pakai students praktikal (housemanship).
so ada jugaklah dengar cerita ngeri pasal doktor pelatih salah jahit la apa lepas tu kena jahit balik. warkhhhhh ngerinyaaaa.
but then experience orang lain-lain kan.
and apa yang berlaku kat hospital banting tu cuma pemerhatian and pandangan sy je.
may be orang lain ok je tak de masalah pun HAHA

nanti sambung lagilah.

again, congrats banyak kepada kak nora & husband!!
you're officially a mom and a dad now!! :D
semoga baby suri membesar dengan sihat and cemerlang dunia akhirat. ^^

trip to ikea

i had a four-day-holiday.
EMPAT HARI, wey!! awesome sangat perasaan ni.. wahaha.

biarlah cuti tu duduk kat rumah je,
it's still a productive one for me. at least duduk kat rumah pun mesti tengok movies punya. haha

semalam isnin ambik cuti.
kitorang ke ikea.
saja jalan-jalan kan.
husband cakap nak cari rak untuk letak kasut.
and dia berkenan this one rack simpan barang.. murah pun murah.
tapi rak tu habis ok.
biasalah, barang best mesti orang habiskan dulu. lolx

tak pe lah, next time kita pergi lagi.
yang penting dapat makan meatball ikea.
walaupun kafe ikea tu forever queue panjang.
tabah je la, bedah :P


cangg!! kitorang makan dulu baru pergi shopping :)



sy ambik chicken wings je. memang sy suka. sedap!



try out the new almond cake. kek d'aim dah tak de sini. sedap jugaklah.



meatballs ikea yang superfamous dan sedap. yang merah tu jem beri ok.

bagi yang tak pernah singgah ke kafe ikea,
tips mudah; jangan datang sorang.
korang kena bawak teman untuk copkan meja.
so first step bila sampai tu adalah COP MEJA DAHULU.
jangan straight beratur beli makanan.
nanti merasa la tawaf kafe nak cari meja sampai bawak tray. ahaha

and again, tips lain.
sana ada troli pembawak tray.
troli disediakan menghampiri tempat makanan (korang akan queue panjang, jadi tak nampak pada mulanya).
so tak yah nak susah-susah cari troli or rompak troli sesapa kat meja-meja makan.
just queue seperti biasa.
korang akan menemui troli dan tray di hadapan nanti.
troli ni memudahkan korang untuk bawak berpinggan-pinggan makanan tanpa perlu menatang di atas lengan seperti waiter yang pro. :DDD

tips seterusnya.
menu di layar akan tunjukkan meatballs secara set;
contohnya yang regular ada 15 ketul meatballs.
large 20 ketul meatballs.
sebenarnya ini konsep kafe.
korang sila ke kaunter makanan dan mintak pekerja tu kuantiti yang korang nak.
nak 5 meatballs je pun boleh kalau tak larat nak habiskan 15 ketul.
"bang, meatballs 5 ketul!" begitulah korang order nanti.
tak de salah kalau nak order meatball sikit atau dengan kuantiti yang tak sama macam di layar. it's totally ok.

dahlah nanti kita share tips lagi :P

lepas makan tu kitorang gerak masuk ruang pameran.


lepak-lepak di katil ikea. haha



ariana suka main dengan dapur mini. haha



paling dia suka main; rocking chair. sampai tak nak bangun.

last-last tak plan pun,
tapi terbeli la rocking chair ni untuk ariana haha.
berbaloi la beli sebab kat rumah pun dia suka naik.
and kitorang beli beberapa barang kecik untuk rumah.
cuma rak tu je la tak dapat sebab dah habis.

then balik rumah lepas singgah beli jus buah and chatime.

Saturday, September 13, 2014

home meal

pagi ni kerjanya transfer photos super banyak dari komputer ke external hard disk.
lepas tu photos baru dari phone ke komputer.

phone-->komputer-->external HDD

prolly sy kena cloudkan photos kat phone ni, biar auto masuk dalam komputer.
tak payah dah susah-susah nak transfer kahkah pemalas lipas kau wani :P
yosh teknologi masa kini terlalu advance, memudahkan, tapi at the same time sebab terlalu memudahkan, menjadikan kita semakin lazy bum :'DDD

ah tak pe lah.
apa guna teknologi kalau tak guna kan. lolx

seperti biasa,
photos makanan muncul lagi!! HAHA

ni hasil masak-memasak dari dapur sejak beberapa hari lepas :

udang dan sotong grill. pishh pishhh bunyi atas plate.

(sizzle) merupakan bunyi paling lazat di dunia. hihi
tengok kat dapur, pes ikan bakar tak ada.
kena blend pes sendiri.
yang ni husband tolong grillkan.
saja bagi dia thrill kat dapur :DDD


ikan pari bak hang ;)



cadaaa!! ni la hasilnya.



makan dengan sayur dan pencicah kicap cili.



biasa snap gambar kat hujung je macam ni sebab nanti nak masukkan dalam instagram.

instagram kan gambar dia semua bentuk square.
kalau dari kamera, kena crop bentuk square.
tu yang tangkap serupa gitu tu. hahaha
i use insta to promote malaysian food worldwide.
so far ada jugak followers and viewers dari negara lain.
tapi tak ada la ribu-ribu haha. gila kau ribu. itu artis :PP


ariana makan nasi (lebih banyak main, seperti yang kuceritakan sebelum-sebelum ini). lolx



ada one day tu goreng mee untuk breakfast.

jarang sy rajin bangun pagi nak masak-memasak ni,
lagi-lagi kalau hari kerja.
biasa tuang nestum dalam mangkuk dengan air panas. done.
kebizian metropolitan sangat. kahh
tapi hari tu dah siap blend cili bawang the night before.
so pagi tu tinggal potong sayur je and terus goreng mee.
memang kenyang la makan mee goreng pagi-pagi.
makan nestum tak kenyang ok.
macam mana laa boleh terjebak dengan menu kesihatan macam ni *point to husband*

hari selasa pulak hari pasar.
balik dari pasar dah nak maghrib kan.
nak masak apa tak sempat.
so mari goreng telur letak kicap aje.
makan dengan kepak madu bakar. perghhh

tu diaaa

hari tu pergi pasar banyak beli sayur and buah je.
untuk buat jus.
tak de la snap banyak gambar jus.
ada sekeping je gambar. INI.

jus mangga by husband.



ayam masak merah cemerlang HAHAH

cemerlang tu sebab rasa dia superb.
sebelum ni superb jugak, tapi yang ni cili bawang tu tumbuk, tak blend.
jadi masa masak tu bau dah macam kuah tiga rasa kat restoran serai seksyen 3.
wahh sedapnya bauuu.
bila dah siap masak tu, makan siap pejam mata. *gelak guling*
ye betul, it's that good.
tapi ini masak dua ketul ayam, layaklah ditumbuk lesung.
kalau berketul-ketul ayam pakai blender je la kita.
sebab husband tengah diet kan, tak makan nasi, tu yang masak dua ketul je tu.
yosh memang habiskan gas aje, tapi tak kisahlah, sebab nak makan punya pasal :P



untuk yang berdiet, kita masakkan untuk dia ayam dan sayur-sayuran bakar berkuah.



yang ni pun masakan simple dan best, ikan selar goreng and taruk kicap atas nasi.

yang ni sebab balik ofis lambat.
hari tu meeting. meetingnya pagi sampai noon, tapi nak keluar minit hari tu jugak.
meeting tempat lain, balik ofis petang baru nak buat minit.
minit pulak bahasa inggeris.
sampai dekat pukul 8 malam la kat ofis nak tunggu siap and send bagai.
dah balik tu penat, awal-awal dah mintak tolong husband keluarkan ikan and masak nasi (masak nasi memang biasa husband tolong).
so balik tu bumbu ikan and lepas mandi semua, goreng, makan. done.

haha siap ada penceritaan kan untuk gambar-gambar.
gambar makanan je kottt. :P

happy saturday semua!!