Saturday, December 15, 2012

telling the good news

assalamualaikum & hai, semua.

terpostponed entry ni. sebabnya nak buat hari khamis hari tu.. tapi tengok la sekarang, dah hari sabtu!!
hahaha.

last thursday alhamdulillah my pregnancy dah masuk 2nd trimester.

sempena dah masuk trimester baru, today sy cerita macam mana sy figure out pasal pregnancy ni and how i told my loved ones. adakah dengan meletupkan belon-belon di tepi mereka?? ataupun bukak pintu macam eric leong.. "surpriseee!!" *what the---* lolx. taklah, tak macam tu :P

ceritanya adalah seperti biasa, i waited for my menstrual to come.
masa tu tengah outstation kat melaka.
diri sendiri dah suspect dah time tu sebab biasanya menstrual arrives on time.
nak check pergi beli pregnancy test kit pun tak boleh woih sebab tengah outstation! ahaha.

so tak pe, sabar menunggu.
lepas balik outstation tu, balik rumah singgah klinik. (klinik ok, bukan farmasi. jangan main-main di situ HAHA semangat lebih)
doktor tak de. lagi sejam kot baru masuk.
ok fine tak payah jumpa doktor. beli kit je. nurse tu tanya first time ke? then dia beritahu cara nak pakai. so nice ^^

balik rumah. tak de orang pun.. ada faliq je kot.
my mom belum balik kerja. abah keluar mana ntah.
and nooo i didn't pee on the kit! AHAHA.
i took this bekas kecik macam tempat isi puding tu (kat dapur banyak gile bekas macam ni, why not ambik satu.. pastu dispose la. lolx)
then 'doing my thing' and baru la dip the kit dalam bekas. amacam, cukup hygienic tak? wah haha
then.. two lines!! (two lines=pregnant).
ooo..kkk..

//

then plan nak beritahu husband dulu.
kitorang kan long distanced.
tapi kebetulan esoknya tu dia balik sini sebab next mondaynya dia masuk koir ofis (conductor).
pastu kebetulan minggu tu birthday dia.
sy pun siap-siapkan birthday gift semua.
yang goodnews tu nak beritahu dia lepas dia bukak hadiah birthday.
sy balut jugak goodnews tu.. haha (tapi dah basuh, haa).

suruh dia bukak hadiah birthday dulu.
terkejut dia kenapa ada dua bungkusan hadiah.

time ni tak syak apa-apa lagi. sebab dapat hadiah birthday kan. hehe

ye.
si semangat wani ni siap tangkap gambar.
heyy it's his birthday, mesti la snap! ;)

ok time to open the next one!




dalam box tu sy buat macam game.. ada layer by layer yang dia kena bukak. setiap layer tu ada love notes. so love notes tu kira mengelabui perkara sebenar yang sy nak beritahu dia kat dasar box tu haha. (panjangkah explanation ni? ah abaikan).


bila dah bukak tu, my husband had this.. 'apakah ini?' look on his face. serius dia cakap time tu dia tak tau pun apa tu! hihi. cute lah!



dan sy siap kena explain lagi kenapa ada 2 lines tu.. wah haha.

okk lepas husband dah tau apakah sebenarnya itu (hihi) and it's the goodnews,
the reaction..
sangat terkejut sampai he terdiam and dengan muka confuse and everything sampai sy kejutkan dia.. "hey, daddy!"
lepas tu he said his feet were shaky and he needs to sit down first haha.
then he hugged me tight. it was like the best moment ever :')
then we laid down and laughed and talked about it. about the surprise and everything. brilliant tak penyamaran hadiah yang sy buat? kehkeh.

then i went call my mom and told her and my dad too.

and my MIL (mother in law) knew the next day lepas kitorang pergi klinik kesihatan untuk check up sebab husband nak confirmkan, baru dia beritahu kat mak.. hihi.

nah, gambar kat klinik kesihatan pun ada.
pergi klinik kerajaan sebab free. tapi tak la free, kat putrajaya tu bayar RM20 untuk register pertama kali. haha.
first time ni pergi klinik kerajaan.
homaigard ramainya orang!! *rahang jatuh*


keramaian. lolx

then lab test. and we were confirmed pregnant.


dua lovebirds yang sambil tunggu giliran sambil surf internet dan main games sebab kat sana ada wifi free. haha

and that's how i told my loved ones :)

RM10 test kit. result = priceless.

Friday, December 14, 2012

ada apa dengan tsara nabilla?

oh.
kamu ingat ini cerita 'ada apa dengan cinta' ke?
hoh tidak tidak *sambil menjungkitkan telunjuk ke kiri dan kanan*

tak de.
hari tu terbaca tweets kawan-kawan.
ada mention pasal tsara nabilla.
and i was like.. "siapa laa gerangannya tsara nabilla ni??!"
terus google.
(ye, gigih tak bertempat HAHA)
nasib pun google kat hp sambil berbaring je.
nasib tak semangat kayuh basikal pergi cyber cafe dan bayar 2ringgit untuk google tsara nabilla. (eh wujud lagi eh CC sekarang? dasar lama tak keluar tengok matahari! :P)

ni la dia chica nya..

tsara nabilla.

sy tengok la sedutan sikit video youtube dia.
pastu buat muka confuse.
masih tak faham. kenapa??
nak teruskan tengok macam malas.

so google lagi nak tengok review orang.
nak tau cerita, kenapa diorang bising sangat pasal budak ni.

(oh. btw sy tak dapat view komen2 haters dia kat youtube sebab sy tengok youtube mobile. sana terus pasang video je.. komen tak tau nak bukak kat mana. kahkah)

so sambung.
lepas bukak 2-3 blogs, baru la tau.
ni ala-ala macam kes adik nur feetri '5 days MC' la ni.
kena kutuk sebab bukak channel youtube and konon nak bagi nasihat berguna semua, tapi disertakan dengan kutukan etc.
banyak guna perkataan 'hina' dan 'jeles' or something.
ni apa yang sy baca la.
nak tengok kat youtube sampai habis pun kan... malas. keke


nur feetri in '5 days MC'.

hahaha. tu rupanya cerita dia!
sendiri pun confuse dengan orang ni semua.
dah budak-budak.. teenagers kan.
zaman exploration. zaman nak cuba ni cuba tu.
zaman raging hormones.
dah biarlah dia nak beryoutube.
then orang yang so-called dah dewasa ni kenapa laa nak sibuk-sibuk hal remaja macam diorang ni ha?
benda gini pun dibesar-besarkan.
ok fine, as light entertainment boleh la.
but sampai serius-serius nak hate bagai. sila jangan buang masa ok.
itu hal budak-budak saja. yang dah matang (katanya) ni bolehlah ke genre yang lebih sesuai :P

oh.
baru teringat. ada baca blogserius. dia mentioned pasal ranking google. top 10 most browsed la lebih kurang. and blogserius dapat no.5 rasanya.. (tahniah!!).
eh tapi tu bukan yang sy mau bilang ke kamu.. hehe.
sy pun tengok la ranking tu.
nak tau jugak la rakyat malaysia ni suka browse pasal apa.

hambik.
no. 1-3 semua blog hiburan.
no. 4 tu blog macam politik kot.
mostly hiburan dan politik la. so kat situ dah nampak trend browsing rakyat malaysia.
KAMI RAKYAT MALAYSIA SUKAKAN HIBURAN. erk.
oryte hak browsing masing-masing. wa tada hal :P
tapi tu la realitinya.
daripada ranking yang kita dapat lihat di situ. haha

korang korang kalau masuk internet, korang suka browse site mana?

my top ones, sama ada browse kat laptop ataupun hp :
1-blogger (termasuk blogs kawan-kawan yang ada dalam list)
2-fb (jarang mengupdate status. adakah daku semakin malas sekarang?!)
3-google

tu je kot. yang lain-lain tu ikut kadang je bukak.
haha


oh. hari ni dapat diary & planner 2013! woots!

apa aje la sy nak plan ni. haha
kbai!

perihal nasi beriyani (sebab hari jumaat) dan touch up gambar

tengah-tengah hari yang kelaparan ni berjaya ditangkis dengan kewujudan... cang!!

hidangan tengah hari yang awesome; nasi beriyani + jus guava. kekeke



ok memang sedap ni. RM7 sahaja.

nasi beriyani ni beli dengan kak zai kat ofis.. sebab abangnya buat katering, kebetulan hantar tempahan nasi beriyani kat building sebelah. sy pun tumpang kirim. hehe. thank, kak zai! :)
tapi kalau nak banding harga nasi beriyani zaman dulu (ok tak la dulu sangat.. dalam tahun-tahun lepas la) dengan sekarang.. memang jauhnya macam langit dengan dasar laut. dulu, nasi beriyani mamak tu RM6 pun dapat. sekarang standard nasi beriyani dalam RM10 lebih kurang. belas-belas pun ada.

tapi kalau harga belas-belas dan sedap, sy tak kisah pun nak beli.
contohnya nasi beriyani insaf (jalan TAR).
yaAllah sedapnya ayam goreng dia! (abaikan gosip yang cakap diorang letak spender dalam kuah tu. hahaha) yang sedap tu ayam goreng dia ok, bukan kuah! hentikan kekufuran ini plz! :P

lagi. nasi beriyani JM.
tu kalau NB ayam dia dah dalam RM15.90 kan.
belum kambing. belum tambah ini itu.
tapi sebab sedap, beli jugakk.

kat pasar malam kitorang je nasi beriyani boleh dapat dengan harga RM5.50 dan sedap.
tapi tu pun, gerai tu dah tak de.
berniaga ada la dalam 3 minggu or so.
pergi mana, tidak kutahu.
mungkin menyewa sementara daripada tuan punya tapak yang bercuti.
ataupun tak untung jual nasi beriyani RM5.50.. haha.

yang ultimatenya; saya memang pencinta nasi beriyani. HAHAHA
ye nasi beriyani banyak kolesterol.
jadi jangan makan hari-hari.
makan hari ini tak pe :P

//

ok cerita lain.

hari tu si haikal emel budak-budak D*PA sidang C (saya la tu termasuk).
oh. haikal ni orang J*PA. kawan kitorang jugak.
nak mintak kenal pasti gambar masing-masing..
untuk masukkan dalam buku konvo.
ye, kami akan konvo pada tahun depan.
may be January. wee hoo!
(ucap tahniah kat ai cepat!!) :P

so dia hantar satu file .zip
dalam tu ada gambar passport (ala passport) semua orang dalam sidang C.
bukak-bukak je fail gambar saya. dang!!

hambik ko cela di muka.

tak boleh buat apa la tu.
kesan D*PA memang jelas nyata di situ.
sy ingat lagi time ambik gambar ni, dah nak dekat-dekat hujung kursus.
time ni la kita dah lepas wataniah, dah lepas program anak angkat.
(time program anak angkat, saya dok kat daerah mersing yang seafood heaven tu. so boleh bayangkan macam mana excessivenya sy makan seafood time tu. lolx!)
wataniah dengan gelap gelemat nya.
pastu gambar ni yang diorang nak masukkan dalam buku konvo?!
yang akan menjadi rujukan junior2 kitorang pada masa akan datang?!
vatt?!!

(hah sekarang bukan la masa nak berinferiority complex segala).
haha sy bukan orang itu.

sy contact haikal, cakap nak tukar gambar. kehkeh.
haikal kata ok, dia try.

malam tu jugak sy touch up gambar ok.
skill touch up gambar sy tak la semeriah mana.
belajar pun sendiri2 je.
(bila cakap 'sendiri2' tu maknanya dulu sy main buat je, tak de rujuk tutorial kat internet ke apa. main taram je. kahaha)

nah, gambar sebelum selepas.

harapnya haikal letak la gambar yang 'selepas' tu.
tidak sanggup daku menonton buku konvo dengan zits penuh di muka (walaupun itu kenyataannya dan time D*PA memang tak de siapa pun yang kisah nak jaga muka ke apa hahaha).

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

'fake sangat'. harus la ni komen yang korang nak cakap kan?!

hahaha tak kisah la pun!
yang pentingnya gambar itu sudah ditouch up. lolx

oh ni tak pakai photoshop.
ai tak pandai pakai photoshop.

sekian.

Thursday, December 13, 2012

buku kucing the cat

hari tu nampak keju main dengan pepatung.


sy ada beli buku kartun pasal kucing.. KUCING THE CAT, karya fadhli hamdan. beli online saja. hehe.
comel bukunya.. dalam tu ada cerita kartun pasal kucing peliharaan pelukis, dengan telatah dia yang cuteness sangat. mana-mana catlover mesti tersenyum-senyum baca buku ni sebab teringatkan kucing masing-masing :P


so inilah dia bukunya.. Kucing The Cat. muka depan.



muka belakang pulak.



di dalamnya ada kartun-kartun yang comel pasal kucing macam ni ^^



anddd macam ni xD nakal betul pelukis ni kenakan kucing dia. haha. tapi comel!

so kepada sesiapa yang berminat untuk membeli secara online,
atau nak hadiahkan kepada family/kawan yang minat kucing,
bolehlah tengok kat sini. harga, cara penghantaran semua ada.
blog dia jugak ada kartun-kartun lain. so boleh check it out :)

p/s : cravekan buku visual 100 USES FOR A DEAD CAT karya simon bond. bukunya kelakar. ye ye tau, pasal kucing mati.. tapi kelakar. sesiapa terjumpa sila belikan sy hadiah. HAHA

toodles!

good lucks

eh malam ni ek perlawanan bola sepak tu?
good luck to malaysia team.. semoga berjaya ke final!! (walaupun sy bukan enthusiast bola) kiki.

iphone 5 juga telah keluar di pasaran malaysia hari ni.
jadi nak ucap good luck jugak kepada yang beratur.
semoga berjaya membelinya :P

selamat membuat wedding preparation jugak kepada nadia.
dah berabad baca blog dia.
and now she's getting married!! *air mata kegembiraan*
hehe.
so good luck for that.

and lagi 19 hari lagi nak new year.
how time flies.

ni hari tu bos baru kitorang balik dari kemaman, belikan sata. sata kedai aziz satar. sedap woah, ada cili api di dalam (thanks, bos!). but my mom said sata yang husband sy beli before that lagi sedap. tapi yang tu sy tak tahu dia beli di kedai mana.


oish. gelapnya kat luar.
sah sah hujan heaven lepas ni.

Wednesday, December 12, 2012

12.12 dedication

ye. betul kata kawanku di fb.. 'semua orang akan jadi kalender tukang update date satgi'. pastu dia bantai gelak. hahaha. ye tak ye kan. sempena tarikh yang special ni, 12.12.12.. sy nak dedicate hari ini kepada husband sy yang awesome, isz.

jadi sambil-sambil tu ada la gambar-gambar lama yang kukorek daripada laptop. haha

cerita kitorang agaklah panjang.
walaupun dalam tempoh lebih kurang dua tahun tu nampak macam pendek,
tapi macam-macam drama jugaklah yang berlaku. lolx
time kitorang start couple dulu pun ramai tak percaya.
sebab sebelum tu macam gaduh perang dunia ketiga kot. tegur pun tidak. padahal satu ofis.

and dulu friendship kitorang ni kejap macam kawan, kejap macam tak kawan.
dia on off la. kalau ingat balik nak gelak pun ada.
dalam dalam pada tak kawan tu lepak jugak makan kat mc d. or datang jugak kampung atuk sy and fetch sy sebab time tu sy tak de kereta kat sana. *smile*
macam-macam lagilah.
agaknya experience yang macam-macam tu la yang brought us together.
oh. and Allah brought us together. 

one of the good memories.
gambar kat atas ni time kitorang kawan-kawan lagi. time ni time tengah 'baik'. lolx. tidak kusangka gambar ini menjadi kenyataan HAHAHA. padahal tangkap gambar main-main je.. ataupun kawan-kawan lain tu nak kenakan kitorang. kitorang nak snap gambar, datang budak berdua ni bawak bunga manggar. kan!
time ni tengah preparation nak buat majlis jamuan raya kat rumah anak-anak yatim.



yang ni pulak.. time berkawan jugak. ni sy datang support dia lawan boling padang. sy ingat sy datang bawak payung kat dia sebab cuaca panas! kehkeh.



ni dalam pada kitorang tengah gaduh, keluar jugak pi makan KFC tengah-tengah malam. haha. puncanya; sy tengah stress, dia tengah stress. dua-dua stress benda berbeza. sebabkan stress lantas isz pergi membeli jam tangan mahal malam tu jugak *ye, serius* dan sy lah tukang teman dia beli jam tangan tu kan. had fun. tak tau la dia had fun ke tak malam tu. yang penting sy had fun. hahah




masa awal-awal bercouple memang la comel. kihkih. dengan muka malu-malu.. ish! *menyampah dengan diri sendiri yang malu-malu* lolx. kitorang couple time hujung ramadhan nak dekat raya. dapat hidayah dua-dua. hee. tapi kitorang ni spesis couple sopan. kalau keluar tu tak ada nak pegang tangan ke apa. lepas dah kahwin tu kan.. "dah lama nak pegang tangan macam niiii." (masa outdoor photoshoot). sambil skipping2 pegang tangan. wahh sangat comel! *pengsan puji diri sendiri comel*



ni masa melancong ke bandung hari tu.
sy suka gambar ni. sebab tempat ni romantik and view lawa. walaupun pergi beramai-ramai dengan kawan-kawan lain, tapi feel dia tu masih ada (padahal kat tepi tepi tu budak-budak ni pun tengah dok tangkap gambar dengan couple masing-masing.. haha). bestlah kalau gi melancong. just the two of us.. tak de interference siapa2.. masalah kerja ke apa semua tu tolak ke tepi. hee.


sebenarnya tarikh 12.12.12 ni tak de perkaitan pun dengan kitorang berdua.. birthday pun tarikh lain.. haha. tapi sempena tarikh special ni.. *next one will be 01.01.2101 so i bet we have to struggle to get there.. lolx* .. saya nak dedicate seluruh cinta sy kepada husband sy; my honeybun, my muffin, my hot&roll *ahax* may our love stays strong through ups and downs. I LOVE YOU!

Tuesday, December 11, 2012

tak cuti, ok.

helo.
hari ini selangor cuti. geram betul lalu kat jalan raya tadi. patutnya happy lah kan sebab jalan clear.. tak tak, ni geram sebab kita ni je rakyat selangor yang pergi bekerja. orang len semua cuti. jalan lengang hoih!! :P

(sekarang tau dah punca jam selama ni adalah daripada rakyat shah alam yang kerja kat selangor. muah haha).

sekarang ni cepat betul laparnya. contoh, baru petang tadi pukul 6.30 makan ayam golek. ni pukul 8.00 malam dah macam lapar balik. sekarang makan malam kena dua kali. ye. DUA FREAKIN' KALI! kehkeh. kalau lepas makan nasi tu lapar lagi, then makan roti or biskut dengan buah. macam tu la. memang tak boleh dibiar lapar. nanti ada weird feeling.. 'ko mesti makan! makan!' lolx

I ATE NONSTOP. sue me.

and memang ada changing (selain daripada lapar luar biasa). macam.. kalau biar lapar akan rasa nak throw up, rasa letih sikit *tapi gigih jugak ke sana sini*, menyebabkan selalu tertidur awal *pukul 9 malam pun kalau dah mengantuk.. tido je*. physical changes. sometimes rasa gerak-gerak dalam tummy.. haha. those stuff.

malam = waktu rehat. dot.


keju yang suka dibelai-belai. cis. sampai terpejam-pejam matanya.



yang ni pulak keju tengah nak mengejar kawan dia si kucing betina-tak-ada-nama.

diorang kan macam tiga sekawan; keju, eveready dengan kucing-betina-tak-ada-nama tu. dah macam twilight je.. edward, jacob, bella. cumanya tak tau si keju ni edward ataupun jacob. HAHAHA. hari tu sy membebel kat kucing betina tu suh pilih keju.. sebab cakap keju lagi comel la etc. macam la si betina tu faham kan. kehkeh. and harus la sy nak menangkan keju. macam nak menangkan anak sendiri pulak kan. kucing ai.. haruslah! :P si eveready tu kucing luaran je. tapi bagi dia makan jugak. sebab bulu dia gelap gelita jadi sah sah keju lagi comel. HAHAHA gelak superficial.

dahlah. nanti sambung lagi. bye!

Tumbuk

rasa nak tumbuk orang je sekarang ni.

Sunday, December 09, 2012

my sunday

ye.. musim kenduri kendara masih berleluasa.

semalam ada kenduri kawan husband di banting. hari ini kenduri kawan sy, ridhwan di shah alam. tahniah kepada kedua-duanya :) ridhwan (or wan) sebenarnya ketua kelas sy dulu.. masa darjah 6 durian. hahaha. yosh nama kelas kitorang adalah berasaskan nama buah-buahan. ehh tapi tak pe.. durian tu king of fruits kan. makanya kelas kitorang haruslah kelas yang mengepalai kelas-kelas lain kehkeh *lempangan satu das*

ok back to the wedding.

sebenarnya venue tempat reception wan ni adalah tempat yang sama resepsi wedding sy dulu! xD so it brings back the sweet memory and everything. haruslah pergi. kat manakah? ye, kelab shah alam. shah alam di hatiku. hahaha

suasana di dalam dewan. time ni dah pukul 2.. husband&i sampai lambat sebab nak tunggu zohor dulu.

so atas tu gambar pelamin dan guests semua. sy rasa tema dia ala tradisional sebab ada pemain gamelan.. pelamin dia pun nampak macam singgahsana raja 1-seater dengan kerawang zaman dulu.


kitorang sampai je pengantin dah bersantap di meja makan pengantin.

tapi nampak pengantin tu makan leisure la. nampak macam diorang dah habis makan, siap bual-bual satu sama lain.

me : bang, dulu kita kahwin masa makan, tak sempat nak habiskan makan pun kan. tengok diorang, sempat borak lagi.. haha

(dulu time makan ada ramai ajak tangkap gambar. tu salah satu punca tak sempat habiskan makan. lolx. tapi tak pe. layankan je)

husband : kita dulu ada MC.. MC la tu laju je nak panggil, tak sempat nak habiskan makan.

me : lolx


nasi beras panjang, kata husband. saya ambik ayam merah, ikan sweet sour, buah oren.

tapi dia tak de acar. acar digantikan dengan salad, or ulam. ada timun tomato semua tu.


sempatlah jumpa wan & wife dan snapped gambar mereka :) selamat pengantin baru, wan!

sama je ok muka ketua kelas ai dari darjah 6 dulu. hahaha

agaknya muka sy pun sama je tak berubah. sebab tu ketua kelas pun masih kenal sy :P


wedding favour.. dibalut kemas dengan pembalut bercorak batik. di dalamnya ada mangkuk kaca untuk isi gula.

lepas tu kitorang plan nak pergi makan ais krim. sebab dah lama tak dating dengan husband kan.. dating kejap pun jadi la.

singgah sini.. plaza shah alam.

serius lama dah tak singgah. sejak kedai dvd tu dah tak de.. boo hoo. bila sampai tadi, tengok kedai dvd dah digantikan dengan kedai baju+kasut urban. dang.

pun rasanya banyak dah tempat sy tak pergi sekarang. kompleks pkns, alam sentral, sacc.. semua tu lama tak pergi sebab tak larat nak keluar berjalan. weekend tu sama ada attend wedding ataupun rehat kat rumah je.


so sampai-sampai je nampak ada group ni tengah menari oppa gangnam style. haha



kitorang turun la bawah untuk jalan-jalan.. ada show sempena nak krismas. yang ni two girls tengah menari pulak.



dah makan kenduri pun masih bernafsu nak makan lagi.. kikiki. hot&roll haruslah tidak dilupakan :P

kali ni ambik bbq chicken. yum yum.


agenda utama.. dating sambil makan ais krim kat baskin.

sambil tu pasang music bsb kat hp sebab baskin tak pasang muzik. orang nak dating haruslah ada feel lagu bsb kan. hahaha

i had my fave mint chocolate chip, and he had his love potion. topping mestilah ada chocolate rice.. hihi. totoal semua RM18+. ye. untuk dua scoops ais krim. lepas ni puasa ais krim dah sampai tahun depan :P


done!



and mr isz played his 'happy street' on his new hp.

hohh tak gosip lagi dengan korang. my husband dah pakai s3 sekarang okkk sokseksoksek *over wani T_T* haha. s3 ni ada orang bagi kat dia as a gift sempena dia nak berpindah ofis nanti. 'happy street' ni pulak game yang both of us main. dia main memang continuous. kejap-kejap bukak hp nak main. zomg. lagi over daripada ai. haha


see. habis makan ais krim disambungnya main.



this is me. sebab macam dah berabad tak post gambar sendiri. lolx

so esok husband akan report duty kat ofis baru. tapi nak mintak tangguh. all the best to you, honeybun! semoga sukses di ofis baru. ni pun dia dah balik dah.. tak de kat shah alam dah. katanya nak gi tengok bola kat bukit jalil pastu terus balik banting. sy tak larat dah nak travel.. esok nak kerja. selamat menonton bola la ye.. semoga malaysia menang :)

ok time for a rest.

Wednesday, December 05, 2012

5S oh! ohoh.

siapa di sini yang menghadapi dilema/krisis tiap kali pengauditan 5s berlaku di ofis anda? sila angkat tangan!

hahha.

iye, hari ni ada audit dalam 5S dan kitorang ni bukan la prepared sangat pun sebab agen-agen-malas-kemas menguasai diri :P

syida dan mejanya yang dikatakan kemas. eh.



haa yang tunduk-tunduk tu semua auditor 5S.

sangat la gigih mereka mengaudit, ok. sampai nak dekat lunch hour baru balik.
ni tengah tengok papan 5S. seingat sy, memang time audit dalam ni yang strict sungguh. kalau audit MPC datang tu dia check relax-relax je. ye lah, datang audit berbayar kan.. ohok *pandai MPC buat profit! hehe*


meja sy yang forever semak. rock on!! *tetiba*

(belum habis cakap.. semak sebab tengah buat kerja. hehe)


saat auditors menjengah workstation sy -_-"

ye. lepas ni harus disisih-sisihkan lagi benda-benda kat workstation tu sampai licin berseri macam pinggan yang baru dibasuh dengan pencuci pinggan mangkuk sunlight (haruman lemon). ai sendiri tengok pun rasa nak pitam. HAHA


azam dan misinya yang penuh keazaman. haha "sanggup ko meninggalkan kami, azam!!" (ke tandas). nasib baik dia balik semula. lolx

ok tu je pasal 5S.
guess kena touch up lagi tempat tu. hiasan tak seragam la, banyak sangat sudut peribadi la etc etc. hahaha. what to do. kreativiti kami semua berbeda ;)



hari tu sempat la jugak beli kereta f1 lego kat stesen minyak shell.

saja tu gatal tangan nak memasang lego setelah berkurun tak main.
biasanya future engineer je suka main lego-legi ni. kalau korang nak anak korang jadi engineer, hah sila terapkan permainan lego ni dalam sanubari anak-anak korang sejak dari kecik, ok. baru boleh jadi engineer berjaya ;)


si keju tidur split badan. HAHAHA

Tuesday, December 04, 2012

ala kassim ikan bakar

hola!
jeles sungguh diriku ini tatkala adikku faliq mengatakan yang dia pergi ke melaka buat kali kedua makan aneka seafood kat alai (kedai ala kassim). yang jeles tu sebab dia cakap sana seafood banyak, harga murah!! makan banyak-banyak hari tu dia cakap baru RM60+. ai pengsan!!

lantas dia bawak balik gambar (SAHAJA) buat tatapanku di rumah. cis.

tapi dia tangkap gambar wet food nya sahaja. yang sudah dimasak tak tangkap. gelap, dia cakap. alahsang (alasan) sungguh! cakap la ko busy makan sampai tak sempat nak snap gambar! dush dush!!


ye. pilih saja and pilih nak masak apa *jeles x800*



ni yang paling tak tahan ni. harus sy serang kedai mee ketam kat seksyen 7 tu sekarang. huhu



nooouhhhhh. bila nampak siput buluh tu, teringat masa makan kat mersing. oh apa khabar orang mersing (family angkat sy) di sanaaa.



one day, i will be here. i will force my brother to bring me here. i will. heh he >:P


memandangkan faliq tak tangkap gambar masakan, nah sekeping gambar yang sy rompak daripada internet khusus buat tatapan semua.. ecehh. ayat URTV sangat :P



dahlah. buat drools je. babai!!