Tuesday, January 03, 2012

putting smile on our faces

selected photo of the day :)


haiyosh aku-sesat-barat!! GPS tak boleh digunakan!! *godek-godek GPS*

lolx

Monday, January 02, 2012

lending hands

//02 January 2012 (Monday)


readers! *lompat dengan payung terjun*

selamat bercuti!! xD
koranglah yang selamat, sy tak sebab hari ni kitorang dah start modul CSR (community service responsibility) AHAHA

ai tak pernah buat community service ni walaupun perasaan empathy amatlah tinggi tatkala nampak orang-orang kesedihan di luar sana *cepat kesian!! lagi kesian bila nampak kucing lapar/kurus. patut buat community service kat SPCA lolx*


me, di depan rumah kebajikan rita, kapar, klang :)




kawan-kawan yang lain. kitorang ada 13 orang satu group.


group adalah awesome.
banyak jugak dari shah alam. ada from klang.
i know some, and i make new friends with some :)
contohnya liza, kak aini, herzazzila dah kenal.
yang lain-lain tu selama ni macam pernah nampak tapi tak berapa kenal macam kim & faiz.
pastu ada yang baru je kenal tadi macam lau, hazel, devi etc etc but semua ngam. so i have no complaint.


hamper-hamper.

kenapa dengan hamper-hamper itu? xD
ahha esok kitorang nak buat sukaneka untuk diorang. budak-budak PT*D ni bab-bab buat program memang nak havoc saja. ai dengan liza jadi tukang incharge hadiah, esok pulak tangkap gambar rakam video. memang everyday ada plan-plan lain.. and hopefully semua berjalan lancar :)

doakan kami!!

//

oh.
tadi ada cerita kat sana.
sy nak buang air, gile tak tahan. pastu sorang uncle kat rumah tu ada tunjuk la this so-called 'tandas awam' kat luar.. memang terpampang besar perkataan TANDAS AWAM kat situ. sy memang dah lalu situ sekali, but i thought it was not the tandas, or may be tandas yang sedang dibaiki sebab pintu dia tercabut.

tapi rupanya itulah tandasnya. what da!! *rahang jatuh*

sebab dah seriously serious tak tahan sangat sangat super duper ihavetogoooo... maka sy pun dengan nekadnya mengangkat pintu tandas yang tercabut untuk cover muka pintu. hebat tak. hebat tak. AHAHA *round of applause!!* :DDD tapi sebab pintu tu cover tak berapa nak cover, i could see the outside. pastu nampak macam ada sorang laki india tau kat luar (menerusi peeping dari dalam tu). sebab tu rumah kebajikan indians yang ramai indians kan.

tapi sebab memang terpaksa, sy tak pedulikan dah laki kat luar tu dengan harapan menggunung supaya dia tak tiba-tiba meluru dan mencabut pintu yang sy letak kat situ T_T so after the business, sy angkat la balik pintu tu, letak kat tepi dinding sebab nak keluar kan. then guess what. WHAT?? <-- soal penonton.

that indian guy tengah kencing berdiri betul-betullll mengadap muka pintu toilet sy tu!! tapi dia kencing ke arah dinding la. gileeeeeeeeee *apakah view yang sy dapat ni?!!* $#@! *menggelupur* *pengsan*

tobat dah pasni sy pergi buang air kat tempat lain.

//

ok nanti sambung. tata!! :P

Sunday, January 01, 2012

twenty twelve

1 Jan 2012 (Sunday) WOOTS! NEW YEAR!


greetings!! xD

woah. tak sangka setahun dah passed by. bagi muka pulak kepada tahun yang baru! *2011 bows and leaves* haha. untuk new year's eve, kitorang sefamily telah pergi ke hotel quality, shah alam dan makan-makan di sana.


tema malam tu adalah warna-warni. jadi semuanya adalah colourfool wonderfool. lolx



berkonsepkan buffet stalls. awesome weh.


pandang tempat lain sebab tengah try kamera dari depan. (testing testinggg)



with my lovely mom :)



my plate of kwey teow goreng & cucurs :P



sebelum countdown tu, ada la persembahan artis semua bagai. tengok tu si harith punyalah hype. rofl.



guests jugak diberikan party mask & barang-barang untuk new year xD



itu dia artis sedang menghiburkan penonton.

MJ sesat. ahahahahhh



my plate was empty (already).



with my beloved parents. woots!



diorang bertiga sangat terkesima/terpempan/tergembira dengan persembahan yanng ada. *'tergembira'??! what the---*



smileeee!!!



dah nak new year ni. sebelum countdown tu ada cabutan bertuah. main prize is samsung galaxy tab. ada sorang budak perempuan kecik yang dapat tu. mungkin darjah 2. haha



comelnya ahli keluarga beta! hah haa :P



yeahxx dah new year!! keluarkan belon-belon tu sikitttt!!



chaos of the event :P



harith, my brother :)



zomg siapakah yang excited itu *tak kenalll*



semua orang bangun untuk sambut new year xD



selamat tahun baru 2012!! *jump*



balik kepada hari ni. kitorang jalan-jalan kat subang. time ni kat empire.



dad, mom, harith.



took a snep in front of serai empire cafe.



dan dinner kat shah alam :)


whoahh penat, perlukan rehattttt.

esok kan cuti tapi kitorang dah kena start modul CSR. pray for me. hihi



my new handphone!! xD tengok tu siap ada rempah-rempah terkeluar lagi. HAHA


semoga tahun baru korang adalah hebat :)
daa!!

Saturday, December 31, 2011

sparks in the sky

31 December 2011 (Saturday)


"now i'm countinggg.. 10.. 9.. 8.. 7.. "


it's gonna be new year!! woooooottttttssss!!!

hai. sy baru pulang dari event english night sidang E; 'grease'. it was fun, full of music and dancing.. but no pictures for you guyssss *dangg!* tau tak sebab apa??!

sebab handphone sy hang dari pagi tadi!!!

what a great end of year celebration kan. 'kerosakan handphone'. lolx

tapi mari lupakan itu seketika :P kerana entry kali ni adalah entry edisi khas tahun 2011. tahun 2011 yang penuh dengan roller coaster, ups and downs and,... turrrnnnn :D photos akan ceritakan segalanya! come!


the reminiscence of 2011
bersama kawan-kawan pada awal 2011, di pelbagai events. haja, syiro and i. ada lagiii kak ija & kak ida but they're not in the photo (but in my heart. ecehh)



minggu-minggu berkabung kerana kematian bonda sultan (21mac-29apr). hari-hari kena pakai tudung/scarf putih. with syiro at the cafe.. in white :)



sports competitions here we go. ini time pertandingan volley. i miss playing sports with my friends :')



habis waktu ofis, macam-macam lah dibuatnya. ni main karom sebab ada pertandingan indoor games tak lama lagi.



what i miss the most; badminton night :/ with fifa.



anak-anak buah belanja makan sebelum sy ke kursus DPA. sayang korang semua!!



kitorang kat seksyen kewangan tengah meeting. (siap ada bekas sup lagi tu HAHA)



tahun 2011 jugak sy telah jadi juri kebersihan kampung.. woots!! merata pergi. seronok. and awesomely awesome!! xD



alhamdulillah, every year menang lucky draw hari keluarga.. fuahaha :DD tahun 2011 menang multicooker. hype gile sebab boleh buat steamboat kat rumah.



dan berkesempatan jumpa budak-budak PTD batch 2010 kat putrajaya!! (maklumlah orang kerja KTcity ni susah nak turun KL) ni time kitorang masuk explorace kat karnival sukan PTD. habis dah muka kena tepung. lolx



the happiest of 2011.. getting engaged to the one i love :)



cita-cita buat kek tercapai. kek pertama, choc moist cake untuk birthday faliq. woots!



2011 ai busy sikit sebab kena attend banyak program penilaian PTD.. ni kat lead camp. belajar CPR, kau :P lepas ni ada artis kacak yang sesak nafas ke, boleh sy tolong. haha :P



another view of lead camp; belajar ikat bandage. taraah! we became the mummies! xD *sy yang kanan sekali*



most memorable date in 2011.. main fake snow dengan tunang sy :)



tahun 2011 jugak kitorang *isz and i* adopt a cute kitten named atih. sekarang dah besar dah dia.. haha. cute kan :)



our first anniversary. woots! first time ai dapat bunga ni.. haha *bunga tipu yang dapat ms menyanyi tu tak kira haa. lolx*


one of the most exciting turning points in 2011.. masuk kursus DPA! yiehha!! at first macam berbelah bagi nak pergi ke tak. dah lah nama masuk dalam list calon simpanan kan. tiba-tiba kena panggil. then i just grab the opportunity while it lasts la kot. haha (with azra, my bestie in DPA)



time-time di DPA adalah hebat. yang paling seronok mestilah time OBS (outward bound school) kat lumut. i love my watch (group), Mulu. we're the coolest! teehee. bergambar depan stor Mulu :P



another hot shot of DPA (OBS). orang cakap, the time of your life. this is the time of MY life! xD



photo sebelum ke DPA ni. yosh i love to cook because i love to eat. tp sekarang tak sempat nak masak sangat pun sebab kursus kan. kalau balik rumah pun sibuk nak buat benda lain je. haha


all in all, 2011 adalah tahun yang coolness, hotness & FAB *bukan sabun cuci fab haa.. tolong sikit* :P
awal tahun 2011 sy lalui dengan rutin biasa *yang penuh dengan kerja, program & events*,
tengah tahun 2011 sy lalui dengan new phase *sebab start being someone's fiancée*
dan hujung tahun 2011 sy lalui dengan new things & excitements *sebab masuk DPA*

can't believe in just a year, i did LOADS.

pencapaian 2011?
harus la yang buat kek coklat tu. kira pencapaian. HAHA

apa yang paling dirindukan untuk tahun 2011?
banyak. antaranya kawan-kawan. sekarang semua orang pindah tempat baru and dah tak dapat hang out macam dulu. kawan-kawan PTD batch 2010 pun, sebab dah masuk DPA then seperated daripada diorang. bet nanti tahun depan akan rindukan kawan-kawan DPA jugak :')


how time flies, kan. tak lama lagi ada fireworks pulak untuk sambut tahun baru. 2012. hope that year will give us (my family and i) perkara yang seronok, menarik dan awesome. ahaha suka betul sy cakap 'awesome' kan :PP i will miss 2011, but i'm also looking forward to 2012. 2012, please be nice to me :) amiin.


sincerely,
WANI.



p/s: tadi ada tangkap gambar tengah punch card DPA untuk hari akhir tahun 2011, tapi kat dalam handphone kawan. handphone ai rosak, kan! T_T baiklah. mari survey handphone baru untuk tahun 2012 pulak. bahaha

end!