Tuesday, February 15, 2011

a blissful day


selamat menyambut Hari Maulidur Rasul :)
hari kelahiran Rasulullah s.a.w. yang kita cintai.
semoga sentiasa diberkati olehNya.

Friday, February 11, 2011

petang yang awesome di pantai


yosh. dulu masa sekolah selalu terfikir nak duduk di bandar yang dekat dengan pantai.. macam california. (jangan tanya, pengaruh tv :P) kalau rasa-rasa nak pergi pantai je, boleh terus hop on dalam jip merah, dan bergegas ke pantai (again, pengaruh tv).

and now secara realitinya, dan secara fatenya, sy memang duduk di bandar yang dekat dengan pantai. heran betul. haha

dipersembahkan.. gambar-gambar gorgeous (dan jugak yang tak gorgeous semuanya ada HAHA).. petang hari kami di pantai pandak, chendering.

credits to hajar yang drove kitorang ke sana :) kau memang rock, hajar.


ketibaan.. orang-orang awesome ini ke pantai!! xD




khalida kasim.




banyak kulit kerang di sini. sangat banyak.
kau bagaikan memijak karpet kerang *what the perumpaan yang ko pakai itu, wani?!*




lawaaaaa




lawa jugakkkk. eh. hahaha




beauty shot of the background.




ramai gile orang tadi.
yang duduk saja atas batu, yang memancing, yang bawak anak-anak main air, yang berdating, yang berenang (tapi katanya tak boleh berenang kat sini), yang buat photoshoot.. semua ada.




yeppadeyy!! :P
(maksudnya: "cuba korang tengok langit tu, awesome kan??") :D




haja sedang menjiwai watak. eceh
(watak apa agaknya tu :P)




er. maafkan sy atas photos mengada-ngada di bawah.
couldn't help it. haha
macam biasa.. gambar kaki ku-popcorn-kan atas alasan tak mao kasi korang tengok kaki i dan kaki hajar.. rofl.
photo di atas bertajuk : what the hell?? *lolx*




ketakutan dalam kegembiraan.
what the hell sekali lagi :DDD




photo ini bertajuk : let's stalk! HAHA




dua orang ayu (atau tidak?? sila hantar jawapan ke peti pos sekarang) sedang melepak di atas batu.




gambar yang decent sikit untuk mengelabui pandangan korang (sebelum korang menonton gambar-gambar kurang decent di bawah.. erk)




ni namanya.. nak terjun ke bawah dan berenang-renang bersama ikan. what in the world---




superhero sesat. cacatness. HAHA




rasa macam watak dalam komik. fuahahaa~


again.. maaflah kalau malam kang korang nightmare selepas tengok gambar-gambar terbabit. HAHAHA. but still, beach rocks!! (big time).

babai!! xD

random photos of everything this week

photos from various days..
:D

bukti-bukti kebizian melanda di ofis.
yeah i admit, i hate audits. lolx




sesi latihan volleyball.
and yeah i admit, i suck at volley :P




hari bila ntah bikin ini.
ikan cencaru goreng belah belakang memang favourito xD




lepas tu masak sawi sekali.
lama tak makan sawi.




hari ni masak lala masak pedas.
tengok hah berasap-asap ko dalam kuali :P




our lunch :)




lala masak pedas close-up.




sup petola dengan soohoon close-up.



happy weekend!! xD

Monday, February 07, 2011

tag!

Once u have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits or goal about you. At the end, choose people to be tagged; you have to tag the person who tagged you. If I tag you, its because I want to know more about you :) Your cooperation is highly appreciated ♥

ok telah di-tag! oleh nadia tentang..

25 perkara tentang sy :)

mulakan!


1. drawn untuk menonton cerita dengan sinematografi yang cantik. sinematografi cantik first, storyline second. bahaha

contohnya :P


2. kadang-kadang suka bertegur sapa dengan kucing. i said kadang-kadang :P
(iaitu ketika sedang memandu, nampak kucing di kawasan kejiranan.. berhenti sekejap, bukak tingkap dan bertegur sapa. lolx)


siapa nak bertegur sapa dengan ko, wani?? perasanness!


3. pernah naik turun 4 tingkat setiap hari di sekolah semasa form 2 untuk mengangkat kerusi meja! (sekolah kami kekurangan kerusi meja masa tu. siap rantai. tu pun kena curi. sobs)

4. seorang gift giver. *apekah itu??*


iaitu suka bagi hadiah! xD

sy enjoy membalut hadiah dan mengumpul wrappers sebenarnya. haha
(tapi sebab sekarang asyik busy, tahap kerajinan menyediakan hadiah adalah semakin berkurangan. darn it)


5. seorang penggemar kasut nike.
(ko patut jumpa sy ketika sy muda remaja dulu. sy adalah seorang penggila nike sneakers! AHAHA) ..oh. sekarang dah tak pakai sneakers, pakai high heels pulak. (nasib baik nike bukan jenama kasut tumit tinggi) rofl.

6. sangat suka tengok 'how i met your mother' sebab friendship diorang semua adalah awesome. and diorang semua best! xD i mean, kam on just look at them. ted adalah hopeless romantic, barney si mata keranjang, robin si gorgeous & marshall and lily.. they're the cutest couple ever!!


how i met your mother.


7. memberi seekor kucing makan di luar pintu hampir setiap hari.. bernama si bising.

si bising. cantik kau punya gambar pasport. bahaha


8. mengasingkan nenas jika makan pizza. (tak apa, the bf suka makan nenas. haha)

9. suka nombor 9, tapi selalu terserempak dengan nombor 21.

10. pakar merepek dalam text messages, dan jugak facebook (perlu dibanggakan atau tak sebenarnya??) -_-"

11. shortsighted tapi jarang sekali memakai spek.

spek ni sukalah kot aku pakai. ekekes


12. loove handmade cards. loove pop-ups.


pop-ups :)


13. selalu percaya yang kebaikan akan mengatasi kejahatan. walaupun kejahatan adalah majoriti.

14. mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap sesuatu (and hell proud of it!) xD

15. tidak curse. HAHA. ayat-ayat curse ku yang paling curse adalah macam.. ngok. bengong. darn it. dang! heck. apalagiheh. ntah tak ingat. rofl.

16. tak suka sangat makan roti kosong. tercekik i. HAHA


roti hendaklah disertai dengan perkara-perkara lain di tengah; macam ni :P

tapi kalau terlalu lapar dan hanya ada roti kosong, maka kutelankan jua..
:b

17. inginkan mesin yang boleh baca intention orang *pengaruh komik kau ni. sila tobat!* :P

18. hopeless romantic.

19. filem-filem bersekuel (sequels) yang diikuti adalah .. pirates of the carribean, shrek, LOTR, saw, wrong turn.. oh. karate kid pun rasanya tengok jugak zaman dulu-dulu :)

20. tidak make-up sebanyak itu. i don't even wear lipsticks! (i don't own a lipstick)

21. offer hug to ease your pain. no. seriously.

hanya kepada kaum perempuan dan ahli keluarga saja yeh!


22. tidaklah superhygienic, tapi kalau span basuh pinggan for instance, tak suka ada sisa makanan lekat situ. ataupun sisa tertinggal sikit-sikit dalam bekas sabun cuci pinggan. itu adalah gross. itu adalah bakteria. lolx (biasanya sy buang saja & tukar air sabun baru)

23. ada glow in the dark stars di bilik tidur ^^v kadang-kadang tanpa sedar, akan kira semua bintang-bintang tu sebelum tidur. haha

24. dah lama tak naik basikal. padahal dulu, basikal adalah kawan baik. sejak ada kereta ni wani.. kau lupa daratan!! kepek!! *dilepuk oleh encik basikal*

25. suka perkara macam.. lepak di pantai, atau baring di padang, atau roadtrip di jalan yang luas.. benda-benda yang berkait dengan scenic views ^_____^


scenic view. contoh.



foah. habis dah tag. HAHAHA

and sila tag diri sendiri kalau nak buat. ikiki

tata! :)

Thursday, February 03, 2011

beach & cat

just got back from my grannies'.
mom, dad, bros, everyone was there. it was hype.
they made otak-otak today, twas awesome :)

photos di bawah, nak post like 2 days ago tapi tak sempat.
lepas tu kat kampung, internet connection adalah EDGE maka memang langsung tak boleh buat apa-apa lah.
kalau bukak facebook pun setakat boleh post komen sekerat dua. lepas tu tiba-tiba kong. gile. haha
now here goes.


khamis pagi, lepak kat pantai teluk ketapang sorang-sorang *ye, sorang* lepas hantar syiro ke airport. lepak sini sementara nak tunggu kedai keropok lekor tok beng yang famous tu bukak. haha




tadaah!! me.
angin adalah gile kuat. langit adalah awesome. laut apatah lagi.
yang ada kat situ hanyalah sy & budak-budak kecik tengah kutip kulit kerang.
then lepas tu ada segerombolan budak-budak lelaki jogging.. gile ramai. tu je kot. pagi-pagi camtu tak de orang sangat. sangat seronok untuk melepak ^^





lepak atas tebing, baca surat khabar. sambil mengadap laut. wee hoo!




tengah mengagumi kebesaran Yang Maha Esa, tiba-tiba nampak godrays.. gile lawaaa




pastu dari jauh nampak seekor kucing.
eh korang nampak ke dalam gambar ni.. yang kaler oren atas batu tu.
sebenarnya kucing ni dari pasir pantai hujung sana. jauh gile ok. lepas tu sy panggil. dia gigih datang.. haha




hah tu dia. turun naik batu dia nak sampai sini ^^




sampai!! x)
tapi tak nampak lapar pun. dia datang nak bermanja-manja je. gesel sana sini. comel lah kau.




tengok tu, manja! lepas gesel-gesel dia tidur bergulung kat situ.




kucing yang setia melepak dengan sy.. haha.




lepas tu tiba-tiba hujan turun sikit-sikit.
lari menyelamatkan diri. tapi tengok, kucing tu berdiri lagi atas tebing batu. sampai lari ke kereta, nampak lagi bayang-bayang dia. rasa macam sedih pulak nak tinggalkan kucing oren manja tu HAHA. doakan semoga dia jumpa makanan. tu je. x)

oklah.
nak sambung tengok 'how i met you mother'.

Wednesday, February 02, 2011

tag

sy telah di-tag dengan jayanya oleh nadia di akubukanrockstar dan sebelum sy buat, sy nak tag balik tag ini kepada semorang yang membaca. NOTE : semorang. jadi silakan buat tanpa berpaling lagi. hahah


1. Adakah Anda Rasa Anda Hot?
tak rasa hot langsung. (bila hot, bayangkan orang-orang macam gisele bĂ¼ndchen ataupun jennifer lopez ataupun rozita che wan). sila lihat mereka; jauh panggang dari api dengan sy. lolx


2. Update Wallpaper Anda Gune Sekarang?
nah hambik ko :

haha madagascar!! xD


3. Cerita Pasal Gambar Ini?
tak tahu nak cerita, tapi gambar ni nampak funny :P

4. Kali Terakhir Makan Pizza?
tengah hari semalam. try pizza baru, ring of fortune. boleh tahan sedap jugaklah.

(jangan lupa tangkap gambar!) ;)


5. Lagu Terakhir Anda Dengar?
lagu daripada series glee yang ditonton tadi xD tapi tak ingat lagu mana satu. haha


6. Apa Yang Anda Buat Selain Selesaikan Tag ni?
duduk saja atas katil. foahaha.


7. Selain Nama Sendiri, Anda Dipanggil Dengan Nama Ape?
naje. aneh bunyinya :B


8. Tag Lagi 5 Orang
-raje - syiro -khairie -hirza -nemo


9. Siapa Orang Nombor 1 Dengan Anda?
one of my best friends x)


10. Katakan Sesuatu Kepada Orang Nombor 5.
"hey, buat ini!" hahaha :DD


11. Nombor 3 Ade Hubungan Dengan Sape?
ahha! cuba ko tanya dia. sy pun tak tahu :P


12. Bagaimana Dengan Nombor 2?
nombor 2 suka tengok rancangan korea.


13. Berikan 3 Fakta Yang Anda Tahu Tentang Orang Yang Anda Tag?
randomly..
- raje baru pindah rumah.
- khairie sangat sibuk sekarang. malah bekerja sampai malam *mogok kerja jom, k!!*
- hirza suka melukis dan menangkap gambar :)
- nadia & nemo adalah cyber pals sy.



ok tamat!!

Monday, January 31, 2011

handphone tag

hey xD
telah di-tag oleh syiro.. siri-siri handphone yang pernah dipakai sepanjang panjang tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah.. erk. itu 'sepandai-pandai' kan. PANGG!! *bangun, wani!!*

ohaha. ok. mari kita mulakan!! :D

my first, ever handphone!! *tepukan halilintar* SIEMENS C45. dapat phone ni time masuk univ. time sekolah memang tak dapatlah barang-barang teknologi macam ni. menganga je tengok kawan-kawan lain pakai nokia batu-batan (3210) kat sekolah. time tu terasa phone ni sangat cool sebab skrin dia kaler oren. agak rare lah sebab time tu ramai orang skrin kaler kuning, tak pun biru :P lepas tu dari mula pakai sampai ke akhir hayat phone, pakai ringtone yang sama HAHAHA. memang cinta sama ini handphone. sesuai dengan namanya, baling ke dinding pun tak pecah :P






lepas tu beli handphone ni pulak.. nokia 6610. upgrade sikit sebab skrin ada kaler.


masalahnya handphone ni sebab kalau jatuh, dia ranap. nokia kan. biasalah. haha. lepas tu ada tukar flipphone, motorola tapi tak ingat model weh.. tapi zaman univ jugak. flipphone ni kelakar sebab bila tangkap gambar keluar bunyi itik. QUACK!! gila glamour punya handphone!! hahaha



tukar lagi, sebab flipphone tu masuk virus dan seumpamanya. corrupt kot. tukar kepada motorola v3i. handphone ni stylish sikit sebab nipis & flip some more. sangat riang-ria memakainya siap letak password tak bagi orang baca message, padahal texted kawan-kawan seangkatan je rofl. kira bila letak password, boleh berangan macam agen perisik :DD




next! hah. bermulalah era memakai handphone sony ericsson. handphone sony memang the best; sebab baling tak pecah, sound dia nice & banyak applications. w700, handphone walkman pertama.. wee hoo. wallpaper phone ni transfer daripada phone v3i, gambar kaki dua budak tengah kissing. bahaha. sweetness.

adik sy, harith.. beli handphone sebijik macam di atas :PP
dia suka kot tengok sy pakai. ekeke


setelah berparty bersama walkman, tibalah masa memandang photography secara serius *tibe-tibe* dengan membeli sony k800i! yeahx!! sangat hype dengan handphone ni, siap macam ada tubuhkan kelab kay-eight-o-o main-main dengan noddy.. HAHA. sebab dia pun pakai handphone yang sama, and kami berdua memang seronok guna handphone ni untuk tangkap gambar. oh lupa nak cakap. ini kamera cybershot pertama yang sy beli ^^v
memang sayang lebih kat handphone ni, sebab passionate nak tangkap gambar.



sambil-sambil pakai handphone di atas, tiba-tiba atas desakan sosial *hoh alasan!*, sy telah membeli handphone yang agak murah ini (samsung sgh-m610) tapi tahan sampai sekarang.. lolx. time tu pakai line celcom.. pastu banyak pulak kawan-kawan yang pakai maxis *dang!* maka telah beli satu starter pack maxis dan mewujudkan active5 termasuklah campuszone dan menggunakannya secara berleluasa.. bahaha.
lama gile ok pakai ni. dari zaman degree sampai ke zaman moden ini (dulu tak moden ke?!! PANGG!!)
lepas tu handphone ni jugaklah pakai dok text dengan crush sy dulu *bf now* .. text merepek-repek kawan-kawan kan. maka agak memorial tun abdul razak di situ.. lolx





taraa!! bila beli ni, terasa pengkhianatan terhadap k800i telah berlaku!!! c902 cybershot wah haha. beli ni sebab k800i time tu macam berkabus, gambar pun dah tak terang. maka kena cari phone cybershot lain untuk menangkap gambar yang crisp!! xD

handphone ni sy namakan 'handphone kegemaran keluarga' sebab adik sy faliq & bapak sy.. dua-dua beli handphone ni jugak! rofl. betapa fondnya kami terhadap handphone ini :P

(handphone ni skang dah bagi kat pakcik. sayang nak jual sebab awesome) ^^v




thennn.. mengada-ngada taik kuda membeli ini pada harijadi tahun lepas. ni kira.. beli tak fikir. dan beli sambil ditipu. HAHAHA. sebab biasa beli kat shah alam.. kenal dah orang kedai tu. ni beli kat kuala terengganu. memang nak beli jugak sebagai hadiah harijadi apakah--- last-last kena tipu. sobs. sony xperia x1!! (pecahkan skrin) lolx. homakaih susah gile nak pakai phone ni. macam pakai komputer kecik!! ambik masa berjam-jam untuk explore! penattttttt. that's it. sangat sedih ni. kena tukar telefon lain :P



dan biasalah.. kita akan ditemukan dengan yang tah apa-apa (note : x1) sebelum kita ditemukan dengan yang lebih baik (note : samsung wave) AHAHA. supaya lebih grateful :P maka inilah handphone yang sy pakai sekarang, bersama-sama dengan samsung sgh-m610.. eh. dua-dua samsung!! lolx. tapi samsung yang lama tu jarang sangat guna. simpan buat kenangan. haha. samsung wave adalah hot, sebab serba cukup (untuk sy, it's more than enough). sebab skrin terang, photo lawa, sound awesome, video kelihatan HD etc etc. memang hotness! xD



maka sekian sahaja tag game berkenaan handphone ini.
sy nak tag noddy.. kalau ko rajin, buat ye! haha. kthxbai!! :)