Tuesday, December 29, 2015

cuti-cuti di hotel pullman, bangsar, KL

wall deco di meja receptionist.

assalamualaikum.
hai hai!
public holiday beberapa hari lepas, ramai ambik kesempatan cuti yang agak panjang ni untuk berholiday dengan family.
buktinya kat fb wall penuh dengan gambar orang bercuti.. termasuklah sy. haha
sampai hari ni pun ada lagi yang still in holiday mood.
gambar percutian dan makanan ada di mana-mana.
it's so nice to see holiday photos from our friends instead of gambar bekerjaaaa je. kan :P

sy ni dah sememangnya bercuti,
tapi nak kena ikut time husband and my mom yang bekerja.
so masa orang holiday, kita pun holiday lah jugak. tapi dekat je kat KL ahaha.
asalnya nak pergi jauh sikit,
tapi hotel banyak dah penuh.
and mengenangkan jalan super jam dengan orang nak balik kampungnya, nak vacationnya.
so last-last book hotel kat KL je la kita.

kali ni kitorang try sebuah hotel yang agak baru jugak; pullman bangsar, kuala lumpur.
kat KL ni tak silap ada 2 pullman hotel.

time kitorang datang tu, receptionist beritahu hotel agak sibuk sebab time holiday ni bilik penuh.
sy book 2 bilik agak awal la, tapi tak dapat bilik yang bersebelahan. (walaupun dah request)
even baby cot pun tak dapat sebab dah habis katanya. (walaupun dah request awal jugak masa book sebelum tu).
tu je la yang spoilnya.
tapi ok la masih dapat bilik satu floor.


nampak cermin besar kat lif. group photooooo.

haha gambar abah selalu tak de kan.
bukan sebab dia tak ikut,
tapi sebab time orang ambik gambar je mesti abah ada kat area lain.
dia kan suka berjalan-jalan. kadang tak ikut group :P

sy book 2 bilik deluxe.
sempatlah snap panorama view bilik.
ada terpotong sikit gambar husband yang termasuk dalam panorama view tu.. hahaha (kalau perasan la, dalam gambar kat bawah ni)




makanan tu semua kena bayar ye. jangan mengada-ngada nak ambik. mahal. :P (kacang tu RM8)



king sized bed.



ada couch kat corner dengan lampu yang terendaknya tergantung di atas.



meja study. design agak kontemporari.



tv lcd. agak besar la.

channel tv banyak jugak.
tapi la ni sy tak kisah pun tv-tv ni. haha
bukak tv tengok je apa yang ada.


the in-room dining menu.

salah satu yang sy suka kalau pergi hotel adalah baca menu untuk in-room dining dia.
sy suka baca explanation kat bawah setiap makanan tu haha.
sy ni agak suka belajar vocab baru.
baca menu ni lebih kurang dapat belajar vocab tentang makanan la.
weird enough huh :P

(sebab tu kalau download movie, sy suka download subtitle jugak. bukan sebab tak faham. tapi sebab nak tengok vocab dengan ejaan tu. gila, tengok movie pun nak belajar vocab lagi hahaha)



bilik air. lawa jugak bath tub dengan sink dia.



big shower head. macam keluar air hujan. haha



panorama view bilik air punnnn kita ambik. haha

sepatutnya ada cermin and bidal yang memisahkan bilik air ni dengan ruang tidur.
so kalau naikkan bidal tu boleh nampak bilik air dari luar. (peep bathroom window)
tapi bilik kitorang ni tak de. ada dinding je.
kalau bilik yang mama, abah & harith duduk tu boleh tarik bidal.


antara toiletries yang ada.



hi! anaqi dah sampai! xD

baik orangnya anaqi ni. kihkih
kesian dia tak dapat baby cot.
malam tu dia tidur dalam carrier dia ni.
alhamdulillah ok tak de meragam ke apa.

sebab anaqi baik and wani e pun baik *hahahaaa*
apa kata kita selfshot sama-sama :P







selfshot dengan husband jugak.

mana ariana?
dia kat bilik nenek and atuk dia.
kesayangan kan. berkepit je la. ekeke

petang tu main air kat swimming pool.

main kat kolam budak-budak yang cetek.



sy turun la sekejap bawak anaqi.




the pool.

malam tu hajat di hati nak dinner kat suraya seafood, kampong bharu.
penuh kau!
sampai ke luar.
orang yang menunggu sama ramai dengan orang yang duduk. haha
keciwa.
keciwa pun tak keciwa mana la.
lepas tu pergi makan kat kedai sebelah dia.
ada orang jugak, tapi tak sesak.
dapat la park stroller anaqi semua.
ikan tiga rasa pun sedap. so no regret.
harga pun agak murah. around RM64 untuk kitorang yang ramai-ramai ni.

lepas tu balik singgah beli air, cikedis, jagung bakar.
then sampai hotel tidur.

esoknya breakfast kat hotel je.
awal jugak kitorang turun, 8.30 pagi. (8.30 tu kira awal lah hahaha)

ramai jugak orang breakfast situ.




husband.



ariana (sibuk makan), mama & harith.

oh. faliq & ain tak join sebab balik kampung.
sebab tu diorang tak de dalam ini cerita :D


my precious.



being a good boy, dia tidur. kasi chan mama & babah makan. huahaha



wani e dan makanannya. lolx



my plate. sedap!

balik makan tu ariana sibuk nak sorong adik dia.

tak bagi orang lain pegang, ok! :P

then diorang pergi swim lagi.
sy pakat tidur dalam bilik hotel dengan anaqi.. kihkih.
pukul 12, check out.


anaqi ketiduran dalam kereta.

sekian saja kisah kitorang cuti-cuti kat pullman. haha

till then! :)

Tuesday, December 22, 2015

review : spectra 9 plus dan freemie cups



bought a new breast pump sebab fikirkan nak bawak ke hulu ke hilir senang.
sebelum ni pakai spectra 3 (tak silap tu kot nama modelnya).
spectra 3 ni heavy duty tapi besar, tak boleh nak mobile bawak ke mana-mana.
sesuai untuk di rumah.

nak beli pump macam madela tu mahal sangat la pulak.
so haritu sambil-sambil cari freemie cups, terjumpa pulak spectra 9 plus ni. xD

beli kat online store je.
sebab boleh dapat dengan harga lebih murah.
time ni beli combo.. spectra 9 plus sekali dengan freemie cups.
only for RM980.
kalau kat kedai luar, spectra 9 plus harga dalam 900 lebih.
kalau kat online store dapat la dalam 650 macam tu.. harga beza-beza by different stores.
tapi kalau beli dengan freemie cups lagi la berbaloi sebab freemie kat kedai luar harga dalam 400 lebih.




setakat ni dah 2 kali pakai pump ni.
testing-testing aje haha.

apa yang best tentang spectra 9 plus ni berdasarkan view sy :

- ringan. senang nak bawak pergi travel, ofis, balik kampung, etc.
- saiz kecik, boleh digenggam dengan tangan.
- rechargeable macam kita charge smartphones. senang, tak payah berwayar-wayar.
- heavy duty.
- suction bagus. tak sakit.
- ada timer. so senang nak set and tau berapa lama kita dah pump.
- ada massage mode dan expression mode. massage mode ni tak de limited time. bergantung pada kita nak control berapa lama ikut kesesuaian masing-masing. (sebab ada pump yang limitkan masa 2 minit je macam tu)
- compatible dengan freemie cups.


cakap pasal freemie cups,
may be ada yang tau, ada jugak yang tak tau pasal bendalah ni.

freemie cups adalah bekas untuk collect breastmilk bila kita guna pump.
kalau kebiasaannya orang akan guna 'horn' and bekas botol susu tu bila pump.. macam ni :

so susah sikit nak bergerak.. kena pegang dan sebagainya.

kalau pakai freemie, boleh slip dalam baju and biarkan je dia pump sendiri tanpa perlu kita pegang-pegang, peep and etc.
sebab memang bentuk dia macam cup.
kira hands-free la.
time pump bolehlah nak main phone ke baca buku ke or do any activities.
mudah kan.

cuma bila first time dapat tau harga freemie cups,
terkejut jugak la.. kenapa mahal sangat sampai 360+ (harga standard kat online store) (tapi sekarang year end sale boleh dapat lagi murah).
cups je kot!
tu pun dua bijik je dia bagi. lolx

rupanya bila dah try baru tau.
patutlah mahal sebab convenient sangat bila pakai.
kiranya berbaloi la kita beli dengan harga tu and selesa bila pump.


cuma bila beli freemie cups ni,
pastikan compatible dengan breast pump yang kita gunakan.
biasanya single pump (pump sebelah sahaja) tak sesuai dengan freemie sebab suction tak kuat.
kalau double pump, ok.
so kena tengok dulu senarai pumps yang compatible.
tapi banyak je brand pump yang dia boleh support. nanti boleh check.

bila guna kedua-duanya spectra 9 plus with freemie cups,
memang sangat menjimatkan masa.
in 10+ minutes boleh pump and hasilnya sama banyak dengan pump selama 30 minit sebelum ni.
kadang 30 minit pun belum tentu dapat banyak tu.
gila jimat masa ok!

jadi sy recommend kepada sesiapa yang within budget,
untuk try beli dan pakai kedua-duanya ni.
sangat mudah dan jimat masa.
atau kalau rasa mahal sangat,
beli freemie cups with your desired breast pump.
sebab banyak jugak pump brand lain yang ada di pasaran dengan harga yang affordable sekarang ni.

ok. till then! :)

anaqi bercukur

we had it a bit late actually.
hari ke-50 baru sempat nak cukurkan rambut anaqi.
time tu 18 disember 2015.
babah dia je cukurkan pakai hair clipper. ahaha
lepas ni boleh buat service cukur rambut baby kat putrajaya :P


buat time anaqi tengah tidur. mudah sikit.


and here's anaqi being bold.. eh bald ;)

helo! haha abaikan my clown-ish 'hair' :DDD



bulat betul kepala dia! :D

ok later! :)

Monday, December 21, 2015

stroller hunt

happy monday! (which is not so 'blues' to me. lolx)

ye, disember ni bulan sale.
sale sale sale di mana-mana.
bukanlah semuanya nak beli on december,
cuma kebanyakan barang memang harga akan jual lebih murah daripada asal.
sebab nak ambik stok baru tahun depan.
so penjual banyak nak habiskan stok tahun ni.

we're looking for anaqi's stroller.
yang sekali dengan car seat carrier supaya senang nak hantar dia ke nursery nanti.
nak travel ke mana-mana pun senang.

sy bukan tau sangat kat mana ada sale ni.
so biasa tengok kat online store internet.
memang banyak sales, ok.
even beg storksak yang sy mention sebelum ni pun turun harga (turun pun tak murah jugakk T_T ada la dari 600+ jadi 499 macam tu haha)

kebetulan ternampak promo untuk stroller halford.. sekali dengan carrier.
and kebetulan online store tu ada physical store.

so ingat nak pergi tengok dulu.
besar ke tak.
sebab kereta ai kecik je, kang beli besar-besar mana nak muat kan.
yang stok tayar besar macam quinny ke apa toksah mengada-ngada nak beli. lolx

sabtu siang tu pergi la kedai tu.
belum bukak lagi. rupanya bukak petang.
so pergi kedai lain dulu kat seksyen 11. one baby world.
tak de yang display untuk stroller tu.
kalau nak tengok kena terus beli, baru dia boleh bukak kotak.
ehhh boleh pulak macam tu.
dah la tak de display, kena beli dulu pulak. then macam mana nak tau saiz dia semua macam mana.
ended up tak beli stroller kat situ.
tapi beli barang baby lain la.


strollers oh strollers.



bawak jalan tapi tidur. biasalah tu hahahaaa



yang kiri tu carrier saja.. bukan bersekali dengan stroller.

so postponed dulu hajat nak beli stroller.
tunggu kedai comel baby kat seksyen 7 bukak dulu, baru pergi tengok.

ok ni cerita hari ahad pulak (semalam).
tak de kaitan dengan stroller pun haha
pagi tu teman husband breakfast nasi lemak ciast.
lama kot tak makan ni.
sepanjang confinement mana boleh makan kan.
ni pun asalnya tak nak makan kerang.
tapi datang pun dah lambat pukul 10, ayam dah habis.
yang ada kerang.
roti canai tak jual pulak semalam.
so nak tak nak, orderlah jugak.

sedapnya nasi lemak ciast dengan kerangggg yum2. baru nak pantang seafoood. tihdakkkk.

hahaha.
dah, lepas ni kurangkan seafood.
ni kira makan terpaksa :DDDD

then semalam husband nak pergi outstation ke *******
so dia nak balik putrajaya dulu kemas-kemas beg.
ariana pulak dramatik habis menangis-nangis nak ikut babah dia.
sampai ke pintu lah dia menangis.


pilunya hati iniiiiii. aicewah.

dia memang manja lebih sekarang.
nenek dia nak keluar pun, kalau tak boleh ikut memang dia menangis kesedihan macam tu.
bergenang air mata. lolx


then mama and harith pergi la kedai baby tu lepas breakfast.
sy call dulu kedai, tanya ada display ke tak sebab nak tengok dulu.
turned out ada. yes!
time tu sy duduk rumah la jaga ariana and anaqi.
sebab babah diorang dah balik putrajaya kan.
malas la pulak nak bawak semua ramai-ramai pergi kedai.
so bila mama kata ok stroller tu, not so big, saya minta tolong belikan je la.


belum pasang lagi. nanti dah pasang mungkin kita akan nampak lagi di blog ni. haha

sy ni noob sikit pasal stroller dengan carseat baby.
tak tau mana brand ok mana tak.
sebab banyak kot brand.
even stroller sekarang ni, yang ala-ala imitate pun ada.
macam brand baby zen yoyo.. ada je brand lain macam yuyu lah apa. haha
kira yang lebih murah la daripada original.. but still okay.
harap halford ni ok la kan.

dan entry disudahi dengan gambar anaqi baru lepas mandi.
haha

toodles! :)


oh helo hai!

Sunday, December 20, 2015

serai satay bar on december

ahaha hari ni rajin sikit nak spamkan blog sendiri dengan photos.

malam semalam (sabtu) kitorang pergi makan kat serai satay bar, shaftsbury, cyberjaya.
sy, husband, ariana and anaqi dari banting jumpa family in laws.
the rest dari shah alam.





faliq and wife, ain.



husband, ma mom & anaqi :P



harith and myself.

(eh gambar abah tak de sebab abah keluar jalan mana ntah time tu)


ariana fall asleep in the car. 'great' timing, daughter. haha



husband.

kitorang ni masuk dalam restoran tu dah macam makcik pakcik yang sememeh habis ok.
tak de gaya nak masuk restoran langsung :'DDD
husband dukung ariana tengah tidur dengan kaki seluar jeansnya lipat senteng macam redah banjir (there's a reason behind it.. tapi ai lupa. lolx)
dengan bawa lapik and bantal anaqi.
me, holding anaqi dengan tudung ntah betul lipat ntah tidak.
hahaha
excuse us :P


air sirap selasih husband punya. looks tempting.



sirap bandung kot.

then lepas tu anaqi berak.
cirit. hahaha
sampai bocor seluar *poor him*
so me and husband kena turun bawah (restoran kat tingkat atas), ambik pampers semua dari kereta and bersihkan kat toilet.
jadi tak sempat nak snap food photos.
so semua gambar makanan apa kat bawah ni are courtesy of mama's phone. xD


oh ni je satu sempat snap guna phone sy. tu pun gelap gambarnya. lolx



buttered tiger prawns.



buttered tiger prawns.



deep fried samrot seabass.



the seabass again.



tomyam dan rakan-rakan.



buttered prawn and tomyam. (hahaha apa2 je la caption ni :P)



sotong tepung.



kangkung belacan and deep fried brinjal.



ikan close up. matanya laksana bulan purnama :P



tomyam ayam.



mee goreng mamak.



seafood char kwey teow.

Friday, December 18, 2015

tough choice.. not so tough

gambar printed masa photoshoot kat hospital tu dah sampi! wee hoo!
good thing is, photog company tu cakap ada glitch apantah yang menjadikan gambar tu blur.
so sebagai ganti diorang bagi extra gambar printed for free!
haha rezeki, rezeki.
(sebab asalnya sy beli sekeping je. do you know how expensive it is untuk sekeping gambar je?)

anything relates to babies is expensive i guess.
especially the nice looking, good quality one.

for instance, as simple as a diapers/baby changing bag.
alah beg yang untuk isi lampin pakai buang, botol susu, barang-barang baby kalau kita nak keluar rumah.

ada je beg yang murah. macam ni :

tapi bersedialah dengan saiznya yang besar, design pun ko terimalah seadanya. lolx


but then tiba-tiba ada pulak beg yang oh-sungguh-lawa, tak nampak macam beg diapers pun, look more like a handbag to me, stok-stok selebriti hollywood elok la pakai ni. macam :


ataupun ini :



beg-beg lawa macam ni siapa yang tak nak kan.
tapi relakan lah diri untuk bayar ratus-ratus bawak ke ribu-ribu.
paling murah storksak yang lawa ni ada lah dalam 500 ringgit kot.
kalau rasa 500 tu mahal sangat, ada yang 'murah sikit' macam skiphop. 300+++ ke atas je wawawa

cantik jugakk. skiphop.

so dalam kes ni,
selain daripada budget (alah duit boleh cari. *kata-kata orang yang tak pentingkan duniawi* kihkih)
.. adalah needs and necessity.

ada 10 barang nak beli.
tapi tak dapat nak beli semua.
maka kena la prioritize.

pstt.. sebenarnya zaman ariana pun pakai beg mana ada je.
kadang non-woven bag pun kita pakai buat isi pampers & susu. wihihi. sempoii.


and then my eyes were lay on this :

mamaroo bouncer 3.0. boleh control dengan smartphone, bak hang!

bye bye, nuna leaf! *eh tetiba* *mak-mak tau la kot apa tu nuna leaf :P*
kita ni pulak jenis-jenis 'orang gadget' instead of 'orang handbag'.
nampak pulak benda handy macam ni memang la mata tu bercahaya sikit. hahaha

harga seribu setengah, dah boleh beli dah handbag storksak elizabeth tu.
so handbag seribu dengan gadget awesome seribu.. mana nak?? :B

Thursday, December 17, 2015

anaqi day 48

kesian anaqi semalam.
the whole day mostly tak tidur siang.
bawa ke malam.
ai dah tersengguk-sengguk dah mengantuk.
babah dia tak balik shah alam semalam, so tak de pertukaran 'shift' hahah
sebab biasanya siang dia bangun and selang jam akan tidur.
malam tidur.
semalam anaqi macam nak tidur tapi tak lena.
mama sy cakap dia kembung perut.
ni harini qada' tidur dia lolx
ada juga la bangun, tapi now tengah tidur.. boleh la sy blogging. kihkih

here's anaqi day 48.




the mini me :P