Monday, November 17, 2014

the perks of working

haha tajuk tak boleh blah.
pejam celik dah lima bulan kat ofis baru.
boleh tahan seronok la kerja kat ofis baru *lagi-lagi kalau dapat melancongkan diri sambil bekerja. hehe*
sy kan sangat jarang cerita pasal kerja.
tapi sebab ini cerita work-fun, kita ceritalah masuk dalam blog :DD 

selalunya orang akan tanya,
"ko jaga (buat kerja) apa kat kementerian baru?"
macam-macam kitorang buat,
but yang betul-betul under sy are perbandaran and nama geografi.
jadi dapat belajar benda-benda baru yang awesome sangat.
nah belanja gambar. xD

time buat naziran tandas awam. ye, naziran tandas ye. hihi

sebelum ni kat ofis lama sy pernah buat aktiviti judging macam ni..
tapi time tu judging kebersihan kampung.
best pergi dari satu kampung ke kampung lain.
jumpa orang kampung, tengok tempat orang.
then ikut pemenang pergi oversea as hadiah. haha

this time judging tandas pulak.
macam-macam jenis tandas jumpa.
tapi tak de la selalu, dalam 2 bulan sekali je.


time ni jadi MC untuk seminar.
in charge jaga nama geografi menyebabkan sy berpeluang tour malaysia (tour la sangattt kahkah).
sebab meeting nama geografi akan selalu dibuat di serata negeri.
cumanya sekarang sy ada bos baru,
so meeting besar dia akan pergi. meeting kecik sy pergi.
sebelum ni sy je yang redah semua meeting; besar atau kecik. hihi

baru-baru ni berpeluang ke kota kinabalu untuk attend meeting.
pergi sorang je.
sy sebenarnya enjoy pergi meeting sorang.
lepas tu boleh plan jalan sendiri.
biasanya turun KK sy akan holler kawan kat sana.
tapi this time memang niat nak jalan sendiri kat pasar.
so awal-awal dah book hotel paling dekat dengan pasar; le meridien.
biaq pi la bayar extra daripada rate sendiri, yang penting sy duduk dekat dengan pasar. haha


government servant sekarang dapat lepak kat golden lounge.

muka sy ni tak ada rupa pekerja/bos langsung.
biasanya orang tak peduli pun sebab ingatkan student.
so layanan biasa-biasa je dapat. hahah (hampagas)
tak apa la, yang penting ai masuk golden lounge, makan minum main internet :'DD


pemandangan dari golden lounge.

naik flight.
after 2 hours and the half, sampai KK. alhamdulillah.
terus ambik cab pergi hotel.

ai suka hotel ni!

suka suka pun tak boleh nak pergi hari-hari;
sebab mahal.
sekali sekala macam ni tak pe la. haha
lepas tu dapat jadi special member dia, dapatlah privillage sikit.
macam dapat bilik tingkat paling atas khas untuk members je.


my humble room :)

le meridien ni bilik dia special sebab ada dvd player dengan penimbang berat badan hahah


helo, bilik air!!



toiletries.



tv dan meja study.



cupboard dan katil king.



corner lot. hahah

sampai-sampai hotel tu solat kejap,
then tak tunggu lagi terus ke pasar filipin depan tu.
jalan kaki je, tak sampai 50 meter pun. punyalah dekat.
jalan-jalan tengok makanan je.
wani hearts food :'DD




kerang gergasi!! 8D



hah, tengok ni! punya la besar!!



ini yang sy nak beli.. seafood bakar!!



yums!

seafood kat sabah murah-murah.
ikan bakar punya besar tu RM13 je macam tu.
lobster paling kecik RM25.
udang, sotong cucuk RM10.
yang lain tak tanya harga pulak.
but i bet they're all affordable.
cuma kawan-kawan yang duduk di KK ada cakap,
kebersihan diragui or may be penjual reheat balik seafood yang tak habis.
tapi selama sy pernah ke sini,
tak pernah sakit perut ke apa.
sedap je makan. hahah


suasana di pasar.



chicken wings.



ada juga tempat goreng-goreng masakan panas.

ha a ada jugak seafood mentah.
korang boleh pilih dan cakap nak masak apa. pun boleh.
tapi sebab sy datang sorang,
niat pun nak beli yang bakar tu je and makan dalam bilik hotel.
the rest, sy jalan-jalan je beli souvenir and tangkap gambar.
memang saja terus pergi ke pasar sebab malas nak keluar balik bila hari dah gelap.


ada juga lauk pauk.



kuih muih. yums!



nah. hasil buruan. sedar diri, tak beli banyak pun :'P

sy beli ikan bakar and udang bakar je.
ops dengan kepak ayam madu bakar. hahah
tapi udang tu pun tak makan habis sebab tak nak zits di muka menjelma :DD
kenyang dengan gembiranya.
lepak bilik hotel selepas mandi and solat, makan seafood bakar sambil menonton tv. priceless.


bye-bye, hotel! ni tingkat paling atas untuk members sahaja. rasa special pulak dapat special level. lolx


esoknya check out, terus pergi meeting.
balik tu before ke airport sempat la beli souvenir lagi.

sekian.

Tuesday, November 11, 2014

makan bombay crunch lagi (tajuk tiada kaitan)

hai!! *wave*

memandangkan hari ni saya penat *bukan malas*,
jadi tiada gambar penyeri suasana.
cukuplah sy ada di sini sebagai penyeri HAHAHA *tersedak*

ok. kes parking ofis, settle.
management dah keluarkan emel.
quite late, but better late than never ;)

abah patut harini nak buat biopsi otak.
biopsi otak is bedah otak, ambik sample, test.
sy tak tau apa risiko dia, but doktor pakar ada, should be fine.
tapi sebab katil kat ICU semua penuh,
maka appointment di-set kembali kepada minggu depan.
so minggu ni abah balik rumah semula dari hospital.
semalam (isnin) masuk wad, hari ni (selasa) keluar. lolx

these two days sy ada seminar, ofis anjur.
participants seratus setengah lebih kurang.
penat dia memang extra banding dengan penat di ofis.
buat kat glenmarie shah alam, memang tadah jam la kau, wani. haha

sy tak tau la tempat mana lagi yang sy prefer dari segi tak jam ni.
semua tempat dah jam.
klang valley ni dah jadi cukup padat.
kalau KL dengan jalan simpang siur, sekali ko salah lane terus masuk jalan yang salah.
if kat putrajaya, beribu penjawat awam (peak hour tadah jam ramai-ramai), traffic light berjuta.
if kat shah alam, motor gile banyak. ko nak tukar lane pun fikir dua tiga kali sebab motor berdesup-desup lalu.
semua ni bikin pening.
tadi tu seminar pasal green technology.
of how i wish cepat laa malaysia ni implement secara besar-besaran.
cadangan nak buat home-office-leasure a walking distance, a city that has a road for pedastrians, not for cars. memang tazabar ai nak tinggal di bandar yang macam tu.
hualahhh.

minggu ni agak sibuk.
esok lusa tulat pun tak masuk ofis.
nanti sambung lagi. kbai! :)

Thursday, November 06, 2014

life updates

ehh sempat pulak nak berblogging hari ni.
(alang-alang husband dengan anak dah tertido kat depan tv tu kan.. kahkihkuh)

i'll put everything in numbers. sum up life dua tiga hari ni.

  1. kopak RM770 servis kereta. bukan major service pun, tapi nak kena tukar brake. hambik ko sekali tukar sampai 300 lebih. campur dengan servis biasa jadi la 770. pengsan berjemaah macam ni. T_Tv
  2. ofis sekarang ni tengah cat balik title jawatan kat reserved parking lot basement dia. minggu ni sy datang ofis, tengok ada orang parking kat lot sy. sy minta tolong CC tanyakan management. depa kata parking je la mana-mana. memang pun sy parking mana-mana sebab parking sy kena ambik. lepas tu parking sy kena block dengan kereta lain ok! setengah jam tunggu orang tu sampai. walhal urgent nak pi hospital tengok abah. then hari ni tengok ada lagi kereta yang sama parking kat lot sy. orang lain elok pulak parking kat lot masing-masing. terus sy letak note kat wiper dia. harap esok dia tak parking situ lagi. :)
  3. abah kat PPUKM this week buat test sana sini. nak tengok kat mana tumor tu kot. ntah sy mana tau medical2 ni. kihkih
  4. minggu ni busy sikitlah sebab next week nak buat seminar.
  5. now tengah follow ANTM season 21. baru 2nd week. ANTM tu america's next top model lah! :P i root for adam the fretboy!

ok nanti sambung lagi. ariana bariana dah bangun!! ciaooooo

Sunday, November 02, 2014

homecook

macam biasa,
photos makanan menjelma lagi!!
wihihi

ni semua yang dimasak dari beberapa hari lepas sampai semalam.
photo harini malas nak snap. pagi tadi goreng pisang tanduk, tapi pisangnya kurang manis.
pagi tadi pun sibuk kemas belah depan rumah.
mop lantai lap habuk semua.
kalau tunggu hari biasa memang tak sempat la nak kemas.
balik kerja tu perasaan dia nak rehat depan tv je lepas masak mandi solat semua.
tak de kerjaan nak vakum rumah malam-malam kan. haha

and i'm so grateful sebab husband rajin tolong.
tadi pun dia tolong vakumkan.
asalnya sy nak vakum, then dia tolong.
so sy lap-lap semua dengan dettol sementara dia vakum and sy mop lantai afterwards.
karpet memang hazab, ko ketuk sikit je keluar segala masyarakat yang hidup dalam karpet tu HAHAHA
wajibulghunnah hantar dry clean :DDD

eh, sambung photos makanan!!


kari ketam dan udang. seafood is happiness!



macaroni goreng bersayur.



ubi keledek manis. isi kaler oren. sedap!



percaya tak yang saya makan ubi kat atas tadi dengan sambal ikan bilis cili api tumbuk ni? haha. memang awesome sangat!!



ayam masak merah and sayur bayam.

sy memang suka sangat makan ayam masak merah.
pi kenduri lagilah mencari-cari ayam merah ni xD
tapi masaknya kadang-kadang je.
sebab ko nak kena goreng la lepas tu buat sambal dia semua. hahaha
pemalas lipas wani :DD


sos bolognese dengan meatball ayam.

hari tu try la buat sos sendiri.. tak pakai prego.
beli tomato puree and letak bahan-bahan sendiri la termasuk spices dia.
cuma tak de saleri kat rumah.
campak-campak je la apa yang ada.
hahaha
ariana memang suka makan ni.
tapi asal dia makan je harus berkecah.
so bentangkan newspaper dan tak yah pakai baju kalau makan.
lepas makan terus mandi. lolx


husband punya plate yang ada cheese tu. dia memang suka cheese.



my plate. yums!



isi di dalam meatball ayam. sy letak daun bawang ke daun sup ntah lupa. hahah



try buat pisang goreng cheese. memang super sedap sos dia. pisang pun manis.



mi favorito.. kihkih. singgang daging.

perabiskan daging korban kat dalam fridge.
yumminess!
husband siap bertambah nasi.
biasa dia tak de tambah nasi, ambik nasi pun sikit.
sebab dia jaga makan kan.
wani e tak. HAHA


makan pulak dengan ikan masin. my comfort food!!



ikan goreng covered in cili, bawang and tomato. tomato je cincang lain semua tumbuk. yang ni nak habiskan stok ikan dalam peti. pakai je mana bahan yang ada.



sayur goreng campur.



sup ayam. superb.



mee goreng udang. sedap gils. hahaha hampas kelapa puji sendiri masak. tapi memang sedap, kena dengan selera sy. lolx



malam semalam kita diet je, buat sandwich sardin bakar (diet hape makan sampai 4 keping. kihkih)

dan semalam jugak dah selamat menjamu ayam KFC baharu;
bombay crunch.
rasanya adik beradik flaming crunch kot. haha
memang sedap wehhh i want to message KFC malaysia and say thanks to them for bringing fried chicken with cornflakes' coating in their restaurants!!
(sy rasa memang diorang baca la mesej sy. hari tu sy ada mesej mintak burger blackpepper mushroom dengan flaming crunch chicken kembali. and they'r back!! -well untuk ayam tu KIND OF-) hahah
thanks KFC!!
nanti nak pi makan lagilah. yum yum!!

oklah tu je.
noon ni nak keluar jalan.
tata!

musim lasak telah tiba!



happy sunday!

lama tak buat entry pasal ariana bariana ni :P
lagi 2 days dia dah nak masuk setahun lima bulan (1y 5m).
memang tengah musim aktif dan lasak since months ago.
sebulan lalu pulak dah start tangkap macam-macam phrases.
apa yang kita sebut semua dia nak ajuk.
minggu2 ni sibuk dengan bunyi-bunyi haiwan dia.
miao la mbekk la hahaha
yang kelakar tu dia bunyi miao macam bunyi nak makan. MIAOM. ada M di hujung :'D


sy rasa ariana dengan toy cat ni memang sepadan. dua2 bulat HAHAHA

biasalah dia ni kalau kita buat apa-apa and dia stare lama-lama,
ada la yang dia nak meniru nanti tu. lolx

tengok orang buat crepe.



kat baskin robbins. time ni ada budak lelaki sibuk nak otromen kan dia dari meja sebelah.

dah few times kot,
kalau jumpa boy besar sikit dari ariana kat luar kan,
harus boy tu nak otromen la, fire la, kebabom kabomm kat ariana.
ko nampak tak tu, pesen budak-budak lelaki.
cara berkawan diorang dipengaruhi oleh tv. hahaha


tengah concentrate nak tutupkan botol spray.

then lepas ajar ariana cakap NAK and dia pandai cakap NAK,
semua benda dia nak.
nak nak nak 24/7. sambil hulur tangan.
kebiasaannya makanan la.
ataupun kalau kita tanya, "nak susu tak?" laju je reply nak.
before this dia tarik kita pergi tempat bancuh susu kat dapur kalau nak minum. now dia NAK kan aje. lolx

if nak minum air pun.. "air air" dia cakap.


budak2 baya dia memang macam ni, makan minum semua nak buat sendiri walau bersepah mana sekalipun.

and now malam-malam sambil mamai tu kalau dia nak susu,
biasanya dia menangis sampai dapat susu.
sekarang ni if dia menangis tengah malam, mamai pulak tu, if sy cakap kat dia "kejap mama nak buat susu."
nanti dia diam terus and tunggu susu dia sampai.. hahaha


gluk gluk gluk.



kidnap headphone ai.   d-_-b



sekarang ni susah nak suruh dia pandang kamera and snap. biasa gambar blur macam ni la.



musim menconteng pun ye jugak.


yang penting musim menyepah tu tak ada musim.
hahaha

kbai!

Wednesday, October 29, 2014

birthday harith

25 oktober hari tu birthday my bro, harith.
YANG KE-21!! wooooooots!!

biasanya birthday 1st, 18, 21, 50 memang special lebih la.
*special kenapa pun ai tak tahu. bahaha*
but orang akan cakap yang birthday ke-21 ni tahun ko mendapat kunci.
umur yang melegalkan ko buat macam-macam. rofl.
contohnya boleh mengundi ye. :DD

sebagaimana yang korang tau,
family kitorang dah menjumpai port makan baru (serai tetap di hati. hihi)
tapi sekali-sekala tukar angin kan.
sempena birthday kali ni pergi makan kat d'kayangan steamboat & grill.
because everyone just loves steamboat and grilling (that's why) ;]


8 of us. durra and i tak de dalam gambar. durra pi ambik makanan, i snap gambar :)



budak kecik yang run here and there. fuhhh berpoluh kojar!



mama tengah mencedok bahan-bahan.

satu yang whattttt about d'kayangan ni,
ko datanglah ramai mana pun 1 group,
dia akan bagi ko satu meja dengan 1 periuk steamboat tu je.
bayangkan 2 orang makan semeja DAN 7 orang makan semeja dengan periuk bersaiz sama.
of course tak cukup kan and kena tunggu giliran nak grill.
kitorang request nak ambik dua meja kecik sebelah-sebelah,
so that boleh dapat 2 periuk. jimat masa la nak masak tu kan.
but noooo diorang tak bagi ok.
siap bagi alasan "tuu.. ada yang satu meja 9 orang." sambil tunjuk kat satu meja packed kongsi 1 periuk.
sy tak nak dengar alasan 1 meja 9 orang kau tu..
diorang nak berhimpit rebut ruang periuk biarlah,
kitorang nak makan dengan selesaaaa. sobs. *muka tabah*


muka tabah belengas. hahaha



ni dah hujung-hujung nak habis makan. kalau tak, memang crowded atas grill plate tu. bahaha!



sempat snap ni je gambar pinggan dan makanan. hehe (nak makan kena la concentrate!!)



imagine me and you, i do, i think about it day and night, lalalala~



harith the birthday boy and his girlfriend, durra.



mi madre.



mi madre y mi padre. kahkah ingat lagi kat bahasa spain. :P


memang kekenyangan la.
makan seafood pun berlebihan, terus keluar zits beberapa hari kemudian.
*tihdakkkkkkk*

lepas balik dari d'kayangan,
sambung makan kek pulak kat rumah.

belikan harith kek baskin robbins.
perisa, terimalah seadanya nama perisa tu. kihkih
sebab tak tempah kan, beli sedia ada je.
so kena ambik mana yang ada. yang ini flavour royal chocolate something like that.


comel kan kek dia!



birthday boy memotong kek beliau.



mereka-mereka di living room.


dah lepas-lepas tu baru la mandi.
badan belengas kan, dengan bau asap semua.
hahaha.
sy belikan harith hadiah power bank. sebab dia nak tu.
tapi tak beli yang lopek la.. beli yang bateri polymer tu kualiti sikit.
kalau korang jumpa powerbank power dia 30,000mAh ke lepas tu harga dia RM50, itu bateri tak ok, tak pun pirate. biasanya kalau macam tu bateri lithium ion. cepat rosak.
biasanya polymer agak pricy and kat market tak jumpa sangat power sampai 30,000. biasa polymer yang 20,000 tu pun harga dah seratus ke atas and saiz dia besar sebab power banyak.
eh tak tau lah.
pergi survey dulu before beli and jangan beli sebarangan.
kalau ada warranty lagi bagus.
yang sy beli ni siap ada insurans. haha

maka tamatlah sambutan birthday harith untuk tahun ni.
nasiblah cukup duit nak belanja kan. kahkah.

ni bulan ni gaji masuk awal sebab deepa.
bulan depan harus parok semua orang sebab lambat lagi masuk gaji.
lepas tu pokpek dengar orang kompelin kat fb. percayalah! HAHA.

ok lah that's all for now.
nanti kita borak lagi. tata!!