Saturday, February 09, 2013

metropolitan vacation

hey, yaw! (feeling ala2 metropolitan lah sgt. HAHA)

we'r at cititel midvalley. cuti2 CNY kononnya. lolx.
sekali nk celebrate our 1st year wedding anniversary esok.
so hari ni kita shopping mopping, tgk movie lah apa lagi xD

tadi jalan nak pergi KL lancar je.
skjp je dh smpai KL dr shah alam.
agaknya sbb semorg balik kampung.. tu yg jln clear kan.

sy book bilik hotel ni on9 je.. lebih murah.
kalau phone reservation mmg mahal, beza nk dkt RM100 ok.
ambik bilik superior sudah.. asal selesa & boleh tidur.
sbb nak pergi shopping je pun. muahaha

ok la cititel ni..
staff friendly, dpt complimentary wifi..
bilik tak la besar tapi boleh gerak lagi la. hahaha
yg penting dekat gile dgn midV.. dia connect terus dari hotel.
cuma tak de iron, so iron tu awal2 dah bawak dari rumah.
kalau bilik deluxe ada ironnya. kihkih

so kejap lagi kita pergi shopping,
pastu dekat maghrib nanti balik hotel mandi2..
lepas tu sambung pergi midV balik.
brilliant tak idea ni huahahaa

ni pun post entry pakai hp je.
sila saksikan sedikit gambar2 yg ada.
enjoice!

Tuesday, February 05, 2013

makan sini sana

ye. bagi mengekalkan bentuk badan ideal,
*iaitu berat bertambah setiap minggu. ohok* ..
.. kita perlulah makan dengan awesomenya.

mixed photos daripada hari-hari berlainan.
ada jugak yang tak berkait dengan makanan.. haha.
here goes.


time ni tengah dinner kat amsa dengan husband.. makan siakap masak pedas, kangkung goreng dengan telur dadar. sedapp!!



ni malam semalam.. makan burger ayam tak nak sos, tak nak mayo.

padahal petang tu pukul 6 dah makan nasi goreng kampung, telur dadar, 2 cucuk sate ayam.
malam tu teringin makan burger pulak.
sebabnya?
sebab masuk dalam kereta petang tu, tiba-tiba macam terbau burger.
padahal tak de burger pun dalam kereta. haha
thanks to husband susah-payah pusing keliling kampung carikan burger malam semalam. kihkih
*love you!*
 


view putrajaya yang mendung. mendung is my fave weather! :)



hohoho ni time lunch dengan azra hari ni.

jumpa azra sebab dia ada cerita tergendala yang nak diceritakan dari hari tu.
plus dia edar kad kahwin dia.. hihi.
alhamdulillah ramai yang kahwin/tunang bulan ni, bulan depan. happy for you guys :)
yang photo atas tu, sy makan nasi beriyani ayam goreng. azra makan mee jawa.
ni kat food court presint 9, putrajaya.

//

petang tadi pulak husband cakap balik lewat sikit sebab dia nak ke gym pejabat.
so sy pergi jalan-jalan kat pasar putrajaya dengan syida lepas office hour.
ni first time sy pergi pasar waktu petang.
pasar putrajaya ni setiap selasa dan jumaat. tengah hari sampai malam.
memang meriah ok. macam bazar ramadhan pun ada.
kelabu mata tengok banyak sangat choices. wee. food heaven!!


burger patty-buat-sendiri yang tebal dan dicicah dengan sos blackpepper. nampak menyelerakan!



syida singgah beli jagung bakar.



ni time kat gerai char kwey teow. nampak tak tu api menjulang.



sy duduk situ makan char kwey teow. memang lazat!!

sederet situ tiga gerai char kwey teow.
sy makan kat gerai tengah-tengah.
sebab nampak lebih besar dan ramai orang. haha



melepak di gerai char kwey teow dengan syida. tu syida tengah pegang satar di tangan. sy pun beli satar jugak :D


oklah habis dah cerita makanan kat entry ni.
ai nak masuk bilik. nak tido. krohhhh.

good night, pretty peeps!

Sunday, February 03, 2013

gather-gather di genting

ahaha.
ye, cuti hari wilayah kali ni kita ke genting ye, kawan-kawan.
some sort of family day/gathering dengan kawan-kawan PPPNT dari KTcity.

dah lebih kurang setahun jugak la tak ke genting.
ni baru pergi lagi.
last year sebab pergi first honey moon. kehkeh

kitorang naik kereta sekali dengan zaim & shahma *thanks tumpangkan kitorang!!*

naik-naik bukit je terus bukak tingkap. wahh nyamannya udara!! *pokok pine, lambang kawasan bukit tinggi. hihi*



zaim & shahma kat depan, kitorang berhu-ha di belakang :D



sampai-sampai je husband ai busy, you.
sebab dia yang arrange gathering ni. so busy check in semua bilik, arrange bilik-bilik etc.
lepas dah arrange bilik, makan laju-laju.. dia turun pergi stesen kereta kabel pulak.
sebab nak bawak rombongan dari KTcity yang naik bas & kereta kabel dari bawah ke atas.
(tak sia-sia husband belajar tourism sebelum ni. terserlah betul ketourist-guiden beliau. lolx)

tengah busy arrange bilik.



lepas check in tu, kitorang makan kat marry brown kat hotel. sedap ayam goreng dia. yums.



shahma, zaim and anak diorang, ziyad. *hi, ziyad!*

then rest sampai malam,
lepas tu baru ramai-ramai keluar dinner kat KFC.
dapat melihat kegigihan husband sekali lagi membeli ayam bucket KFC untuk semua orang.
memang cemerlang la tourism management ni :)
orang len dah makan, husband tak makan lagi.. dia pastikan semua orang dapat makan / minum dulu.

lepas makan baru jalan-jalan kat indoor theme park.


husband dan yusof.



husband and i, tengah tengok magic performance.



ni ha, orang tengah buat magic.



snap kat statue of liberty genting. haha



ada booth yang jual art stuff jugak. coolio! xD



ICT shah alam pun ada kat genting, ok. hahaha



i love this photo. sebab ada eiffel tower. dan sebab ada husband sy ;)


lepas tu tak habis dinner lagi.. kita supper pulak. haha
tapau mee wantan kat kawasan food court indoor theme park.
memang sini banyak chinese restaurant.
so kalau rasa susah nak cari kedai makan halal, makan kat fast food je senang.
tapi food&drinks kat genting memang mahal.
semua mahal.
yang mee wantan ni halal. sy tanya awal-awal dulu kat budak cashier tu. lolx

bawak balik bilik hotel.. makan. comel bekas dia.



mee wantan panas, dimakan di bilik hotel yang sejuk *aircond tak de, tapi sejuk dia macam suhu aircond 24darjah*

dalam bilik hotel tu dapat dengar bunyi angin dari luar.
kuat tau bunyi dia.
awal-awal tu ingatkan bunyi orang main roller coaster jerit-jerit kat luar.
sebijik ok bunyi macam orang menjerit main kat theme park!
tapi kejadah main pagi-pagi buta pukul 4-5 pagi kan.
rupanya bunyi angin. memang kuat.


good morning, genting! lawa kan view dia!



kitorang bersnapping di depan cermin. lolx

ni kat bilik transit beg.
lihatlah lagi kegigihan husbandku selaku pihak penganjur.
sebab hari esoknya tu kena check out pukul 12 tengah hari,
dia usahakan sebuah bilik untuk rombongan dari KTcity letakkan beg sementara diorang nak main kat theme park sampai petang.
so boleh check out and masih bermain-main di genting :)


breakfast sy pagi tu.. roti sekeping berharga RM4.20. hahahhhahaha ohok. *tersedak dengan harga yang mahal*



breakfast set husband.



makan breakfast semeja dengan sang & syiqin.

dah lepas breakfast, kitorang pun gerak ramai-ramai ke outdoor theme park.
ada jugak kot yang ke indoor.
tapi time ni aktiviti masing-masing la. bebas.


fifa, syira & husband. baru nak gerak bermain.



few peeps yang ikut rombongan.



ehh tiba-tiba terjumpa pondok telefon dari london! haha. tapi tak sempat pulak bergambar dengan bas double decker.



ehhh ada la gambar bas terselit kat belakang tu! HAHAHA. ni pemandangan kat theme park.



fifa. belakang tu budak-budak lain.



syira and i.



kat pokok-pokok kaktus berwarna-warni. haha


ye.
kali ni pergi tak main sangat pun.
tengok orang lain main je sambil tolong jagakan beg. hahaha *jadi jaga aku :P*
tapi masih had a lot of fun! xD


fun lah, sebab ada dia di sisi. ecehh. kitorang kat depan corkscrew (roller coaster). rembat kipas anak fauzan :P



yoshh bukti sy peminat hot & roll! kikiki. hot & roll sini berharga 'genting'. RM8.70 ok! ohokkk tersedak lagi. air tropicana twister botol kecik tu je dah RM6. (tercekik terus).






ye. tak naik ini (space shot). seumur hidup sy pernah naik sekali. haha



lepas tu jalan-jalan kat dinosaurland. kat sini bolehlah merasa naik bot. haha



dua orang over :P



time ni tengah pusing-pusing naik 'kereta api ulat'. dia jalan slow je pusing-pusing satu theme park, termasuk indoor. ada la dalam 20 minit naik benda ni.



rembat kipas anak fauzan lagi. HAHA



wani di dalam kereta api ulat.

ada gambar lain time husband main permainan kat theme park,
tapi semua dalam handphone dia.
so tak sempat nak transfer apa. ada gambar-gambar ni je la. haha

sebelum balik tu kitorang makan kat marry brown lagi.. makan nasi ayam. sedap!



bye-bye, genting. jumpa lagi!! :)

kitorang pun balik la ke shah alam.
ahli rombongan pulak terus bermain di theme park.. petang sikit diorang pun naik kereta kabel, turun bawah dan naik bas balik ke KTcity.
ada yang sambung cuti, jalan-jalan ke KL..

sekian cerita gathering kami :)

Friday, February 01, 2013

cuti-cuti hari wilayah



kenapa tiba-tiba ada gambar stoking?
ye sebab sy tengah kesejukan sekarang. okoko

lanyway, selamat hari wilayah, korang!! xD
ucapan ditujukan kat diri sendiri jugak sebab bekerja di wilayah dan lahir di wilayah. pure wilayah katanya walaupun jalan kat KL pun sesat. kahkah

sedang bercuti kat tempat yg sejuk.
nanti sy update lg eh.
stress ai blogging pakai tab. kesukarannnn.
blogger mobile keep on crashing.
blogger web susah nk taip pun.
app 'blogit' yang baru install ni pulak kena pakai coding.
nanti lah kalau jumpa application yang best sikit.
k later.