Friday, February 17, 2012

pizza time la weh, apa lagi! :P

keadaan lantai bilik kami yang kaya dengan makanan, malam semalam.
 

yoshh sy kemalasan nak panjat 'tangga batu caves' semalam, makanya sy telah memesan domino's pizza delivery yang sampai ke blok penginapan tak sampai setengah jam. dah la roti dia lembuttt rasa bbq dia awesome.. wahh. i'm talking about kebahagiaan makan makanan sedap di kawasan seperti asrama :P


azra and i, in our lounge suits.

malam semalam jugak ada sesi fotografi sidang ('sidang' refers to our group, consisting of 73 members). lama jugak. pakai lounge suit malam-malam kala tu.. panas weh. lolx

lepas sesi fotografi, sambung buat assignment di bilik. sampai tertidur-tidur.. bila terbangun tu tengok laptop, entah benda mengarut apa sy taip kat skrin.. ahahaa. benda yang tak de kaitan langsung :P thanks to my husband yang meneman buat assignment walaupun meneman kat handphone je kan. lolx. (cinta jarak jauh memang begini.. sobs srott) dah, hari ni kita hantar assignments semua and teruskan kehidupan yang sibuk ini. waa


p/s : MIN, i miss you like hell here.

Thursday, February 16, 2012

hari-hari normal di DPA

mejar (dr) faiz datang bagi talk malam semalam. the girls went aaaaaaaaa. haha *azra, diana, liza.. :P*



fooling around with friends.



proper shot. *'proper' katanya. haha!*


so today we had the debate. sy pun debat jugak tadi, tapi macam tah apa-apa.. *memang tak berbakat* haha. masa tak cukup some more sebab dia bagi seorang tiga minit saja.

i din tell you guys the 'just married' life in DPA. semua kawan-kawan yang kenal ko akan mengucapkan tahniah di mana saja.. ada yang akan mengerumuni ko. the feeling is nice.. to have friends wishing for you :-) *thanks, mates!* ada yang tak berapa kenal, tapi turut sama wish. guess the news spreaded.. i dunno. ada yang tanya soalan-soalan nakal. tapi ai bajet artis akan cakap "ohh tak boleh beritahu.." lolx. (ye la memang tak boleh kan?!)

we're missing each other so bad. nasib baik ada teknologi. (thx!)

tak ada mood nak buat assignment. nak tidur je ni. sleep tight, everyone.

Tuesday, February 14, 2012

a date after marriage

wuhou mari kita berjalan-jalan bersama husband sementara hari cuti masih ada! :)


 

t
h

andb









ai stress sebab blogger kat tab ni tak dapat coop dengan baik. caption pun tak dapat nak tulis! lolx.

snapped photos adalah hari jalan-jalan kami. tak lama pun pergi jalan, sekejap je sebab tak ada cuti kan :/
but the short three days are heavenly awesome! bestlah jalan-jalan holding hands.. selama ni b4 kahwin kalau keluar jalan tu tengok je la tangan tu ye. nak pegang tak boleh. haha

dan kalau pergi themepark memang tak sah kalau tak naik roller coaster. so sy naik.. pejam mata!! siap jerit kuat-kuat lagi.. haha. my husband suruh bukak mata, bukak mata katanya. rupanya sebab ada kamera. but sampai ke sudah tak bukak bukak. sampai nak dekat landed. lolx

minggu ni dah balik ke kiara. husband pun dah balik KTcity. gonna miss him heaps :'( andd this week gonna be hectic! malam ni ada global talk, esok ada debate *keji diorang undi sy suh debat!!*, kajian kes menimbun, sabtu ada larian *sy apply jd penjaga checkpoint je.. malas nak lari :P*.. and dengarnya ahad ada sambutan maulidur rasul. haish tak outing la kita macam ni..

k la. nak solat nak siap-siap. mejar faiz the astronaut datang hari ni. k k bye!!:-)

Sunday, February 12, 2012

the wedding

assalamualaikum, hola & selamat petang :D

newsbreak : i'm married to my beloved bf / fiance / husband on friday, february 10, 2012.
my feeling at the moment? blessed, grateful and everything nice :)

but we only did the solemnization ceremony.. the reception will be on april (kena masuk wataniah, postponed the wedding on wataniah, dewan dah penuh.. long story haha).

i had three photogs and one videographer. majority of them are faliq's friends.. and one from the caterer's package. *kami rasa bagaikan diekori paparazzi.. rofl*
and here goes the photos. ni daripada kamera moja, kawan faliq. pandai dia ambik gambar.


 gambar magazine cover.. haha. *magazine cover la sangat.. PIANGG!!* but i like this one. i am rentung from the wataniah course, yet the photo doesn't show it. so thanks to the mak andam and the lights :P and my husband look stunning. gorgeous photo.



upacara batal air sembahyang. tak ada cium-cium.. tok kadi awal-awal bagi kaunseling, tak boleh cium dahi dalam masjid katanya. so kita salam cium tangan lah ok :) sungguh khusyuk wani bersalaman di situ. kat belakang, tepi-tepi punyalah ramai orang ambik gambar. malu ai.



cincin tunang sebenarnya. mas kahwin adalah gelang. still, the photo is awesome. dot.



upacara memakaikan gelang (pengantin perempuan) dan cincin (pengantin lelaki).



besties yang hadir. hazlin, atol, azra, raja. bestie lain yang datang adalah putri *tiada dalam gambar* :)



naik kereta dahh nak balikkk. haha. padahal rumah sejengkal je :P



upacara makan-makan kecil selepas majlis. ye, tema khemah dengan hantaran adalah merah-hitam. kenapa sy pilih kaler tu? mungkin sebab merah melambangkan cinta yang membara.. ahahaa. and hitam adalah sangat elegan.


upacara potong kek.


seterusnya adalag sedikit gambar outdoor yang telah ditangkap :








alhamdulillah, majlis berjalan A ok. terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menjayakan. penghargaan juta-juta buat my parents yang banyak mengorbankan masa/tenaga/cash untuk semua ni. hanya Allah yang dapat membalasnya *tears* i love you guys. always

and to my beloved husband, iskandar.. thanks for loving me. insyaAllah i will try to be a good wife to you. loveyouloads! <3

ok dah mengantuk ni. letih weh cuti tak cukup niii. nak tambah lagi cuti tapi tak dapatt. lolx

till then. have a pleasent day, everyone!

Thursday, February 09, 2012

spaness

hola carmen! *siapakah carmen??*
(lol klau siapa ada echo d heco ke apantah nama bukunya.. mesti tau :P)

ok cut the crap.

hari ni hari pergi ke spa. spa bogel2 kau. haha. kee mmg kalau gi mn2 spa pun mcm tu? *ai xtau. ni first time ai pergi spa* teringat cerita peejburhan yg dia pergi spa kat thailand yg ada urut2 breasts semua tu. hahh sama je! lolx. yg ni sbb dia nk scrub semua tu kan. jadi ko mmg bare naked la dpn dia.. cuma pakai disposable panties je. tu pun dispo tu kan transparent!! 8D hailaa sunggoh mat salleh ai hari ni :P (siapa ckp hari tu nak bagi hadiah kahwin disposable panties kat sy sebab transparent? cadangan ditolak, ok! lolx)

hari ni jugaklah settle kan passport.

hari ni jugak dapat suatu item yang menarikk *jeng jeng jengs*


nanti sambung. menghadapi kesukaran untuk menaip.. haha. bye!!

Tuesday, February 07, 2012

my wataniah days are finally over :)

7 February 2012 (Tuesday)

helo sleepyheads! haha. nahh i know you're all not sleepy :P

soriloristrawberi lambat update!!
baru balik dari wataniah sebulan pada hari ahad yang lepas.
bersibuk-sibukan dengan assignment & wedding preparation.. hari ni baru sempat nak update. sumimasen!!

cakap banyak tak guna.
nah gambar daripada handphone :D


ni antara waktu waktu awal masuk wataniah. kulit cerah lagi time ni.. haha. kitorang tengah berkumpul kat bawah blok asrama.



majlis perasmian.. kat kem terendak, melaka. supermeriah. siap ada lakonan macam dalam action movie ok. askar terjun-terjun, lalu flying fox sambil tembak-tembak sini sana. bom bagai. terkejut makcik.



tengok pameran tentera kat kem terendak. with esmie (azmi) and hafeez.



with bestie, azra. tapi azra dapat kompeni lain. dia kompeni beta (B). ai alpha (A). tengok tu tanda nama dia tulis.. 'alina'. orang jahit tanda nama ni suka suki dia je petik hujung-hujung nama orang hahaha. ramai yang dapat nama-nama yang agak kelakar.



antara gambar favourite.. adi memangku anak kucing sambil mendengar ceramah. cuute! (ko tak cute, adi. anak kucing tu yang cute. bahaha)



rupa bentuk asrama kami. sy dapat dorm tingkat 4 ok. sayup nak memanjat. tapi tak pe. stamina lebih. lolx



ni time belajar IMP (ilmu medan perang) kat area pondok skuad. kawasan ni memang greenish.. banyak pokok-pokok semua. this is my favourite photo, too. yang tengah duduk tu adalah jurulatih kitorang yang superbaik, koperal ismail. beliau sangat baik, siap tolong kitorang belikan makanan lagi (sebab food kat dewan makan tak best. hihi)



akibat kepenatan.. tidur di mana-mana sahaja. di pondok skuad. (serius kitorang sangat letih dan mengantuk pada kebiasaannya sebab aktiviti agak berat).



solat juga di mana sahaja. di mana bumi ini dipijak.



another favourite. time ujian pandu arah. group kitorang sampai dengan lajunya.. haha. thanks to naim, our commander. dia terrer bab-bab survival ni.



lepas dah penat berjalan mencari arah, kitorang membeli ais krim di check point. uncle-uncle ais krim ni ada di mana-mana. hatta di lapang sasar, medan perang.. semua ada. confuse ai. time perang mana ada motor ais krim lalu kan. hahaha. kelakar je.



with baim (bukan baim wong) & shima (OC) in the truck. **OC = ketua kompeni



tengok di belakang sana. manusia tidur bergelimpangan. rofl.



dalam trak.. nak pergi medan. cyutz kena gigit pacat yang termasuk dalam kasut but. tapi tak rasa apa-apa pun. bukak stoking tengok dah berdarah. great. you did well, pacat *smack*



gambar favourite jugak.. silhouette.



time subuh ni. cantik. kitorang dah ready atas bukit untuk bertempur.



with lijawati.. my bestie di platun 1.



oo. yang conteng-conteng kat muka tu adalah untuk tujuan penyamaran (camouflage). ada make up khas untuk ini.. ada warna hitam, coklat, hijau.. dia macam bekas eyeshadow tu.. haha



with lija and asmah. asmah ni baru kahwin dua minggu sebelum DPA.



ready for pertempuran.



di kereta kebal with zaidi, lija & dalila.



selepas semuanya selesai *finally!* tibalah masanya untuk memulangkan beg-beg, poncho dan sebagainya.


tobat dah tak nak pergi medan.
sebabbb kat medan tak de tandas! 8D yang ada cuma 'tandas medan'. a.k.a. tandas 360. a.k.a. ko berak la kat mana-mana pun. hahaha. tapi sy tak buang air besar la sepanjang tiga hari kat medan. makan sikit je supaya tidak menjadi tah*. rofl.


selepas semuanya tamat, kami pun menyambutnya dengan malam BBQ. sy masuk team masak masak. i love to grill!! lama tak masak sebab masuk wataniah ni. maka inilah masanya untuk membakar! yiehha! (with the girls)



tarahh. ayam bakar. sedap!



raja, samsuri & zaidi makan-makan di bawah pokok. lepas tu ada persembahan semua. best la. enjoy. tepi pantai PD pulak tu. dengan angin laju. memang heaven.



time to go home! xD inilah rupa katil dan locker sy. dah siap lipat ok. tak sabar nak balik ni :P



this was my dorm. tata, dorm!! i will miss my dorm mates!! x) *lepas balik bercuti seminggu ni boleh jumpa diorang lagi.. hehe*

so.
wataniah was good.
sakit tu sakit. penat tu penat.
but i gain another new experience :) pengalaman berperang, pengalaman menembak, pengalaman digigit pacat etc etc.
lepas balik wataniah, sy lebih menghargai. especially makanan la. sebab makanan sana macam tah apa-apa. bahaha. so balik rumah, makan apa benda pun rasa sedap. sebab dah pernah makan yang tak sedap kan. haha

lepas wataniah cuti seminggu *ni tengah cuti la niii*
diorang siap bagi assignment 10 pages lagi. but no worries, semalam dah siapkan dengan gigih. tak suka hold assignment lama-lama. sekarang nak get ready for the next phase. pray for me. i will hold the 'miss' title until this thursday insyaAllah :) till then.


p/s : SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA BROTHER SY, EIZZAT. SELAMAT HARI JADI KEPADA BESTIE SY, AZRA. YIEHHA!