Saturday, July 30, 2011

wani e mendaki gunung.

sy sudah balik! AHAHA *gelak dengan muka comot beberapa hari tak mandi*

ok i was kidding. about the 'tak mandi' part.
sy mandi ok, tapi ada few days di camp yang tak mandi. masuk hutan pun katanya. tak de air pun lagi. bahaha

ok here goes!

odw ke kem di baling, kedah. kat petrol station.
kejadian anak-terkunci-dalam-kereta, parents-cemas-tak-tahu-macam-mana-nak-bukak.
tapi bas kitorang gerak cepat sangat, tak sempat tengok ending cerita.



ada 4 buses.
bas kitorang tayang 2 movies; adnan sempit dan mantra.
perjalanan dalam 6-7 jam. hebatlah kau tido dalam bas sambil tengok movies. lolx


sawah padi view di perjalanan.




di jabatan pertahanan awam baling, kedah. tengah belajar CPR.




that's me, learning! xD






belajar pulak cara membantu mangsa tercekik. hebatness lah. bahaha
sampai terkeluar-keluar lidah orang tu :P




4 mumia berbaju biru :DD
(sy di kanan sekali ye. yang kelihatan gembira walaupun tercedera itu)




berpakaian no. 4 di muka pintu dorm.
(nama baju tu memang 'no. 4')




sempat bervain-vain di depan cermin di dalam dorm. lolx



oh. sebut pasal dorm.
dorm kitorang ada 4 katil 2 tingkat, 6 orang.
sy dapat katil atas. direct air cond. malam sejuk nak mamP. lolx

plug ada 1 je, so gilir-gilir charge handphone.

tekanan air sangat rendah, jadi selalu skip mandi sebab tak de air.
biasa mandi sehari sekali je *yea busuk, ai no* :P

time pergi hutan lagi horror, tak mandi langsung. tu kira pecah rekod tak mandi 2 hari. bluekk :P


dorm mates i :P seorang tak de dalam shot; yee. may be dia dah pergi ke tempat berkawad.




masih di sesi praktikal.
bukan praktis jaga budak, tapi praktis cara-cara tolong budak kecik tercekik. haha





slot pada waktu malam.
ini antara group members sy.
wong, firdhaus, saufi. firdhaus ni sama birthday dengan sy.. ahaha




fahmi, amrin dan wong.




reena, bid and me. and helmets. lolx
(time ni nak pergi pulangkan helmet lepas balik aktiviti panjat gunung)




asri, reena dan bid.




ye. kami ada aktiviti di sungai (mengalirkan diri di sungai selama beberapa km),
di belukar-belukar (masa aktiviti kompas.. sampai sesat-sesat masuk ke taman perumahan),
di gunung (panjat gunung jerai hoyehh!)..

time kompas tu, tengah menstrual.
siap pergi tumpang rumah kak milah yang baik hati.. tumpang tandas dia. time-time kecemasan macam ni sy redah masuk je rumah sesiapa. haha (nasib baik kak milah baik. terima kasih, kak milah!)


ni time latihan kawad.




ni namanya buah jentik. first time tengok. first time jugak makan.
buah ni bermusim. cara nak bukak adalah dengan menjentik buah tu, and buah tu akan terbukak. rasanya masam-masam sikit. tapi sedap :)



marilah sy ceritakan pengalaman menaiki gunung sekejap.
12 km. 8 km pertama naik sampai ke kem. esoknya sambung 4 km dengan membawa stretcher dan mangsa di atas strecther. ko bayangkan daki gunung dengan stretcher yang dibuat dengan kayu & hammock. punyalah berat! (er. tapi sy yang diangkat dan menjadi 'mangsa'. tapi sy faham penderitaan kawan-kawan yang mengangkat.. hee)

along the way ramai jugaklah yang collapse, yang tak sempat naik ke atas (mereka ini akan dibawa naik menaiki trak), yang ke hospital dengan ambulans etc. agak penat la. sy pulak time tu second day menstrual, low BP, lagi 2 km nak sampai tu macam nak collapse pun ada, but i kept going. my group 4 orang berjaya sampai ke kem. 4 lagi naik trak, seorang ke hospital kerana tiba-tiba sesak nafas.

eh. jangan risau. kami semua ok dah :P
selamat balik rumah dah pun. haha

dinner night. malam ni kami buat persembahan dikir barat. agak havoc jugaklah. tak sabar nak tunggu video dia keluar :D




friends.




time berlatih dikir barat.
berlatih 2 jam, tapi persembahan malam tu dapat tepukan gemuruh. we're contented :P




malam bbq. sy ambik ini.




dan sangat banyak buah-buahan tempatan malam tu. syiok!




our group; bravo 2.




suasana dinner..



mari sambung.
suasana dinner bertukar cemas bila tiba-tiba ada kebakaran akibat electric shot. ingatkan gimik.. rupanya betul! lolx. pastu diorang tutup elektrik, bergelaplah kami seketika. lepas beberapa minit baru ok semula.

thanks to JPAM sebab siap-siapkan macam-macam untuk kitorang. you guys rock!!


ni pancaragam time berkawad.
kawad ni untuk majlis penutup. ada check barisan semua. KP JPAM yang datang.



pelatih-pelatih tengah tunggu arahan.




bersama ahli kumpulan kawad.




pemandangan gua batu di belakang pusat ni.




ni tadi, lepas graduate, then tangkap gambar dengan budak-budak JPM (ada yang tak kenal pun tapi tangkap jugak gambar haha)




dish terakhir di pusat latihan; nasi beriyani lazatness. pedas rendang dia. serius sedap.



bertolak balik dalam 12noon, 8.45pm baru sampai putrajaya.
then terus balik ke rumah. mandi-mandi semua. sangat bahagia, sebab kat sana kekurangan air kan. maka bila balik ni, terus menghargai air :P

all in all, i enjoyed every bit and piece of the course.
memang banyak aktiviti fizikal, i could say 90% of it were physical. penat. tapi fun. may be sebab buat dengan kawan-kawan kot.

along the way, i missed everyone at home and someone in KT city. tee hee.
nanti sambung cerita ye. mengantuk sudah :P
good night, people.

Friday, July 22, 2011

chocolate moist cake untuk faletness

hoyehh!
akhirnya laptop sy berjaya diformat-semula & dah dapat transfer photos balik! ikiki.

nak buat entry ni dah lama, tapi postponed sebab tak dapat transfer gambar kan :P

awal julai haritu, buat chocolate moist cake untuk birthday faliq. ni kira first time la buat, curi resipi kat internet (internet = perpustakaan masakini hoahaha). gigih buat, gigih jugaklah tangkap gambar :DD now here goes.

ahha! BAHAN 1.
BAHAN 1 ni akan dimasak dalam periuk kejap lagi.

BAHAN 1 :
100 gm serbuk koko (sy pakai van houten)
1 tin susu cair
200 gm butter
250 gm susu pekat


BAHAN 2 (bahan-bahan kering)

BAHAN 2 :
180 gm gula pasir halus (gula kastor)
150 gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder


cangg!! equipments yang diperlukan; penimbang & mixer. lolx




ok. masukkan BAHAN 1 tadi semua ke dalam periuk.




api perlahan.




kacau tapi tak payah tunggu sampai menggelegak. sampai sebati je.




then siapkan 4 biji telur untuk dipukul dengan mixer.




pukul sampai berbuih macam ni ^^




BAHAN 1 dalam periuk tadi dah siap cair semua.




telur pun dah pukul sampai kembang.




campurkan BAHAN 1 dalam periuk tadi dengan telur yang dipukul.




then satukan telur & BAHAN 1 dengan mixer.




masukkan pulak BAHAN 2. mix sampai sebati.




siap-siapkan barang-barang untuk loyang.




kertas bakar. potong ikut bentuk loyang tu. pastu lapik supaya kek nanti tak melekat :)




sapu sikit butter di atas kertas bakar tadi.




yoshh bahan-bahan yang disatukan dengan mixer tadi, curahkan semuanya ke dalam loyang. yeah curahkan!! :DDD




beginilah rupa bentuknya selepas dicurahkan :P




siapkan pulak periuk untuk mengukus (nak bakar pun boleh)
make sure air menggelegak dulu, baru masukkan loyang kek tadi.




kukus around 1 jam 15 minit. 1 jam pun boleh.




cangg!! hasil. xD
memang tak alluring rupa bentuknya. maka marilah kita buat topping di atasnya pulak HAHA




membuat chocolate ganache : 1 cawan susu pekat, 1 cawan susu cair & 1 sudu besar serbuk koko.
masuk semua dalam periuk.




carpet yang setia menunggu di tepi. haha




kacau semuanya sampai sebati dengan api kecil.




untuk tulisan icing tu.. sy pakai whipped cream. pukul sampai kembang dengan mixer. tambah sikit pewarna. tapi sebab pewarna tak de kat rumah, sy pakai pewarna sirap ros.. bahaha




gahh! gile tak glamer hias kek. campung sana sini. rofl.
(tiada kelengkapan khas, harap maklum. pakai sudu je T_T)




ok dah siap! HAHA




another shot.




faliq potong kek awal dari tarikh asal sebab sy nak kena balik ke KT city dah :P


begitulah kisahnya sy membuat kek kali pertama.
oh. testimoni daripada tukang-tukang rasa, semua kata sedap. lolx. maka silakan cuba resipi ini ^^v tatah!!

Thursday, July 21, 2011

balik jom :P

happy khamis!! (happy lah sangat~)

hait! adapun blog ini diam selama beberapa hari bukan sebab sy tak de kat cyber space ni, tapi sebab laptop sy hang dan tak dapat nak upload gambar!! *sertakan muka geram & kebakaran hutan di sini* jadi nak tangkap gambar pun tak de mood sebab tak boleh nak transfer hahaha.

sy akan bercuti panjang selama lebih seminggu.
sy akan pergi bercamping di dalam hutan. ye. doakan sy. (bercamping ketika menstrual adalah sangat tak best!!)

semalam rekod berada di kedai buku selama 1 jam setengah dan menghabis-baca 1 buah novel! wah haha *jangan pukul sy sebab tak membeli buku!!* lolx

atih the kitten sihat walafiat kat rumah papa dia (fiancé). carpet baru melahirkan 2 ekor anak (ada lagi, tapi R.I.P.). sekian cerita haiwan-haiwan.




hah ada pun gambar! tapi cilok kat kamera adnin. haha
ni majlis ofis pagi tadi.

Thursday, July 07, 2011

khamis sudah & i hv a huge thing to do

happy belated birthday to my brother, faliq!! xD
tak sempat weh nak online sangat, apatah lagi nak transfer gambar. laptop pulak baru lepas format, tak tau apa kebenda ada kat dalam tu. bila free kang akan explore :P

so. kerja macam BANYAK skang. (tak de 'macam', memang banyak!!)
gwe.. pening. lolx

ina my coursemate sudah gave birth semalam! :) congratz to ina+farid. dua-dua ni coursemates sy time belajar dulu. farid ni sifu sy. pakar komputer. hihi
nanti free akan bukak fb & tengok kot-kot farid sudah upload gambar lagi banyak ^^

malam semalam ke rumah pengarah, sebab KP datang & diorang buat makan-makan kat sana. yosh, makan-makan yang kitorang kena masak. lolx. penat okie. balik rumah dah nak dekat pukul 12midnight, badan melekit macam coklat m&m cair bawah panas terik mentari. hoho

tu pun timbalan suggest nak buat buka puasa nanti kat rumah pengarah. zaidad laju-laju cakap "panggil katering!" lolx. pastu dia cadang buat kat rumah anak yatim je la buka puasa. hari raya kang baru buat kat rumah pengarah. wahh belum habis syaaban lagi dah start planning :P

ah teh masih ada di rumah kitorang. kesan cakaran semakin banyak. tahniah. haha

oklah nak balik. tadi hujan berguruh kat luar ofis. macam best je kalau balik rumah ni kan fuahaha. ah teh, i'm coming home!! xP

Saturday, July 02, 2011

to weddings :)

hari kita ke weddings :)
first, wedding adik alyana di shah alam.
then, wedding mazia+azran di putrajaya.

terasa dah macam sedondon dengan hadiah. hahaha




berjumpa alin di wedding itu :P andd her bf, chaan. tapi tak tangkap pulak gambar chaan. lolx




with the bride & the bridegroom :) congratz, korang dua!!




oh. selingan. mi amor, carpet. tido tergolek tak ingat dunia macam biasa :P



the enddddddd (at least for today hihi)

Friday, July 01, 2011

my friday on 1st july

ok. pukul 9.30pm nanti sy naik flight balik shah alam.
shah alam, here i kammmmm.


pagi tadi korek-korek dapur tengok ada macaroni lebih, masak macaroni goreng, campur dengan ayam goreng kunyit semalam. cincang-cincang je. lolx




tengah hari dearie isz ajak makan kat rasamas. ini plate beliau. ayam quarter black-pepper. tapi kecik pulak ayamnya.




lagi plate isz. close up.




kenyang lagi akibat makan macaroni goreng, makan nuggets dengan hash browns sahaja.




mine&his. sy pesan air guava.. terkenang-kenang air guava dalam flight. lolx





makan dengan penuh determinasi. hahaha




me.




us. (gile tak de caption nak letak. AHAHA)




ahha! big apple dah ada kat KT city! (tapi tak beli-beli pun lagi)




nk try pakai p1 4g seminggu, tengok macam mana.
tadi dah try install kat laptop. slow je macam mana niiiii. celcom sy lagi laju. tsk.



petang tu lepas solat jumaat, isz bagi ah teh kat sy.
sebab esok dia nak pergi outstation lagi kan (outstation je.. i'm having missing syndrome like.. sangat banyak la macam ni!!) lolx
i'll be going home to shah alam tonight, makanya ah teh akan diserahkan kepada syiro untuk dijaga dengan penuh kaseh-sayang :P


tadi sy napping, bangun-bangun syiro cakap ah teh hilang.
merata kitorang cari, panggil-panggil dia. rupanya tau dia kat mana??

tido kat kabinet tv, belakang cd!! ni pun dah ketepikan cd baru nampak kepala dia HAHA




dari pandangan belakang kabinet tv.
ololo cute bangat!!




pandai dah cari-cari orang dan main jari.
habis kaki tangan sy kena cakar. rofl.




hah. main lagi!




i'm gonna miss you, ah teh. sobs.



tak pe,
balik ni jumpa carpet pulak. fuahahahaaaa


oh. btw.
harini rasanya mazia & azran bernikah. so. congratz to both of you!! :)
*mereka adalah coursemates saya dulu*

oklah. nak siap-siap nak pergi airport. tata!