Wednesday, February 11, 2026

Genting time, end of year 2025

assalamualaikum and hey, genting peeps and atap genting! :'D


Alohh banyaknya cerita 2025 yang pending!! HAHAHAA
So ni 31dis-1jan.
Nak sambut new year simple dimple kat genting katanya.

So jalan ke GPO la dulu sebelum tunggu nak check in kat Awana.


nampak wall yang ada vibe-vibe doodle-ish x street art.
Luv!









Korang layankan je la family yang maknya suka bergambar dan menangkap gambar ni, ye 😁 habis semua kena paksa bergambar. lolx



Hah! Gambar unrotated lagi, don't care.
Time ni kat GPO.




Makan kat chicken rice shop GPO sambil tengok view.
Nyesal pulak dok luar ni.. panassss 😂
Genting sekarang bukanlah genting yang dulu. Tak relax panas dia.






Disebabkan tengah mode berdiet *konon, tapi tak pun*,
kita makan mi wantan.




Ok, know-know dah sampai hotel Awana. ahaks




Dalam bilik hotel. Budak-budak la paling seronok.


Btw konsep bercuti hujung tahun 2025 hari tu adalah lepak hotel je. Jjinja! :P
Malas la nak pergi mana-mana.
Nak rest je wehhh.


Memandangkan kat Awana ada play area, kitorang lepak la sini.
Disember tengah musim kismis. So ada la deco-deco kismis ni.



Nak jugakk tapi siap brake angin.




View dari balkoni bilik hotel. Unrotateable. Hmph!




As usual, wajibulghunnah makan kat restoran makanan enak, genting.
Pergi 100 kali pun tak apa. hahah




Ni yang kitorg makan malam tu kat resto makanan enak.
Kebanyakannya menu yang biasa kitorang order.




View new year's fireworks entah kat mana, dari balkoni bilik hotel.
Dah cakap, ai malas nak ke mana-mana. HAHA
I'm an oldie oredy.




View subuh. Cantik ye. Berkabus.




view pagi pulak. Masih berkabus tebal.




Swim-swim dulu.




Sini heated pool. So boleh swim tanpa rasa bersalah.




Husb yang suka menyelam.




Balik dari genting, singgah putrajaya beli durian harga durian runtuh HAHAA
RM10 sekilo for D24. Musang king RM17 rasanya. Black torn pun murahh RM25 ke.. lupa.




Ni nama kedai dia.


Ok habis dah. Boleh tdo. Gnyte!!

Balik shah alam

Assalamualaikum and hey, shah alam-ians and planet earth home-sapiens!

29dis.

Balik dari cuti-cuti melaka, kita balik shah alam hometownku.

Gambar ramai-ramai tu wajibulghunnah.



Makan-makannn. Ada mama masak, ada sy masak ✌




Sedap ni wehhh. Ayam masak merah kering by mama 🩷




Time ni anaqi tengah gila main chess.
Habis semua orang diajaknya main chess.
Biasanya ai la mangsa dia, tapi balik shah alam ada uncle faliq.
Biar uncle faliq berkongsi 'keriangan' ini bersama-sama.. ahahaa





K dah. Bye!!

Tahun baru ni azam nak blogging simple-simple je.. *kot??*

Cucur udang chef wan & kuih cara berlaku crispy, melaka

Assalamualaikum and hey, foodies! 🍽

Entry khusus tentang makanan je ni HAHA

Since dah lama nak merasa cucur udang chef wan yang famous dan pricey itu *flip duit, duit terbang* 😂 .. time ni la kita try.
Sebab ditakdirkan resto chef wan betul-betul kat mall bawah hotel.
So kita tapau bawak balik bilik.
Sedapnyaaa la weh!! Harga RM38.

Basically ada 2 jenis cucur yang dibagi;
1 jenis crispy nipis; 1 lagi jenis gebu. *I preferred the crispy one*
Then ada 2 jenis dipping;
1 sos chili ownmade & 1 lagi kuah kacang *I preferred the chili*


For me, harga berbaloi sebab tengoklah punya besar bekas dia.
Bukan untuk seorang makan ni. Untuk makan ramai-ramai.



Aaaaa sedapnyaaaa. Ni belah atas, cucur jenis crispy.
Ada 4 ekor udang tergolek di atas. Udang dia manis seafood. Lazat!




Ni la sos kuah cili dia.




Ni makan time lain pulak. Kat resto zahrin asam pedas, MITC.
Kedai besar, banyak choice lauk. Sedap so-so untuk asam pedas.




Masih di zahrin.




Harga lunch di zahrin's.



Disebabkan time pergi melaka tu mencari kuih cara berlaku crispy kat tempat pertama tak jumpa, kita singgah area mydin & pusat pakaian hari-hari MITC.. sebab kat belakang hari-hari tu ada area kiosk kecik-kecik.
Situ ada kedai cara berlaku crispy ni. Sedap!
Sy ada post video kat IG. Jemput le tengok kalau rajin. hahah

Arghh ni la natijahnya bila ko upload gambar direct dari phone gallery.
Macam mana ntah nak rotateeee.



Dah. Bye!

Cuti hujung tahun di hotel swiss garden, melaka

Assalamualaikum and hey, pretty people! 👋

Nak ucap happy new year pun serba salah,
sebab dah bulan februari 2026 dah pun. Hahah!

But nevertheless, this is the first entry for 2026.. yay!
Tu pun entry pasal cerita hujung tahun 2025.. ekkekee.
Specifically on 27-29dis.
Time tu ambik cuti panjang sikit. Hujung tahun kan.
I deserve a break la gitu.
So let's go to Melaka. Dekat.

Swiss garden, Melaka. Kemain peace di sana sini.



The whole room from my lense.




Bathroom siap ada bath tub.
Seronok la kanak-kanak itu.. (termasuk kanak-kanak 30 tahun ke atas ni HAHA)




Tak tau kenapa gambar terbalik.
Malas nak rotatekan balik. Sila la rotate kepala anda. Eh.







Serius tak tau cam ne nak pusingkan gambar.
Ni yang acik hangin ni 😂



Basically kitorg duduk kat hotel je and tak pergi mana pun, kecuali keluar makan.
Kalau keluar pi tengah bandar melaka, expected the jam.
So tak yah la bersesak kali ni. Next time je kita.

Dua beranak dok main game. babah kena melayankan si anaqi haha


On first night, kitorg cari ikan bakar.
Nak cari tempat baru.
So pergi kat satu resto ni.. nama dia kantin. Dekat je dengan hotel.
Naik grab.

Cerah je kedai dia.






Ni lah yang kitorg order. Ikan bakar, ketam salted egg.







yums!



Pemandangan kota melaka pada waktu malam. Luv!




Pagi esoknya, breakfast kat hotel.




Since this is melaka, ada laksa nyonya semua. Sedap!




American breakfast.




Pool dia pun boleh than besar.




Entah apa si anaqi suka sangat tu lolx.
Btw ni baru satu part kolam dia. Ada lagi belah sana dan sinun.




Diorg je la mandi. Ariana pinjam baju ai. Baju swim dia dah kecik.




2nd day breakfast kat hotel.
Repeat lagi laksa nyonya sebab boleh, and sebab sedap. Obvi. haha




Rotcan. Ni husb ambikkan. So kita makanlah walaupun diet dah ke laut.




Bubur wajib di mana-mana hotel.


ok nanti sambung lagi!