assalamualaikum and hi!
koleksi gambar makanan muncul kembali! hohho.
sebelum tu, sama-sama kita ucap alhamdulillah.
alhamdulillah kita ada pinggan yang terisi di atas meja makan rumah kita.
alhamdulillah kita dapat makan untuk menghilangkan kelaparan.
alhamdulillah kita dapat makan untuk menguat dan menyihatkan badan, supaya dapat menjalankan ibadah dan aktiviti-aktiviti lain dengan baik.
alhamdulillah.
sedikit sharing;
apabila Allah beri rezeki,
jangan lupa berkongsi sedikit (banyak pun tak pe kalau mampu.. ahha) dengan yang memerlukan.
yang dimudahkan urusan rezekinya..
yang makan kenyang, duit pun ada,
jangan biasakan budaya meminta-minta. memberilah lebih banyak daripada meminta.. sebab ko mampu memberi.
always have faith, bila kita memberi,
rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita sedikitpun tak akan berkurang (disebabkan pemberian itu).
malah akan semakin subur. wallahu a'lam.
habis dah sharing,
kita kepada gambar menu-menu masakan kita beberapa hari yang lepas.. hihi
|
ketam murah masak lemak cili api pedas light-light je sebab pakai 20 biji cili. haa tu dia tajuk menu panjang gils! :P |
ketam murah ini dibeli di pasar malam dengkil pada hari selasa.
lokasi pasar area-area lepas simpang 3 balai polis dengkil.
RM25 sekilo. fresh. ai is pengsan sebab harga boleh tahan ok.
penjual yang sama.
pasar tani hari ahad pula (tak beli).
tapi dia juga menjual secara pinggan.
1 pinggan ketam ni.. banyak gile, adalah dalam 6 ekor kot.. RM20 sahaja. fresh.
tapi sy ada beli udang galah. RM15 sahaja sepinggan. fresh.
nampak, sy letak perkataan fresh tu :P
PRnya juga bagus. so.
next time insyaAllah akan beli lagi dengan penjual ini.
|
ayam kampung masak kicap, sayur lambakkan bersama. |
kat atas ni namanya menu agak tak rajin.
sebab malas nak masak 2 lauk (ayam 1, sayur 1), kita sekalikan 2-in-1. lolx
daripada nama 'menu tak rajin', sy akan menukarnya kepada 'menu brilliant'.
sebab jimat tenaga, masa dan gas dapur :P
|
ikan goreng (senangin dan tenggiri) masak ribena madu. |
sebab nama pelik, nah resipi:
bawang merah + bawang putih + cili hidup = cincang kasar dalam food chopper.
tumis diorang dalam minyak.
masukkan ribena.
masukkan garam.
masukkan madu.
siap, tuang atas ikan goreng terbabit.
|
mi buatan muslim yang tak ada rasa kapur -goreng. |
|
nasi goreng daging batang pinang. lazatnya tak terkara. haha |
serius daging tu lembut gile. fresh.
beli kat pasar tani dengkil jugak.
|
ni lauk masak semalam. |
kemain pedas ikan merah masak susu cili api tu (bukan masak lemak, sebab santan keras frozen, terpaksa tukar dengan fresh milk. rasa lebih kurang sama je -cuma tak berlemak santan.. haha).
masa makan tak la super pedas.
tapi semalam masa tidur, rasa sakit weh bahagian perut mencucuk-cucuk.
tobat dah nak masak pedas-pedas macam ni.
|
nasi goreng ikan, sayur bergelimpangan. ni bawak bekal ke ofis hari ni. |
semoga makanan yang masuk ke perut kita, halal toyyiban.
yang bagusnya memang masakan dari dapur rumah sendiri..
sebab kat luar tu tak tau diorang boh apa, pakai minyak apa, bahan apa.
pada sy, even mi goreng yang tak lulus EC (eat clean) sebab bergoreng yang dimasak kat rumah,
adalah 100 kali ganda lagi berkhasiat daripada yang beli kat luar, insyaAllah.
tapi tu la, tengok rajin tak rajin je.
sy ni kadang boleh tahan jugak tak rajinnya. ahahaa
k till then!