Thursday, December 29, 2016

hari ini dalam sejarah : phone's dead

today i bid farewell to my utmost precious belonging; my smartphone.

tata tutu. cya again in jannah! ewah.

alkisahnya memang dah beberapa ketika note 5 sy tu kerosakan power button.
sy pun tak tau kenapa; mungkin terkena percikan air atau tangan yang basah time ke desa waterpark hari tu.
so the whole time i was letting the phone to stay ON without ever restarting it or turn it off.
sebab kalau sy tutup, memang sah-sah tak dapat on balik, sebab the only power button dia ada satu tu je kat belah tepi phone tu.
tapi semalam sy terlupa charge lahaiii.
bila bangun tidur, the phone's dead. *insert mad face*
ketahuilah bahawa note 5 ni tak boleh kopek-bukak-keluar bateri macam telefon lain.
when it's dead; it's dead.
tak ada cara dah nak buka kalau power button tu pun tak boleh berfungsi. T_T

so tengah hari dalam lunch hour tu,
husband and i went to the mines to fix it.
sebab the mines adalah samsung centre terdekat untuk repair-repair telefon ni.

dia cakap under warranty lagi, tapi kalau rosak disebabkan oleh air, user yang kena bayar kos repair dia.
dan memanglah rosak disebabkan oleh air katanya, sebab motherboard rosak.
orang tu cakap motherboard dah berkarat, mungkin masa tu kena air dan ada spark lantas terbakar. T_T
and the cost i have to bear? RM1.9k+ that effin' much!!
serupa kau beli phone baru je, cik oiiii. hahaha

time tu memang dah redha binti tabah je lah.. memang dah siap-siap keluarkan cash sebelum tu lagi untuk beli tepon gantian; in case the note 5 rosak habis atau in case kena ditinggalkan seminggu dua untuk repair.
so sekarang ni dah rosak habis, kita belilah telefon gantian sementara tunggu ada peruntukan yang mencukupi untuk beli the decent one.
lepas tu pi kedai telefon kat the mines.
christy namanya yang jual phone tu.. suggest lenovo dengan huawei.
asalnya nak beli samsung J2, tapi dia kata kalau nak pakai seminggu, rugi je beli samsung.
so i bought the lenovo one.. dengan harga RM290.
tambah tempered glass RM30.
ok je phone dia; display nice, tak cepat panas and kamera pun ok for a phone costed that much.
aih lupa pulak nama model dia, but it looked 'cun', neat in white colour, without that huge 'lenovo' word at the front (ada certain tepon lenovo ada word lenovo yang besar tu kan).

so yeah.
nanti la bila ada duit lebih nanti kita beli la phone yang ok sikit.
yang penting sekarang ni boleh communicate. haha

ok have a nice day, peeps!

Wednesday, December 28, 2016

AAs ke taska baru

start tahun depan, ariana & anaqi masuk ke taska baru.
tapi supaya diorang dapat menyesuaikan diri dengan environment baru, kitorang dah start hantar ke taska pada minggu ni.
the reason tukar ke tempat baru adalah sebab nanti bila rumah baru dah siap, taska yang lama tu akan jadi agak jauh dari rumah dan tak akan lalu kat area situ.
plus area taska lama tu memang jam kalau dah lepas pukul 7.30 pagi.
sedih tu memanglah sedih sebab dah hantar ariana kat sana since baby kot.
anaqi pulak dah start kenal orang.
just harap diorang ok lah kat taska baru.

first day semalam was quite okay.
mula-mula sampai tu dua-dua tak menangis ke apa.
so me and husband, kitorang pun tinggalkanlah diorang dan pergi breakfast.
petang tu time balik, datang ambik.
walaupun kitorang cuti, kitorang hantar AAs ke taska biar dapat biasakan diri.
cikgu cakap yang first day tu, lepas seketika ariana menangis jugak cari kitorang.
lepas-lepas tu dah ok.
balik tu dia nampak happy je duduk kat taska, jumpa kawan-kawan baru.


dengan cikgu.



the AAs.

second day is today.
mula-mula hantar tu, ariana macam lupa semalam dia datang taska baru kot.
dia geleng-geleng bagi sign jangan tinggalkan dia.
lepas tu cikgu dukung, dia senyap je.
kitorang slowly keluar. kihkih
balik petang tu, dua-dua nampak happy.
oklah tu for a start :)


hari kedua!



with anaqi. dia ni yang paling happy nampak kitorang sampai petang tu. haha


hope they'll have a splendid time there.

Tuesday, December 27, 2016

furama hotel, bukit bintang : amenities

banyak jugak kemudahan disediakan kat furama hotel ni.

sebelum tu,
sambung cerita yang lepas check in sebelum ni.
so lepas dah siap-siap dalam pukul 6 lebih tu,
kitorang gerak ke berjaya timesquare. jalan kaki je lah.
sebab katanya kalau naik kereta, kena pusing jauh sikit.
lalu lorong belakang kedai.
selamat, insyaAllah.
sebab kawasan ni ramai orang.
and ramai je yang lalu kawasan lorong tu.

time kitorang nak pergi tu tengah hujan rintik-rintik.
tapi tak ada la renyai sangat.
hujan yang tahap kena pakai payunglah.
nak ikutkan husband, dia nak redah je.
tapi sy x approved, sebab bawak budak-budak kecik.
payung hotel kat concierge pulak semua dah habis sebab peak season kan.
so husband pi ambik payung kejap kat kereta.
anaqi pulak dah tidur time tu, so berdukung along the way sampai ke mall pun dukung jugaklah sebab dah tidur (husband dukung) and kitorang memang tak bawak stroller.

ariana pulak mula-mula tu nak jalan,
tapi lepas tu berdukung jugak tapi tak lama sebab dia berat. kihkih

sampai-sampai sana dah nak dekat maghrib kot.
orang ramai gileeeee.
yang depan main entrance kat starbucks tu pun super ramai.
ada yang duduk tepi tiang la apa. keletihan kot.
yang queue tunggu teksi pulak punyalah panjang.
kitorang naik ke atas kat indoor theme park.
tengok dah pukul 7, anaqi tidur, macam dah lewat sangat nak main.
so cancel plan main kat themepark.
rugilah bayar mahal lepas tu main sekejap, dengan orang ramainya lagi.
harus kena queue tu kalau nak main.
may be next time.
so kitorang pergi makan je la, dengan jalan-jalan tengok baju.
husband kata macam kat kompleks PKNS je, sebab banyak kedai baju. hahaha
sy cakap macam kat sungei wang plaza.
pusat fesyen kan.
tapi memang happeninglah malam tu sebab christmas eve kan.
cumanya boleh jadi pening sebab ramai gile orang.

tak jadi main kat themepark,
balik hotel tu main kat play corner untuk budak-budak tu pun oklah jugak.
free je pun. dan yang penting, tak de orang. lolx

haha anaqi pandang kat rusa tu macam tengah berinteraksi. budak ni memang compassionate sikit.

ariana sukalah dia, boleh lukis-lukis dan main slide.
anaqi pulak dok makan kapur haha.
yelah dia masukkan dalam mulut macam tu.
terus maknya freak out.




dah pandai naik sendiri dan rocking sendiri.






breakfast pun complimentary for two.
so esoknya tu pagi-pagi pukul 8.30 (lepas budak-budak bangun), kitorang pun bergegas ke kafe di tingkat 3.
walaupun kitorang dah turun awal pagi,
tapi memang penuhlah.
nama pun full house kan. bahaha
time tu dok terbayang pengalaman masa pergi port dickson kat ancasa.
dulu tu ofis lama buat family day kat sana.. time cuti sekolah kot.
memang macam tu la packnya tempat makan dia. sampai banyak makanan habis.
yang kat furama ni makanan ada la, dia refill.
tapi kejap-kejap tu pinggan habis, sudu garfu habis.
nak minta omelette pun beratur.
tapi tak kisahlah, sebab dah maklum orang ramai.
yang penting dapat makan.
anaqi makan muffin dok tumpah atas lantai,
laju je pekerja dia datang sapukan lepas tu. great job, memang bagus.

swimming pool pulak terletak bersebelahan dengan kafe.
tang orang ramai-ramai macam tu idok le kite nak pergi mandi. haha
jadi naik bilik dulu, lepak-lepak..
pukul 10.30 kang kita turun.


haha comel je signage bilik air dia. apa tanda 3 segi tu? triage? lolx.



main kat pool kecik je. pool untuk budak-budak.



anaqi menaqi. 

anaqi memang suka main air.
kat rumah pun kalau mandi, kemain seronok.
tak padan dengan senang kena selsemanya.


sy tak masuk pool pun, sebab kehilangan baju kat rumah. so datang teman je bagi moral support. hahah



tak pe, babah ada temankan korang berdua :D



di pinggiran pool aje kita. bahaha



kelakar tengok anaqi, siap bersandar lagi. ariana macam biasa, seronok sangat.. satu taman dengar suara dia :D


dan sebelum balik tu,
sambung main kat play corner kat lobi hotel.
ariana sambung melukis. macam biasa.

hm. tak pasti apakah ini. picasso betul awak ni, ariana. hahaha



kucing tu sy lukis muka dengan telinga je. yang lain ariana sambung.

so far we had a good time in KL on christmas holiday.
cumanya ramai sangat oranglah. kena cope yang tu sebab sendiri nak keluar bercuti on peak season kan.. siapa suruh. hahah

sampai jumpa lagi!

cuti-cuti krismas : furama hotel, bukit bintang

cuti krismas baru-baru ni kitorang bercuti dalam KL je.
ingat nak bawak budak-budak ni pergi main indoor theme park ke apa kan.
so plan ke bukit bintang,
cari hotel yang dekat-dekat dengan berjaya timesquare.
hotel berjaya timesquare adalah penuh,
so kita ke furama hotel, bukit bintang.
dekatlah jugak dengan timesquare kalau jalan kaki.
5 minit macam tu sampai.

sebelum check in tu kitorang ke wedding kawan husband ai kat area jalan duta.
perjalanan lewat sikit sampai sebab hari cuti kan. KL pun jam.
senang cerita, time cuti ni semua boleh jadi lewat jadual disebabkan kesesakan.
so bertabahlah di situ. dan move on. bahaha

by the time sampai, pengantin dah makan kot macam tu.
tengah tangkap gambar and potong kek.
tapi orang ramai lagi.
yang datang lagi lewat daripada kitorang pun ramai.
jam jugaklah tu agaknya. lolx


selfshot gambar bukti sampai ke wedding. haha

ariana tu sebenarnya ketiduran dari dalam kereta.
panas kan kat luar, so sedaplah tidur.
sampai ke dalam dewan pun nak sambung tidur balik.
anaqi pun tidur jugak, tapi dia dah bangun.

dah lepas-lepas tu baru gerak ke hotel.
around 4 jugaklah baru sampai hotel.
ingatkan sampai tu bolehlah lepak lunjur kaki ke apa.
harapan ajelah sebab receptionist kata bilik tak siap lagi.
dia cakap hari cuti ni full house, jadi lambat sikit diorang siapkan bilik.
lambat sikit? pukul 5 kot baru dapat bilik.
tu pun dapat kat tingkat bawah sikit daripada asal sebab bilik yang kitorang patut dapat tu tak siap lagi.
memang beza la floor dia.
tu pun kitorang ni sampai ke hotel lewat pukul 4pm ye.
supposely kan orang dah check out at 12pm.
kira 5 jam masa diambil untuk settlekan bilik tu dengan alasan full house.
dapatlah complimentary 2 gelas waiting drinks katanya kat cafe tepi lobi bawah tu sementara menunggu.
and memang ramai pun yang tengah menunggu untuk dapat bilik kat lobi.

dear furama hotel, we hope you can improve on the housekeeping service,
especially on peak seasons like christmas or new year.
should expect this full house thingy to come,
since you're in hospitality service and being use to be working on festive seasons.
(i'm so going to post this on agoda)

sabar memanglah sabar.
tapi pukul 5 kot.
kalau bilik siap pukul 3, boleh terima lagi.


tengok tengok, budak tu dah excited bawak pelampung bagai. haha



tak tau anaqi tu dok tengok apa kat bawah :D


sambil menunggu tu,
tengok pokok-pokok krismas daripada bahan-bahan recycle.
yang ini memang kreatif.
you can check em on my facebook.
kudos to the hotel team yang buat ni.

botol kosong dan CDs.



not your usual christmas trees.



ariana duduk tengok orang main hoki kat atas platform ni. hahah


at last, dapatlah jugak biliknya.
ambik executive suite.
kiranya ada ruang tamu, ada bilik.
budak-budak tu sukalah.
masuk-masuk terus main sana sini.
tak sempat nak snap gambar banyak-banyak.. haha. T_T













tv pun ada dua; satu kat luar, satu kat dalam bilik.

makanan minuman dalam minibar pun adalah percuma.
dan ada beberapa privileges jugak kalau dok exec suite;
macam boleh ke exec lounge (tapi kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh masuk), diskaun untuk ala carte menu dan beberapa lagi sy dah tak ingat.

toiletries adalah lawa.

plan nak ke theme park lepas-lepas tu jadinya terus lewat jadual.
aight sambung nanti di next entry!

straw

hey, peeps!
how's your day? :)

semalam isnin hari cuti am, tak buat apa sangat pun.
just keluar ke AEON cheras selatan,
beli barang-barang untuk budak-budak ni masuk taska baru minggu ni.

ariana pulak tidur, satu stroller tu dia yang conquer :DD
kebetulan ada troli dengan seat untuk budak kecik kat information counter.
so pinjamlah kita barang sebentar. lolx

while waiting for babah cari barang kat aisle yang sempit, kitorang tunggu kat depan.



ariana was sleeping the whole shopping time. lolx

rasanya dia tidur sangat cukup.
so bila dia bangun tu, mood adalah sangat baik. haha


anaqi tengah amused dengan mainan yang siapa ntah tinggalkan kat rak sabun-sabun baby tu.

weheyy sebenarnya nak cerita yang anaqi managed to sip from the straw yesterday!
sebelum-sebelum ni tak pernah try pun bagi dia straw.
ingatkan tak tau nak pakai straw pun, so tak bagilah.
biasanya hujung straw tu kita celup dalam air, tekap atas straw, then bagi dia minum.
macam suapkan dia minum pakai strawlah.
tapi semalam kebetulan ada kotak ribena belum bukak daripada percutian sebelum ni.
and i was thinking, kalau dia boleh minum susu, mungkin dia boleh hirup guna straw tu.
and yes, he did!
kemain suka dia minum,
tak nak berhenti dah. hahaha

enjoying his first drink from his first straw sip.



gigih tu suruh babahnya tangkapkan gambar. hahaha

till then!

Friday, December 23, 2016

update on abah's operation 2016

hi hi!

just a short update.

alhamdulillah, abah dah selamat pembedahan tumor di kepala on wednesday, 21 disember 2016.
semalam dah stabil and masuk wad balik.
still at the hospital, insyaAllah will be discharged this sunday.
just got back from the hospital tengah hari tadi.
he looked good. dah makan semua.
tinggal ada stapler je lagi kat kepala.. haha.
tunggu seminggu lagi kot baru bukak stapler tu.

so, let's pray for the best and pray for the speedy recovery.


ttyl!

Sunday, December 18, 2016

of a kenduri akikah

semalam tak ada program apa sangat;
just balik ke shah alam sebab ada jemputan ke kenduri akikah anak childhood friend sy, maisarah.
rumah pun dekat-dekat je, satu seksyen.
teringatlah zaman sekolah dulu pergi lepak rumah dia,
pinjam komik and tengok movie 'fright night' *ni movie yang tahun 80-an punya, bukan yang baru yang colin ferrell berlakon*
haha. kira ni geng komik sy jugaklah.

makanan sedap-sedap kot!
dah la tengah lapar kan.
kambing golek tak de, kambing akikahnya dibuat masak lauk rendang.
first time makan rendang kambing. sedaplah jugak.
walaupun sy tak berapa makan kambing, ambik serdak-serdak pun jadi. lolx
then sy jugak ambik ayam masak kicap (kering), kuah dalca, 2 ketul udang kunyit, acar timun dan buah oren.
lepas tu sambung dessert; 2 karipap, 1 pulut panggang, 1 kuih seri muka, 2 ketul kecil kek coklat lembab and ended up with cendol.
eh ehh banyaklah pulak makan.
perut ni ada blackhole ke apa.. hahahaa
tapi kenyang sampai ke petang :D

babah and anaqi. tu tak duduk diam sibuk nak makan la tu.

alert; anaqi ni macam dah start memilih makan ye.
hoh no, nightmare sangat.
bila dah masuk setahun, dah rasa makanan macam-macam ni,
mula la demand. bubur macam dah tak nak.
dia pun bosan agaknya makan bubur ayam hari-hari. HAHA
tapi ok lagi dia ni, nasi kenduri dia makan lagi.
tapi cendol la yang dia beria makan.
ariana pulak, nasi langsung tak nak.
dok makan cendol dengan gula-gula. apekah.
tahun depan ni memang kena control makan gula, banyak sangat.


ariana and i. time ni zits penuh di muka.

seperti biasa, zits muncul akibat pemakanan.
dah biasa sangat tu. lolx
ni hari tu tak silap sy bukan sebab makan seafood,
tapi makan nasi goreng yang pakai cili kering.
sy perasan jugak, kalau makan nasi goreng and pakai cili kering banyak sangat, tiba-tiba banyak je zits muncul.
tak tau kenapakah cili kering pun boleh buat allergik. peliklah sy. peliklahhhh!
*kena makan rebus-rebus je kot. tapi kang tak kenyang pulak T_T*


anaqi tersorok kat belakang.



resah gelisah nak suruh orang suapkan dia cendol.



atuk-atuk sangat gambar ni! haha

budak anaqi ni dah start tumbuh gigi.
ada la sebatang di atas kanan dan sebatang lagi di bawah kanan.
kemain besar gigi atas dia yang sebatang tu.. hahah.
nanti lain kali kalau ada gambar dia sengih ke apa, kita tepek kat sini :D


with maisarah and her 2nd son, aqil hazzar.

kemain tengok si aqil ni.
apa yang ko tenung tu, nak oi? tengok zits kat muka auntie ke? bahaha.

then balik rumah shah alam kejap, lepak-lepak.
petang tu singgah pasar malam beli kebab, then balik putrajaya.

Friday, December 16, 2016

#AIF

what is #AIF?

haha it's actually 'alhamdulillah, it's friday!' xD

and as i know it, friday is my casual day.
so if there's no meeting *usually no meeting on friday*, i'll be wearing casuals.
cuma tak pakai seluar jeans la. hahah
kalau kat private dulu, hari jumaat boleh pakai seluar jeans :P


selfshot, or DBP calling it as 'swafoto'.

kan baru-baru ni viral tentang perkataan-perkataan bahasa melayu yang derived daripada bahasa harian kita.
so keluarlah 'swafoto' ni untuk menggantikan selfie.
sy tak tau hat mana datang perkataan swafoto.
is it being created by DBP or memang dah ada masyarakat yang guna perkataan ni secara meluas??
tapi macam tak pernah dengar lagi kan.

ada satu perkataan yang sy kurang hadam sikit.. iaitu bunting.
ye, bunting yang kita gantung atau put it on a stand tu kan.
kalau dalam BM, perkataannya adalah 'gegantung'. hihi.
pelik kan bunyinya?
tapi terima je lah dah DBP habaq lagu tu :P

tak berapa lama dulu, i was raising this word in a meeting yang orang dok pakai tapi salah faham maksudnya.
word tu adalah 'kolaborasi'.
selalu kan kita dengar. joe flizzow collabo dengan rappers mana-mana ke. haha
eh taklah, bukan collabo yang tu.
sebenarnya dalam dunia penulisan di ofis, orang selalu guna kolaborasi ni untuk menyatakan dia nak buat kerjasama dengan pihak lain kan.
while maksud sebenar adalah macam.. kerjasama dengan pihak musuh, macam pakatan jahat.
something like that.
tak percaya silalah semak kamus DBP tu. kihkih
sy tau ni pun sebab ex-boss dulu ada beritahu.
ex-boss ai kebahasaan sikit orangnya :D
so, makluman sy tu mendapat response daripada sorang boss dalam meeting ni.
dia cakap "narrow minded." berapa kali dia dok ulang narrow minded tu.
dia kata kat DBPlah kot words pelik-pelik maksud pelik-pelik.
well i don't know. sy cuma beritahu apa yang sy tahu.
nak komen narrow minded ke open minded ke, terpulang. lolx


sebenarnya nak cerita *cerita hari ni panjang sikit, sebab #AIF kan. hahaha hartamas*
hari tu kan lazada ada buat flash sale.
flash sale masa online revolution/cybersale.
yang first one is on 11.11.
second one pulak baru je berlangsung; 12.12-14.12.
lepas ni christmas sale pulaknya. macam-macam sale. haha
tapi sebenarnya cybersale ni boleh tahan murah jugak, cuma kena tau tengok baranglah.
contohnya masa 11.11 hari tu barang maybelline semua 50%. yang itu murah ok.
eyeliner harga RM69 jadi RM30 lebih je, ko bayangkan.
phillips pressure cooker pun turun jadi RM299.
kalau sale hari biasa, harga dalam RM315.

memandangkan blender sy kerosakan hari tu,
so gigih cari blender kat lazada.
beli pulak hari rabu sebab boleh dapat diskaun lagi kalau bayar guna kad kredit maybank. buahaha, jimat banyak tu.
beli magic bullet je senang.
sebab kita blender tak banyak mana.
magic bullet kan cup kecik-kecik.. senang nak blend.
memang teringin nak beli food processor; jimat masa chopping.
tapi tu lain kali lah, sebab food processor mahal sikit.
so lepas habis cybersale tu checklah balik.
tak ada dah blender magic bullet dengan harga RM80+.
semua back to RM130+.
and ada satu lagi item yang sy terperasan murah time flash sale.
dia jual penghujung hari 14.12.
iaitu tv LED sharp 40 inci. harga RM899 daripada harga asal RM1,500.
wowwee gila tu.
tapi tak belilah sebab sy tak nak beli tv.
husband yang kata nak beli hari tu. nak buat main games katanya.
bila tunjuk ke dia, dia cakap oh tak pe nanti hari lain ada lagi sale. ekeke
sy jugak membeli hadiah-hadiah untuk dihadiahkan kepada orang di lazada cybersale ni.
barang lebih elok, harga lebih murah.
so memang cybersale kali ni puas hati la membeli.
eh ehh tak de 'alah membeli menang memakai'.
ni 'menang membeli' sebab sy sekarang ni biasanya beli barang keperluan dulu no. 1.
yang kehendak tu tolak tepi.
kalau ada extra money baru beli barang-barangan kehendak.
tapi biasanya tak lah.
beli barang yang diperlukan aje.
contoh macam haritu kasut kerja dah macam hazabunnah kan.
tu je la 1 kasut ada. belah dalam dah tercabut-cabut alas.
pergi la beli baru. beli bata comfit. comfort je, best pakai. harga tak mahal.
alangkan zeti aziz pun beli kasut bata kan *motif nak samakan beli bata dengan zeti aziz?? HAHAHA*

baru-baru ni juga kitorang dok plan holiday pendek untuk hujung tahun ni.
untuk waktu cuti krismas dan cuti tahun baru.
gigih mencari hotel yang harga ok.
ok pun tak ok lah sebab peak time kan.. cuti umum, cuti sekolah.
tapi masih reasonable.
so just go for it.
kalau tak, sampai bila tak bercuti.
macam lama kot tak bercuti. dalam negeri pun ok.
nak keluar negara for now, tak de la lagi sebab nak kena mengangkut budak-budak kecik.
husband ada ajak tahun depan tu dia nak pergi turki.
tapi back packing.
memang tak de la den nak membawak budak-budak ni berjalan jauh wui.
so biar husband pergi berback pack dengan kawan-kawan dia nanti.
kita kirim fridge magnet je. hahaha
sy kalau sorang-sorang memang boleh kalau nak dibawak jalan.
sy ni naturally kaki jalan. HAHA
bukan kaki travel. means boleh jalan dengan cepat dan jauh. jalan kaki.
kalau kita dok jalan belakang orang yang jalan sangat slow.. macam, wakhh cepatlah sikit hui ko jalan slow-slow tu kenapa. laju la sikit! dah la block laluan, jalan slow pulak tu! macam tu :DD
tapi dalam hati ni nak comfort je lebih.
kalau bercuti, biarlah yang selesa dan dapat berehat lepas penat bekerja.
more to vacation, not travelling.
atau prefer parking dekat depan pintu dan sebagainya. menjana lemak sangat. kahkah
itulah maksud sebenar COMFORT. ngertik? :P

so tu lah.
esok dah saturday.
jadinya.. yay!

jumpa lagi!

a fire drill and med story

salam.

i supposed to blog this two days ago, but time was a bit constraint.

this week, we supposed to have a meeting and presentation on thursday *semalam lah tu*
so pulun lah hari rabu untuk preparation semua.
tiba-tiba dok tengah pulun tu, we heard an announcement.
something like this, "kecemasan, kecemasan. sila tinggalkan bangunan.. yadayada." suara yang tak ada perasaan ye. walaupun 'kecemasan'. HAHA. quite funny, though.

alamak.
kenapa time-time mendesak macam ni ada latihan kebakaran pulak *fire drill*
walaupun pagi tu dah dimaklumkan oleh staff, fire drill will be around 10 am.
tak surprise kan fire drill ni. lolx

we assembled at this open space parking area kat belakang ofis.
tapi tak lama la, kejap je.

prepared; siap ada kipas menemani kami.

lepas-lepas tu lah dapat tahu,
the meeting and presentation need to be postponed,
sebab pengerusi ada program lain time tu dengan YBM.
so keluarkan pulak surat penangguhan mesyuarat.
tengah hari tu ada la masa sikit nak melawat abah kat hospital, sebab meeting dah postponed kan.

drove to PPUKM.
supposedly abah will undergo an operation that day.
puasa la dari pagi pukul 2.
tunggu giliran no. 3.
tapi sampai petang kot tunggu,
patutnya kena ke esoknya pulak (khamis).
tapi tukar ke minggu depan.
mungkin lama sangat operation sebelum tu.. tak sempat untuk giliran beliau.

and the same day jugak abah boleh discharged.
maghrib tu abah balik shah alam dah.
sebab operation is rescheduled to next friday.
semoga mudah urusan operationnya nanti.

at the hospital. eh bulat pulak pipi! 8D

till then!

Monday, December 12, 2016

the extra weekend

salam maulud nabi!

minggu ni weekend kita panjang sikit, sebab ada 3 hari.. huahaha.
seperti yang dikhabarkan sebelum ni, abah sy warded kat PPUKM.
ni tengah menunggu khamis ni untuk operation buang tumor kat kepala.
orang katil depan dah selamat dah operate, dah berhu-ha riang ria walaupun stapler keliling kepala.. hihi.
ye, sini kalau lepas operation tu nanti dia sambung balik pakai stapler.
tau tu sebab ni second time abah punya operation.
dulu pernah sekali operate kat tempat yang sama, berstapler jugaklah kita.
doa-doakan operation abah kali ni berjalan lancar ya.
we just take everything positively and cherish the moment.


photo kat hospital.

kitorang-kitorang je sebab abah tak nak beritahu kat family dia.. means our aunticles *aunties & uncles*
dah habis operation kang baru nak diberitahu agaknya.. tak nak bagi orang risau.
atas ni gambar sabtu hari tu.
pagi pergi big bad wolf kejap (lain entry cerita),
petang tu pergi hospital.
sebab kalau cuti ni, waktu melawat dia panjang sikit.. dari 12.30 sampai 7.30 petang ke tak silap.
sabtu tu bawak rendang untuk abah dan bagi mama jugak untuk bawak balik makan.
sebab abah kan suka rendang.
sebelum operation ni tak de la pantang makan apa, so let's makan rendang. gitu. haha

semalam ahad pulak balik kampung husband kejap, sebab macam dah lama tak balik.
alang-alang cuti lama sikit ni kan.
lepak-lepak je kat banting, lepas tu petang balik putrajaya.

and hari ni isnin last day 'weekend' kita :D
husband gigih mengemas and me-5S-kan rumah.
siap divakum dan dimop. entah kemas apa lagi.
sy sibuk kat dapur, buat breakfast then bakar macaroni sekejap.
tak sekejap pun sebab ada selingan-selingan anaqi datang.
kejap nak main la nak minum la. so kita layankan je. lolx


macaroni bakar jyeah.

asyik la dok adjust resipi macaroni ni tak jadi-jadi kastard dia.
nak kastard yang lembut, tapi tak lerai sangat.
selalu kastard sy jadi lerai.
kalau diikutkan resipi asal, memang tak lerai, tapi bau susunya terlebih pulak.
so everytime buat ni memang sambil mengadjust.
the taste is there, but the custardy texture need to be perfected.
hari tu buat ada jadi, tapi lupa salin sukatan dia.
acik is pelupa like that. hahaha
hari ni bawak jugak macaroni ni ke hospital.
bagi kat abah & mama makan.

hari ni pergi berdua je dengan ariana,
husband sibuk mengemas rumah kan.
so husband jaga anaqi sekali.
kitorang sampai awal sikit, sebab mama nak gerak lepas zohor katanya.


with ariana at the hospital.

ariana ni memang macam-macam akalnya.
dia suka tarik-tarik curtain tu kan.. yang pemisah antara katil tu.
tadi dia tarik curtain kat katil atuknya,
terlekat dengan curtain orang sebelah kanan, tertariklah sekali dengan yang sebelah sana punya.
habis nampak satu keluarga orang tu tengah mengelilingi katil.. diorang semua pandang kat kitorang. wahaha
what a scene -_-"
lepas tu ralit main buka tutup kabinet kecik tepi katil atuknya.
nasib baik la atuk relax je nak oi.

pukul 3.30 petang macam tu kitorang gerak balik ke putrajaya.
malas dah nak masak dinner, singgah kedai je la tapau.
meanwhile husband and anaqi shopping kat alamanda rupanya.
lepas tu husband pun belikan dinner jugak.
dia belikan mc chicken baru tu.
maka kitorang ada dua dinner meals hari ni.
kenyang perut suka hati, gendang-gendut tali kecapi la nampaknya :DD


gambar anaqi bershopping yang di-whatsapp oleh husband tadi.

nampak tu sardin cap king cup.
cap kegemaran husband sy. hahaha
kitorang berdua ni walaupun 'geng', tapi kegemaran kebanyakannya lain-lain, tak sama.
dia suka king cup, sy suka cap ayam. 8D
dia suka sweet, sy suka savoury.
dia suka tengok fantasy movies, sy tak.
unity in diversitylah kununnya. haha

anddd esok dah hari kerja.
tak ada perasaan 'MALASNYAAA'.. tak ada perasaan tu entah kenapa.
yang ada cumalah 'tak ada perasaan' esok nak kerja.
rasa biasa-biasa je.
cuma nak settlekan meeting dengan presentation bos kecik je before my abah's operation.
lepas tu hujung tahun nak cutiiii. yeppa!

aight sambung lagi nanti!

banyakkan berselawat sempena maulidur rasul hari ni! ^^

till then!

Friday, December 09, 2016

dah friday!

hola!

dah tepu otak bekerja, maka mari kita rehat sebentar.
tadi dok siapkan kerja, pukul 3 lebih baru sempat nak makan nasi ayam.
tak pe tak pe, sebab sebelum tu dah makan pisang tanduk goreng yang crunchy daripada kafe ofis kat bawah :D

hari ni kami semua mendapat perkhabaran terkejut.
i.e big boss division kami dah naik pangkat ke upper post.
berkuat-kuasa serta-merta ya.
jadilah division ini yatim piatu kerana 'mak' dah nak tinggalkan kami.
mungkinlah ada pengganti untuk chair big boss kat sini.
tapi our boss pergi time minggu depan nak ada meeting dengan presentation ke KSU huaa.

surprise surprise betul JP*A ni.

i'm too tired i need a rest.
ni pun demam dah habis, tapi hidung blocked tak habis lagi.
nak balik rumah buat 'snow angel' atas tilam. HAHA

tapi rasa macam nak pergi pasar dulu.

tu diaaa. part pergi pasar kemain gigih.

later!

Thursday, December 08, 2016

ackt sibuknyaaaaa (ganda lapan)

hai hai!

update setakat hari ni;
2 minggu yang agak tak menang tangan kat ofis.
ada je kerja nak kena buat.
kelmarin cuti sebab demam, so tak dapat siapkan.
semalam pergi duty parlimen, pun sikiiit je dapat siapkan.
hari ni diselang-seli dengan kerja lain, pun tak siap-siap lagi. AHAHA
i'll try again tomorrow morning :P

the blender is broken,
need to find a new one.
kalau tak, pakai lesung je la kitaaa.

pagi tadi teman bos kecik turun bawah, ke ofis ****.
ada hal kerja nak tanya.
lepas-lepas tu depa sembang la pasal rumah.
sebab my boss baru beli CSR*U unit kat putrajaya kan.
sembang-sembang macam bunyi murah je rumah-rumah ni huaa.
rumah high rise 600k pun bos ofis **** tengah timbang-timbang nak beli sebab dia dah ada rumah landed.
i was like.. whoa. 600k. atas angin kot! mahalnyaaa.
tapi memang ada orang yang appreciate amenities and view.
dan duit apa ada hal.
kalau kita ni nak beli pun punya la berkira-kira.
entah cukup ke tak ni nak belanja lain. kan.
lepas tu bos **** tanya sy dah beli rumah ke.
cakaplah dah, belum siap.
kat mana? kat yadayada.
harga? sekian sekian.
wahh ok tu, murah. katanya. boleh renovate luar lagi sebab kalau rumah putrajaya tak boleh reno sewenang-wenangnya, kata bos **** tersebut.
gelak dalam tangisan ai (dalam hatilah), sebab ada ke duitnya pulak nak reno rumah?? lolx

seriously, kalaulah harga rumah affordable macam dulu,
kalaulah bayaran bulanannya sama lebih kurang macam kami-kami ni bayar duit kuarters (yakni RM450 sebulan saja),
mungkin lebih banyak keperluan lain boleh dibeli,
dan ada lebihan untuk menabung.
sy bercakap ni dari konteks untuk semua orang.
semua orang yang sedang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
kalau tak, takkanlah siang waktu rehat tadi turun ke kafe,
tengok pisang goreng yang selama ni 4 keping seringgit,
dah naik harga jadi 3 keping seringgit??
kegilaan apakah ini?
sebab harga minyak masak naik ke?
esok kang jangan sy turun kafe, tengok harga pisang goreng sekeping 50sen pulak.
mau menangis di bucu dinding pejabat nanti. hahahaa huaaa

ketepikan dulu kisah kos sara hidup.
kan sy ada cerita sebelum ni yang the AAs ada panjat grill rumah sebelum pergi taska pada suatu pagi?
hahha ni lah dia gambarnya.
ada ye gambar. wani e apa je dia tak snap. semua nak snap :'DD


anaqi baru turun time ni lepas kena 'marah' :'D


semalam pulak demam.. dok makan ubat.
jadi macam tak selera nak makan nasi pun.
lapar pun tak terasa sangat.
tapi malam tu ada goreng jugak jemput-jemput pisang buat alas perut.
sy ni noob buat jemput-jemput pisang.
tak pernahnya menjadi.
biasanya lembik habis la.
tapi this time eh eh jadilah pulak.
sedap macam kat umai by the lake punya kahkah terpuji kesedapan jemput-jemput pisang ni pulak :DDD
campurkan pisang lenyek, tepung naik sendiri, tepung gandum, gula perang dengan sikit garam.
sukatan tu rasa-rasa sendiri.
jemputkan dia atas minyak panas.
taraa.. siap!

a bit of crunch di luar, lembut di dalam.


tapinya kena gelak dengan husband la sebab beli pisang berangan.
eh ehh apa salah si pisang berangan?? lolx!

till then!