Monday, December 24, 2018

hotel grand ion deleman, genting highlands

assalamualaikum and hi!



tak ada benda yang lebih menyeronokkan daripada pergi bercuti, kan. haha
cerita ni dah backdated sangat, weh.
maklumlah, ai is baru sempat nak update blog :P

10 september hari tu kitorang sekeluarga pi bercuti kat genting.
alkisahnya tahun lepas ada subscribe membership hotel..
dapatlah baucer. tapi tak pakai-pakai.
takut baucer expired, kitorang pun bergegas ke genting.
little did we know, genting outdoor theme park belum siap pun lagi huii!
indoor theme park pun macam tengah renovate.

so untuk korang yang nak ke genting time-time sekarang,
tempat yang boleh pergi pun macam GPO atau  (shopping)
first plaza boleh pergi, tapi yang ada pun cuma rumah salji.

disebabkan entry ni dah pending sangat and baru terperasan ada dalam draft,
nah ambiklah tengok gambar je.

bawah ni gambar-gambar bilik hotel kitorang.


macam apartment je rasanya sebab tak de karpet. tapi mungkin sebab cuaca sejuk, lembab yang menyebabkan hotel ni tak pakai karpet?



ada 2 tv.. 1 kat living hall ni.. satu lagi kat area bilik tidur (tapi tak de pintu bilik). macam studio dengan dinding la. again, lantai menyebabkan kaki kitorang sejuk gileeee pijak. nasib baik bawak stoking hui.



ni gambar dalam bilik. katil king. tv ada in-room entertainment.. lebih kurang macam netflix tu la. boleh pilih-pilih movie apa, boleh pause semua tu.



budak paling seronok dapat stay hotel.

budak berdua ni memang tak de words lain disebutnya;
hotel, jepun. hotel, jepun. (selain alamanda dengan ioi :P)
haa 2 benda tu diorang nak pergi ye. HAHA
hotel tu oklah ada time kita boleh pergi.
tapi jepun??!
korang ingat kita ni duta besar jepun ke gitu-gitu je nak pergi jepun? hahaha
tu belum lagi diorang request nak naik helikopter. haiii pengsan.
gile demanding budak-budak zaman sekarang :DD


gambar di posisi yang sama, tapi ada pertambahan struktur babah di situ. lolx



tiba-tiba babahnya nak terbang. hahaha



ni pulak rupa bentuk bilik airnya.



gigih pam pelampung, nak pergi swim.



hotel ni boleh kata on top of the hill jugak. nak sampai sini jalan berliku. so malam-malam bayangkan la kabus dia macam mana. sejukkk.


the next day..

kita breakfast duluuu. makanan kat sini sedap!



my first plate.



hotel ni ada heated pool. so tak terasa sejuk bila masuk ke dalam pool.



anaqi and his 'life jacket'.



swimming pool dia kira macam infinity jugak kat hujung tu. belah lagi satu ada pool budak-budak.


dapat jugak voucher makan malam.
so digunakan untuk malam tu.

ni baru appetizer ye. hahaha. ada 3-course ni.



each of us (hubs and i) ambik set berlainan. so ni appetizer tak ingat siapa punya.. haha



ni main course hubs punya.



mine. ada nasi. asia la sikittt. lolx. AAs tumpang-tumpang makan part sate dengan ayam.



dinner time tak ramai orang pun kat restoran hotel ni. kosong je. tu yang tak de buffet.. just a la carte.



dessert. chocolate lava cake dengan ais krim.



this is mine.. panna cotta. dia macam puding-ish. ke memang puding? lolx



again.. the cold fog. tak nampak apa.



the next day punya breakfast. jyeah!



roti canai and samosa. kuah dhal dia best!



tak dilupa.. bubur. sy kalau makan hotel's breakfast buffet mesti ambik bubur. yang ni ada tambahan ubi bit merah (beetroot).

jalan di bahagian luar restoran hotel ni menghubungkan kita ke area swimming pool di building lagi satu.
kat luar tu memang lawa jugak deco dia.






dah kenyang makan, snap gambar sana-sini kat taman luar,
kita pergi swim lagi! hahaha




anaqi and his aeroplane.



view dari pool di bahagian tepi. boleh nampak balkoni restoran.


and here are the photos of jalan raya menurun dari hotel ke kawasan first world plaza.
fyi, hotel grand ion deleman ada sediakan shuttle van/bus.
so you can check the schedule kalau nak ke first world plaza.




nice view along the way.



jalan memang berlereng. tapi view tu yang mahal.


guess that's all for now.
ttyl!

pindah rumah dari putrajaya - part 2

pemandangan dalam rumah kuarters masa hari perpindahan.


ok akhirnya berjaya sambung cerita pindah rumah part 2. bahaha

lepas kejadian 'swimming pool' dan lif rosak kat kuarters kitorang,
akhirnya lif berjaya dibaiki dan plan pindah-randah kita on!

kitorang akhirnya berpindah dari kuarters kat presint 17 ke pekan dengkil, selangor.
lori sewa, tanya-tanya dalam group kuarters je.
ni ha nombor lori kalau sesiapa berminat:

encik faiz - 0139413581

en. faiz ni dok kat kuarters tu jugak.. tapi kat blok C.
lori 5 tan dengan 3 orang pekerja.
harga RM500.
service memang laju.
dalam masa 1 jam, semua barang dah siap loading dalam lori.
perjalanan ke rumah baru makan masa tak sampai setengah jam or lebih kurang je macam tu.

sy follow dari belakang.
singgah KFC kat depan tu.. belikan ayam KFC untuk pekerja-pekerja lori.
sampai-sampai rumah je, diorang dah siap-siap nak gerak balik.
what theee.. pantas gile!




ni lah keadaan lepas barang-barang semua dimasukkan. memang pening lalat, pening langau, segala jenis pening tengoknya. lolx

disebabkan sy jenis tak boleh tengok messy melampau macam ni (walaupun sy ni natural penyepah HAHA),
sy ambik masa dalam 2-3 hari untuk kemas yang core,
termasuk vacuum dan mop lantai atas bawah 2 kali.
mop tu memang hari kedua dah settle.
cannot live habuk-habuk one. haha
walaupun sebelum tu memang ada upah orang bersihkan.
tapi jadi habuk balik sebab kerja-kerja wiring etc. belum habis.

ni la view rumah baru kitorang dari depan.
rumah ni tak lebar macam rumah lain, dalam 18 kaki.
sebab tanah tak cukup ke apantah, kata pemaju.
orang lain semua 20 kaki.
so nak masuk parking 2 kereta sekali lalu tu memang skillful habis la. hahaa
18 kaki pun ok je, asalkan ada tempat berteduh.. ye dok.
tiada lagi masalah lif rosak panjat tangga 9 tingkat *cries*


depan rumah kitorang ni tak de rumah lain. just view pokok-pokok menghijau, siap apa paya. ada time, kerbau-kerbau masuk berkubang dalam paya tu. hahaha


so tu la alkisahnya.
mungkin dalam seperate entry,
akan cerita proses-proses keluar dari kuarters pulak.
macam biasa, kalau rajin.
HAHA

till then!

Thursday, December 20, 2018

ariana's graduation day

assalamualaikum and hi!

bersiaran lagi kita selepas sebulan lebih. haha
memang lama betul masa diambik untuk update blog ni.
dasar malas update betul :DD

entry pindah rumah part 2 pun belum sempat nak buat lagi.

kita skip tu dulu.

ni, cerita graduation day ariana pada jumaat minggu lepas, 14 disember 2018.
percayalah, lagi nak sampai hujung tahun ni, lagi sibuk ofis tu entah kenapa. lolx
meetings semua dikejar-kejar nak buat hujung tahun.
tapi alhamdulillah, jumaat lepas dimudahkan untuk attend majlis ni.

(kalau tak, memang ada bengkel kena attend jumaat-sabtu. it's just that we have a really flexible boss. if kita tak dapat attend, ada orang lain boleh attend. macam tu la. my past experience tak begitu, kena paksa pergi kursus; i still remember. but then i ni 'ketegaq'. i kata A, A lah macam tu. maaf, ex-boss. i knew what's my priority and i stood by it. hehe)

ok balik ke cerita zaman sekarang :D
majlis tu started at 3pm macam tu, dah nak hujung hari, kebetulan kerja semua pun dah settle.
(pulun awal minggu superbanyak kerja. alhamdulillah now boleh bernafas sikit).
so kita ke auditorium.


everyone was there. babah pun. semua wajib hadir ye majlis keluarga. :P

sebenarnya gambar and vids banyak jugak.
tapi untuk blog, kita letak sebahagian je.

majlis ni bergabung dengan 1 lagi cawangan taska kat kementerian pelajaran.
(sadly baru tadi dapat tahu, 2 cawangan taska kat KPM & KPWKM akan tutup tahun depan.. sebab kementerian tukar tender baharu. nasib baik la yang kat ofis sy ni masih kekal. alhamdulillah).

majlis dimulakan dengan baca doa, nyanyian lagu deen assalam dan lagu taska.
comel sungguh budak-budak.
lagi-lagi part chorus deen assalam tu.
kemain kuat masing-masing lontar vokal. hahaha


ariana and four of her friends special sikit pakai baju kebaya sebab ada reading di pentas.



nyanyian merdu anak-anak.



meanwhile, si anaqi jumpa geng pulakkk si luth. masing-masing jenis pulun main kereta atas karpet, naik turun tangga audi tu dah biasa. hahaha



ariana's reading. baca buku tajuk 'shopping'. memang sesuai sangatlah tu dengan dia. hari-hari dok tanya nak pi pasar, nak pi alamanda, nak pi ioi. paling haru, nak pi jepun. haa :DDD



dapat certificate! gambar sekaliii dengan owner taska :)



tak lupa juga menempah bunga. ala-ala konvo. mak-mak macam sy memang over sikit. HAHA.

mana yang lama kenal sy, memang tau kot sy ni sukakan hadiah.
sy suka kumpul wrappers (muda-muda dulu la), balut hadiah, buat kad,
semua tu memang passion sy yang mungkin sesetengah orang takkan faham.
tu la kedai memory lane banyak dah tak de, sebab tak ramai appreciate nak bagi hadiah, kad.
semua pakat hantar mesej kat facebook je kalau ada birthday, sambutan dll.
so untuk graduation day ni, sy tak ketinggalan untuk hadiahkan bunga kepada ariana.
she loves pink, so i asked the florist to make a small, pink bouquet.
sukalah dia dapat bunga.


gambar (pre-photographed) dan sijil.



congrats, ariana!

kalau yang mana tak tahu umur ariana,
masa grad ni dia 5 tahun.
sebabnya taska dia sekarang paling tua, kelas 5 tahun la.
tu pun next year sampai 4 tahun je.
jadi next year 2019 ariana akan ke sekolah baharu.
insyaAllah, tadika daun biru. dah siap register ambik uniform pink-biru skirt-skirt dah. haha
babahnya eager nak hantar ke sekolah cina.. belajar mandarin dll.
katanya cara pembelajaran di sekolah cina lagi bagus.
we'll see.
tapi part mengaji muqaddam and iqra' tu nanti kena serahkan kat babahnya lah. hihihi


insyaAllah selagi diberikan hidup oleh Allah kat dunia ni, mama will come and support my kids in any occasion held. kejayaan anak-anak didukung oleh sokongan ibu bapa. ingat tu (mesej kepada diri sendiri jugak).

till then!
tunggu rajin nak memblogging nanti. hehe

Sunday, November 04, 2018

pindah rumah dari putrajaya - part 1

penggulungan baju-ikat-getah secara berjemaah.

assalamualaikum and hi!
finally! haha. finally kitorang akan berpindah rumah lepas pelbagai drama bersiri berlaku dengan kontraktor, orang wiring dll :P
plan pindahnya on 4 nov 2018 (esok, ahad).
sebelum tu ada cerita cemas.
putrajaya dilanda banjir! *whattt*
kuarters kitorang tak terkecuali.
banjir agak berleluasa, sampai aras G dah jadi macam swimming pool.
lantas air tersebut masuk ke dalam lif.
lantas kedua-dua lif tak boleh gerak *agak dahh*
benda ni berlaku jumaat baru ni.
memang gigih sy, ariana, anaqi panjat tangga ke tingkat 9 lepas balik ke rumah dari ofis-pasar.
yang jiran2 tingkat 18 tu tak tau la apa cerita.
kitorang cemas.
sebab nak pindah ahad ni.
tetiba lif dua-dua tak berfungsi pulak.
lepas tu ada jiran speculate yang lif dapat dibetulkan on monday karang.
biar betulllll.
tabahlah kita di situ.
tapi alhamdulillah.
hari ni sabtu, maintenance lif sedut air keluar and dua-dua lif dah ok.
maka plan kita berpindah rumah.. ON!


carilah kotak-kotak terpakai untuk kesejahteraan sejagat.

untuk persediaan pindah rumah, boleh consider perkara-perkara ni:


  1. kotak
    cari kotak terpakai kat pasaraya/kedai.
    untuk orang yang tinggal kat putrajaya macam sy, sy dapatkan kotak terpakai secara percuma kat area kedai buku pustaka rawang & darussalam, presint 16.
    tempat lain mungkin banyak jugak. just kena rajin cari.
  2. beg jinjit berzip
    gambar beg ada kat bawah-bawah ni.
    beg macam ni senang kalau korang nak isi periuk belanga, baju.
    apa saja barang yang tak mudah pecah.
    untuk saiz besar, sy beli dengan harga RM5 saja kat kedai barang murah, dengkil.
    kalau kat kedai lain, mahal. MR DIY tak silap RM10 (beg cantik sikit kot).
  3. bubble wrap/plastik/kertas
    ni untuk cover benda-benda yang mudah pecah.
    macam pinggan, mangkuk, gelas kaca.
    bubble wrap sy beli kat kedai buku dengan harga RM4.90 satu. beli 5 set.
    kertas pulak sy beli kertas minyak, RM1.
    tapi kalau ada surat khabar, pakai surat khabar je.
  4. selotape/duct tape, marker, gunting, pisau
    untuk seal kotak, labelkan barang pada kotak/beg.
  5. masa dan tenaga yang banyak
    seriously, memang agak penat nak kemas dan packing.
    baju, memang satu-satu kitorang gulung dengan getah untuk mudahkan masuk dalam beg (kalau ada beg luggage, boleh pakai).
    pinggan, gelas kaca pun satu-satu wrap dengan bubble wrap/kertas.
    kalau boleh, biar seminggu sebelum pindah dah kemas sikit-sikit.
    bercakap daripada pengalaman yang sehari dua baru mengemas.
    pulak tu datang keadaan yang tak dijangka macam banjir, lif rosak (kepenatan lebih sebab daki tangga etc.), anak demam.
    so better prepare awal. if not, exhaustion.

bubble wrap berharga RM4.90 sahaja.



plastik-plastik ni ambik kat tempat kedai buang kotak-kotak terpakai. alhamdulillah, free semua ni.



kalau korang ada sticker fragile, lagi best. kalau tak de sticker, macam ni la gayanya kena tulis kat atas kotak :P

oh satu lagi.
kadang ada kotak yang siap-siap ada lubang pemegang kat tepi.
memudahkan untuk angkat nanti.
tapi kebanyakan kotak tak de.
so sy lubangkan sendiri dengan pisau.
lepas tu lapik dan selotape dengan kertas, supaya tak sakit tangan bila pegang nanti. (dalam gambar di atas, kertas yang warna merah tu).


barang-barang mudah pecah memang kena lapik satu-satu dengan bubble wrap. kalau cawan, senangnya sumbat dengan kertas je. haha



ni la beg jinjit berzip tu. entah apa nama betul dia.. tak sempat nak google.

so nanti kita sambung cerita pindah-pindah part 2 pulak.
berapa harga lori, berapa tan etc.
doakan dimudahkan semuanya untuk kitorang esok.
lenguh dah ni, nak rest dulu before esok.
zzz.

toodles!