Wednesday, May 06, 2015

car seat


assalamualaikum. hai.
berjumpa lagi kita. hoho
sorrylah, caught up with things and sibuk bercuti, baru sempat nak bukak blogger :P
entry cuti-cuti malaysia akan di-up sekiranya kerajinan merajai diri. fuahaha

hari ni nak borak tentang beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ni.
kisah family tiga orang terkorban (tercampak) sebab kereta myvi lumba sana sini.
and latest baby terkoban (tercampak) sebab bertembung trailer.
takziah kepada keluarga yang terlibat.

one. i drove a myvi and not all myvi drivers are racers.
kelab pun tak ada ok.
macam mana dengan pakcik yang bawak myvi pergi masjid?
mak bapak yang hantar anak pergi sekolah naik myvi?
student yang mencari ilmu di univ naik myvi?
so don't generalize people like that. VERY SHALLOW MINDED.


oh, helo hai, everyone!! spread love!

two. ramai komen pasal mangsa tercampak sebab tak pakai seatbelt.
then masuk topik baby selalu high risk tercampak sebab parents kat malaysia tak letak kat car seat.
selalu pangku anak kat depan.
kadang pangku sambil drive.
then these mothers ada yang beritahu, diorang nak kena menyusukan anak kat depan, sebab tu pangku.
and nanti ada la yang bidas balik cakap tu bukan alasan.
kat luar negara kalau tak letakkan anak kat car seat, boleh kena denda saman segala.
yeap car seat penting.
umur-umur macam ariana bariana, if duduk car seat dah pandai ok nak buka tutup lock.
umur banyak akal memang macam tu. rofl.
so kalau drive sendiri bawak dia, memang doa banyak-banyak jangan la dia buka lock then bergerak ke hulu ke hilir dalam kereta.
alah kadang dia memang suka ke hulu ke hilir jugak.
so tak boleh nak jangka la budak-budak ni.
one thing sebelum keluar rumah jangan lupa baca doa, semoga dilindungi Allah.
yelah tak de satu komen pun sy baca kt fb tu yang suggest keluar rumah baca doa. lolx
prayer is power ya'know.

oklah tu je.
take care everyone.
and drive safely. tata.

Friday, May 01, 2015

ucapan hari pekerja kt fb

sebab malas nak karang ayat lain 2-3 kali, nah copy paste je ayat ai daripada fb :D

selamat hari pekerja kepada semua pekerja di duniaaaa!! *tepukan halilintar*
'bekerja'lah untuk family hari ni,
atau 'bekerja'lah untuk Pencipta secara lebih gigih.
pintu ofis tu sealed kuat2 jangan bagi masuk.
kalau boleh paku&drill semua sekali :'D
(yang bekerja jugak hari ni, korang memang kental!)

have a wonderful labour day.

Saturday, April 25, 2015

saturday and the birds are chirping

yoshh dah penghujung april dah! xD
tak sabar weh nak tunggu mei. *sebab ada cuti panjang. gahaha*
i was being a bad bad blogger cause i abandoned my blog BOO HOO wani.
bukanlah tak nak blog, tapi tak sempat.
dah balik rumah sibuk buat benda lain then kepenatan.
tak pun desktop ni ariana bariana buat tengok nursery rhymes dia ataupun husband buat main games.
since desktop is not available, sy pun pi la marathon movies malam-malam.
netbook dengan lappy dah considered arwah. need a new one.
nak blogging kt ofis jangan harap la, ofis yakin boleh je block website sana sini. haha

so.
apa-aku-nak-update-kisah-hidup-yang-tak-berapa-nak-glorious-ni. :DDD

ariana punya updates la dulu kan.
sebab being a mother, apa-apa hal wa utamakan anak wa dulu. kahkah. yo yo or :P
she's fine like always; tinggi naik, berat naik, akal pun boleh tahan dia punya sel otak tu connected. punya banyak akal sekarang ni. lolx
sana sini melompat saja kerjanya.
good thing dia dah start meniru orang ambik wuduk, orang solat.
walaupun tonggengan dia di hadapan membuatkan solat ai tak khusyuk warghksbdmscadhvb
solat ye solat.
hiburan pun tak ketinggalan budak ni. zuhud sangat. hahah
now musim dia menyanyi menari semua.
dah pandai nyanyi guna suara dalam. whatta.
ok la sebab tak buta melodi. tau mana A mana B mana G F semua *was talking about music notes. HAHAAA*
hari tu sayup-sayup je dia nyanyi lagu UTC masa tengok iklan UTC kat tv.
"yuu tii siii." hahahahh. yang the rest tu dia mumbling je. akupontakhafaldowhlaguiklanUTCtu.
kalau bercakap dengan dia, dah faham dah apa kita cakap.
cuma nak reply balik tu tak ada la dia bagi ayat penuh.
biasanya ariana akan guna words je untuk communicate.
example if dia ajak pergi dapur kan, kita suh dia ajak babah dia sebab kita pemalas lipas. hahah
tapi dia tak nak babah. dia nak mama jugak bawak dia.
so nanti dia jerit kuat-kuat. "mama!" "mama!" maknanya nak mama yang bawak. aish.
kalau dia nak mandi dia cakap je "andi." andy garcia sangat. lolx
dia tak de cakap "ariana nak mandi." dia tak belajar lagi nak buat ayat penuh :D bolehlah tu asalkan ai faham.
musim melukis pun ye jugak. tapi kitorang ni la mangsa dia, dia mintak lukis itu ini. T_Tv
lukisan pulak high demand.
kalau ko lukis kuda tak de rupa kuda, nanti dia berkerut heran.
lukis atuk, nenek pun tak de orang lidi ye.
orang complete dengan rupa semuanya kena menyerupai. kakaka
nanti la kalau rajin sy snap gambar contengan-contengan itu.
oh. umur dia sekarang dah setahun 10 bulan. nak dekat masuk setahun 11.

my own updates;
kerja sekarang musim light. so tak buzyness sangat.
lagipun sy ni mood nak bercuti dah ni nak bulan mei kan. HAHA!
now perasaan membaca buku, banyak kepada buku-buku thriller.
macam dah tak boleh hadam baca buku percintaan.
certain buku je boleh terima macam buku evelyn rose. tu je la. plus evelyn rose sibuk buat PhD, so dia tak de keluarkan buku baru lagi.
movies pun banyak tengok thriller now.
and banyak tengok movies lama. 90s, 2000s.. 80s pun ada sikit.
ntah la, movies lama ni macam lagi best sebenarnya and storyline hebat-hebat.
selepas 2010, movies semua macam tah apa-apa.
harap CGI je lebih (kecuali cerita macam LOTR, hobbit..)
antara movie baru yang storyline dia ok.. yang sy tengok is 'gone girl'. ha itu pelik sikit.
interstellar? pun pelik tapi sy tak suka sangat sci fi ni. plus teori bengkokan dimensi dia tu sebenarnya dah keluar awal dalam movie deja vu tahun 2006. rupanya.
sekarang ni pun tengah buntu nak download movies apa.
movies baru banyak tak best hoihhhhhh.
kalau ada movie yang best bolehlah share dengan sy. tengah mencari-cari jugak ni.

oklah tu je updates diri sendiri.
update husband tak payah la, dia tu gembira ria je sentiasa. sihat walafiat. haha
jumpa lagi di lain masa! *aicewah dah macam ayat kat rancangan tv :P*
toodles!

Sunday, April 12, 2015

ayam percik terengganu dan jagung rebus bakar

hari ni kita breakfast meriah sikit.
haritu pergi pasar ada beli jagung manis; 4 tongkol RM5.
sy suka pergi pasar tani, sebab situ barang murahlah jugak and selalu ada pemantauan harga oleh MOA. menteri pun kerap turun padang.
kalau ko pergi cold storage belum tentu dapat 4 tongkol jagung macam ni punya harga. lolx
(plus, pasar is bebas GST. hahah)

now let's roll on the photos!


jagung yang dipatah-patahkan saja dengan tangan. malas nak memisau. :P



rebus dalam air mendidih.


lepas tu tiba-tiba terasa macam nak buat ayam percik terengganu.
pi la google resipi.
ai ni pelupa resipi kadang.
so kita google je. hahah

sediakan bahan perap macam bawang, halia, serai, ketumbar, jintan manis, madu and sikit garam.
marinate dalam setengah jam dalam fridge.

beginilah rupa ayam-ayam yang diperap.

nama ayam percik ni puncanya sebab sambil bakar sambil kita 'memercik' kuah di atas ayam.
bolak balik then sapu lagi kuahnya.
begitulah.
actually kuah percik dah dimasak awal sebelum ayam diperap lagi.
santan, air, bawang merah, halia, cili kering (kalau nak kuah putih tak payah letak cili), serai ketuk, garam and gula.
kuahnya diambil sikit dan dicampur dengan olive oil untuk dipercikkan atas ayam grill.
*ai dok apartment tak boleh nak bakar-bakar pakai arang HAHA*

bakar atas pemanggang ajaib je. sambil-sambil tu sapu kuah percik di atas ayam.

kalau mama sy, beliau suka percik guna batang serai.
tapi menengokkkan serai dah tinggal 2 batang je & wani e sayangkan serainya, maka wani e gunakan berus pastry sahaja. lolx


kuah percik yang dah dicampur dengan olive oil.



gunakan berus pastry untuk memercik ayam. xD



ni dah garing sikit. teruskan menyapu kuah percik.






and after a while,
siaplah ayam percik terengganu kitaaa.
lama tak makan. haha

yums.



kuah ni nanti time nak makan, tuangkan aje ke atas ayam.









dihidangkan  bersekali dengan jagung rebus yang telah dibakar.

jagung tadi kita bakar/grill sikit untuk menampakkan kesan chargrill nya.
(walaupun tak de char sebenar. LOL)


our sunday breakfast!

verdict?
sendiri masak sendiri makan,
rasanya adalah rasa ayam percik terengganu. HAHA
sedap and sekali hadap kitorang dah habiskan semua.
tinggal jagung 2 ketul je lagi tak habis sebab dah kenyang. :D

jemput makan!!

Saturday, April 11, 2015

my first mobile toilet

korang pernah masuk mobile toilet?
seumur hidup ni la first time sy pakai mobile toilet. bahaha
tu pun sebab bertugas di site (luar ofis).
and kat tengah-tengah alam tu mana ada toilet kan.
so they brought a mobile toilet for everyone's comfort :B

mobile toilet ni ok.
masuk-masuk je bau lemon.
bersih pun ye.
keciknya macam ko masuk toilet dalam flight.
tapi tak de paip. (sila tahan berak. HAHAAsdfsdhvcahdc)
pump and pipe semua ko kena tekan button besar kat bawah dengan kaki.
air keluar pun segan-segan je.
nasib baik ada tisu.

satu je la.
jangan dishare dengan ribuan orang.
orang ni kan macam-macam perangai.
time mula-mula pakai tu (time tengah rehearsal and event preparation.. time orang tengah tak ramai), memang bersih la toilet tu.
while event dah start and people were swarming the place,
next sy masuk dah start ada tisu sana sini.
bukan tau nak buang dalam tong sampah kat luar.
memang teruk la mentaliti orang ni.
pengotor boleh tahan.
(not all. but the mobile toilet tells it all :P)

macam ni je ha rupanya xD comel kan.



lubang toilet dia sentiasa ada cover kecik bulat. bila tekan pump tu, akan keluar air biru antibakteria.



tisu disediakan. see. elok je kan mula-mula. bersih je.



ni time event. orang dah ramai.

senang cerita ada orang yang tak reti lagi guna toilet yang pelbagai jenis.
tak ada la nak blame orang tak reti guna.
tapi macam mobile toilet, or toilet yang tak de paip and air keluar ikut bawah; bukan semua orang reti.
tu yang jadi air memancut sana sini.
tisu bergelimpangan lagi.
tapi adapt la.
dah tempat tu tak ada paip. kecik lagi. pandai-pandai la. jangan buat kotor.

tapi ni kira second time la lepas-lepas tu sy bersyukur sangat jumpa 'tandas sebenar'.
yang ada pipe hos, yang ada flush air banyak etc. HAHAHA
first time bersyukur adalah selepas masuk hutan.
kencing berak semulajadi je ok.
kalau nak berrr ada la diorang gali lubang and buat pangkin kaki macam toilet tu. siap dengan pengadang (tapi better ada kawan berjaga kat tepi la).
tiga hari dalam hutan. (rasanya tiga hari)
tiga hari tu jugak sy tahan berak. kahkahh
ada kawan yang sakit perut memang tak menahan terpaksa jugaklah dia buang kat situ :'D sabarkan je la ye.

so benda-benda macam ni menjadikan kita lebih bersyukur la.
and bila jumpa toilet sebenar, lebih appreciate.
tu yang tak menahan kalau orang suka condemn sana sini. pasal apa-apa pun.
macam dia punya endurance tak kuat la.
sikit-sikit nak condemn.
mana daya ketahanan ko.
campak kat hutan sekali bagi dia tau rasa bersyukur. gitu. :PPP


ni time tengah preparation. dua hari kitorang kat sini. balik rumah la of course :P

bahagian kitorang in charge acara.
walaupun ilmu event management ke laut,
kitorang redahkan aje.
sebelum ni pun buat event kenduri wilayah tu.
ni ada next project ni. event jugak. jaga acara jugak.
nantikan la ye.
memang kena cop muka event. kahkah (tapi sebenarnya sy suka jugak kalau jadi AJK jaga cenderahati. ai is suka wrap hadiahhhh :DD)

dan ni cerita lain pulak.
cerita tandas dan event dah habis ye.
tapi sebab wani e malas nak buat entry berasingan,
sambung cerita sini :P

since sy ni budak baru kat ofis,
terpilih masuk program mentor mentee.
so semalam, officially program kitorang dah habisss jyeah.
ni gambar sy & mentor sy, kak afiza.
thanks for being my mentor all these while.
and tahan dengan sy yang asyik menyibuk je call sana sini kan. haha
sy memang suka kacau mentor sy ni :P
till then!


Saturday, April 04, 2015

kejadian tidak berbau

tak tau la bila berlaku ni,
tapi terbaca pasal ni semalam.
kejadian budak perempuan 6 tahun terjatuh dari escalator tingkat 6 kat kenanga whosesale.
pagi tadi baru tengok video clip rakaman cctv dia.
yang kat fb ramai dok mengomen marahkan mak/penjaga (assumed mak) yang main handphone while anak-anak dia main kat tepi escalator tu.
tak kurang jugak yang cakap ni semua dah ketentuan.
kejadian jatuh tu penyebab je.

bila tengok tu memang everything was so fast.
tak sempat nak grab memang dah jatuh.
before that budak tu dengan adik dia dah dok main-main escalator tu.
siap berdiri kat laluan nak turun.
mak dia memang sibuk dengan handphonenya kat tepi.
tak tau la ada whatsapp penting ke apa tapi memang khusyuk tengok phone.
tau-tau dah jatuh.
memang kesian.

teringat kes-kes lain macam anak tertinggal dalam kereta,
makbapak tak perasaan terlanggar anak, anak terlemas dalam baldi etc.
memang last-last makbapak jugak akan dipersalahkan oleh orang ramai
dengan hilang anak lagi, lepas tu akan ingat sampai bila-bila and be blamed sampai bila-bila.
kesian kat parents pun ye jugak.
bukan diorang mintak berlaku.
dengan public yang kaki condemn ni lagi la.
memang tak membantu langsung.

tapi kejadian-kejadian macam ni better dijadikan pengajaran untuk semua.
especially yang ada anak-anak di bawah umur.
yang memang perlukan penjagaan khusus.
budak-budak apa tau kan, dia tau nak main je.
bahaya ke tidak dia kurang arif, yang arif.
dahlah diorang ni lari laju.
apa-apa hal memang sempat ke tak kita ni nak kejar.
kita ni bukannya usain bolt (pelari pecut terlaju dunia).
tau-tau dah debummm terlanggar dinding. tak sempat nak bagi amaran pun.

sy selalu bitau kat ariana (ntah dia faham ke tidak budak tak sampai 2 tahun lagi haha),
jalan slow-slow, jangan lompat jangan terjun nanti jatuh, sakit.
dia tau kalau jatuh tu sakit sebab selalu diingatkan.
tapi budak-budak kan. dia redah je dulu. dah jatuh kang baru teringat balik pesanan maknya. lolx
selalu jugak bitau dia benda tajam ni bahaya.
now dia tau kalau sy cakap 'tajam', tak boleh. dia tau benda tu bahaya.
ada pernah bagi dia rasa duri durian tu. hujung jari je la. so dia tau tajam.
next time dia akan lebih hati-hati dengan benda tajam.
sama la benda panas.
fahamkan dia apa tu panas, apa tu sejuk.
bukan setakat apa tu apple, apa tu ball, apa tu cat. meow meow HAHA
so slow-slow dia boleh faham sendiri and boleh jaga diri sendiri jugak selain daripada kitorang parents ni awasi dia.
and lastly kita as parents ni doakan yang baik-baik dan dijauhkan daripada kejadian-kejadian tak diingini.

harapnya mak budak 6 tahun tu tabah.
salam takziah daripada sy.
jangan dibaca komen-komen tak membantu kat fb tu.
yang lain nak baca untuk dibuat pengajaran boleh.
tapi nak join condemn condemn orang tu better tak payah lah.
ok.
take care everyoneeee!!

gist GST

hah haa.
orang dok upload gambar resit-resit berhari yang lalu,
kita baru nak taip 'GST' kat blog hari ni :P tertinggal kereta api sangat!!

jangan harapkan gambar resit kat sini.
tak ada ye.
kerjaan sangat nak snap-snap gambar resit.
baik snap gambar awan ke. lagi lawa :'D

my first GST moment adalah semalam.
makan kat padihouse.
kena dalam RM3 plus.
tapi tak de beza sangat sebab sebelum ni pun sama je.
service charge 10%, tax (gov tax previously) 6%.
now 6% tu ganti dengan GST.
so masih sama.
makanan masih sedap macam biasa. lolx

cumanya ada orang yang confuse kan.
kenapa ada service charge lagi?
service charge 10% ni bukan government punya tax.
ni orang kedai yang charge sebab dia serve korang.
kan ada waiter waitress tu.
patutnya service charge ni bagi kat diorang sikit.
tapi biasanya owners tak bagi pun. diorang ambik sendiri.
tetiba ada tips box lagi kan.
dengan service chargenya, dengan tips box lagi.
kemajuan perniagaan sangat :PP
tapi tu la konsep consumerism.
dan konsep GST.
you buy, you pay.
don wan pay, don buy. gitu.
itu kebanyakannya untuk barang/service berbentuk 'kehendak' la.
macam kat padihouse ni.
kehendak kitorang nak makan.
bukan keperluan pun.
kalau perlu, goreng nasi kat rumah pun tak pe.
tapi sebab nak makan ikut sedap tekak, bayarlah ko GST 6%. gitu.

so sy ada scroll la list barang-barang yang dikecualikan dan tak dikecualikan GST.
memang betul pun,
kebanyakan yang dikecualikan daripada GST adalah items/goods yang basic.
untuk ko memasak contohnya.
rempah 4 beradik tak kena GST.
rempah pelik2 sikit kena GST. sebab orang jarang guna rempah pelik2. hahaha
rempah pelik tu macam ko beli bay leaves ke, italian herbs ke. pelik sikit kan, jadi kena GST :PP
minyak masak tak kena GST. sebab memang ko guna minyak nak goreng.
minyak kelapa sawit ye.
kalau ko mengada-ngada nak pakai canola oil yang mahal itu, memang kena GST.
satu je yang kena GST tapi orang selalu guna. KICAPPPPPPP.
kicap tu barang kehendak ke rupanya LOLOLOL

korang boleh check list tu semua kat sini :
http://ebook.kpdnkk.gov.my/ebook/PANDUAN_HARGA_PENGGUNA_-_ZON_TENGAH.
(ni untuk area klang valley)

contoh macam di bawah ni.
banyak lagi. boleh check sendiri. rajin-rajinlah membaca. ahax

petikan ebook

petikan ebook


jadilah pengguna bijak.
take action from your side. okek :DD

kini tidak lagi

apa yang 'kini tidak lagi'??
yosh rambut ariana dah potong pendekkk.
babai rambut mengalun-alun. babai rambut singa (bangun tidur). babai rambut professor. haha!


rambut kegemaran ai :P

husband tolong potongkan,
sebab dah panjang, nampak kembang sangat la pulak.
sebab rambut ariana ni tebal macam hutan hujan kan *rofl!*
tak pe. sat lagi tumbuh panjang balik. sempat la berambut wavy hari raya nanti ;)


mi amor & old hairstyle.


nah, pesen rambut baharu! lolx

boyish cut. nanti panjang balik :P

kbai!!

Wednesday, March 25, 2015

meeting kelab sukan

biasanya kat ofis-ofis mesti ada kelab kebajikan dan sukan kan.
ofis sy tak terkecuali.
dan minggu ni adalah hari mesyuarat agung kelab kebajikan dan sukan kitorang.
bezanya kat ofis sy, apa-apa event pun mesti ada cabutan bertuah. ha ha
(dan macam selalu, sy tak de menang apa pun kecuali goodies (door gift) stoking lelaki 3 pasang yang sy pilih sendiri daripada few items. lolx!)

budak-budak bahagian sy memang semangat waja.
meeting pukul 3.
5 minit before 3 dah kosong ofis.
semua pergi dewan untuk mesyuarat agung.

antara yang diusulkan adalah untuk kutip yuran sebab termaktub dalam peraturan persatuan ke macam mana.
sebelum ni free of charge je keahlian.
so untuk buat cukup syarat, diorang cadang la buat kutipan RM1 seumur hidup katanya.
tu cadangan asal.
sy macam.. whattttt murahnya keahlian!
ni kalau kat ofis lama, tiap-tiap bulan kot diorang kutip yuran!
kelab kat bahagian kutip, kelab kat sektor pun kutip.
tapi kat ofis ni......
lepas tu masing-masing setuju pulak tu!
dengan kelab ni bagi goodies free semua.
ramai-ramai nak RM1.
lepas tu up jadi RM1 setahun.
at least bolehlah tampung perbelanjaan kelab *boleh lah HAHA*
RM1 tu pun macam sikit kan.
siap ada dengar orang cakap ok lah yuran RM1 sebab nanti GST.. semua mahal.
jadi memang patut yuran RM1 je. *tepuk dahi*
then ada cadangan yuran RM12 setahun.
fair la kan sebab kira macam sebulan RM1. setahun RM12.
tu pun ada yang mencadangkan lagi supaya bayaran dibuat pada bulan april.
bulan jan - mac tu tak payah bayar sebab baru dicadangkan.
then undi.
ada yang angkat tangan untuk RM12..
masalahnya yang angkat tangan RM1 pun ada!
dahlah dengan cabutan bertuah 60 barang macam-macam.
time raya dapat bubur lambuk 3 kali la dengan kain, sejadah apa semua dapat.
kiranya kelab ni pemurah la banyak memberi.
so apa salahnya ahli-ahli ni contribute sikit.
tak pe la yang penting majoriti nak bayar RM12. haha
starbucks coffee pun dah RM15 kan sekali minum ;P

then usul lain.
ada yang cadangkan untuk buat lawatan ke luar negara.
so jawatankuasa suh ahli cadangkan nak ke mana.
sorang ni angkat tangan.
"ni cadangan daripada kawan-kawan saya sebab diorang semua ni malu nak bangun."
budak ni memang outspoken sikit.
"bali dengan jepun."
semua like.. whoaaa tepuk-tepuk tangan.
jawatankuasa pun tanya "ni untuk AJK ke untuk semua ahli ni?"
"untuk kita ahli la sebab kan dah bayar 12 ringgit."
HaAHAHAHHAHAH selok kitorang gelak.
dengan bayar RM12 dah boleh pergi jepun ha.. mana nak dapat tu?? :P

dah habis meeting, baru cabutan bertuah.
dari sekecik-kecik hadiah macam pedometer (ye ke nama dia macam tu?) sampai ke paling besar tv LED.
pedometer tu memang kecik gila lagi kecik daripada tapak tangan.
macam kotak mentol lampu pun ada hahahaha
(elok la dapat tu daripada tak menang apa-apa langsung macam ai T_T)
then ada benda-benda aneh jugak la (tapi berfungsi) macam beberapa papan pemotong yang banyak dimenangi oleh ahli lelaki.. setiausaha kelab kata boleh buat jadi mouse pad tu HAHA
ada bantal la, mesin buat ais krim, mesin steam muka, bekas simpan beras, beras moghul and banyak lagi. kata 60 hadiah kan.
then habis meeting, makan laksa penang. lolx

sekian kisah ke meeting kelab sukan.

tata!! :P

Sunday, March 22, 2015

my sundayyy

hoahh
penatnya hari niii.
kepenatan lepas balik berjalan-jalan kat alamanda pastu singgah bangi beli makanan kucing. lolx
pergi alamanda tadi pun sebab cari makan (lunch).
pagi tadi husband tolong masakkan paratha.
then tak masuk tengah hari lagi dah lapar balik.
ai bukan boleh kalau lapar sikit je sekarang ni, memang kena makan. haha *dasar black hole! HAHA*
rasa macam nak makan wantan mee.
pergi kat old town white coffee sebab wantan mee dia boleh tahan sedap.
siap dengan ABC gula melaka.. hambik kau. heaven.
gambar tak ambik.
tak sempat. hehe

tapi gambar assam laksa yang ditapau semalam sempat la ambik :P

ya Allah, sedapnya!!

serius, dah lama gile tak makan assam laksa kat kafe lemongrass.
zaman belajar kat univ memang suka pergi mines makan kat sana.
assam laksa dia memang marvelous.. kuah pekat gile and walaupun dah kenyang, tetap la mampu habiskan semangkuk besar tu sebab sedap sangat!

once upon a time, lemongrass ada buka cawangan kat sunway pyramid and alamanda.
tapi dua-dua dah tutup.
tak tau la tak de sambutan ke atau sebab sewa mahal ke. or tak de workers.
tapi assam laksa sedap macam ni tak jual, memang rugiii.

dah la kita ni jarang turun mines.
tapi nasib baik semalam pergi tu, kafe ni wujud lagi. hihi

adoila tengok gambar ni balik pun boleh drooling. *lari jauh-jauh*

so far itu je la aktiviti hari ahad.
hari bermalas-malasan. haha
time-time sy kepenatan, husband selalu la tolong basuh baju, sidai baju, kadang lipat baju pun ada dia tolong. thanks heaps ok. you rock!

dah lah.
nanti sambung lagi.
ingat nak masak rendang ayam hari ni for dinner.
tetiba teringin pulak. kihkih
makan aje kerjanya :P

kid'z paradise



heylo delo, sunday peeps!! *wave*

dah ahad dah?! whatttt---


semalam kitorang ke the mines; nak cari barang.
barangnya ngak ada. tetiba ternampak pulak kid'z paradise ni.
terus melencong masuk. hahaha


time tu fikir, mesti ariana suka ni main kat sini
sebab dia kan pakar melompat pakar terjun memanjat semua ada.
bolehlah dia lompat-lompat dengan selamat.


deco siling.. hot air balloons yang comel!


harga weekend untuk sehari adalah RM38 per kid.
parents masuk free.
tapi kena pakai stoking.
kalau tak de, boleh beli.
since ni first time kitorang datang and kitorang pun tak tahu,
maka pergilah membeli dulu stoking untuk ariana kat kedai baby berdekatan.
kalau nak beli stoking kat kid'z paradise, harga RM4 je sepasang tapi macam besar sangatlah pulak.
untuk stoking dewasa je kitorang beli kat situ.
once ko dah bayar, nanti akan pakai tag kat pergelangan tangan tu.
bolehlah keluar masuk bila-bila nak.


ariana bariana dengan gembiranya main slide.


dia memang suka main slide.
tengok dia main kat playground rumah kitorang pun dah tau.
ai rasa dia ni sukan sukan-sukan extreme la.
menurun daripada mama dia. bahaha
slide tu normal kan.
haa ko tak tengok lagi macam mana dia nak lompat dari atas sofa ke karpet.
tu belum lagi dia panjat meja pastu nak lompat atas kitorang ni.
kita pulak yang mengah nak menyambut. lolx


family selfshot sekali!


nampak tu.
bercahaya je muka.
punyalah happy dapat main kat situ.


tak terkira dah berapa kali dia naik turun main slide ni.






lepas slide turun, wajib terjun ke depan. nasib baik la ada bola-bola tu. hahaha



round and round.

tempatnya agak besar and banyak jugak la permainan.
ada jugak tempat untuk mak pak melepak di tepi.
ada tempat baby salin lampin etc. (boleh menyusu jugak kot kat bilik tu. ntah tak masuk pulak)


melompat is her favourite activity.

lepas tu bawak dia main pasir tipu-tipu. ahaha
pasir ni nampak macam chocolate rice pun ye jugak.
dia jenis yang tak melekat. so tak kotor la.
ramai jugak budak-budak yang main kat tempat pasir ni.





trampoline.
sini insyaAllah semua selamat,
sebab peralatan adalah lembut.
lantai pun lembut.
cuma parents kena ada la untuk supervise.








kemain seronok awak ye, ariana bariana :P

oklah tu je.

bertemu lagi di lain siaran. ekeke