Sunday, October 20, 2013

our cute ariana

ariana came home daripada beraya dengan habit baru;
tantrum masa nak tidur dan bangun tidur.
selama ni dia pentidur yang mudah and tenang je.
sy syak buaian culprit dia. wahaha
sebab kat rumah PIL ada buaian, they all beria-ia nak ariana masuk dalam buaian sebelum tidur.
(walaupun sy cakap tak yah la buaian, tapi siapa nak dengar cakap sy kan. lolx)

previously after balik rumah PIL lepas tidur dalam buaian,
pun dia mengamuk macam tu. 2 days.
lepas tu dia ok balik.
doakan ariana ok balik la daripada amukan dia.
tak tahu dah macam mana nak cakap pasal buaian tu.
mother's instinct.

//

semalam jumpa nadya kat kenduri kahwin raja.
she bought ariana a cute duckling plushie.
dia ingatkan ariana ikut sekali ke kenduri. tak pe next time boleh jumpa ariana, ye.. hihi
thanks banyak, nadya!! :)
dia terbang dari kelantan ke sini just sebab nak attend wedding raja.
how thoughtful is she.

so balik daripada kenduri raja,
nampak ariana tengah lepak atas rocker dia.
diaaam je.
lepas bagi anak itik,
terus dia bercakap-cakap dengan itik tu. hahaha
how cute.

sekarang dia sibuk cakap 'ba..bah..' banyak kali.
'ma..ma' tu jarang sekali dapat didengar walaupun sy dah ajar dia dua-dua panggilan tu HAHA
time dia menangis la kot dapat dengar dia panggil mama. sayu hiba betul.
ni akibat tantrum tu la. :/
now dia cakap dengan itik tu.. "ba..bah. ba.. bah." lolx. cute & funny at the same time. ^^

nadya cakap bila nampak itik ni, terus teringat kat ariana. ok fahammm itik ni bulat. akaka


dan satu lagi habit baru muncul;
muncung muncung sambil buat aksi macam kunyah sireh. lolx
apakehenye kelakar sangat kamu ni, ariana :DDD

sama muncung dengan mainan bird dia tu tak? rofl!

sekian update ariana.
dadaa & happy sunday! :)

midvalley holiday

haha tahun lepas sy & husband pun ada buat jugak percutian midvalley ni.
book bilik kat cititel hotel untuk satu malam, lepas tu jalan-jalan and shopping kat midvalley.

mudah sebab :
1. book online je
2. parking free (parking midvalley kan selalu penuh)
3. jalan kaki je pergi midvalley. sebab hotel tu connect dengan midvalley. laluan keluar dia kat starbucks, berdepan uniqlo.

beza cuti tahun ni dengan tahun lepas :
1. dulu pergi berdua je. tahun ni angkut ariana sekali.
2. dulu ambik bilik superior. ni ambik deluxe. so luas sikit. mintak baby cot 1. (free je baby cot)


katil saiz king. memang selesa.



tv LCD jangan dilupa. kihkih.



sofa.



bilik air dia pun luas.



toiletries.




bergambar depan cermin almari baju. haha



ariana suka bergolekan kat atas tilam. hihi

sebenarnya holiday kat hotel ni adalah hadiah birthday sy kepada husband.
dapat rate RM280 untuk 1 malam.
kalau nak harga macam ni, better beli online kat website cititel.
jangan beli via phone call atau agoda etc etc. itu lebih mahal.


kemudian teman husband makan kat popeye's.

huish husband suka makan kat sini.
tapi sebab popeye's ni tak de kat banyak tempat kan.
so bila sampai kat midvalley ni, serbu popeye's la apa lagi :P
husband cakap dia suka biskut popeye's. rangup dan lembut.
sy suka cajun fries dia. yummy!


tengok tu muka excited dapat makan kat popeye's. lolx



ni gambar ariana melepak di dalam baby cot.

sebenarnya sy tak belikan lagi ariana baby cot atau playpen.
so ni first time la dia duduk dalam baby cot.
ok la, tapi sekarang ni dia tengah musim bergolek.
kena sendal bantal kat tepi time dia tidur, takut terhantuk ke apa.

sambung cerita.

so malam tu teringin nak makan thai food.
lagi satu best pasal cititel hotel ni, dia akan bagi wifi free kat bilik.
so sy pun google la kot-kot ada restoran thai kat midvalley.
ada. restoran nama amarin.
ok dia tulis situ makanan halal.
so mari kita ke sana. xD

ariana tidur dah time ni.
restoran dia ambiance jenis cozy.
yang malap-malap gitu.
so lagi sedap la ariana tidur.
group kat belakang (dalam gambar) tu punyalah bising.
pung pang pung pang cerita, gelak-gelak.
redha je la, jah. :P


huiyo terang betul pakai flash. ekeke



suasana di dalam restoran.



duo selfie.

kitorang order menu biasa je.
tak de ikan siakap ke apa,
sebab time tu sy rasa nak makan tomyam je.
so kawankan dengan nasi goreng.

i ordered nasi goreng isi ketam, husband nasi goreng udang.
then tomyam udang.
air. simple je kan.

air dah sampai!! air durian belanda and laici.



tomyam udang.
sedap tomyam dia!
pekat and masam! :)
ni pun order untuk seorang makan. mangkuk kecik la kiranya.
tu pun cukup makan untuk kitorang berdua.
siap ada lebih lagi.


my nasi goreng isi ketam.
sy suka ayam goreng dia tu!
panas-panas, garing di luar, lembut di dalam.
ah heavennya~

lepas makan jalan-jalan window shopping.
pergi ke babiesRus.
babiesRus ni sebenarnya terletak kat dalam toysRus.
cumanya section untuk baby.
ada baju, barang-barang, mainan semua.





rambang mata woots! rambang duit woots!
yelah.
barang baby harga mahal.
ingat nak belikan ariana toys.
sebab lion dia tertinggal kat kampung.

ada i read somewhere, mak bapak sibuk bekerja tak sempat spend masa dengan anak. beli mainan takkan dapat gantikan semua tu.
sy agree dan disagree jugak dengan statement tu.
ye, parents kena spend masa dengan anak.
tapi keluar bekerja mencari rezeki tu harus, untuk tampung hidup.
beli mainan pulak bukanlah nak spoil, tapi as an education.
beli mainan yang merangsang minda budak-budak. sebab time-time macam ni otak diorang berkembang. their brain is like sponge, it can absorb everything so quick.
jadi beli benda-benda untuk rangsang otak baby ni bukan la useless,
sebaliknya fikirkan ia as investment untuk future. walaupun kita tak nampak secara lahiriah.
just my 2 cents. :)


outfit of the evening. lolx

memang gila rambang mata la tengok toys!
TOYSSSSSSSSS!!!

sy suka toys.
dulu even time sy belajar kat univ,
sy suka singgah kat toysRus.
even pernah singgah dengan kawan-kawan coursemates, boys and girls.
and kitorang fooling around main macam-macam dalam tu. haha
tak nak grow up sungguh perangai -_-v
sy jugak ada membership toysRus bahaha. tapi kadnya dah hilang. >.<


ini sudut mainan untuk baby.
memang kaler mainan semua terang-terang,
sebab babies sukakan vibrant colours.
kalau ada cahaya, bunyi, lagi diorang suka.
mainan macam ni untuk develop motor skills dengan cognitive development.
hah jangan ingat beli mainan ni saja-saja. kihkih


lawaaaaaa. so colourful!! xD


and this one is my favourite :
LOL elmo!! :')

ok.
sy rasa macam nak beliiiii je.
ok wani, tahan diri.
LOL elmo adalah sangat cute.
bila geletek, dia akan gelak hentak kaki laju-laju.
so funnayh.
sy ada tickle me elmo. beli zaman dulu.
lebih kurang sama la macam LOL elmo.
tapi tickle me elmo lagi havoc, boleh gelak guling-guling.
kalau nak tau macam mana dia guling, sila search sendiri kat youtube. lolx

haih benda-benda macam ni menarik perhatian betul.
wani senang dipengaruhi oleh permainan -_-'


ni apa pulak ni weyhhhhh. permainan 'just like home'??
waaaaaaaa *nangis*
zaman kanak-kanak dulu main masak-masak pakai kuali mainan plastik je kottttt.
ni dah macam periuk kuali porcelain enamel sebenar!
comelness sangat!

dah.
lepas jamu mata tengok barang (belinya tak),
kami balik bilik. sebab kedai pun dah nak tutup semuanya.
pukul 10pm dah tutup.
ok la tu 10pm.
kalau tutup pukul 9pm macam kat kompleks PKNS, tak ke haru.
tak sempat nak cuci mata. akaka


pagi esoknya, breakfast (lah sangat, cinonet macam tu) puding caramel dalam balang mini. hihi. RM4.50 saja, beli di lavender.
lavender ni kan kedai bakery favourite kami husband and wife.
selalu beli yang kat AEON bukit tinggi tu.
ada jugak cawangan kat midvalley.
tapi rupanya diorang ada jugak jual kek yang letak alkohol.
cumanya diorang ada bagitau la kat tag; 'THIS CAKE CONTAINS ALCOHOL'. macam tu la lebih kurang.
jadinya benda halal haram ni bukan setakat kat pork.
kek, ais krim, spaghetti pun boleh jadi tak halal bila campur alkohol.


good morning, ariana! aih, stretching nampak! ^^



view dari tingkap bilik. nice!

lepas tu hungerness to the max.
fikir.... ni pagi-pagi buta ni mesti kedai makan kat midvalley belum bukak.
tak beli breakfast kat hotel pulak tu.
tapi tak pe lah.
dalam pukul 9 lebih tu,
kami merayau cari breakfast.

ariana dah siap-siap mandi. muka nak tidur. haha

rupanya,
ada food court kat tengah-tengah antara laluan dari midvalley nak ke gardens. LG.
rupanya food court ni memang bukak awal,
may be untuk pekerja-pekerja yang bukak kedai pukul 10.
ohhhhh tahniah wani, kerana menemui food court ini! *pat bahu sendiri*

food court! jyeah!!
tapi dalam food court tu memang buruk gila la.
tak melambangkan midvalley langsung.
salur aircond, paip semua terdedah, tak cover dengan siling.
macam kat terminal bas lama punya food court, lebih kurang la. lolx
tapi yang best, harga makanan memang murah.
sy ambik sepinggan nasi goreng dengan sosej, baru RM2. fuahh.


dua orang yang kenyang selepas breakfast. hihi

lepas tu sy ke metrojaya cari barang.
husband kat kamdar and AEON cari barang dia.

kat living quarters di dalam metrojaya. waaa barang semua lawa-lawa!!

lepas tu sy jumpa toy untuk ariana kat metrojaya.
ok beli! xD

cangg! ariana dengan toy barunya.

lepas shopping tu,
kitorang check out and balik terus ke shah alam.

best.
lain kali nak buat lagi la.
haha

our hari raya korban

greetings!

foah.
baru sempat nak blog secara betul.
kalau tak, asyik terkejar-kejar je.

i think it's not too late (furthermore it's still october! bahaha)
..to wish my husband a SUPER DUPER CALIFRAGILISTIC HAPPY BIRTHDAY!!!

birthday dia 16 oktober hari tu,
sehari lepas raya haji. haha

potong kek ceremony.

celebration adalah dengan membeli KFC bucket & kek ais krim (husband request nak kek ais krim).
tidak dilupakan makanan dari dapur rumah; nasi goreng, rendang kerang dan ayam kicap.
sy sponsor air tropicana dengan minute maid.
ni semua PIL (parents in law) yang belanja.
kami makan je. hahaha

tapi time tu perut sy rasa tak sedap.
mungkin sebab petang sebelum tu, makan mee ruski tomyam yang pedas.
pedas tapi lazat!
ended up afterwards tiga kali kot pergi toilet. lolx


kek ais krim! jyeah!

celebration buat malam 15hb.
malam raya haji tu la.
esoknya baru family buat korban.
tok sedara husband yang buat. so ramai-ramai gi rumah dia.


siap ada makan-makan.
kat tempat macam garaj terbuka dengan khemah tu,
adalah tempat diorang sembelih and lapah lembu.
sedara mara je semua ni.


three of us.

haha tu pakai baju raya haji.
my mom cakap, sunat pakai baju baru pada hari raya. :)


ariana and her babah.

oh sy ada tambah watermark kat photos.
tapi nampak stand out sangat la perkataan tu.
mungkin later akan kasi dia lebih transparent or tukar kepada warna yang lebih kelam. haha

sekian cerita raya haji.
lepas tu kitorang shoot nak pergi holiday kat KL.
sempena birthday husband.
itu sy cerita di next entry.

toodles!

Monday, October 14, 2013

raya inc.

hola!

since rasanya macam tak sempat nak berblogging time raya nanti,

due to tak bawak laptop, broadband and poor internet connection kat rumah in laws,
marilah sy wish dahulu ^^

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!

have a good qurban!
maaf zahir dan batin oso ;)

oh sy masih di ofis. esok raya. lusa cuti sampai jumaat. bahaha
later!

Tuesday, October 08, 2013

misi mencari steamboat (perahu stim)

caution : memang penuh gambar ariana. bahaha

since majority gambar beliau,
sy dedicate entry ni untuk my daughter, ariana. :)



ni cerita kitorang keluar nak cari steamboat.
jauh kot mengembara.
pergi bukit raja, johnny's nak tutup sebab nak renovate.
so banyak dishes dia out of stock.
lepas tu pergi setia city mall.
tak ada johnny's.
ada seoul garden.
sampai sana lagi seminit pukul 4 petang.
(ketahuilah bahawa dinner buffet diorang bermula jam 4 petang, dan harga banding dengan lunch buffet adalah beza RM10 seorang. guhh)
so tak jadi makan.
sebab pekerja dia tak boleh kautim.
padan muka ko, hilang 4 orang customers berpotensi :P

nah gambar dari mula.

ni masa nak bertolak ke bukit raja.



ariana sekarang pandai bukak tutup tangan. so semua benda nak dicapainya, walaupun genggaman masih belum kuat.

headband tu jumpa dalam bakul.
ada dalam set hamper yang hadiah orang bagi.
memang tak pakaikan dia headband pun selama ni.
yang ni pun letak macam tu je atas kepala dia, tak ada letak betul-betul sampai cengkam kepala.
tu yang jatuh selalu.
just letak buat photoshoot je. ekeke

our precious. my burger bun.



amboi boi boii.


habis ke bukit raja, pergi ke setia city mall pulak.
time ni tengah tunggu lif.
bercinta tunggu.
lif penuh memanjang.
dengan orang hangkut troli shopping dalam lif.
walhal barang dalam troli tak seberapa.
lolx


belakang tu ahli famili.



ariana dah tidur time ni. penat hokeh jalan sini sana. hee.



team yang ikut hari tu. #teamhassan

hahaha!
ok pengakuan.
ni first time sy pakai hashtag dalam blog ni! akaka
sy bukan penhastag extreme sebenarnya.
pakai bila perlu je.
macam kes di atas :DD

khusyuknya you tidur, you!

kan cari steamboat.
lepas tu tak ada rezeki.
ke manhattan's fish market la kita.
sementara tunggu, pergi jenguk kedai hadiah kat area situ.

lupa aih nama kedai ni, tapi barang-barang dia semua unik! (dan mahal sikit)

lepas makan tu ikut harith pergi H&M.
belikan dia hadiah birthday in advance.
dia nak coat jacket, entah apa namanya. ok layankan je. beli sehelai.

dah sampai H&M tu,
patut memburu pakaian sendiri la kan.
ni tak.
terexcited kat bahagian pakaian kanak-kanak. wahaha
sorry ai tak shopping untuk diri sendiri, ai shopping untuk ariana :DD

comelness!!
H&M ni kelakar.
ko tengok kat tag baju dia, macam-macam 'made in' ada.
jaket harith, made in indonesia.
baju ariana, made in bangladesh, made in china.
satu dunia punya made in H&M ni. haha
sebenarnya base dia kat 1 tempat.. US la kot. kot. malas nak google.
tak US, UK. :P
lepas tu dia hantar baju dia jahit kat negara-negara buruh murah ni.
tu yang made in macam-macam agaknya.
hm teori wani boleh guna. rofl.


meanwhile.. kat manhattan semula. rewind sikit.
kitorang order seafood platter dia.. yang ada flaming prawns tu.
yang dia bakar udang depan mata korang.
tapi sebab stroller ariana ada kat tepi meja tu,
maka pekerja manhattan terpaksa membakar sorang-sorang, menghadap luar kedai. lolx


ibu bapa yang kelaparan :P



me and ma bro.



berposing sakan dengan tudung RM20. ok RM17.50 sebenarnya selepas diskaun.



tengok tengokkk. tangan dia tu nak mencapai aje.



heylo, ariana bariana! :)



ariana with atuk, depan H&M.



ok dah kami beransur dulu la, ye. assalamualaikum.

;)

p/s : sekarang ariana dah masuk 4 bulan. pencapaian memberangsangkan. sudah berpusing badan and now tengah gigih nak merangkak, juga bangun sendiri dalam posisi duduk. you go, girl!