Monday, July 22, 2013

berbuka puasa di restoran serai

macam yang korang sedia maklum, *kalau tak sedia maklum pun tak pe, meh sini sy nak maklumkan :P*,
restoran serai ni adalah all time favourite family kitorang.
kitorang makan kat sini since sy zaman sekolah lagi.
jadi bayangkan betapa loyal customernya kitorang ni hahaha
dari serai ni hanya sebuah restoran,
sampai sekarang dah ada cawangan kat empire subang, pavi dan cyberjaya.
serai seksyen 3, shah alam tetap di hati ;)

(dah, tak payah nak emosi sangat, wani!!)

lolx ok fine.
hari ni kitorang sefamili berbuka puasa kat sini.
sempena sy habis pantang pun.
dapat la makan meriah sikit kan. hoahaha

nah gambar.


mom and dad.



these are my bros, faliq and harith.



ariana and i. like always, dia tidur despite of suasana hiruk pikuk dalam restoran.

hiruk pikuk sebab ramai orang. meja penuh semua.
nasib baik la kitorang sempat book awal. haha


my parents and i.



the guys.



snapshot sedikit makanan.


ok gambar close ups here we come!

condiments; chicken crackers, nuts & dates.

kalau hari biasa memang kitorang tak ambik condiments.
serai charge extra, tapi kitorang tak makan mana pun.
tapi yang ni hari sibuk-sibuk and ramai orang, malas la nak pulang balik piring.. lolx
so let's makan! :)


main dish; ikan senangin tiga rasa. superb taste.

i always love the sauce.
pada sy, makanan kat serai ni rasa dia lain daripada restoran thai yang lain.


faliq pesan mi hun goreng thai. sedap jugak ni.



air laici suam sy. memang tak boleh minum sejuk. so.



my fave; deep fried brinjals.

terung goreng ni rasanya crunchy,
masin manis secukup rasa.


telur dadar sepinggan besar. tapi ni saiz small ok. haha



sizzling black pepper chicken. kegemaran the bros. sy cilok bawang je. haha








to finish it up, ada wet tissues.


alhamdulillah kenyang sudahhh.
sebulan lebih tak makan kat serai, rindu gile kot! haha
akak serai tu cakap kat my mom, oh bawak cucu..
sebab last time datang sini sy pregnant lagi.
all in all, macam biasa, five star untuk serai.

siapa yang nak try,
boleh ke sini..
area blok kedai belakang stesen minyak area mc d seksyen 3, shah alam.
google, pasti ada :P

oryte, till then!

shopping raya

shopping raya episod 1 la kot.
sebab nanti mesti nak sambung shopping kat tempat lain pulak. haha

for the first time, sy & ariana keluar berjalan-jalan lepas habis pantang hari tu.

but since kompleks PKNS, alam sentral, SACC for sure crowded nak mamP,
kitorang pergi shopping kat plaza shah alam.
sini convenient, orang tak ramai sangat. selesa la untuk parents dengan anak kecik bershopping. senang nak tolak stroller, tak de la langgar-langgar orang.
(boleh imagine macam mana kalau tolak stroller kat PKNS yang penuh orang. fuh!)
plus my mom cakap better la tak bawak ariana keluar kat tempat crowded.
orang macam-macam jenis kan. kang ada yang sakit demam selsema ke.. jangkit pulak.
so yeah. :)

ariana and i.
senang bawak dia jalan, tidur manjang.
senang mama nak shopping. ha ha


kan! sleeping beauty sungguh ;P

berjaya la rembat sepasang baju raya dengan tudung.
tahun ni kaler oren kita.
memang dah plan dengan husband nak kaler oren. haha

then ternampak baju superlawaaa kat kedai tu!
harga RM299, kalau kurang dapat la RM280.
sy cakap kat orang kedai, "sy nak try tapi tak nak beli boleh? sebab mahal la." kahkah.
orang kedai cakap boleh :P
so let's!

memang lawa la, kain chiffon lembut dengan lining.. warna soft peach. ada manik and bunga kecik, tak crowded. memang taste sy la.

orang kedai tanya tak nak beli ke?
sy cakap, "ok tunggu kalau ada orang nak sponsor, nanti sy datang lagi." haha. siapalah yang nak sponsor tu kan.
gambar kat atas tu nampak tak lawa sangat kat badan sebab dalam tu sy pakai baju dengan jeans.
hahaha.
tapi percayalah, baju ni memang sangat lawa!
saiz XS pulak tuuuu.
well kedai ni banyak saiz XS. heaven.


the details at the collar sampai bawah. lawaaaa~



kat lengan ada lace. lawaaaaa~



my mom. window shopping je dia, tak beli apa-apa. sekadar meneman anaknya ini shopping :P



the dad. tugas hari ni, menolak stroller ariana sementara mama dia pergi shopping. kehkeh



"ma! tengok kat atas tu!" i said to my mom.

dari bawah nampak, ok..
gerai jual baju budak-budak.
oh ye mata orang perempuan ketika bershopping ni sangat la tajam.
jangan main-main. haha
terus kitorang naik nak check it out.


tu nampak tu paperbag kat tangan.. baju raya ai ada di dalam tu! lolx


sempat jugak singgah ke kedai kids & toddler.. tak tau nama kedai dia, tak ambik port.
tapi dari luar nampak, terus masuk.





aku-nak-beli-carrier-macam-kat-kanan-sekali-tu!

jyeah, tengah survey carrier.
tengok la kalau jumpa yang cantik dan murah, akan beli nanti.
:)

goshhh ni satu lagi baju cantik jumpa kat kedai tingkat atas!! *pengsan ramai-ramai*

hahaha ye taste sy memang baju-baju macam ni.
bak kata kawanku atol, warna-warna kelam.
tahun ni je kami pilih warna vibrant untuk baju raya.
biasanya baju raya sy kaler soft atau kelabu. lolx

last year baju sy lebih kurang macam jenis baju kat atas ni;
bersulam dan lining. tapi warna cream.
i was mesmerized by the sulam. serious. waa lawanya!!


ok orang bershopping; signing off!! ;)

juadah buka puasa hari ke-11

masih tak bosan tengok juadah buka puasa kan?
oh kemon, baru puasa hari ke-11 semalam! kihkih

eh. hari ni dah isnin. so.
semalam dah hari ke-12 la kiranya kan.

ok photospammmmm foodpornnnn!!


onde-onde yang dimasak oleh my mom dah harith.

basically harith loves onde-onde.
dari hari tu kot dia request mama bendalah ni.
bukan dia tak boleh buat sendiri, tapi dia suka bekerjasama di dapur.. kehkeh.
biasa bulan puasa harith akan request onde-onde, faliq pulak request ayam percik.
sy makan je apa yang dimasak :D
then mama akan siap bahan dan budak berdua tu akan tolong-tolong masak jugak.


asam pedas by mom. terbaik! (kalah bazar punya haa)



daging kunyit versi mama. sedapp!!



hidangan wajib; cucur udangness.



hidangan wajib lagi; ayam percik restoran jaring.



air sirap dan air tebu.



my plate; ayam masak merah beli kat bazar.. haha

asam pedas tu sy buat makan midnight (supper) dengan sahur esok harinya.
awesome posum sangat dapat berbuka and bersahur dengan family.
bangun-bangun sahur semalam, nampak azreen pun join buka puasa.
dia bawak nasi sebekal ok.. dengan daging kicap kot ntah, too sleepy to realize. haha
ye kawan-kawan adik sy suka datang rumah. meriahlah tu.

ok nanti kita post post lagi gambar juadah berbuka. fuahaha

tataah!

Saturday, July 20, 2013

juadah buka puasa hari ke-10

dah hari kesepuluh baru sempat nak letak juadah berbuka kan.. lolx.

sebab hari-hari sebelum ni sy pemalas. (:P)
and sy baru-baru je start puasa balik lepas habis confinement.
and jugak lauk-pauk kitorang ni sederhana je. sorang 1 makanan.
tak de lah super meriah macam tahun-tahun lepas.
tahun ni keinsafan sikit beli makanan.
kalau tak kang pagi esok ada berlebih jugak, membazir je. hahaha

oh kecuali ada la hari tu sy letak gambar ayam percik bakar sendiri tu kan.

dah tak nak cakap banyak.

ni koleksi makanan berbuka puasa semalam.
'koleksi' katanya. fuahaha


tak tau nak makan apa, ended up kirim snack plate KFC kat my mom yang odw balik kerja.

ye sy bukanlah selalu makan KFC.
sangat jarang pun dengan fast food, esp bulan puasa.
tapi dah nak masak pun tak tau nak masak apa, tak keluar ke mana-mana beli bahan.
adik ai harith pergi bazar pun tak tau nak kirim lauk apa kat dia nanti dia tersalah beli.. jadi kita kirim benda yang senang nak dikirim je lah. haha


tak de berpinggan, sempoi je koyak kotak buat alas. like always ;)



cucur udang yang memang si harith beli tiap-tiap hari.

memang everyday dia beli kat bazar ramadhan seksyen 20, shah alam.
sedap cucur udang ni, berminyak pun ye. haha
harith suka bahagian yang tak garing. yang lembut-lembut tu.
so yang garing kadang sy rembat.
tu pun sy ambik sekeping je.
tak menahan gigit keluar minyak dalam mulut.
ecewah sekarang health conscious sangat la kan *wekk*
padahal berbuka makan ayam goreng KFC.. berminyak jugak :P (tapi tak sebanyak cucur udang ni.. gigit je keluar minyak hokey) coughcough.


roti jala beli kat restoran jaring.

everyday jugak harith suka pergi kat restoran jaring, beli ayam percik kegemaran dia tu.
everyday ok.
padahal restoran jaring ni kat sunway sana.
tapi dia keluar rumah awal la. kadang faliq ikut.
yang roti jala ni agaknya abah pesan semalam, so harith belikan sekali.


bubur lambuk kampung baru.

bubur ni boleh cakap almost everyday dapat.
dah mesti korang tertanya-tanya,
kenapa orang shah alam ni dapat bubur lambuk nun sayup dari KL sana? haha
sebab biasa orang ofis my mom hari-hari ada je yang belanja bubur lambuk.
memang berniat nak sedekah kat semorang kot.
hari ni orang lain, hari esok orang lain.
so kekdahnya dapat la bubur ni hari-hari. sedap ok. dah dikomersialkan dah pun.
means ada yang dijual selain daripada yang dibagi percuma kat masjid kg baru.


hah ni dia ayam percik restoran jaring yang beli hari-hari tu.

asalnya ayam percik ni dijual kat bazar ramadhan stadium shah alam.. tahun-tahun sudah.
tapi since tahun lepas,
dah tak jual sebab tak de pekerja nak gi jual kat sana.
so diorang jual je kat restoran.
tu yang harith gigih pergi sunway beli tu.
ayam percik bazar lain dia tak layan, okek.
ayam percik ni RM6 seekor. quarter. memang besar, isi pun banyak. especially kalau yang bahagian kepak dengan dada tu.


kalau bulan ramadhan ni tak sah kalau tak ada kuih tepung pelita kan.. haha



kuih-muih the dad beli.

abah kami ni memang buka puasa sempoi je.. makan kuih.
dia suka kuih-kuih manis. sweet tooth katanya.
yang tu kuih kole kacang (left) dengan kuih apa namanyaaaa (right). yang macam jelly santan tu. kihkih
sorry sy ni nama kuih ada yang tak tau.
so abaikan je la ye :P


dan disertai dengan minum air ribena tak sejuk.. sebab sy pantang minum sejuk.

ok tu je la lauk-pauknya.
tak la meriah sangat kan.
kan. haaa dah cakap :PP

hari ni dah plan nak pergi bazar seksyen 20.
ni first time ni keluar nak gi bazar.
nak tengok apa ada.

oklah till then.

Friday, July 19, 2013

printed

hey, ya'll!
hari ni rupanya dah masuk hari kesepuluh di bulan ramadhan.
so how's your ramadhan so far?
seharusnya awesome kan. hehe

hari tu tok yam (nenek sy) ada mintak gambar ariana.
jadinya semalam gigih la print sendiri gambar-gambar, nak pos kat tok.


print guna kertas glossy untuk photo.



semalam gorengkan ayam mama sementara mama jaga ariana kat depan.



lauk berbuka sy semalam; nasi ayam beli kat bazar seksyen 19, shah alam.

setakat ni sy tak keluar rumah ke mana-mana lagi.
yang keluar pergi kedai, bazar adalah abah and my bros.

dah dapat duit untuk pergi shopping raya.. nanti ada time nak pergi shopping baju raya lah. huahua
ni hari jumaat ni, harus yang kat KL tu pusing-pusing sogo, jalan TAR shopping kan.
bestnyaaaaa!

ok nanti kita cerita lagi.

toodles!

Thursday, July 18, 2013

facebook bertukar wajah?

recently sy terdengar-dengar (ok terbaca-baca sebenarnya) yang there's a new 2013 look for facebook.
macam mana 'baru' tu sy tak tau,
sebab bila sy check semalam, katanya kena tunggu few months sebelum benda ni applicable kat semua users.
so sementara tu kalau sesiapa nak dapatkan new look ni lebih awal, kena register dalam waiting list dia.
klik sini kalau nak register dalam waiting list

begini lebih kurang rupanya. (gambar credits internet)

then lepas tu katanya new look ni ada masalah sendiri,
iaitu tak de privacy langsung untuk pengguna. gambar, komen, semuanya orang dapat view.

sebab tu la tiba-tiba everyone was like.. letak wall post panjang yang suruh kawan-kawan diorang pergi kat profile, klik this and that.
jadi cuba fikirkan, takkan kita nak klik setiap page kawan kita yang apply bendalah ni dan ikut instruction tu supaya privacy kawan kita terjamin? dah kalau orang tu ada 1000 kawan, larat ke nak klik semua?

tak pe tak pe.
kita tunggu dan lihat keawesomean new look ni nanti. :)

till then!

Wednesday, July 17, 2013

ayam percik dan hari ke-44

selamat hari rabu.

hari ke-44 sy berpantang. hari ke-44 umur ariana.
maknanya esok dah boleh celebrate la kan? yiehha! :DD

neahh yang tu kita celebrate esok.

semalam faliq bakar ayam percik untuk lauk berbuka. kuah & marinate semua mama yang buat.
sy masak daging kunyit semalam, tapi sy tak berbuka la. nama pun dalam pantang. lolx


nampak tu keju slow slow datang dari belakang. pantang bau makanan keju ni.



ayam-ayam bergolekan di atas pemanggang.

kitorang memang bakar gaya tradisional je.
tak de la pemanggang bbq canggih macam dalam AFC atau pemanggang ajaib yang ada ikon ikan kat depan tu HAHA
pakai pasu, batu-bata dengan plat dawai.
masak jugak ayamnya. sedap lagi. haha


keju dah start mengiau-ngiau nak sikit. lucky you keju, faliq bagi sikit buat rasa :P



teknik memakai kipas tumbang. hahaha



taraa! nah, ni lah hasilnya. sedappp. kuah percik tak sempat nak snap.

kuah percik yang mama buat adalah kuah terengganu, yang lemak warna oren merah tu.
memang awesome la.


ni gambar lunch berpantang hari tu.

itu ada ikan tenggiri bakar, kentang slice bakar dengan sayur sawi celur.
sebab dah boring makan ikan dengan nasi, so makan dengan kentang pulak. kentang tu ada letak garam, bawang putih tumbuk dengan oregano (dah tu je herb yang sy jumpa dalam kabinet dapur. hoho)


ni pulak sayur udang yang mama masak. hof koz sy tak boleh makan. snap gambar je pun jadi la :P

dah sekianlah entry kali ni.
moga-moga esok-esok dapat pos gambar makanan yang awesome lagi sebab dah habis pantang kan. pesta makan la kita *overrrrr*

haha.

kbai!