Wednesday, June 22, 2011

in two thousand eleven, i'm twenty seven :P

pom! pom pom! pom! *bunyi mercun meletup*
selamat datang ke sambutan hari jadi wani ezryl yang ke-27!! *yo yo an je HAHA*

sebenarnya birthday tahun ni biasa-biasa je. pulak tu ada audit kat ofis on that day. macam.. audit on my birthday. hm. yeah. ok. oryte. lolx

thanks kepada semuuuuuaaaa yang wish. since ni adalah era fb kan, text messages kat phone adalah sikit nak banding tahun-tahun lepas *kedekut kan korang. ke lupa?! hahaha* ai no probelem la itu :P phone texts adalah tambah tolak 10 berbanding fb wishes 100plus *ntah, tak kira pun. tapi notification yang bitau lolx* dah dah tak nak cakap banyak. mari lihat acara makan-makan yang berlangsung semalam :)

here goes.

mine&his.
ni first time try orange+apricot's slushie. not bad la rasa dia.




si penyambut hari jadi.
serius gelas tu tinggi gile. kalau letak atas meja jenuhlah nak jongkit hidung nak minum. hahaha


fiancé cakap pakai lawa-lawa tapi kira ni sehabis lawa la ni hahaha serabai ok baru balik kerja then pergi sini pergi situ. maafkan keserabaian sy!! lolx


tangkap gambar candid gwe lepas tu post kat fb! hah, baik sangat!
*tangkap balik gambar dia untuk balas dendam* eh. comel lah pulak. wahaha




ironinya, sy tak beli kek pun on my birthday. ntah tak rasa sangat nak makan. may be dah full makan yang lain, lalu tak terasa nak makan kek :P ini kek fiancé. kek yogurt. masam ok. pandai-pandai je budak secret recipe tu bagi dua garfu. haha




macam biasa, hidangan fave di SR.. chicken lasagne!! xD *claps*



sebab masing-masing sibuk kan, sempat makan petang tu je la. lepas tu dah maghrib. pulanglah kami ke istana masing-masing. HAHA

sebenarnya my mom ada datang KT city atas urusan kerja, so i'm meeting her up & sekali la menumpang tidur di bilik hotelnya hahaha gelak taking advantage sikit :PP so malam tu kitorang pergi cari makan. ingat nak makan kat belakang pantai tepi hotel grand con tu, tapi ikan dah sold out la pulak. kitorang purposely nak cari ikan & squid, ok. so pergi ke kedai yang lain pulak. serbu situ.

sampai situ, kat tv tengah ulang tayang perlawanan bola sepak terengganu-kelantan hari tu.
ada pakcik-pakcik ni heran kenapa sy tangkap gambar-gambar makanan ni semua. lalu sy pun menyahut, "sy memang suka tangkap gambar makanan!" hahaha

air mempelam sy & air tembikai my mom :)
selangor, ok! lolx




ikan kerapu tiga rasa. terlebih masam la tapi.




kangkung goreng. skang ni mood kangkung agaknya asyik makan kangkung je :P




sotong goreng tepung tapi rasa dia tak fab sangat. haha
walaupun begitu, kitorang makan jugak dengan gembira. makan dengan orang tersayang kan, harus la gembira wawawa :PP


tapi sotong tu liat sikit.
camnekah petua nak bagi sotong lembut? my mom tanya adakah kena tambah soda? sy baca kat buku, masak api kuat pastu terus angkat. baru lembut & the juice is still there. jap jap nak google. tapi tak boleh makan sotong banyak-banyak weh. kolesterol :P

aight. till then.

mari ke dapur. what the.

helo. salam 1 dapur *tibe-tibe*

bulan ni macam ada few days fasting, lepas tu macam malas nak pergi beli kat kedai (tak dapat berfikir dengan baik kat mana tempat nak beli lolx). so nak senang ketuk-ketuk senduk je la kat rumah. eh salah. ketuk-ketuk dapur. haha

pastu rajin pulak lah nak snap photos.
nah hambik ni.

ikan selayang (sardin) masak pedas & sambal goreng johor?? (still confuse nama sayur ni HAHA)




suka sebab ada soo hoon, kacang boncis, ikan bilis, tauhu. memang my fave.
(ko kalau makanan semua fave, wani!! ish ish ish)




mulanya nak cari la ikan siakap ke kerapu ke apa tapi kat 'astaka' (pasaraya) tu ada ikan ni je!! what the kenapa tak tambah stok!! :P ni masak main baling je sebab tengah fasting kan jadi tak dapat nak rasa. ok rasa macam kat kedai. cubaan berjaya!! rofl.




ni hari lain. sambal sardin. betul punya sambal la ni sebab pakai cili kering. biasa pakai cili api dengan kunyit sikit tu semua. luvluv.




sambal sardin kawan dengan ikan bilis goreng (sambal cili api??)
sebenarnya nampak gambar sambal ikan bilis yang tumbuk dengan cili api bagai tu kat blog masakan fave (skang jd fave sebab gambar artistik! HAHA).. then teringin nak makan. ikan bilis kat rumah dah nak habis, gigih balik ofis gi carik ikan bilis semata. lolx



sekian sahaja.
dah. mari pergi ke ruang tamu pulak :P

mari menyaksikan futsal dan MAKAN.

adoiyai. power cable rosak lagi. ingat hari tu dah ok.
bateri laptop dah macam tunggu masa.. lalu pergi meminjam power cable laptop ofis daripada mahazi (technician). mahazi tengah tolong checkkan kalau-kalau boleh repair tukar fius. thanks, mahazi! xD


oh. hari tu pergi tengok perlawanan futsal ofis.

suasana di tempat futsal.




datang untuk buat ombak dan makan free. bahaha




sama je posingnya. rofl.




persahabatan yang terjalin di gelanggang futsal (tajuk lagu) :DD
padahal pembulian sedang berlaku di situ :P




pemain-pemain sedang check scoreboard.



kesimpulannya, team futsal tuan haji (pengarah) menang no. 1.
piala ditaja oleh timbalan.


ni gambar tak de kaitan.
penolong akauntan dan bekas penolong akauntanku :P


sekian.
toodle-loo!

Saturday, June 18, 2011

bermain ping pong dengan sehari (sahaja) latihan

3 mo days to celebration!!


oh. harini birthday cousin sy, najiha!! :)
HAPPY BIRTHDAY, KAK GEE!!

yeee harini ada perlawanan ping pong kat terengganu equestrian resort (TER).
itu seluar sy *tak de kaitan* :P




suasana dewan yang meriah.




tak banyak tangkap gambar sendiri. sebab bizi wizi tangkap gambar ahli-ahli pasukan.
ni konon berposing dengan bat, padahal tak start main pun lagi :DD




ni antara ahli pasukan yang hadir.
ada lagi, tapi mungkin diorang sedang berjalan-jalan di sekitar :P





isz dengan hafizd sedang gigih bermain mewakili Kumpulan A.




shahrin & amin, yang belah sana tu.




amran tengah duduk berehat melunjur kaki.




shahrin menunjukkan cara-cara melambung anaknya, hani. hahaha




maziah jugak nak melambung, tapi...
jangan cuba aksi ini di mana-mana lolx




hafizd menumpang kasih/teduh/rehat (potong yang tidak berkenaan) kat cc.




gambar ini sangat mencurigakan!! lolx!
(kemudian dilepuk oleh isz)




sesi 'akubalasbalikakubalasbalik'. HAHAHA


lepas tu sampai rumah daripada ping pong dalam pukul 4.
daripada 3 game yang main, sy menang 1 je. ok la tu kan. bahaha

yays esok cuti!!
macam-macam kot nak buat esok.
so yeah. till then.

Friday, June 17, 2011

friday day day

4 more days to celebration!!


helo! happy weekend!!
minggu ni terengganu ada cuti peristiwa pada hari ahad, maka weekend kami adalah panjang sikit.. huahaha. walaupun begitu, perasaan nak balik shah alam adalah menebal macam kamus dewan. haihs.

ni pagi tadi breakfast kat old town white coffee.




pakcik yang tak nak tangkap gambar.. haha
*tapi beta snap jua* :P




hajar juga ada. in fact syira pun ada tadi, tapi beliau dah bergegas ke stesen bas untuk pulang ke kampung halaman.




sy makan roti paratha dengan kari kentang.
ingat nak mee dengan ayam bbq.. tapi not available. great.




roti bakar peanut butter hajar.




iced chocolate sy :)


dah lepas tu pergi pasar kecik (pasar ke??) kuala ibai dengan the fiancé.. beli ayam. dia beli ikan. nak goreng katanya (rajin masak skang.. jangan lupa pass sini sikit! :P)


lunch tadi masak ini.




kangkung goreng. tak de belacan :P




rendang kunyit nogori sombilan. lolx



nak baring-baring golek-golek kejap.
zzz.


p/s: hoh tak ada particular wishlist. cumanya kasut ofis sy dah tercabut & i need a new court shoes. and a new journal book. yang ada ni pun dah nak habis muka surat. anddd a jolly good novel. anddd some cool dvds. cerita sedih tamao. bahaha. banyaklah pulak kan. oklah. rehat jap.

Thursday, June 16, 2011

this and that

5 more days to celebration!!


celebration la sangat.
padahal 21 jun tu ada audit nak masuk. hailaa salah timing! :P

oh. btw.
sy lupa nak buat countdown bermula 1 jun! haha.
tak pe tak pe. yang lepas biarkan lepas. kita melangkah maju ke hadapan. ecehh

ni hari tu balik shah alam naik fireflyz.
skang fireflyz dah ada apple pie wa cakap lu :P (tapi sy masih ambik kacang! haha)




14 jun ada workcamp kat HQ.
kat workcamp ni ko kena pergi buat presentation pasal topik-topik yang HQ bagi. kalau tanya semorang, rasanya tak ada orang yang suka workcamp kot?? sebab kami kat states ni sangat banyak kerja, apakah menambah kerja lagi buat slides & makan belanja banyak untuk turun ke HQ yadayada dah lah tak nak cakap lebih. nanti kena saman :P



oh. gambar di atas adalah skrin penunjuk arah kat HQ.
HQ ni canggih. semua penunjuk pakai screen LCD. haha


ni salah satu contoh ye.
jam dinding. pakai skrin LCD. digital. tapi tunjuk jam analog. sangat ironi kan? :P
(btw jam analog kasi otak jalan lebih sikit lolx)




yeahx! jumpa dikmat!! a.k.a. hazwani, my bestie kat ofis dulu.
skang wani ni dah pindah setelah berfamili. dengan anaknya haikal yang comel gile bulat gile macam anak jepun, tangan ketak-ketak. wahah
(ko pulak yang dah kurus, haze) :P




lepas tu singgah jumpa raja kejap.
busy woman okeh :P
(raja sedang marah orang kementerian di talian)


---


ok habis dah pasal kerja.
lepas tu pergi makan kat Serai, restoran heavenness kegemaran kami sekeluarga. wahaha

kangkung goreng belacan.
yums. lama ok tak makan kangkung. rasa nak pergi beli kangkung lagi dan masak kangkung goreng kicap. *drools*




sotong goreng tepung :)




tomyam udang yiehha xD




black pepper chicken.




ikan kerapu tiga rasa.
tapi diorang bagi ikan kecik hari tu. we want more!!



oklah habis dah.
tata!