Monday, June 22, 2015

buka puasa sambut birthday

yoshh happy birthday to me!! (semalam ye, 21 jun. ahaks)
thanks kepada yang wish diiringi oleh doa kudus daripadamu. aicewah.

so semalam pi buka puasa kat mana lagi kalau bukannnn *drum rolls*..
serai, restoran kegemaran kami sekeluarga! ahaks.

tak letak banyak gambar dalam blog ni.
mana yang ada je la ye.
gambar faliq dengan harith pun lupa nak letak sini (tapi diorang ada tu haha)
kelupaan.
nak masukkan gambar diorang, nak kena transfer balik pulak.. tapi ai is pemalas.
jadi tengoklah gambar yang sikit ni. hihihu

ariana and i. the kesayanganness.



husband and i.



lauk berbuka, tak semua sampai lagi.

ada gambar lauk yang dah complete.. tapi tak tertransfer pulak! adeih.
tabahlah.
tapi basically yang kitorang makan semalam :
kudap-kudapan (kacang dan keropok udang),
kurma sorang sebiji,
air laici 2 jug,
nasi putih,
mi hun goreng thai (faliq),
ikan kerapu tiga rasa,
tomyam udang,
blackpepper chicken,
sotong tepung,
daging dengan dried chilli,
terung goreng (yum yum!).

harga tak tahu sebab mama yang belanja. lolx
thanks, ma! :D


selamat hari bapa, abah!

ye semalam jugak adalah hari bapa.
a special day for my husband, my abah and my fil.
wish aje, hadiah tak jumpa and tak tahu nak beli apa. haha
tanya-tanya husband nak apa, dia cakap tak nak. ok fine :P
abah pulak tak tahu abah memerlukan apa lagi. dia macam dah cukup je semua hahaha
nak beli baju tak de yang design lawa pun.
karang beli yang bukan-bukan, jadi hiasan je la kat rumah nanti.
so better tunggu kemudian-kemudian kalau ada benda best baru kita beli. :P


every day is mother's day. aicewah.



ala mutup pomel aiiii. (abaikan bahasa alien)

dan.. cangg!!
ada jugakk yang belikan hadiah kepada si wani e yang dah menginjak tua (setahun aje!) ni.
wihihi
yes tahun ni sy dah 31.
apa nak malu umur 31. bangga lagi ada.
banyak experience dah 31 tahun ok. akakaa
(walaupun begitu masih banyak yang perlu belajar lagi)

tu dia.. dapat bantal bamboo best gile kepala tenggelam luxurious abes (abah bagi. thanks abah!) and dalam balutan tu adalah telekung yang memang sy nak beli pun alih2 mama hadiahkan pulak hahaa (thanks, mama!)


husband nanti nak belikan jam tangan tapi kitorang tak sempat nak ke kedai jam.
ai is cerewet beli jam ni. sebab nak pakai lama.
so tunggu seketika pun tak pe. kikiki
lagi yang diperlukan adalah power bank, sebab power bank dah maut secara mengejut (tak boleh nak charge dah BOO HOO)
yang tu tak pe, akan beli sendiri. korang jangan mandai-mandai nak belikan. :D

so far tu je la sambutan birthday pada bulan puasa.
ok la. makan kenyang. even terlebih kenyang lagi. astaghfirullah~

eh before that sebenarnya dah ke jakel petang tu beli baju raya.
beli time gaji and bonus rakyat jelata belum keluar ni lebih convenient.
tak payah nak sesak-sesak.
nanti lepas 25 jun tengoklah kesesakannya macam mana. hoh tidakkk.
husband pun dah siap beli baju melayu. ariana je belum sebab tak de saiz.
nanti kita cari kat kedai lain la pulak.
tapi yang penting baju raya hari pertama dah settle! hoho
(baju raya hari2 seterusnya, pakai baju kasual aje)

sy ni makin men-tua ni makin dah tak kisah baju glamourous ke tak untuk raya.
(even masa zaman single dulu pun bukanlah seorang yang mementingkan gaya baju baju ni sangat haha. pakai mana yang masuk je :P)
yang penting ada baju raya baru sebab sunat ok beli baju baru.
tapi beli ikut kemampuan la. tak payah nak beli ribu riban kalau duit tak mencukupi. nanti in the end ko makan megi.. nak? :B *ryhmes ok!*

ok till then.
happy birthday again to me.
ucapan kepada diri sendiri, sila la upkan lagi amalan-amalan ko yang tak seberapa tu.
usia dah makin men-tua. sila keinsafan sikit. hehe
(insyaAllah~~)

baiklah. jumpa lagi di episod akan datang! babai!

buka puasa 3rd day of ramadhan : hotel de palma, shah alam

hey everyone!! *wave*

sabtu lepas husband belanja buka puasa kat hotel de palma, shah alam.
dekat je dengan rumah parents sy; belakang tu je. haha
thanks, hun!

tahun ni buat kat diorang punya grand ballroom.
last time (entah tahun berapa, tak ingat. tapi time tu masih single).. de palma buat buka puasa dia kat hotel building. mungkin a bit smaller than the ballroom, tapi time tu punya la meriah.
kali ni ramai jugak orang, tapi masih ada meja-meja kosong.
mungkin sebab awal-awal ramadhan ni tak ramai lagi nak makan di luar.

may be sebab kitorang book agak lewat, so dapat meja kat foyer ballroom.. bukan kat dalam ballroom.
whatdaa.
yang orang hotel tu bukan nak beritahu time kita call.
bayaran sama, tapi dok luar.
kat luar mana boleh nampak persembahan nasyid semua. aircond pun lagi laju kat dalam ballroom.. haha
tapi kami redha airways saja dan meneruskan niat murni kami untuk makan :D

seperti biasa, model berbuka puasa kita (yang obviously tak puasa.. cough cough) ariana bariana. hohho (jaga kulit, makan buah) :P



plate sy yang terdiri daripada lauk-pauk.

mama cakap biasanya lauk-pauk awal puasa ni tak semeriah time mid or nak end of ramadhan.
may be betul sebab sy tengok tak de sangat seafood macam udang ketam sotong tak ada.
may be menu harian diorang lain-lain. and kebetulan this time tak ada udang semua tu.
tapi kambing panggang tu memang ada. xD


nasi goreng, kambing golek dan cucur. cucur dia sedap! nasi goreng kurang rasa and kambing golek ok-ok aje :)



ada ruangan biskut kering dan air panas untuk dicicah. haha



tu diaaa plates husband punya. xD



keadaan stalls di luar ballroom (foyer).



ni kat dalam ballroom. lebih meriah la, dengan model rumah kampungnya, lampu rayanya etc.



ni gambar clear sikit. tadi gegar. haha



nombor meja. :)



oh, hai!



ambik ketupat daun palas, rendang ayam and serunding ayam. rendang rasa maung bawang. not recommended.



sup power (memang tulis nama tu kat menu dia) and roti untuk mencicah.



last but not least.. pisang goreng cheese + coklat. hihi

macam-macam lagi ada; nasi ayam, ikan keli goreng (ada station khas untuk ikan keli sahaja. siap ada ikan keli berenang-renang di dalam aquarium woohoo), roti john, rojak, nasi tomato, lauk-pauk, gulai kawah, ais krim, roti jala etc etc.
dengan harga RM60 something untuk dewasa, bolehlah try (dengan harapan next time ada la lauk seafood pulak kan haha).

tu je lah kot.
nanti kita cari tempat berbuka puasa lain pulak yang best.
aighttt.
sampai jumpa lagi! :D

Saturday, June 20, 2015

sahur no. 2

seperti yang di-plan,
tahun ni sahur memang nak masak malam sebelum.
then bangun pukul 5 pagi untuk panaskan je.
tujuan : mengelak keletihan / kemengantukan dan makan yang mengenyangkan untuk bekalan badan pada siang hari. xD

hence for our second sahur,
i cooked chicken curry for both of us.
masak tengah-tengah malam sebab sebelum tu keletihan.. sy tidur dulu then bangun kemudian.

tahun ni memang tak ke masjid la kita.. terawih kat rumah je.
itu nanti la ceritas sebab apa.

so. ni lah dia kari ayamnya.
pekat gile hoih. ku campak sekotak santan kot.
tapi husband memang suka pun kari pekat-pekat ni :D
dia cakap tak de mee je, sebab pekat and best, he said.
bagus lah tu ada selera nak makan pagi-pagi HAHA


kari ayam pakai rempah babas aje. *insert lagu babas di background*



simple je lauk berbuka. 1 lauk je. orang lain makan meriah lagi daripada ni. lolx

yang penting kurma yusuf taiyoob (wet) tak tinggal.
sedap hoih.
3 biji makan everytime sahur.




sahur hari ni memang tak sempat nak masak last night.
sebab semalam balik berbuka kat rumah mil fil.
sampai rumah putrajaya from banting dah terkelepek hahaha.
nasib baik ada dendeng frozen tu.
so pagi tadi panaskan aje and goreng telur dadar 2 biji.
photo tak de.
takkan nak ambik gambar telur dadar ye tak. hahaha


ni kat bazar dengkil, on the way to rumah mil fil, singgah kejap beli ayam golek.

bazar dengkil ni kecik je.
satu deret ke belakang je macam tu.
tapi ok la.. tak penat nak berjalan.


bazar dengkil. semalam singgah.

dah tu je.
selamat berpuasa korang!

makan di suki-ya, alamanda

ni cerita sebelum bulan ramadhan.
baru jugak la.
husband ajak makan japanese steamboat kat suki-ya, kedai yang baru dibuka kat alamanda.
location betul-betul depan tempat boling tingkat bawah tu. (bawah RASA food court, turun escalator).

ni first time sy makan steamboat jepun.
konsep adalah buffet, tapi dalam set yang kita bayar tu boleh choose 2 jenis sup/kuah.
then akan bagi set daging ikut pilihan kita.
yang lain-lain tu ko ambik la kat meja buffet.. macam sayur, balls, tauhu semua.
kitorang ambik miso dengan apantah lagi satu tu namanya.. tapi dia spicy sikit macam tomyam. kaler merah.

verdict? sedap la jugak.
healthy pun ye sebab sup kan.

harga adalah berbeza antara lunch and dinner.
dinner mahal lagi daripada lunch.
and ada tempoh masa untuk makan. tak boleh la 24 jam ko nak duduk situ. lolx


model suki-ya untuk hari itu. dengan baju rabbitnya.



set yang memang didatangkan dengan daging hiris yang super nipis. yum!



husband ai si pembelanja :D



sy lah, siapa lagi :P



dua jenis sup/kuah.



our table.



bird eye's view katanya :PP *hah? apa tu flatlay??* tak berapa flat la photo ni nak jadi flatlay. lolx



kupang-kupangan.



makan ais krim si ariana ni. geram tengok pipi sin chan dia tu.



dengan penuh ketangkasan mencelup segala daging and sayur yang ada. ahax

sekian.
malas nak type panjang. hahah

Friday, June 19, 2015

my first day of ramadhan

ya Allah, dah bersarang labah-labah dah blog ni.
kulapuk juga kuman dan hama bertebaran di dinding-dinding blog. akaka

hey hey semua.
bersiaran lagi kita bersama wani e yang pemalas nak update ni. lol
selamat menyambut bulan ramadhan, selamat berpuasa and selamat meng-up-kan amal ibadah kepada yang berkenaan :D

khamis adalah first day of ramadhan.
so far so good *kalau first day dah terkelepek tu, tak tau la nak cakap apa* haha
plan bulan ramadhan kali ni adalah nak masak untuk sahur je.
buka puasa kita beli je la lauk, lepas tu nasi masak di rumah.
ai is nak jimatkan tenaga. punyalah sayang kat tenaga tu. lolx

so hari sebelum puasa tu, kira nak sambut ramadhan la.
masak lauk tiga jenis. (biasa sejenis je atau yang simple-simple atau beli kat luar aje).
masak lebih so boleh bawak ke sahur esoknya.
nah ni dia gambar.


udang masak tomato, ikan goreng garing and sayur campur.

ada pulak kederat nak memasak tu kan hahaha
semangat nak menyambut puasa kot.


udang tu goreng tepung garing-garing dulu baru dimasakkan dengan fresh tomato.



ikan ni marinate semalaman. rajin benar nak simpan semalaman kan :P



lama tak makan.

sy sakit gigi sebenarnya.
ye yang sakit gigi hari tu menyerang kembali.
tapi masih mild la. boleh bertahan lagi.
tak sabar nak tunggu 30 jun ni appointment dengan doktor gigi nak cabut akar mati katanya.
hopefully hilanglah sakit gigiku itu.

so sahur on the first day,
sy makan reheated daging dendeng yang dibeli daripada kawan (homemade).
memang every year pun dia jual.
resipi nenek katanya.
memang sedaplah.
sebekas tu 1/2kilo harga RM32.
naik RM2, tahun lepas RM30 je. lolx
mahal tak pe janji sedap.
i'll pay for a good food. so.

and buka puasa hari ni seperti yang dirancang, ai pergi ke bazar ramadhan putrajaya untuk membeli lauk dengan jayanya.
tak de la jaya sangat.
bulan ni sy balik awal pukul 4.30 petang.
ingat nak elak jam.
punnnnn jam hambik kau.
berpusing jauh cari parking.
last-last dapat jugak parking berdekatan tangga bazar. alhamdulillah.
husband kata nak ayam percik.
ok nice.
sy pun beli yang sama je.
tawaf habis satu bazar cari ayam percik yang nampak sedap.
and memang berbaloi la sebab sedap sungguh nyeeee *menjilat jari*
ni ayam percik kuah oren.
so memang tak silap la beli. hihi

kebetulan PM dengan KSN dengan big boss ai semua ada kat bazar tu.
lagi bertambah penuh orang.
dengan reporters semua mengekori PM.
lalu pulak berdekatan laluan sy nak berjalan.
terpaksa lari ke lorong lain untuk elak 'jam' diserbu reporter. ahaha

nah lauk buka puasa sy untuk hari pertama :


sedap wei ayam percik diaaaaaaaaa.

mencari jugak la lauk sayur kat bazar.
tak de orang jual sayur ke hoiii.
nasib baik hari tu ada beli kacang botol kat pasar.. simpan dalam fridge.
dapat la jugak makan ulam.
balance la kononnya kahkah

then my big boss (SUB en. hamid) belanja semua orang murtabak ini hari.
i chose murtabak ayam.
murtabak uniten ok. memang sedap.
besar pulak tu.
tak terhabis makan dua orang dengan husband.
simpan dalam fridge.. esoknya boleh perangat balik makan. gitu.

murtabak ayam sedap yang bos belanja. thanks, en. hamid! :)

malam ni pulak baru tadi masak kari ayam untuk reheat sahur nanti pukul 5.
ye sy bangun pukul 5pagi.
bukan jenis bangun awal pukul 4 nak sahur hahaha

tu je la kot kisah my first day of ramadhan.
semoga ramadhan kita kali ni mendapat berkatNya dan sama-sama upgrade diri ok.

till then.
take care!! :)

Saturday, June 06, 2015

jom ariana, kita jalan-jalan!

"bos, esok birthday anak sy. sy nak apply cuti, bawak dia jalan-jalan."

"ok."


ye, ariana memang suka berjalan.
pantang nampak kitorang bersiap-siap, dressed up pakai tudung ke apa
mesti laju je dia pergi kat pintu rumah, nak keluar.
siap ambik selipar siap-siap.
"bukak. bukak." hamboi siap suruh bukak pintu lagi. lolx

so last thursday on her birthday,
ingat nak bawak dia ke kidz paradise; tempat yang paling dia enjoy kalau pergi.

neneknya pun cuti nak datang putrajaya sambut birthday ariana.
but before that they all nak pergi floria.
so kitorang pun nak join jugaklah pi floria pagi tu.
ingat hari bekerja tak jam la apa.
tak jam lah sangatttt. cuti sekolah ok!
dua kali pusing tak de parking.
kalau ada pun jauh la kot.
tak mungkin wani e nak menapak sejauh itu dengan si ariana bariana ni ahahah
ni yang malas event kat putrajaya ni.
orang packed gile, lepas tu susah nak parking.
kena ada stadium kot putrajaya ni.
apa-apa event besar ko buat kat stadium.
parking senang. boleh cater ramai orang.
tak gitu ke. kihkih

jadinya kitorang patah balik rumah.
nenek, atuk, harith and durra (harith's gf) je la yang pergi floria.
tak pe la tak de rezeki nak masuk.
(sebab wani e kurang berusaha di situ :P)

sementara tunggu nenek atuk ke floria,
kita makan & napping kejap la kat rumah.
then diorang sampai rumah, tumpang solat, baru kitorang ke the mines.
pi lunch and bawak ariana ke kidz paradise, tempat fave dia. haha



ariana kalau pi sana memang senyuman tak lekang punya.
ai pun pelik. haha

kakak kawasan nak lalu. tepi! tepi!



hambik ko, achievement unlock; kickflip.



myself yang awesome (kakaka) and ariana.

best pun bawak dia ke kidz paradise.
satu; sebab dia enjoy gile main kat sana.
dua; peralatan mainan semua selamat. insyaAllah selamat. tapi kena ada orang dewasa supervise jugak ye.
tiga; orang dewasa yang supervise tak penat sangat nak menjaga (tak sepenat menjaga kat rumah la) since kawasan permukaan lembut. so kalau lompat ke apa kurang risiko la. kita pun tak de nak terkejar-kejar sangat kalau dia lari. lolx

satu lagi sebab on weekdays, bayaran masuk murah sikit. RM28 saja berbanding weekend. RM40 tak silap. cuma bawaklah stoking sendiri, or else ko kena beli RM4.90.

nak masuk cuma bayar harga untuk kanak-kanak je. dewasa free, minimum 2 orang untuk supervise.
kalau nak masuk lebih daripada 2 orang, orang ketiga tu extra charge RM5 saja.
cool kan.


neneknya yang memang manjakan ariana (tak macam mama dia yang garang sikit HAHAHA)



jongkang-jongkit.



tetiba datang mamat ni duduk nak main jugak. ai ada video bukti ok. lolx

budak lelaki chinese ni pun umur 2 tahun jugak macam ariana.
mak dia cakap lagi seminggu umur 2 tahun.
yang kelakar tu dia ada abang besar sikit la dari dia.. tetiba datang kat ariana cakap apa ntah dalam bahasa kantonis. confuse jugak ai tu. hahaha
ko ingat anak auntie chinese ke apa, nak :')))


nak bagi relax sikit, bawak dia main 'pasir'.

nampak tu budak lelaki yang main sebelah dia.
memula elok la main kan.
lepas tu ariana kaut pasir (tang datang akal dia memang macam tu kihkih) ditaburnya satu planet.
terus budak lelaki tu lari. haha
memang kak yong kawasan laaaa. sabar je la.


semangat main tu ha.



happy birthday, bariana! ;)



lepas tu atuk datang, bayar RM10. dapat stoking sekali. masuk tukar shift jaga. ai nak pi solat asar.

penat jugaklah seharian tu tapi happy.
badan rasa refresh la sekali sekala keluar jalan.
tq to family yang susah-susah datang dari shah alam nak celeb birthday ariana ya.
faliq je tak de sebab kerja.
babahnya pun tak de sebab kerja.
husband tanya bos dia nak balik rumah sat tengah hari sebab in laws datang, bosnya berlawak cakap "ehhh tak berkat tau pakai masa pejabat untuk urusan peribadi."
walaupun lawak, yo yo an la bos.
terus husband tak jadi nak balik rumah kejap.
tak pe la. nanti kita celebrate dengan babah pulak ye. hihi

k till then!


mereka-mereka yang datang. thanks!

Thursday, June 04, 2015

ariana's 2nd birthday



as a mom, i should write a long, cheesy, sentimental entry of how she brought into this world.
of how joyful everyone was, having her around.
but nahh. :P
i just want to share this precious moment to wish my daughter a super duper califragilisticexpialidocious BIRTHDAY!!
you turn two today, ariana!! wee hoo!
keep on being a cheeky, smart you.
don't ever stop learning, as this world has so much to offer.
i love you, daughter (not to the moon and back because i don't want to go to the moon. haha).
as the first birthday gift for you.. i'm taking A DAY OFF today.
so we can go out and have some fun! haha

have a greeeatttt birthday!