Tuesday, December 16, 2014

trip to istana and penang

ok kali ni entry pasal ofis pulak.
tapi tak de lah nak ceritakan pasal di dalam ofis, literally.
itu boring. ahax.
ini cerita trips di luar ofis.
satu, ke istana negara yang baru.
dua, ke pulau pinang.
tapi sy sekali kan aje ye dalam satu entry ^^

so on 8th december, sy ke istana negara untuk mengikuti kursus istiadat.
basically kitorang akan bertugas kat istana tahun depan.
jadi kena belajar selok belok istana la kiranya. lolx (muka ini tak de rupa protokol langsung :P)


tengok tangga kat istana punya la besar. pintu pun ada tiga kalau nak lalu. siap ada escalator lif semua.



ni kat luar istana. macam tempat perhimpunan pun ye. basically ada la kadang buat event kat luar ni.



flags tu memang super besar!! *mulut lopong*

menurut pegawai istadat istana *yang mungkin weekend pun tak dapat nak cuti*,
bendera yang di tengah tu indicate.. if Agong ada dalam negara, akan dipasang.
if Agong bertolak ke luar negara misalnya, bendera akan diturunkan tepat-tepat on time.
kalau flight tu terbang pukul 1 pagi, 1 pagi la bendera akan diturunkan.
diorang akan contact dengan airport untuk tau exact time. hebat tak hebat.


what a view!



with raja anddd the view. :)



panjang tak meja? hahah



nak tunjuk betapa gorgeousnya lampu chandelier kat atas tu! xD

habis cerita kat istana negara.
weekend lepas pulak ke penang, ada retreat SKT.
sebagai officer yang in charge SKT bahagian, sy pun pergilah. lolx

view atas penang bridge no. 2 dari dalam bas.

first day tu tak de apa sangat,
sebab ahli-ahli MBJ ada meeting.
so kitorang sampai petang, free and easy.
malam tu pulak dinner bbq sekali dengan santai-santai. ada karaoke semua.
bos-bos, KSU semua menyanyi.

menikmati hidangan bbq.



kambing golek pun ada.
ofis sy ni kan,
sy perasan kalau ada event ofis mesti ada hidangan kambing.
kambing dan ofis tak dapat dipisahkan. lolx


plate di malam bbq lagi. hahaha. makan sampai full.



malam tu jugak ada match piala suzuki antara malaysia dengan vietnam. match yang kedua when malaysia menang 4-2 tu. the guys pun sambil berbbq sambil tengok bola kat meja. siap jerit-jerit lagi macam kat mamak. lolx



bos-bos semak slide ebook lepas habis bbq.

the next day, baru la presentation SKT daripada semua bahagian.

aizat tengah gigih bekerja. jangan main-main. haha

malam tu dah plan nak ke pasar malam batu feringghi yang sepanjang 2 km.
lenguh kaki jalan balik ke hotel.
pergi sana naik cab. hehe
ada la beli beberapa items.
tapi yang selebihnya tu jalan-jalan tengok pasar je :D

suasana di pasar malam. start dalam 7-8malam sampai tengah malam. tapi diorang cakap pukul 10.30 baru alive tempatnya.



geng pasar malam ai malam tu.



sampai ke kedai lampu yang lawa-lawa lampunya!!!

balik tu memang dahaga gile, sakit kaki semua ada.
sebelum sampai hotel,
singgah ke kedai makan depan hard rock hotel.
hard rock hotel ni sebelah je dengan hotel tempat kitorang stay; bayview beach resort.
so mari kita pekena char kwey teow sepinggan!! xD

nik and aini.



puan yash and i.



char kwey teow slow rock yang sedap gile hoihs!

the 3rd day siap-siap gerak nak balik.
singgah georgetown, beli apa-apa nak beli. makan apa-apa nak makan.
tapi sy tak sempat nak ke cendol teo chew yang famous itu. tak pe la.
naik bas nampak orang tengah kerumun gerai cendol, makan penuh bersemangat. sobs. :P


singgah beli jeruk, walaupun sendiri tak makan jeruk.



view balik.

sampai putrajaya dah petang.. hihu.
sekian.

Monday, December 15, 2014

the big bad wolf book sale 2014


hai hai!
tahun ni sy berjaya ke BBW.. twice! *lompat gilang-gemilang*

al-kisahnya siap mintak cuti nak pergi on the first monday,
tapi terpaksa cancel cuti *boo hoo* sebab tetiba ofis ada program.
lepas tu siap calculate bila lagi boleh cuti pada hari biasa untuk elakkan sesak.
TAK ADA HARI YANG SESUAI OK!! SEMUA PENUH!! *pengsan*

last-last pergilah jugakkk hari sabtu. the first sabtu.
ajak faliq.
memang merasalah packed dia.
ramaiiinyaaaaa. nasib baik dapat parking. haha


itu belakang faliq. tengah nak masuk ke BBW book sale! jyeah!



ni petang dalam pukul 5-6 macam tu.



buku kegemaran.. pop ups!!



tahun ni ai bawak troli pasar. pengajaran daripada tahun lepas. tak larat nak hangkut kotak. rofl.

memang tak cukup la masa nak beli buku and belek buku.
terkejar ok.
tau-tau dah maghrib.
waaa mana cukup niiii. dasar wani. semua tak cukup. (buku tak cukup tak pe). HAHA


lepas tu singgah pyramid, dinner.



penuhkan rak buku kat rumah putrajaya. wihihi. ada lagi bukunya tapi tak snap.

sebab tak puas hati *lolx*, semalam ahad pagi pergi lagi BBW untuk kali kedua.
balik outstation sabtu tu.
ahad awal pagi lepas subuh ada kederat lagi tu nak pergi :DD
kali ni pergi sorang.
duduk tengok buku ikut time sendiri. baru dapat round betul-betul.


masih ramai walaupun awal pagi.

kesian tengok budak-budak baju oren yang kerja BBW tu la.
kita kan datang pagi-pagi fresh. dah mandi makan semua.
sah-sah budak-budak tu and some of the pembeli stay up dari tengah malam semalam.
nampak memasing muka tak cukup tidur.
nasib baik la sy tak pergi hari sabtu lepas balik dari outstation tu.
kalau tak memang mata panda la kita. hihi


snap gambar lagi depan pintu masuk. 2nd time pun bawak troli pasar and beli buku-buku. best!!

3rd time?
kalau korang nak pergi tapi tak sempat-sempat lagi nak pergi, berita baik!
BBW dah extend tarikh sale sampai 21 disember yaw!! (sebelum ni 16 disember)
so ada masa lagi kalau nak shopping bukuuuuu.

membaca jambatan ilmu. :)

ciao!!

lively life

hola!
wuahh banyaknya benda nak recap!!
kebizian mengatasi segalanyaaaa *lempang se-das sebab bizi*
tak pe tak pe.
kita update sikit-sikit sampai jadi bukuit. lolx

cerita dalam entry ni bermacam-macam.
so gambar pun macam-macam. enjoys!

belikan ariana bariana mega blocks untuk dia sepah-sepahkan. bahah.


that other weekend *tak ingat weekend bila haha betapa----*
pergi ke karaoke amal, kawan husband yang anjur.
pergi as penonton je, tak nyanyi. tapi bayar jugak sambil menderma.
selain singing comp, ada jugak cabutan bertuah dan game.
so dapatlah jugak hadiah cabutan bertuah dengan menang game tu. HAHA wani e ni competitor ok jangan men-men *sapu habuk invisible kat tepi bahu sambil gelak memetir* :DD

husband nyanyi cover from hazami-tekad. lagu ni memang best, sesuai untuk anak-anak.

lepas habis aktiviti karakokke semua tu,
mari kita pergi makan nasi beriyani insaf jalan TAR.
mi favorito! xD

lamanya tak makan!! rinduuuu!!! (ayam goreng dia paling 'win')



hah gambar bukti menjejakkan kasut ke restoran insaf ;) kemain suka yang di belakang tu. lolx

lepas tu dapat jemputan ke ofis lama.
ada majlis jamuan meraikan orang ofis yang bertukar keluar, naik pangkat, bersalin dan macam-macam lagi.
so sy dengan raja antara yang terlibat.
siap ada theme comel-comel gitu. kawaii!
(ai tak sangka akan kecomelan itu. ofis lama kan biasanya serius aje. maklum la dok mengapit pejabat PM. haha)

comel kan. habaq dah! :P



 kitorang sempat jugak la bergambar dengan props semua. tapi tak letak semua gambar kat sini.



ni jugak comelness!!

then awal disember lepas dapat invitation ke majlis aqiqah anak azra, baby nia and housewarming rumah azra yang baru kat presint 11.

moms and their kids. excuse my jeans and blouse. baru balik dari hospital check up ariana setahun 6 bulan.



budak-budak ni memang tak duduk diam! haha



neighbourhood rumah baru azra. lawa kan!



rumah pun lawa-lawa. harga? 400k plus dengan CSRU ^^

bagi yang tak tau, CSRU ni adalah civil servant reserved unit.
apply je, and kalau ada rumah yang available, korang boleh beli dengan diskaun 25%.
tapi untuk sivil servant sahaja ye. :)
boleh tengok kat website JPM.


last week, pergi wedding family kepada nenek and tok angkat ai kat taman melawati.
lawaaaa. makanan sedap gilssss!


wani e muka puas hati dapat makan sedap. haha



ariana and her fave uncle. eh no. now harith pun jadi fave dia sebab mainkan dia lagu dengan gitar. haha



my beloved parents.
a bit of abah's update.
operation membuang tumor di kepala sudah berjaya.
tinggal tumor di paru-paru je yang doc cakap tak boleh operate sebab risiko.
may be kita cari jalan lain. alternatif should be good :)
and nak tunggu jugak result sama ada tumor dia tu cancerous ke tak.
kalau cancerous dia boleh merebak kan. kalau tak, dok diam situ je tumornya.
apapun result, sy doakan abah cepat sembuh and tak de penyakit yang tak de ubatnya kecuali meeting up kembali dengan Pencipta. :)
now abah nampak ok cuma kadang-kadang ke hospital check.

harith, my bro. geng pasar malam ai. bahaha

semalam (ahad) pulak wedding azyan.
azyan ni geng kat ofis lama jugak.
macam adik sy. dia pun panggil sy kak wani. hihi
kitorang close jugaklah kat ofis tu. so harus pergi wedding dia.
ariana dah siap-siap pakai kurung.

anakku yang happynya, masya Allah. :D



belikan dia belon. kesian dia demam. so kasi happy banyak-banyak. happiness tu ubat.



hamboi happy dah tu. lolx



"kat sana je kendurinya. jom, geng!" (dialog) HAHA



sempat bergambar dengan azyan and husband. selamat pengantin baru, azyan & riduan!! ^^

sebenarnya weekend yang ini memang sesibuk-sibuknya.
sabtu tu baru balik dari penang, outstation (tu nanti cerita).
ahad je yang ada break sikit. tu pun tak de lah duduk rumah baring. tak ok. lolx
ni hari ni (isnin) pergi bengkel sampai esok. tapi boleh balik rumahlah.
yang tak sampai hati tu kalau kena pergi outstation and tak balik rumah 3 hari.
kesian kat family kena tinggal. ariana especially. harap tak banyak outstation la lepas ni.

kbai!