Thursday, May 22, 2014

happy call - pemanggang ajaib

tak tau dari mana asal datang nama pemanggang ajaib ni.
tiba-tiba kat kedai ada jual pemanggang yang boleh buat macam-macam;
goreng, bakar, grill etc. kukus grill panggang kukus grill panggang. kukus!
*haha ok main-main je* :P

and brand dia pun ada macam-macam.

hari tu pergi langkawi rembat satu.
brand happy call.
kat kedai haji ismail tu ada jugak brand HiG sendiri dan brand vantage.
tapi bila call my mom,
dia cakap happy call ok.
so ambik happy call.


si kecik ni memang suka enter frame time orang nak tangkap gambar pemanggang. lolx

tengok tu, siap duduk lagi.

akhirnya dapat jugak snap gambar yang decent..

kotak.



buku di dalam kotak.

dia ceritalah ciri-ciri pemanggang ni (boleh baca kalau rajin. haha)

yang penting,
baru sy tau yang pemanggang ke, kuali non stick ke,
kalau first time pakai
mula-mula kita kena cuci pakai sabun dulu.
lepas tu second time cuci pakai butter atau minyak (sambil panaskan atas dapur).
baru cuci balik dengan air sabun and gunakan.
mungkin nak keluarkan lilin dia ke apa.
selama ni beli kuali biasa je,
so tak de cuci-cuci ni HAHA





nampak tu tangan siapa menyebok tu :P



bahagian dalam.

sebenarnya kat dasar tu tekstur dia macam griller yang biasa tengok,
ada garis-garis.
so kalau grill nanti nampaklah garisan tu kan.
BBQ katanya. haha
so far memang best pemanggang ni.
sebab sy duduk kat kuarters kan (apartment),
tak boleh nak bakar-bakar buat BBQ sewenang-wenangnya.
so pakai pemanggang ajaib ni bolehlah buat ayam grill ke apa.
(oven pun boleh. kan!) ^^

tak habis baca lagi buku manual dia.
pemalas lipas lolx

sekian.

what's cookin?

hai!
korang makan apa hari ni? xD

ni entry photos makanan lagi.
(macam biasalah. HAHA)
tapi ikut time jugak,
ada masa sy masak, malas nak snap gambar.
ni kira time rajin snap. lolx

ni time cuti jaga ariana tak sihat hari tu, nak masak lain tak sempat. breakfast goreng nasi je lah. :)



ni merasmikan pemanggang ajaib yang beli kat langkawi hari tu. try masak ayam percik.

sedap jugak despite of tak de serai dalam fridge.
wahaha


ni pagi tadi masak burger buat breakfast.

ingat nak buat patty sendiri.
may be one day la.
sekarang tak sempat.
beli patty burger ramly je and masak atas pan. letak sos tiram.
siap. potong timun, letak salad.
ngap makan. xD


ni pisai baru beli. the kai knife.
kai knife ni memang famous.
kalau dulu-dulu tengok food network memang ada iklan pasal kai knife.
and bila pakai baru tau kenapa la famousnya.
best ok pakai.
macam effortless.
cuma tak de la nak cincang membelah angin laju-laju macam yang chefs buat.
diorang tu chef.
kita ni rakyat marhaen je. HAHA

ok tu je.
memang entry ni pendek je pun.
teehee.

bye! :)

Tuesday, May 20, 2014

going to langkawi

jumaat lepas sy dan budak-budak ofis pergi ke langkawi.
sebab ada kursus SPSS.
surprisingly kursus adalah best walaupun a bit technical.
may be i'm a fan of statistics after all.. kihkih. (not!) :P
tak de lah, may be sebab most of the time kitorang buat praktikal,
so tak de lah kelas yang dry dan boring.
malaysian education system should focus more on hands on, too (in my view).
barulah students berminat nak belajar hoih.
kalau asyik masuk kelas salin nota, kerja menghafal je la time nak exam.
apa kao dapat? nada. haha

ok back to langkawi.
kitorang gerak pagi.
first time menjejakkan kaki ke klia2.
this it the view of klia2 :

macam shopping mall kan.

banyak kedai jual murah sebab baru bukak.
nak masuk sampai ke balai pelepasan tak de lah jauh sangat macam KLIA.
tapi masih perlu berjalan.


depan departure board. barulah nampak keairportan. hahaha



view dari tingkap.



view dari tingkp 2.

then ada lalu satu kawasan tu,
berbondon-bodon kapal kat situ.
sy pun tak tau tu area mana.
nak kata search & rescue team MH370, rasanya pencarian dah selesai kan?

ketibaan lunch pack..

disertakan sekali dengan snack box sebab duduk kat hot seat.

hot seat ni kiranya tempat duduk yang mendapat layanan istimewa la.
kalau nak naik flight tak yah beratur panjang,
duduk pun belah-belah depan atau tengah.
makan pun dapat snack box. hihi


nasi putih dan kari ayam hijau.

sebenarnya sy tak order ni pun.
asal-asal sy order nasi goreng dengan sate.
tapi agen yang menempah ni punyalah dengki,
dia book nasi dengan kari ayam hijau untuk semorang.
balik pun sama.
makan nasi dengan kari ayam hijau lagi.
bayangkan punya malas nak tolong tempahkan tu.
at least kalau nak book sama meal satu group pun,
tak de la dua-dua flight makan kari ayam hijau kot.
grr.

group selfshot!!!

sampai-sampai tu bilik belum siap.
so kitorang pun keluarlah kejap.. beli coklat. HAHAHA

si azmi ni menyebok di belakang tatkala sy nak selfshot dengan papan tanda kedai haji ismail group (HiG) haha



longgokan coklat d'aim. yiehha!

sy ni bukanlah pemakan coklat sangat.
so yang banyaknya membeli untuk souvenir ahli keluarga.
sendiri beli kinder bueno, kisses dengan kacang gajus & pistachio.


ni izzati. room mate sy. colleague sy juga.



sorga coklat! xD

lepas tu kitorang tunggu azmi solat jumaat.
baru pergi makan laksa power kat jalan tepi airport.
pehh memang sedap dowh!
semangkuk RM4 je.

aksi makan laksa. (i should make this my ultimate pose everytime i snap a photo at a kedai makan. HAHA)



makan pulak kat tepi pantai. fuh! (ada lagi orang peace2 zaman sekarang ni?! *lempang diri sendiri*)



laksa power. memang power.



selain tu ada jugak rojak. boleh pilih sendiri nak apa.



kelapa besar gile hoih! habis ke tuuuu hahaha



laksa sy ditemani oleh cendol. ye. cendol. best!!



tak lama lepas tu nor & kak fida datang join. flight diorang baru sampai.

lepas tu kitorang pergi seight seeing.
sampai ke hujung datai tu kitorang jalan.
penuh mat salleh je.
senyap sunyi pulak tu.
diorang buat hal masing-masing.
macam musim panas;
berenang, baca buku tepi pool.
tapi memang senyap gile la.

four of us. kak fida pergi bilik ayaq. :P



sy suka photo ni sebab nampak kehijauan tu.

rupanya HiG ni banyak kedainya.
tiga kot kat sana.
satu lagi adalah kat kompleks HiG.
lagi besar kedai dia.
macam mall.
beli pun puas hati.
memang memborong kuali la kat sini. hihi

hari berskirt. dengan izzati and kak ida. tumpang kereta kak ida pulak hari kedua. dirst day tumpang kereta azmi. lolx

so sy berjaya memborong barang-barang berikut :
1. pemanggang ajaib happy call (jumbo grill)
2. dua pan tefal (RM74.90 untuk dua. yoshh penjimatan!)
3. steel strainer (bagus untuk strain spaghetti atau macaroni)
4. the kai knife (belum pakai lagi. sayang. HAHAHA)
5. dua fridge magnets bentuk macaron.

and of course ada singgah idaman suri tapi tak tangkap gambar.
kat sana beli piring plastik 4 ketul.
ye la rumah kita ada budak kecik.
beli plastik je la selamat.
tapi beli yang kaler putih biar nampak macam kat restoran. kahkah

so kelas pada hari sabtu habis malam.
lepas tu depa nak buat meeting bahagian pulak
(boleh, meeting time kursus?? HAHA)
tu yang keluar pukul 11.30malam, kelaparan sebab tak sempat dinner.
pergilah kitorang mencari makanannnn.

nasib baik jumpa kedai goreng-goreng yang bukak.


sate 40 sen je secucuk.



gelas kena ada style, bentuk balang. haha



husband & wife yang belanja makan. xD



inilah makanan kitorang untuk malam tu. tu pun telur dadar, telur bistik dengan sayur campur belum sampai lagi.

overall, sedap and kitorang kekenyangan dan kegembiraan.
balik, happy, tidur. :)

time nak balik putrajaya,
kat airport langkawi nampak pulak tun m.
dia nak balik pi mana ai tak tau.
tapi naik private jet la.
semorang pun bangun meninjau, nak tengok.
tan sri khalid pun ada iringi tun.

sy yang marhaen ni iringi dengan anak mata je la ye. haha

tu ramai-ramai kurumun tu tengah hantar tun mahathir la tu. :)



izzati yang semangat-semangat tangkap gambar.

balik makan nasi putih dengan kari ayam hijau.
(sudah kukatakan tadi kan) :P

sampai klia2,
jalan jauh gile dari tempat landing ke luar.
di pertengahan jalan tak boleh bawak troli pulak tu.
nasib barang hand luggage sy tak berat.
yang hangkut beg besar and berat tu merasa la exercise sambil angkat batu (umpamanya).
memang tak user friendly la.
kesian kalau orang tua kena jalan jauh macam tu.

since ni first time kat klia2,
mencari jugak la jalan keluar tu di mana.
nasib baik la ramai yang kat situ pegang papan tanda 'ASK ME'.
so bolehlah pergi tanya depa.
depa akan tunjukkan jalan yang benar ;)


serupa kat klcc dah.



ask him! haha

sekian kisah pergi langkawi.
minggu depan pergi genting pulak.
kan.
jalan saja.
(padahal kerja. waaaa)

bye!

Tuesday, May 13, 2014

makan-makan hari mama


haa pilih, dik. pilih dik :P
siang tadi kitorang pergi sunway.
lama tak pergi sunway.
pergi seawal pukul 10pagi gerak dari rumah.
sebab kalau lambat, tak dapat parking dowh.
pulak tu time-time public holiday macam ni.
lagipun dah plan nak makan kat serai lepas tu.
serai tutup pukul 3petang.
so nak kena cepat lah. :)


tengok, semorang tengah makan nasi. ariana je makan pinggan. HAHA
ini makan-makan celebrate mother's day.
cakaplah celebration apa pun.
hari ibu, hari bapa, birthdays, bulan puasa, lepas raya,
semuanya kitorang makan kat sini.. haha


selfshot dua beranak.


orang kedai bagi ariana pinggan, sudu dengan garfu plastik. memang dia buat main je la kekdahnya.


tapi usaha untuk imitasi itu harus dipuji :P

betul la tu,
budak-budak kecik ni akan perhati and ikut apa yang orang dewasa buat.
macam ariana la,
dia nampak kita sikat rambut dia, dia pun ambik sikat nak sikat sendiri.
(sikat la, tapi entah ke mana-mana jambulnya pergi HAHA)
dia tengok kita bagi dia minum dengan cawan plastik,
dia pun ambik sendiri cawan and minum.
hari tu lepak rumah makcik husband dengan cousins dia ramai-ramai kan,
ada air oren sapa ntah atas meja.
ariana laju je pergi situ ambik cawan plastik tu, pastu minum!
what the-- :'DD
jadi kena hati-hati la buat apa-apa.
tak boleh bagi anak ikut yang tak elok.
(sebab tu la tak boleh smoke depan anak hoih! contohnya...)


ni la lauk-pauk biasa yang kitorang order :







terung deep fried ni memang sedap sungguh la woih.
tak tau la apa dia letak, (tapi nampak je serbuk ajinomoto atas tu.. ekeke)
and puas google, tak jumpa resipi.
may be ni dish restoran ni sendiri.
tak pe nanti sy try version sy pulak.
tengoklah bila rajin.
itu yang tak tau bila tu. hahaha

ok nak tengok chopped canada.
bye!

meatballs leko-leko

now tengah seronok download and tengok chopped canada.
chopped memang favourite tv show sy zaman berzaman.. ahaha.
since kat rumah putrajaya tak de astro HD, tak dapat la tengok.
so kita download je.

husband tak de, dia pergi melancong backpack dengan kawan-kawan.
sy malas nak ikut sebab sy tak suka backpacking LOL.

ni adalah gambar sabtu lepas,
time pergi jalan dengan husband and ariana.

singgah leko-leko beli keropok lekor yang diinovasikan.
pehh sedap!
mine is blackpepper lekor.
and husband ambik lekor yang ada cheese tu. mayo cheese ke apa nama dia.
lepas tu sy nampak kat board dia,
ada menu meatballs dengan cheese.
sy bitau la ke husband.
dan dia suruh sy order lagi. meatballs pulak. haha
dia memang suka cheese.


meatballs with cheese.

rasa boleh tahan sedap.
tapi meatballs ikea masih no. 1. haha

ni lah macam mana ariana menjalankan modus operandinya :


1. target lock benda yang dia nak ambik.



2. ambik. hahaha

lepas ni nak update entry,
lepas tu nak sambung tengok chopped canada ;)

Sunday, May 11, 2014

happy mother's day yang ke-30, mama!! xD


jyeah.. that's me pointing hand and whatsnot :P

nak ucapkan happy mother's day (yang ke-30) (jangan main-main mother's day pun ada ulangtahun ok. bahaha) kepada mama sy, hajah zakiah ali.
for bringing us into this world.
for always be there for me.
for having a high patience with all types of manners from us lolx
for the motherly delicious home cooks.
for the teachings and guidance. (those include life values and life qualities)
for the prayers you always have for us.
and for being our beloved mom :)

and of course.
nenek sy. nenek angkat sy.
mak mertua sy. mak angkat sy.
semua maks in the world.
or bapaks (or anyone) yang mengambil alih tugas mak.
you guys should be getting a medal or something.
gold medal. every year. hihi

again.
HAPPY MOTHER'S DAY.
terima kasih untuk semua yang terbaik daripada mama kepada kami.

love much,
-wani-