Saturday, May 10, 2014

unplanned saturday



ye budak kecik ni dah boleh bawak kereta masa dia umur 11 bulan.
baby lain tak de ok. HAHA
sama ada dia main wiper, lampu signal, atau hon.
bagus, ariana. bagus. :DD
tapi kalau dapat stering kereta tu memang excited lebih la.

btw patutnya weekend ni kitorang pergi bercuti.
tapi semalam kitorang terlepas flight.
jalan jam gile.
jumaat. hujan. putrajaya. shah alam. subang.
what do you expect.
dan kitorang tak ambik pun flight seterusnya.
sebab kalau nak, kena bayar RM800+.
erk. tak pe lah kalau 800.
next time je la.
kira tiket flight tu burn la kan.

so hari ni plan bertukar.
pergi beli kabel USB, adaptor netbook.
husband pergi survey ultrabook.

lepas tu ingatnya nak ke vandeur festival kat stadium malawati, shah alam.
ini adalah festival jualan baju-baju, tudung, ada makanan semua la.
memang khusus untuk hijabsters kot. akaka
tapi bila tengok gambar kat instagram,
punyalah sesak.. sesak macam, dah la lorong antara booths tu sempit kan,
pastu orang berpusu.
macam ekspo baby, ekspo buku, etc etc
tapi ni lagi gila la.
i read the comments and ada yang cakap tak dapat nak beli dengan comfy pun sebab kalau nak singgah tak dapat nak lama.
terpaksa terus berjalan ke depan sebab orang kat belakang dia dah sesak-sesak nak ke depan.
durra pulak cakap jalan ke sana jam.
so dia pun tak pergi.
last-last sy pun malas nak pergi hari ni.
(i know how 'needy' buyers act. they're ruthless ya know. kemungkinan ko akan ditolak dan sebagainya.)
pergi ekspo baby pun dah tau macam mana.
parents yang tolak stroller tak kan bagi ko jalan.
padahal ko bagi jalan kat semua orang.
(i thought parents with babies should have empathy or something?? lolx)
tak. sama je.
needy buyers semua macam tu.
tapi kalau korang berminat nak beli tudung, baju, skirt etc daripada penjual-penjual online yang famous, bolehlah ke festival ni.
tapi sama ada pergi super awal atau super lewat la.
dia 10am-10pm. today and tomorrow.
kalau pergi time tengah-tengah tu mungkin akan bersesak sikit.
tapi kalau korang tabah nak bersesak, boleh je. ahaha

petang pulak pergi pasar malam.
hujan.
bawak pulak payung rosak. lolx
rosak tu, bila nak tutup tak boleh.
so bayangkan bila singgah kat gerai nak beli makanan.
tak boleh nak tutup payung. great.
nasi kerabu yang biasa pun tak ada. cuti kot depa.
nasi kerabu gerai kedua dah habis.
last-last beli nasi ayam percik. nasi ayam percik pun sedappp :)

sekian hari sabtu sy.

ohohh it's saturday oredy?


p/s : pada masa sama, parents sy pulak pergi bercuti. kat KB okeh. order serunding la kita! wee~

bengkel kat PD

happy saturday! *grin*

sy memang jarang cerita pasal ofis dan kerja.
sebab basically, cerita pasal kerja kat blog adalah boring. akaka
but now sy akan menjadi boring seketika *jyeah!*
:P

khamis hari tu sy kena pergi this workshop kat port dickson.
sudden punya arahan daripada bos besar.
sebab bos kecik ada kerja lain.
we had to take over sebelum dia datang hari jumaat la kiranya.

sy pergi dengan colleague sy, izzati.
kitorang ni dah la buta jalan.
bayangkan la jalan ke PD pun tak tau! wahaha
tapi apa ada hal. google ada. GPS ada. semua ada :DD
(tapi GPS izzati la sebab GPS sy 'kong').
yang tak ada cuma kereta ofis. penuh.
jadi sy drive sendiri.
again, apa ada hal. :B

tu sy dalam bulatan kuning. lolx

kerja kitorang, komen paper.
ada 21 paper semua. ye gile banyak.
sempat komen separuh la sebelum bos kecik datang the next day.

komen sampai malam.
sampai pukul 11.30pm.
lepas tu kitorang berdua keluar kejap cari makan.

oh lupa nak habaq.
kitorang duduk kat hotel chorus paradise.
bilik kitorang paip air bocor, tempat shower bertakung. pakej lengkap. wahaha
malam tu kitorang gi makan kat mayang sari.
biasalah ada ikan bakar, tomyam, western. lengkap la.
tempat pun lawa ^^


tempat di mana perkara hebat berlaku. ye.. inilah.. tempat bancuh air!! :D



deco dia lawa.



seatings.

tak ramai orang pun. mungkin sebab dah lebih pukul 11.30pm.
kedai tutup pukul 12am.
bagus sangat kitorang datang time kedai nak tutup kan. haha


muka penat + mengantuk + berkilauan.



coconut shake!! xD



ikan kerapu bakar harga rm34.70 tak boleh kurang langsung -_-"

lepas tu balik hotel, tidur.
esok paginya sambung bengkel.


view dari tingkap bilik.



breakfast.
makanan kat hotel chorus paradise boleh tahan sedap.
pada sy sedap la.
lunch pun ada udang masak lemak cili api.. besar-besar udangnya.
ikan bercili. ayam kicap. macam-macam.
semua sedap.


ni izzati. say hi to her. :)

izzati ni baru berapa bulan kat bahagian kitorang.
such a hardworking girl.


and that's me. lolx



ye, makan mee goreng tak cukup. kena makan bubur pulak. wahaha



gambar kenangan dengan kawan-kawan batch yang datang ke bengkel. kiri azza, tengah lija.

sekian cerita berbengkel.
lain kali cerita lagi.

Wednesday, May 07, 2014

thai chilli crab

sebenarnya dah lama nak try buat ketam bercili ala thai (thai chilli crab) ni.
hari ni baru la dapat.
ye lah sebelum ni, asal beli ketam je masak lemak cili api.
tak de menu lain kot.
tapi tak kisah sebab kitorang suka makan. akaka

resipi, bahan main campak
and sukatan main letak suka hati je.
ketam guna dua ekor, berat hampir sekilo.
ketam ni rm27 sekilo beli kat pasar.
ye mahal yang amat.
tapi sebab saiz besar and isi penuh,
makan pun puas hati. xD

mula-mula ketuk sepit-sepit ketam, kalau tak nanti susah nak makan. boleh mendatangkan cedera. lolx

first step adalah goreng ketam dulu.
tapi kalau korang tak suka goreng,
nak rebus ke, stim ke, ikut suka suki korang haha.

bahannya; telur dipukul.
celup ketam dalam telur.
lepas tu bahan lain; tepung jagung, serbuk pati ayam knorr, serbuk kunyit sikit, garam sikit. gaul semua.
ketam yang dicelup dengan telur tadi,
golek-golekkan pulak atas tepung tu.
dah, tunggu minyak cukup panas.
goreng.
ni goreng deep fried ye.
jangan kedekut minyak :P

silalah golekkan ketam-ketam itu dengan tepung.



lepas tu goreng. currr. bunyi kena ada :DD



dan seterusnyalah. yang ni sepit pulak. their turn.







jangan jugak kedekut masa.
punya nak jimat masa sampai masukkan semua ketam penuh-penuh dalam kuali.
JANGAN.
nanti akan turunkan suhu minyak.
nanti berminyak-minyak ketamnya sebab serap minyak yang tak cukup panas. hehe


ok, ketam sekalian dah siap digoreng!

letak tepi sat.

now nak siapkan sos dia pulak.
sos dia simple aje.
bawang merah, bawang putih, halia, cili merah hidup (nak pedas, guna cili api merah pun ok).
bawang putih tu cincang. bawang merah dengan halia hiris macam biasa.
cili pun cincang kasar.
yang hijau tu daun kucai.
patut guna daun bawang tapi daun bawang tak beli. skip! :P

ni je lah yang perlu dipotong.

lepas tu tumis bawang-bawang and cili.
masukkan air sikit.
sos cili thai, sos cili biasa, sos tomato, sos ikan. hah masukkan.
kacau-kacau
lepas tu letak garam secukup rasa.
ada yang letak gula tapi sy tak letak,
sebab sos cili thai tu memang dah sedia manis.
kalau nampak kering, tambahlah air.
untuk pekatkan sos, tambah adunan tepung jagung yang dicampur dengan air sikit.

nampak dah bloop bloop sos tu,
masukkan ketam.
ikut sukalah,
ada yang suka tuang terus sos di atas ketam.
sy suka masukkan ketam dalam kuali and gaul-gaulkan dulu.
biar sebati rasa. wah haha

dah, siap untuk dihidangkan!
makan bersama nasi panas. fuhh!

(oi wani, jangan lupa tabur daun kucai masa kacau-kacau dalam kuali tu..)

hait! ;)











rasanya memang sedap super sedap.
silakan try! ^^

Tuesday, May 06, 2014

rant and a photo


balik meeting and nampak view yang super lawa.
and kereta sy parking betul-betul kat tempat sy snap gambar ni! haha

minggu ni, minggu depan, (sampai hujung bulan kot)
my schedule will be occupied with things.
patutlah masa macam berlari laju.
rupanya daku sibuk buat macam-macam. haa.
letih.

ok nak tengok movie.

Sunday, May 04, 2014

makan oi oi

apa-apa je la tajuk, kan. lolx

ni adalah koleksi photos makanan yang latest.
(akaka siap ada koleksi. hampagas! :B)
biasanya sy upload kat instagram.
kalau rajin tu yang kumpul letak kat blog pulak.

nah silakan menjamu tengok.
nak menjamu makan dah habis daa. ;P

nasi goreng cili api dengan udang, sotong dan cendawan tiram.
ni adalah breakfast pagi tadi.
korek-korek fridge tengok ada cendawan.
kang tak dimasak, layu pulak.
hangkut sekali masuk dalam kuali.. haha

bahan-bahan : nasi putih semalam punya (dalam setengah cawan), bawang merah 2, bawang putih 1, cili api 7 biji, serbuk ikan bilis knorr (saja nak try sebab tengok ramai pakai ni. biasa sy pakai ikan bilis tumbuk-tumbuk), udang, sotong, cendawan tiram yang digoreng kunyit dulu, telur, garam.


memang best makan dengan kepok keping made in terengganu ;)

lewat malam semalam pulak masak ikan bawal masam manis dengan kangkung goreng.
makan lewat sikit dalam 10.30pm sebab balik lambat dari kampung banting.
so sampai rumah dah malam.
keluarkan ikan tunggu defroze.
masak kangkung ni pun sebab tengok dah lama dok dalam fridge.
kang lagi lama lagi layu.
baik digoreng aje :P




ikan bawal upclose.

ikan bawal sweet sour.
bahan-bahan :
ikan bawal (salut dengan garam, lepas tu salutan kedua dengan tepung jagung+kunyit sikit+garam+serbuk pati ayam. goreng garing dengan minyak penuh),
blend cili kering+bawang merah+bawang putih+halia & tumis,
bahan lain sos cili, sos tomato, buah tomato air asam jawa, bawang holland potong, cili hidup potong, air sikit, garam, gula sikit.


ni pulak breakfast semalam.

puyuh goreng berempah dengan mee goreng.
sayur sawi tak de, so pakai carrot dengan kobis bunga.
resipi mee goreng tak yah la ye.
sama je. wahaha

lauk-pauk hari-hari yang lepas :

ketam masak lemak & kerang rebus. jumaat malam.



kari ayam, bendi goreng, ikan goreng.



ayam kicap, terung berlada dan tempe goreng garing.

biasanya pagi hari sy jarang masak sebab terkejar-kejar.
minggu ni ada la sekali goreng cucur.
lain tu makan kat ofis je.
kalau weekend baru nak menyempat.
tu je lah.
sekian. :D

ariana gunting rambut

selamat hari ahad!! :)

ariana gunting rambut semalam.
babah dia yang guntingkan belah belakang, biar kasi sama sebaris. haha
"i'm a hair stylist." kata husband bangga. lolx!


tapi budak ni tak de la nak duduk diam sangat :P

lepas tu kitorang pergi banting, rumah in laws.
ambik kereta husband kat bengkel yang dah siap.
sebenarnya hari tu dia eksiden, kena langgar dengan motor.
bengkel charga RM2,600. tolak insurans.
memang macam tu lah kekdahnya kalau eksiden dengan motor.
kalau motor tu salah sekalipun dia tak kan bayar.

so sekali tengok si syaza, cousin ariana yang dah berapa hari tak sihat.
katanya masuk hospital kejap, ambik darah and masuk air.
sebab dia macam tak selera makan and berat turun.
but now dah balik rumah.
nampak recovering.
and dah start makan and minum semua.
alhamdulillah.
semoga syaza cepat sembuh.

kiri : syaza. kanan : ariana.



give a pose to the camera, girls! xD






pandai depa main sama. ahaha (walaupun ariana ni memang kaki usik)

no wonder dalam buku taska dia, pengasuhnya tulis suka usik kawan ketika tidur.
tengok gayanya gini memang kuat menyakat hoih. HAHA


ok dah on flash. baru terang gambar. kehkeh



si tukang makan blok-blok mainan.















get well soon, syaza!! :)

ariana memang bulat. haha
selalu orang tanya bagi makan apa. minum apa.
mama dia kurus kereping aje (eh eh sekarang tak kereping ok! HAHAA)
ariana minum anmum and makan bubur nasi.
masa pregnant dulu pun sy selera makan nasi.
karb=bulat. lolx
tak apa pun sebab hari tu tengok cerita pasal lisa surihani on E!
gambar dia masa baby lebih kurang macam ariana.
so nanti ariana besar may be macam lisa surihani lah. akakaa *tersedak*

 :'D

ok tu je. sekian. lolx

Thursday, May 01, 2014

hari orang bekerja tidak bekerja


ellope!! *lambai-lambai*

today is such a special day.
first, cause it's the beginning of rejab month.
seccie, cause it's the off day, yawl! HAHA
(to those who's working today.. either for OT or not.. happy labour day to you, too. and happy working).

hari ni jugak hari khamis.
khamis adalah hari yang best,
sama macam jumaat, sabtu, ahad (wuah haha)
i was born on thursday F.Y.I. ;)
plan tak lain tak bukan adalah lepak rumah,
kemudian keluar kejap jalan + shopping.
so what's your labour day plan?


ni adalah salah satu cara menyambut labour day yang menarik! piknik!

dah. bye!
(nak tunggu khalida datang ambik burung puyuh kat dia)
siapa nak burung puyuh frozen fresh sila bitau (biasa or rempah).
kitorang supply burung puyuh sekarang ni. wahaha
supply la sangat.
later la cerita pasal burung puyuh. kbai!! *the real bye*

:D