Thursday, August 15, 2013

my raya 2013

greetings!

pejam tak pejam, dah hari kelapan aidilfitri kita.. and wani e baru sempat nak upload gambar raya kan.
sangattt ketinggalan kapal terbang. hahaha

caution : ini picspam gambar raya. walaupun begitu, picspam ini mengandungi awesome photos daripada pengalaman berhari raya wani e di kampung tok nya di terengganu. enjoice!


coklat raya berbentuk ais krim, boleh didapati di rumah shahrin (kawan isz), gong tok nasek, KTcity.

tahun ni sy beraya kat terengganu (toks') dulu, then raya ketiga ke banting (in laws').
ni semalam baru sampai shah alam (parents').

sepanjang-panjang raya ni memang bergantung harap kat porta wifi maxis husband je la, sebab tak bawak laptop. bertwitter dengan phone.
tapi internet connection kat terengganu and banting, dua-dua tak berapa nak berlari. semua mengengsot. FINE. internet suruh beraya. jangan nak mengadap dia je. FINE.


kitorang balik terengganu dua hari before raya (raya hari khamis, kitorang balik hari selasa).
dua kereta.
tahun ni memang semua berkumpul raya pertama kat rumah tok.
so memang mary habis la.

malam kedua kat kampung, macam ni la kitorang dinner beramai-ramai.

malam 1, ada lauk singgang ikan, ikan goreng garing, ayam goreng rempah, sayur campur, kuih.. ada banyak tapi sy tak ingat. ni main dish la. supper makan lemang dengan rendang-rendang. lolx

malam 2 (top photo), ada lemang, ketupat, kari ayam pekat, kepak ayam madu, ayam golek, kuih, etc etc. malam tu mengadap durian.


malam 2 juga aktiviti cucuk sate bermula. yiehha!

the next day adalah hari raya! yeppa!!

tema tahun ni adalah warna oren. untuk family besar pulak, tema warna-warni.


ariana in her orange kurung, on her rocker.

ramai yang datang ingatkan ariana ni baby boy.. wah haha.
dah la baju kurung dia plain macam baju melayu kan. dengan rupa dia yang hensem sikit tu kuhkuh hensem katanya :'D
baju kurung untuk dia limited la, tak de saiz.
yang ni pun siap alter sikit.
mak dia kan excited lebih nak suh dia pakai baju kurung. rofl.


macam ni la keadaan rumah tok lepas solat sunat raya.

tiba-tiba ramai orang datang menyerbu!
memang kitorang tak sempat nak buat sesi fotografi yang proper macam tahun-tahun lepas la.
mana yang dan je.
sebab orang datang berkunjung tak putus-putus.



my first aidilfitri as a mother. :)



ada rupa tak? haha.

tahun ni try pakai tudung gaya hoodie.
hoodie scarf ada dijual siap, tapi yang ni sy beli selendang biasa and buat hoodie sendiri.
pung pang pung pang main taram je pusing-pusing.
nak ikut tutorial youtube, memang tak faham sepatah haram.
nasib baik jadi.


mohon ampun dan maaf pada pagi raya. iklan raya sangat. lolx



tak ada drama air mata ye! :P

start tahun ni patutnya iklan-iklan raya dah stop kisah air mata ni.
everyone said hari raya should be a happy duppy day.
iklan sedih, cerita sedih adalah sangat overrated.
setuju? hihi.


tok yam, ariana, faliq & naqi di tangga rumah.



naqi menunjuk-nunjukkan sampul-sampul raya dia. :P



my guy cous.

gambar para wanita tak sempat sy snap sekali.
time tu sy tengah sibuk nak uruskan ariana.. tukar baju semua. lolx


sy tak dapat duit raya tahun ni, tapi sy memberi duit raya. haha



with my cous, kak gee.



my family, together with my tok yam.

ada gambar dengan tok ki.
tapi dalam gambar ni tok ki tak de. hihi


dengan husband.


tema photos seterusnya; peace, yaww!















memang semua kena paksa buat peace sign la.. hahah
dua tahun lepas kena melompat.



aktiviti pada hari raya; bakar sate.



aktiviti malam raya, tonton tv beramai-ramai di living hall.

bilik memang obviously tak cukup la kan.
memang tiap tahun raya pun kitorang tidur luar. lagi best.
bentang tilam, tidur ramai-ramai kat living hall.
dalam bilik tu biasa untuk pakcik makcik kitorang.


my plate of sate and nasi impit kuah kacang.


hari kedua, kitorang pergi beraya ke rumah saudara and kawan-kawan kat KTcity.
dalam 20-30 minit dari kampung tok.

kat rumah su nong. raya kedua dengan baju electric blue.



tengah serbu makanan kat rumah su nong.



kepok lekoorrrrr. yum yum!

lama tak pekena keropok rebus goreng camni.
sedap!!

lepas habis beraya kat KTcity,
me, husband, ariana headed to kemaman and tidur kat hotel sana.
esoknya baru shoot ke banting.
ala tak tangkap gambar hotel.
hotel first residence, hotel baru gaya contempt yang cune. satu malam RM114 je.

lepas balik banting, lepak-lepak je kat rumah in laws.
kadang keluar beraya rumah sedara-mara side sana.
rumah dekat-dekat je haha. raya pun pakai blouse biasa je.

ok sekian kisah raya sy tahun ni.

tahun depan insyaAllah panjang umur murah rezeki, raya lagi kita. ariana dah boleh jalan dah time tu kot. sekarang pun semangat dia berdiri. kaki kuat bak hang. baru dua bulan tu padahal.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI FROM ALL OF US! mwaxx!!

the dad's birthday

hey hey! :)

semalam adalah birthday the dad.
HAPPY BIRTHDAY, ABAH! yang ke-58.
semoga Allah merahmati dan memberkati hidup abah. amiin.

depa dah pergi celebrate makan semalam tak ajak ai! lolx
sebab sy, husband and ariana baru sampai shah alam malam tu. tak sempat kita.

tak pe tak pe. nanti kita pergi celebrate dua kali ok. kehkeh


Wednesday, August 14, 2013

uP

greetings from malaysia! xD

tak sempat nak update hoih entry pasal my aidilfitri. nanti-nanti la update after balik shah alam.. now kat rumah in laws lagi.

happy raya to all!

maaf zahir dan batin. :)

Tuesday, August 06, 2013

isnin yang colourful

ok ni entry berphotos banyak.
so bear with me. :)

gaissss so how's your ramadhan? and raya preparation?
tiba-tiba dah hari ke-28 kan. laju betul masa berjogging.

hari ni hari produktiviti. sebab pergi sini sana haha.
sabtu tu balik kampung husband kejap kat banting.
hari ni balik semula ke kampungku kat shah alam (hehe), sebab ariana ada check up.

biasa kat hospital dia tidur.
hari ni berjaga ok! ai risau dia menangis-nangis je buat scene kat tempat awam. lolx
but tidak sama sekali. ariana adalah sorang individu yang behave di tempat awam *kembang kempis* :P
kalau nampak tanda-tanda nak menangis, babanya akan bawak jalan-jalan dulu kat luar.

punca dia tak tidur adalah sebab dah tidur semalaman (tidur pengsan) kat rumah nenek banting dia. haha

baba and ariana.

ye ariana memang bulat.
tadi timbang beratnya dah 5.2kg for a 2-month-young. panjang pulak bertambah lagi 10cm.
hasil suka melompat-lompat masa kitorang pegang dia kottt HAHA


someway, somehow, i love this photo so much.


then petang tu ai pergi dating, you :P
dah banyak kali ni ajak husband nak tengok the conjuring.

"jom tengok the conjuring. nak tengok abang menjerit dalam panggung wayang." i said.

*husband buat-buat muka terkejut*

hahaha kejiness je.
the conjuring ni filem seram yang semorang kat twitter perkatakan.
seram gile la apa la. paling seram since a long time la.
ok fine. let's tonton.
tengok seram ke tak.

kami ke subang parade.

sambil-sambil tu usha baju comel kat mothercare.

comel tak comel,
harga mau berpuluh-puluh *kesat peluh*
golongan marhaen seperti ai seharusnya tidak membeli baju-baju yang ridiculously mahal seperti ini.
tapi lawaaaa


nak fokus kat stroller setinggi pokok tu.. eh. haha. stroller ni tinggi gile ok. macam bawak anak separas dengan kita la.



deretan strollers lawa (dan mahal)

bagi yang belum kahwin ke, atau tak tau,
strollers adalah mahal ok!
jangan tengok orang tolak-tolak stroller kat shopping malls tu cikai-cikai..
stroller gini je minimum harga dah RM800+ *pengsan berjemaah*
stroller setinggi pokok dalam gambar sebelum ni, harga dah RM3k. wahah!!

(siapa berhajat nak merancang family tu, jemput jemput la kumpul duit mulai sekarang. lolx)



soooo this is our main aim. the conjuring movie.

dapat panggung besar, sebab ramai orang nak tengok.

verdict, cukup baik sebab sy tak tertidur.
biasanya sy tertidur dalam panggung wayang.. hahaha

pegang husband kuat-kuat dengan assumption yang akan ada scenes seram gile :D
memang ada scenes seram, tapi tak ada la seram yang sampai macam orang orang kat twitter mencarut-carut tu. diorang cakap seram sangat la apa kan.
pada sy, seram lagi movie sinister.

tapi a job well done. best jugak cerita ni.


gambar pergi dating. sila lihat girl kat latar belakang kitorang. mesti dia terkedu tengok kitorang vain sangat tangkap gambar sendiri kan. kehkeh



shot dalam lif.


perjalanan balik dari subang parade tu tak ada la jam sangat.
cuma kereta banyak kat tol federal. biasa la tu.

bunuh masa (kill the time) dengan tangkap aimless photos.









then laju-laju ke seksyen 3 sebab nak pergi berbuka puasa (lagi) kat restoran serai.
dah namanya restoran kegemaran keluarga, haruslah pergi lagi kan :P

biasanya hujung-hujung ramadhan ni memang kitorang akan berbuka kat luar..
may be sebab kat bazar dah tak banyak choice dan
kat kedai makan tak ramai orang sebab orang balik kampung.
ok fakta kedua tu palsu.
memang ramai je orang kat seksyen 3 tadi.
susah nak dapat parking. berapa kali tawaf ntah tadi sebab nak cari parking.


my beloved parents. :)



my brothers.



our dishes of the day.



my husband and daughter.

tengok tu, tidur je dia kat tempat ramai orang.
walaupun aircond kuat macam apa (eh tu tak jejas!).. .. walaupun suara manusia berchit-chat dengan kuatnya, ariana tak gentar. dia tetap tidur dengan bahagia. lolx

sebab biasa orang suka cakap (untuk menakutkan parents tak berpengalaman macam kami ni.. hehe),
nak makan kat luar susah kalau bawak anak kecik,
nanti nak kena take turns jaga.
sorang jaga, sorang makan.
ok may be bila anak dah besar sikit kena jaga la.
but now ariana tidur dengan baik, so kitorang pun makan dengan baik la. kehkeh

oklah.
hari ni nak balik kampung tok kat terengganu.

prolly akan busy atau tak sempat nak berblogging.
kalau sempat, sy sempat-sempat kan la. haha

till then.
selamat balik kampung kepada yang ada kampung! :)

tataah!!

misi pencarian tudung raya bersambung.

entry ni dah lama sikit.
sambungan daripada hari tu, lepas dah pergi shopping baju raya.

again, sabtu lepas sy pergi ke seksyen 7 sekali lagi untuk cari tudung.
lepas berpusing satu PKNS, alam sentral, SACC tak jumpa tudung (may be masa tu tergesa-gesa)..
so this time fikir, "ok straight ke seksyen 7, rembat je apa yang ada." (yang lawa saja) HAHA

sebab sy ni jenis yang.. "hohh cantiknya tudung tu!! VAT?! harga RM79 satu?! ok tak nak."
lepas tu berlalu pergi.
then ke butik SES tu lagi.. dapatlah beli tudung untuk baju raya sy yang warna electric blue tu.
then belanja my mom tudung and belikan sekali untuk mak (mertua).

jalan pulak ke deretan bazar raya dia.
kedai-kedai kecik bawah khemah.. macam konsep ekspo.

berjaya beli blouses raya, RM35 sehelai.

tak snap banyak gambar pun. nah!


baju konsep tudung bertingkat! haha.

then dalam khemah ala ekspo ni,
terjumpa kedai makcik ni yang jual tudung layer murah gile!!
kitorang tanya la makcik tu, selama ni berniaga kat mana.
dia cakap pasar malam selayang, rawang.
okkk jauh.
tapi awesome la tu sebab dapat harga pasar malam, tudung-tudung dia pun kain boleh tahan.

RM25 untuk tudung layer yang kainnya ok, jahitan ok, mana nak dapat? makcik ni jahit sendiri.



yang RM35 pun ada.. yang ni layer bercorak.

yang dengan brooch tu je la mahal sikit RM50, tapi ai rasa mesti boleh kurang lagi tu.
kalau tudung dengan brooch je mesti mahal kan.
sy lagi suka tudung tak de brooch. pakai brooch sendiri je. jimat duit :P

oklah sekian pengembaraan mencari baju/tudung raya.
dah jumpa apa yang dicari.
kasut raya tak ada, apa ada hal. haha
pakai sandal hitam tu je la.
sandal hitam tu asalnya berwarna beige.. get it get it?? kehkeh.

till then!! cheerio!

Thursday, August 01, 2013

my ramadhan

heylo!

hari tu kan beli baju raya ikut warna tema family (i.e : oren)..
lepas tu bila balik rumah try, punyalah hazab nak pakai sebab zip dia pendek.
tersangkut kat ketiak tak boleh masuk. HAHAHA

then pergi kedai tu balik, tanya boleh alter ke tak.
diorang cakap tak boleh. sebab tak de tukang jahit.
ingat nak pergi hantar tailor mana-mana.
tapi ended up sy balik semula ke kedai tu dan mintak tukar dengan baju lain.
siap call bos dia lagi, tuan empunya kedai lolx. bos dia cakap boleh tukar.

so pergi kedai tu balik nak tukar baju lain.
ingat nak cari baju warna oren la jugak kan. katanya warna tema hari raya :P

hah ni dia baju lain kaler oren. lawa kan? :)

tapi sy tak ambik baju tu atas beberapa sebab.
walaupun gorgeousnya lah kan!
tukar kepada baju warna lain *duhh wani, lari tema tu!*
sebab dah tak ada baju lain warna oren. koleksi baju-baju dia limited (walaupun super lawa).

makanya kena pergi baju raya hunting sekali lagi.
untuk cari baju warna oren.. coughcough.

(tak pasal-pasal tahun ni ada 3 pasang baju raya. sungguh tak bersederhana) -_-"


ayam masak kicap bersama kentang.

hari ni husband balik dari kemaman.
masakkan ayam kicap sempena favourite dish dia. hihi
dia dapat cuti 2 weeks for raya. best kan! :)

gambar bawah : burger ayam untuk sahur.
dari time berpantang lagi teringin nak makan burger.
so beli roti, patty ayam ramly, daun salad, mozarella cheese.
siap buat caramelized shallots lagi. lolx
(2 hari makan burger for sahur. semangat tak).


burgerrrrrrrr.



bergambar dengan bunting kedai hot&roll kegemaran sy.
time ni tengah nak pergi tukar baju raya.
hot&roll memang kedai makan favourite (more to gerai/booth kan).
tapi dah namanya bulan puasa, dapat tangkap gambar je la. haha


alamak tak ingat ni juadah berbuka puasa hari keberapa. tapi time ni my mom masak ayam merah super delish!!



hari-hari sy makan tau fu fa sepanjang malam bulan puasa ni. tak tau kenapa. sedap. haha



time berbuka puasa dengan family. gambar orang lain tak ambik la. kitorang tak pakai tudung dalam rumah, jadi tak payah ambik gambar :P



lauk berbuka hari apa eh.. isnin rasanya. nasi beriyani ayam rempah JM beriyani. sedap, tapi harga RM15++. guu.



hari ni aktiviti buat biskut raya. tengah chop kekacang.

dah lama kan tak buat biskut raya ke apa.
tak pandai pulak tu.
tadi buat besar sangat, masuk dalam oven, kembang gila-gila biskut tu sampai melekat-lekat HAHA *tersedak* terpaksa korek dengan garfu sebab melekat kat tray. apekah!!
rasa sedap, tapi saiz failed. T_T

semalam dengan kelmarin pulak buat operasi kemas baju-baju.
gile banyak baju-baju dalam almari!! pengsan sebentar.
last-last terhasillah satu beg sangat sangat besar (beg macam guni tu) berisi pakaian untuk give away.
tak tau nak bagi kat siapa tu.
masih ada dalam bilik begnya.
nantilah kita fikirkan.

ok. macam dah mengantuk.
nasi kerabu hasil berbuka puasa tadi pun ada separuh lagi tak habis makan.
sebab sangat banyak. ingat nak sambung makan.
tapi apa kata pergi kacau husband kejap, lepas tu baru sambung makan.
alang-alang dia balik ni, kita kacau dia dulu heh hehe *sly grin*
lepas tu baru tidur (sanggup tu).

oryte! jumpa lagi! toodles!! 

kad raya

kecewa dgn diri sendiri sbb tahun ni tak sempat nak buat raya card project.
padahal idea dah datang few weeks back.

ni sy blogging dr mobile phone, jadi tau2 je la blogger mobile ni gambar berderettt kat bawah sekali.
bawah tu gambar kad-kad raya yang nak diposkan.
beli je. buat tak sempat.
nak hantar kat ramai orang pun tak sempat jugak.
yang dalam gambar tu, nak hantar kat pak razali sekeluarga (ni family angkat sy kat endau masa prog anak angkat dulu).
boleh kata kad-kad tahun ni hantar kat family2 je.
untuk friends, ai buat virtual je la eh. hehe *headdesk*

selasa hari tu pergi tukar baju raya.
asalnya nak alter, tapi tak dapat.
yang tu nanti la sy cerita next entry.

gambar last sekali tu, lauk berbuka hari ni.
puasa tahun ni balance la, ada beli kat luar, ada 'beli' kat dalam rumah.. kehkeh
hari ni masak daging masak merah.
sayur bayam, my mom masak.
tau fu fa macam biasa, everyday beli. gila tau fu fa la pulak.

ok.
nak hit the bed.
tak de la 'bed' sangat pun,
sebab sy tidur kat sofa setiap malam, jaga ariana kat living room.
at least kalau dia bangun pagi2 buta, ada la astro sebagai hiburan.. hihi
till then!