Sunday, August 07, 2011

balik weekend ke rumah grannies

tadi pergi majlis berbuka puasa di rumah pengarah.
makan sikit je. lepas tu solat, terawih, moreh, then balik.
tak tau kenapa, kalau makan kat rumah orang, memang tak banyak. kalau makan kat rumah sendiri, beria-ia. haha

weekend lepas balik ke kampung grannies.
sejam perjalanan dari KT city.
tok ki demam. katanya dah seminggu. better balik tengok/jaga diorang. okoko. dan harus la ada makan-makan sekali kan xD tak sah. fuahaha.


buka puasa hari khamis; beli nasi kerabu kat bazar pengadang baru, on the way balik ke kampung grannies dari ofis.




goreng ayam rempah untuk mereka x)




tok yam (nenek) masak bubur lambuk. yosh!




apa nama kuih ni? serius jahil nama-nama kuih. ketuk kepala sikit, wani. lolx




pak cik bawak balik gulai ayam kampung dari pasar kot.




sy ada beli jugak onde-onde kat pasar pengadang baru. tapi kelapa dia macam basi. terkuap kot dalam plastik. great. time ni la rindukan onde-onde yang my mom & harith (adik) buat. sobs




next day, hari jumaat.. pergi pasar. tok yam suh beli sawi. i pun beli. i pun goreng. tapi orang-orang kat rumah tu tak makan sayur sangat! whatttt HAHA.




beli ikan ni-lupa-nama. nak beli siakap, besar makdatokk.
kira ikan ni saiz ok-ok la. haha




buat ikan masak pedas, apa lagi. yums.
tapi tok-tok i tak makan pedas. whatttt :P tapi diorang makan jugak. haha




wajib ada : terung goreng kunyit.




mesti ada air sejuk yang sedap. ye, ini air oren sunquick yang dimasukkan ke dalam freezer selama 2 jam kot. dapatlah chilled drinks. ecehh. tak payah bubuh ais dah, memang sejuk. nice.




hari jumaat itu jugak tok yam dengan gembiranya telah masak singgang daging.



kemudian muncul pula hari sabtu.. :P


kerana orang-orang di rumah itu tak boleh makan keras/liat, sy telah masak ini ayam kicap berkuah dengan kentang.




daging goreng kunyit. fave.




bendi goreng.




hidangan wajib di rumah itu :P
(terung goreng ni asalnya memang nenek sy yg ajar makan. ahaha)




tengok betapa meriahnya meja.
tok cakap bila sy balik, meja makan penuh makanan. haha.
tu acar timun tu tok yam buat untuk tok ki yang demam. selera beliau makan. sebelum ni seminggu tak selera nak makan nasi. (orang tersayang buat katanya.. ohoks. ehem2) :P




tidak ketinggalan chilled drinks kita.. teh o laici. heaven.




harini punya makanan kat rumah pengarah, tak tangkap gambar. pemalas lipas.
pastu tapau popia untuk sahur esok.
oklah tu je.
maaflah gambar makanan je semuanya. (MAAF! MAAF! MAAF! kata nabil sambil libas-libas tongkat) kalau tengok di siang hari, sila kuatkan iman :P

sekian.
mari tido.

Wednesday, August 03, 2011

mari beli serunding.




:)

di ofis. tanpa kerja.

mood bulan puasa.

mood kerja ada, tapi kerja yang tak ada.
(ada pagi tadi, tapi tiba-tiba meja dah clear dalam masa 2 jam. hampas. ini je yang mampu ko bagi kat sy hah, ofis?!!) :P

misteri kemasukan duit 700+ dalam akaun bank terjawab.
gigih call orang bank tanya. call orang HQ, tak nak mengaku bagi apa-apa. rupanya memang ada! duit ganjaran kontrak. apakah HQ cakap bukan duit ganjaran. tipu dosa bulan puasa. lolx

pengurusan dah siap edar jadual bercuti untuk hari raya.
tujuan buat jadual : supaya ada orang standby kat ofis setiap hari (time hari bekerja di hari raya). at least seorang. yang penting sy nak cuti seminggu. haha

semalam bershopping di sabasun membeli barang dapur.
telefon tok, beliau memesan bawang-bawang dan kurma untuk dibawa pulang ke kampung hujung minggu ni. tok ki sy tengah demam. get well ok, tok ki. kena paksa beliau makan something supaya tak dehydrate.. *berfikir*

kereta yang kemek pintu sebelah dilanggar jiran sudah siap dibaiki! x)
tapi tingkap pulak tak dapat bukak.. hailaa. kena pergi bengkel balik, tanya kenapa.

sekian saja orang awesome menaip *bahaha*
kalau boring sangat ai nak habiskan baca buku *memusingkan kerusi* daa! ;)

Tuesday, August 02, 2011

awan di langit biru

yawnnnnn
mengantuk weh. akan tidur dalam masa beberapa minit lagi :P

hari ni terawih kat masjid putih. imam dia pak arab. memang panjang bacaannya ^^ lepas tu time moreh ada sirap ais dengan bi hun sup. bergeluk-geluk i minum sirap haa dahaga ok. before that lepas jejak kaki keluar pintu masjid tu memang teringinkan air sirap.. pastu tringg! ada sirap ais! haha. tenkyu tenkyu kepada pembuat sirap :D

orang ramai sampai ke habis. meriah masjid tu.

oklah ni dia gambar untuk hari ni.
rajin pulak update blog.. sejak ada broadband baru. ekekes


banyak gile awan. pilot kata cuaca mendung kat terengganu. hah betul la tu :P





kepul-kepul awan :)





ni malam semalam my mom masak telur kicap.
memang favourite ok. dah 2 malam makan ini lepas balik terawih.




makanya sebab hari ni dah balik KT city, & my mom jauh di shah alam, maka sendiri kena masak telur kicap. tak makan lagi, ada atas dining table tu. tengah fikir-fikir nak makan ke.. nak tido. makan, tido, makan, tido.. *petik bunga dedalu*




gambar carpet & anaknya yang kupanggil 'tikar' *bahaha*.. snapped sebelum ke airport tadi.




tak nak! i tak nak photographer! wartawan pun i tak nak!!
tikar menggeleng-gelengkan kepalanya. ewah eksyen kau :P




dia baru bukak mata sikit semalam. dan dah besar sikit. haha
comel je.




the dad beli sangkar tadi, letak diorang kejap dalam sangkar sebab carpet asyik nak bawak lari anak dia. tapi tadi called my mom, katanya dah letak kat luar sangkar sebab tak sampai hati. suka hati ko lah, carpet. jangan bawak tikar lari jauh-jauh, sudah :P




sayangnya kat anak dia.




tikar yang suka 'berenang-renang' di atas kertas surat khabar. wahaha




tikar the comelness :P



eh oklah. tak jadi nak tido.
makan dulu pastu baru tido.
takut terlajak tak sempat nak sahur macam pagi tadi. ekekes.
tatah!!

where i left my heart

i'm packing my bags, leaving shah alam, going to KT city.

first two days of ramadhan in shah alam were AWESOME.
tak sempat nak meronda bazar kat shah alam. hailaa. tak apa. kita ronda bazar kat KT city. ahax

ok.
office, here i come. *faint*

buka puasa 1st day :)

selamat berpuasa semua! :)

hari ni first day puasa, kitorang pergi berbuka percuma kat hotel quality, shah alam.

yours truly muka sunburn. wah haha




desserts. yums.




bubur lambuk.




desserts on the other side :P




gulai kawah & sup gear box.




kambing panggang.




bubur lambuk dalam mangkuk :)




sepinggan nasi bersama lauk-pauk.




dua orang yang sy sayangi ^^




tempat makan xD



gile pemalas nak taip kan. haha
kbye! (mau tito)

Monday, August 01, 2011

ramadhan kareem.




ramadhan sudah tiba! :)

selamat menyambut bulan penuh keberkatan, to all readers.
luvluv.

Sunday, July 31, 2011

cheers on sunday

photos from yesterday :

look how burnt i am! lolx




the raya fiesta just started.




bought a new broadband (on the right).
old broadband modem (on the left).


the new broadband is cheaper.
so yeah. wani e likes cheap, fast stuff :P

dearie fiancé just bought a new phone number too. cheaper oso. haha
*now can we text like crazee, hun?* ;)

bought few other stuff too. like..

a book. it has grey pages. nice one.




popia simpul. 17bucks.




sambal kentang, bilis and kacang. 13bucks.




i dunno the specific name for this kerepek/marukku. but heck i know it's freakin' tasty. haha. 13bucks.




another tasty marukku. 12bucks.


and i learnt a new term from faliq; brainhead.

= kepala hotak.

LOL!

Saturday, July 30, 2011

hari ini hari malas malas HAHA

kaki si atih.



masih di shah alam, bercuti.
cuti adalah heaven.
gembira kerana insyaAllah akan menyambut hari pertama berpuasa dan berterawikh di shah alam city ^^v
(hopefully my menstrual ends tomorrow so i can go terawikh yeahx!) xD

hari ni hari qada' tido, qada' rehat.. qada' semuanya.
think all my friends from the camp did the same thing. haha
sy tido pukul 2 pagi semalam, bangun pukul 11 pagi.
lepas mandi & makan, sambung tidur balik sampai 3 petang. gilelah.

lepas asar keluar jalan + shopping.
bought a new broadband, a vcd, a book.
lepas tu pergi pasar malam beli nasi kerabu. yumminess.


gambar minggu lepas, atih tidur terkelepek.




dia memang suka tidur di atas muka. lolx


i miss atih. haha

anak si carpet pun dah besar sikit. baru umur seminggu, tapi tak bukak mata lagi.

semua orang balik bercuti rasanya weekend ni.
so happy weekend, everyone.
have a blissful ramadhan too. looking forward for it :)
tata!