gahh. gile.bapak.penat hari ni.
oleh itu akan melemparkan banyak2 gambar supaya korang jugak penat meng-analyze entry ni. skang sama2 penat. barulah adil. gah haha >:P

hari ni kena jadi photog pastu ikut my TP pergi events.
(TP tu apekah?? --> TP tu timbalan pengarah doww)
main point dia : tangkap gambar dat*o' sr*i na*jib. apekah si-rakyat-biasa ni tau tentang tangkap gambar menteri(s) pakai dslr?? apekah---

sambil2 tu shoot jugak pakai phonecam sendiri.. nak masuk blog katakan.. HAHAHA
tak pasal2 ada pakcik 2 orang ni menyenget kepala posing.
weh!! sy nak tangkap gambar rakyat jelata bermuka spontaneous la, yang korang berposing tu apesal??

ko bayangkan sy berada di kalangan cameraman(s) tv & photog(s) surat khabar yang betul2 pro. jauh panggang dari api, ok. T_T
tapi sebab kedudukan sy strategik (iaitu mendapat seating di kalangan VIP.. bahaha) manakala photogs lain semua berdiri kat tepi, maka sy dengan lajunya dapat lari ke depan tengah2 stage & tangkap gambar dulu. (ye, kalau ada events camni semua photogs akan meluru & berebut. gilalah).

shot with my phonecam.
tu dia dat*o' sr*i tengah duduk menyenget tu.

shot with office's dslr. gilalah sy suka pakai ini. gambar semua sharp & crisp.
makcik seblah tempat duduk (yo yo an panggil makcik padahal entah somebody ke apa tu) cakap gambar gwe lawa. HAHA. luaskan diameter hidung sket >:DDD

terpaksa duduk dengan entah-sape mak da*tin, toh p*uan etc etc. seblah tu betul2 meja dat*o' sr*i dengan menteri2 len.
like.. wuddaaaa. mula2 ingat nak duduk semeja dengan photogs (sebab nampak ada yang hot.. cough2..) nyaris je nak pergi join meja diorang pastu bos panggil duduk sekali. dang! ko tau tak meja vip tu atas stage. atas stage!! *rendahlah tapi, but it's still a stage!!* pft. sekali lg menjadi batu sebab takde topik nak bincang dengan mak2datin T_T

ambik sikit je sebab pagi dah makan. udang masak lemak sedap gile babun.
entah, ada macam2 lagi.
last skali dessert diorang nak siap2 nak hantar ais krim, pastu menteri len dah bangun, maka tak sempat nak menyantap. darnness$#@!

kuih kuning tu super manis, silakan jangan makan. diabetes ko nanti.

satu jalan tu sesak. semua kereta orang2 besar parking tengah2 jalan termasuklah ambulans dengan trak polis. kitorang nak balik pun terpaksa naik divider and pergi ke side sebelah jalan.. gile betul.

next pitstop *pitstop kah? lol* sekolah.
patut dat*o' sr*i datang sini, tapi ganti dengan h*ishamu*din.
ko tengok tu photogs/videomans gila semua. sampai panjat2 kerusi.
(sila bayangkan camne sy berebut kat event pertama tadi HAHA)

event ketiga.

budak2 cemerlang UPSR/PMR.
sy dapat info, terengganu UPSR no1 kat msia haha. gila hebat budak2 kat sini.
(mengantuk ok tunggu event ni habis. bayangkan la ramai2 camni nak ambik sijil sorang2. mau terpengsan kat situ)

ohoo i shot him smiling.
all in all, sy super penat hari ni.
tapi n*ajib telah salam sy. haha. baca betul2 tu. salam sy. bukan sy yang salam dia :P while orang2 len sibuk rebut2 nak salam beliau, tibe2 beliau menghulur tangan kat sy.. wahhaha. tangan beliau sangat lembut (aku rasa tangan aku adalah lebih kasar huhu).
ah abaikan.
tadi jumpa kedai makan yang best masa balik ke rumah.
yang tu nantilah cerita. penat dah ni gile bapak punya penat.
ok cya soonnnn