Friday, January 03, 2025

Hari cemerlang gemilang terbilang

Assalamualaikum and hi!

Dua majlis pada hari berbeza;

12 Dis 2024, Khamis - majlis anugerah kecemerlangan sekolah kebangsaan
20 Dis 2024, Jumaat - anugerah murid mumtaz sekolah agama


Anak-anak acik ni bukan la jenis belajar 24/7.
Diorang generasi main games dan segala-bala permainan.
And bukanlah wajib dapat markah tinggi, ada ups and downs markah dia,
Depends on time tu diorang revise ke tak πŸ˜‚

Tapi tahun lepas 2024 ada terselit la jugak, rezeki Allah bagi.
Ariana dapat terbaik BI, anaqi buat persembahan (SK).
Lepas tu Ariana dpt sijil untuk pengawas, anaqi dalam top 5 dalam kelas (SRA).
Tak semestinya kena dapat nombor satu,
dapat nombor berapa-berapa pun, kita raikan jugak.
Macam biasa, mama akan cuti / mintak pelepasan daripada bos. hihi


Tahniah, Ariana.. terbaik BI.
Speaking English berabuk.


Sy perasan yang generasi sekarang ni lebih banyak pendedahan kepada English.
Baguslahh tu. Sy dulu darjah 6 pun, banyak kosa kata sy tak master.
Sy banyak belajar daripada siri-siri US kat tv je.
Zaman ni ada YouTube, ada TikTok, banyak tempat boleh belajar English.
Kalau pergi keluar pun, sy banyak jumpa budak-budak yang pandai English.
Cuma BM la pulak kena perkasakan.
Ni bila baca kat page-page di socmed, tatabahasa tak betul.
Page tu ok lagi sebab informal.
Tapi, tajuk berita pun all over the place.
Nanti netizen biasanya akan condemn la kenapa bahasa tunggang-langgang.. lolx.
Harap anak-anak kita boleh excel BM, BI dan apa jua bahasa ketiga, keempat, kelima etc.
Sekarang cabaran tau untuk galakkan rakyat Malaysia berbahasa Melayu.
Terutama daripada anak-anak berbangsa lain.
Ini bukan racist, tapi pemerhatian.
Semakin ramai yang mempertahankan bahawa tak pandai BM pun tak pe.
Which is sad. Warganegara apa yang tak reti cakap BM?
Eloklah ko merantau, pergi jadi warganegara lain.
Lain dengan yang tak reti BM, tapi ada usaha nak belajar BM.. dengan yang mentah-mentah tolak untuk belajar dn berbahasa melayu.
Eh terpanjang pulak karangan πŸ˜‚
Biasa la, acik-acik millennial memang suka mengarang. Hahaha


Ada kejadian masa nak ambik gambar ni..
Ada family yang potong barisan selamba je. Padahal orang lain dah beratur ye.



Being orang yang berani menegur, husband and I pun tegurlah family tu.
Akhirnya diorg queue belakang. Selamba je eh.
Memang ada orang macam ni.
Haritu sy pergi tempat jual-jual makanan masa new year's eve pun ada je yang potong. Tak suka la dengan orang mentaliti macam ni.
Diorang jenis terjah je.
Eh sebelum terpesong  ke cerita lain, baik kita sambung cerita sebenar :DD

Ni masa Ariana terima sijil.



Ni Ariana dengan kawan-kawan.



Anaqi pun ada ha, buat persembahan 'parang ilang'.
So comel budak-budak ni.



Then 20 Dis ada majlis kat sekolah agama pulak.
Sekolah agama memang suka buat hari Jumaat petang.
So pagi tu masuk ofis kerja, petang minta pelepasan kat bos je la.
Jenuh kalau nak ambil cuti banyak-banyak.
Nanti tak cukup cuti.. hahaha.


Tahniah, anaqi! Top 5 terbaik.



Ye, sy memang rajin belikan depa bunga..
Walaupun may be diorang ni tak faham mana tentang simbolik bunga dengan kejayaan. Haha
Tapi tak pe, bagi je.
Semoga nanti besar, diorang akan meraikan kejayaan orang-orang terdekat begitu juga.


Ariana and anaqi, depan sekolah.
Sekolah diorang ni kecik je. Tapi murid ramai.


Ustaz pun ada beritahu,
Kemasukan 2025 dah penuh.
Mana-mana yang tak dapat, especially anak-anak darjah 1, pihak sekolah suggest untuk masuk ke sekolah satu lagi, tak jauh dari sekolah ni.
Sekolah tu besar sikit.

Tapi sekolah AAs ni prime area la. Sederet situ semua sekolah.
Bermula dengan sekolah agama ni, lepas tu sekolah cina, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.
Sekolah Tamil ada jugak, tapi dekat-dekat Pasar.
Hahaa banyak kan sekolah kat kawasan pekan kecil kitorg ni.








Anaqi and friend, Irfan. Congrats, anak-anak!



Anaqi dengan guru kelas, ustazah elyani.



Ni masa anaqi ambik sijil.



Last but not least, Ariana and I.
Masa ni babahnya belum sampai dari ofis.


Ok tu je la ceritanya.
Semoga cemerlang dunia akhirat.
Kbai!!
 

Hari konvokesyen isz

Assalamualaikum & hey, awesome people!! :D


Seperti biasa, kita akan recap event-event 2024 yang belum diupload.

26 Nov 2024, selasa, hari konvokesyen Isz. πŸŽ“
Isz tu sapa? Yoshh husb ai la, sapa lagi πŸ˜‚
Tahun2 lepas (2023-2024) husb ambik masters Sains Pembangunan.
Tesis dia.. pasal homestay kat Cameron highlands. Menarik kan.
So lepas belajar, husb lapor diri masuk kerja balik around Feb 2024.

Ni bulan nov baru konvo nya.
So being a supportive family member,
Apa jugak event family, sy akan cuba la ambik cuti/menghadirkan diri.
And I did.

Konvonya sesi pagi, so pagi-pagi buta tu la dengan jalan jemnya,
kitorang gerak ke UKM.

The kiddos pergi sekolah macam biasa,
So mintak tolong jiran la, tumpang tunggu van sekolah kat rumah jiran.
Sebab kitorang gerak around 6.30 pagi macam tu.


Muka masing-masing fresh lagi, awal pagi katakan. hahah



Sebelum majlis mula, kita snap gambar siap-siap.
Ada pulak Encik yang baik hati tolong volunteer snapkan gambar *tq!*



Disebabkan jubah fakulti diorg warna hijau,
Jadinya sy pun pakai la hijau, nak bagi sedondon tu *macam raya pulak.. ahaks*
Tempah bunga pun kena kertas yang compliment warna hijau.
In this case, sy pilih warna brown sikit. Florist tu jugak yang suggest warna terbabit..  hahaha.

Selebihnya, tengok je la gambar-gambar kat bawah ni.







Lepas tu, petugas panggil penerima semua untuk beratur.
Yang tetamu-tetamu macam sy dah boleh masuk dewan.
Nak masuk, bunga kena tinggal luar.
So banyaklah bouquets kat tepi-tepi dinding situ.
Kita tawakal je la letak, tapi sorok sikit bawah meja. haha




Alhamdulillah, walaupun masuk lambat sikit,
Dapat la jugak seat belah-belah tepi atas.
Seats tepi-tepi tu bertangga macam kat auditorium, jadi memang nampak semua la.

Spot Mr. Isz.






Ni time ambik skrol daripada nasib canselor.






Nak dekat-dekat tengah hari, selesailah sudah majlis konvo sesi pagi.


Congrats & happy grad!!



Teringat time study dulu, diorg banyak kelas online. Lepas tu husb selalu kena gi library UKM. Drive pergi pahang untuk interview tesis. So ni la hasilnya selepas setahun. Alhamdulillah.





Oh, lupa nak cakap.
Kitorang ke dewan konvo tu naik bas.
Parking tempat lain.
So balik pun naik bas la.
Sempat singgah kat jualan konvo.
Ada makanan, bunga semua la.
Tetiba teringat kat UPM dulu meriah, ada bukit ekspo.
Skang masih ada lagi, kan?

Balik tu lapar.
Ikut yang diraikan, nak makan ala2 steak.
So kita ke Jahhet Bangi. Mari belanja orang baru lepas konvo.. haha.




Ni yang sy makan, vege sungguh la. lolx

 

Ok tu lah kisah sy ke UKM.
Happy grad buat husbandku!! πŸŽ“

Thursday, January 02, 2025

Short vacay di PARKROYAL A'Famosa Resort, Melaka

Assalamualaikum dan selamat tahun ba(ha)ru 2025, para pembaca blog yang budiman! Hahaa kemain kan ayat πŸ˜†

Walaupun dah masuk tahun 2025,
Terdapat beberapa kisah 2024 yang masih pending.
Kisah di takuk lama yang tak la berapa lama sangat :P

Banyak gambar bulan November 2024 belum sempat upload lagi.
So cerita sambutan new year tu kita tunda dululah sampai habis upload yang 2024, ok!😁

Kita mulakan dengan kisah 22-24 Nov hari tu.. Jumaat sampai Ahad di Melaka.

Kalau korang nampak sy selalu jalan sana-sini tu,
Kadang memang holiday.
Kadang tu sendiri outstation atau ikut husband outstation.

Kali ni kita ambik cuti sehari dan ikut husb outstation :D

Selamat datang ke parkroyal a'famosa Melaka resort!


Parkroyal ni asalnya hotel a'famosa resort..
Agaknya dah jual kat parkroyal and rebranding, refurbished la semua.
Memang lawaaa resort dia.








Ni gambaran dari pintu masuk.






Sejadah pun ada disediakan.









Memang banyak amenities dalam bilik ni.












Ni dalam bilik air. Ada cermin zoom in zoom out :P



Toiletries.






Luas jugak bilik air dia & dibahagikan kepada bilik shower & toilet.






Plugs.




Tong sampah untuk recycle.


Kitorang memang lepak dalam hotel je tak keluar sangat.
Sebab serba-serbi dah ada.
Breakfast buffet pun makan kat hotel, sebab ada dapat voucher sekali.


Husb ai minum teh tarik yang ditarik khas oleh staff parkroyal secara live.



Encik roy, penarik teh hotel parkroyal a'famosa resort Melaka.



Dari jauh nampak stesen teh tarik bergerak ni..
dan Encik roy akan buat aksi tarik teh live depan guests.



Ni belah-belah pastries. Donut dia nampak gebu sangat!



Yang bestnya, buah-buahan kat parkroyal ni ada macam-macam jenis.
Tu ha, buah longan pun ada. Memang sy 'petik' la sikit buat breakfast.. haha. Manis ye!



Cereals pun ada macam-macam.



Cheese section. Peminat-peminat cheese, sila serang!!



Ha, ni lah dia pinggan sy. Mix and matchkan je.



Telur section. Pilih je nak yang mana satu. Semua dah ready.



Bahagian western breakfast.






Roti canaiii.



Kari tu nampak sedappp.



Naslem (nasi lemak) :D



Condiments bubur. Sy ni kan pencinta bubur hotel.
Tak boleh kalau tak ambik, kena jugak ambik :P



Kembali ke bilik hotel. Siap bawak keyboard baru beli. Hahahaa
My thonky keyboard.. perkenalkan!! *Thunderous claps*


Lepaking with anaqi.



Fyi, shuttle bus ada disediakan dari hotel ke a'famosa water park.
Tapi ada time dia.
Sebab tak dapat nak ikut time tu, kitorang gerak sendiri ke water park.
Dia tak la dekat sangat macam jiran sebelah, haha.. memang kena naik kenderaan bermotor nak ke sana.

Hah, sampai dah!!



Luas tapi tak terlalu luas. Bolehlah buat tempat lepak dan main air untuk anak-anak.


Rasanya a'famosa water park ni dah lama ada kan.
So nampaklah keadaan dia seperti sebuah water park yang tak la baharu sangat.
Cuma, elok bersih la diorang maintain.

Budak-budak paling suka main kat sini.. alah lupa nama tempatnya,
tapi akan keluar ombak ganas dari mulut patung kat hujung tu.
So nanti ramai-ramai akan kena tolak dengan ombak la. Memang best!



Tengok budak kat belakang tu.. sampai ternampak πŸ˜‚



Tube ni free je eh. Ada double, ada single. Tak yah bayar kalau nak pakai untuk lalu kat 'terusan' ni.



Penat main, kita makanan.


Makanan main dish dia agak limited sikit.
Dia ada set-set and tinggal pilih je.. diorang dah siap pack.




Sy ambik set nasi dengan Kari ayam.
Yang tak suka nasi, pasta. Gini la set dia.
Sy share dengan anaqi.



Settle 3 hari kat parkroyal! Byeee!!